You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN FELDA JENGKA 16

26400 BANDAR PUSAT JENGKA


PAHANG DARUL MAKMUR

Tarikh : 3 April 2019


Hari : Rabu
Masa : 1.15 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat
Kehadiran :

1) Tn.Hj.Abd Ghani Bin Abd Wahab (Pengerusi)


2) Pn. Paziah Bt Singah ( Naib Pengerusi 1) GPK HEM
3) Pn. Irma Haryati Mohd Zakria (Setiausaha Aset dan Harta Modal Sekolah)
4) En. Rozain B. Ramli
5) Pn. Rosnita Sulaiman
6) Pn.Salmiza Ibrahim
7) En.Md Rizal Bin Said
8) En.Ramzi Ramli
9) En.Mohd Tarmizi Mohd Zin
10) Pn. Nur Yasmin Bt Abu Bakar
11) Pn. Erma Yanti Bt Ahmad

Tidak Hadir: Tiada

AGENDA
1) Ucapan Aluan
1.1 Mesyuarat dimulakan dengan ucapan alu- aluan
1.2 Tuan Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru
kerana dapat meluangkan waktu bagi menghadiri mesyuarat Aset
sekolah kali kedua bagi tahun 2019 ini.
2) Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu
MInit mesyuarat kali pertama (2019) disahkan oleh Puan Rosnita Bt Sulaiman
dan disokong oleh En. Rozain Ramli

3) Perkara-perkara berbangkit
3.1 Stor penyimpanan perabot rosak perlu dikemaskan dan perabot rosak
telah disusun rapi oleh pekerja swasta pembersihan sekolah.

3.2 Perabot yang rosak seperti meja dan kerusi telah diperbaiki oleh
pekerja swasta sekolah dan masih boleh diguna pakai.

3.3 Guru kelas mestilah sentiasa memeriksa keadaan kerusi dan meja
murid untuk menjaga keselamatan murid.

4) Hal Ehwal Aset dan Inventori


4.1 Laporan Tahunan Aset telah dikemaskini dan dihantar ke PPD.
Tindakan : Guru Aset

4.2 Pengurusan fail aset dan harta modal sekolah dilakukan sepanjang
tahun. Tindakan : Guru Aset

4.3 Fail pengurusan Aset dan Harta modal hendaklah disimpan di pejabat.
Tindakan : Guru Aset dan PT

4.4 Mengenalpasti perabot yang rosak di dalam kelas dan bilik-bilik khas.
Tindakan : Guru Kelas dan guru-guru
bilik khas

4.5 Semua guru hendaklah menasihati murid supaya menggunakan kerusi


dan meja serta perabot sekolah dengan baik supaya tidak berlaku
kecederaan dan tidak merosakkan perabot.
Tindakan: Semuaa Guru
5) Hal-hal lain

5.1 Ucapan terima kasih kepada semua guru kelas kerana telah mengisi
borang kew.PA7 dan menampal di dalam kelas bagi tahun 2019.

6) Nasihat Pengerusi
6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua pihak
warga sekolah SK (FELDA) Jengka 16.

7) Ucapan Penangguhan
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.15 petang.

Disediakan Oleh: Disemak Oleh:

…………………………………… …………………………………
(IRMA HARYATI MOHD ZAKRIA) (PN.PAZIAH BT SINGAH)
S/U Aset dan Harta Modal ( Naib Pengerusi )
SK (FELDA) Jengka 16 Guru Penolong Kanan HEM
Bandar Pusat Jengka SK (FELDA) Jengka 16
Pahang . Bandar Pusat Jengka, Pahang.

You might also like