You are on page 1of 2

TAJUK: PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU

PENULIS: SHAMSINA SHAMSUDDIN


TAHUN: 2013
PENERBIT: FREEMIND HORIZONS SDN.BHD
DICETAK OLEH: BS PRINT (M) SND BHD

Keupayaan guru untuk mengurus bilik darjah dan tingkah laku murid merupakan perkara yang penting dan kritikal untuk
mencapai PdPc yang baik. Kecekapan pengurusan bilik darjah dan tingkah laku murid yang baik juga dapat
memotivasikan guru untuk terus cemerlang. Guru yang menghadapi masalah dalam pengurusan bilik darjah dan tingkah
laku seringkali dianggap gagal dan kurang berkesan sebagi guru dan cetuskan stress dan keletihan dalam pengajaran.
Buku Pengurusan bilik darjah dan tingkah laku ini mempunyai 8 topik dan berjumlah sebanyak 306 muka surat
yang bertujuan membantu bakal guru mencari pendekatan mengurus bilik darjah dan tingkah laku murid apabila mereka
masuk kea lam penguruaan di sekolah sebagai bahan perbincangan untuk meningkatkan keberkesanaan PdPc
seterusnya meningkatkan pencapaian pretasi akademik dan pembentukan tingkah laku murid yang lebih
bertanngunjawab dan berakhlak baik.
Antara topik yang memang merangsangkan adalah mengaplikasi 5 S (sisih, susun, sapu, seragam dan sentiasa
amal) dalam pengurusan bilik darjah dan tingkah laku murid. Peranan guru dalam pengurusan bilik darjah yang
mewujudkan persekitaran fizikal, persekitaran psikososial, peraturan, rutin harian dan pentaksiran bilik darjah.
Dengan bacaan buku ini, saya juga memahami kepentingan membina hubungan positif antara guru dan murid melalui
budaya penyayang.
Pelbagai model disiplin dan aplikasi juga dapat dikongsi dalam buku ini untuk membantu saya mengurus disiplin
bilik darjah antaranya model modifikasi tingkat laku Skinner yang menegaskan peneguhan positif diberikan kepada
murid keberangkalian murid sesuatu tingkah laku itu akan diulangi. Model disiplin Asertif Canter yang menegaskan guru
yang tegas diri lebih berkesan dalam pengurusan bilik darjah dan tingkah laku murid. Model Akibat Longikal Dreikurs
yang menegaskan punca salah laku murid disebabkan kerana mereka ingin mendapat perhatian dan status dalam
kelompok , berasa dendam atau kekurangan. Model Pengurusan kelopok Kounin yang diperkenalkan oleh Jacob Kounin
yang menegaskan pengurusan bilik darjah berasakan daripada mod mengawal kepada mod kolaborasi dan motivasi
semasa mengurus bilik darjah dan tingkah laku murid.
Selain daripada itu, bacaan buku juga banyak membantu saya dengan mengenali pelbagai intervesi dalam
menangani masalah disiplin melalui pelbagai kajian seperti postoral care, bagaimana guru menangani isu-isu
kontemporari seperti perkembangan kurikulum, pengecualian sekolah, kes membuli, perkembangan emosional dan
rawatan untuk membantu murid yang bermasalah.
Buku ini juga banyak memberi pengetahuan mengenai pengurusan bilik darjah yang menglibatkan murid
berkeperluan khas seperti kes Disleksia. Murid disleksis dapat dibantu dengan menggunakan pita rakaman Bersama
bahan bercetak, arahan bertulis, tutup rangsangan visual tambahan, guna pen penanda berwarna semasa dalam PdPc.
Bagi masalah Attention Deficit Disorder (ADD) iaitu murid yang bermasalah memberi tumpuan. Mereka dapat dibantu
dengan memberi arahan jelas, bahan atau BBM visual, kekalan kontak mata semasa memberi arahan, dan elakan
rangsangan luaran dalam waktu PdpC.

You might also like