You are on page 1of 10

PROGRAM PEMANTAPAN PRESTASI TINGKATAN 5

TAHUN 2017
MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA ( KEDAH )

MODUL 1
GEOGRAFI
KERTAS 1
( 2280 / 1 )

Satu jam lima belas minit

JANGAN BUKA MODUL INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.

2. Jawab semua soalan.

3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih
satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan anda pada kertas jawapan objektif yang disediakan.

4. Jika anda hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian
hitamkan jawapan yang baru.

5. Anda dibenarkan menggunakan kalkulator saintifik.

Modul ini mengandungi 10 halaman bercetak.


2
1. Di lapisan yang manakah letaknya lapisan ozon?
A Eksosfera
B Stratosfera
C Termosfera
D Mesosfera

2. Apakah bentuk muka bumi yang wujud hasil daripada pergerakan pencapahan plat?
A Arka pulau
B Jurang lautan
C Permatang tengah lautan
D Banjaran gunung lipat

3. Apakah jenis batuan yang banyak digunakan dalam pembinaan kemudahan


infrastruktur di bawah?

A Konglomerat
 Lebuh raya Timur – Barat
B Kuarzit
 Jambatan Pulau Pinang
C Granit
D Syal

4. Kombinasi bentuk muka bumi dan proses pembentukan manakah yang benar?

Hasil tindakan ombak Proses pembentukan


I Tanjung Hakisan
II Tetanjung Pemendapan
III Gerbang laut Pemendapan
IV Tombolo Hakisan
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

5. Rajah 1 menunjukkan kedudukan dua bandar berdasarkan longitud.

30O 90O
T T
Bandar Bandar
R S
10.30
pagi
Rajah 1
Kirakan waktu tempatan di Bandar R.
A 2.30 petang
B 6.30 petang
C 2.30 pagi
D 6.30 pagi
6. Rajah 2 menunjukkan fenomena pergerakan bumi.

KU

Pancaran matahari

KS

Rajah 2
Kawasan manakah yang mengalami malam 24 jam?
A I
B II
C III
D IV

7. Apakah fenomena cuaca yang berkaitan dengan maklumat di bawah?


 Pembakaran terbuka
 Jarak penglihatan pendek
 Penyakit mata, kulit dan lelah
A Jerebu
B Hujan asid
C Pulau haba
D Kesan rumah hijau

8. Rajah 3 menunjukkan Mawar Angin bagi bulan Januari.

Rajah 3

Berapakah bilangan hari tenang?


A 2 hari
B 3 hari
C 4 hari
D 5 hari
9. Antara berikut yang manakah boleh mengurangkan kejadian pulau haba di bandar besar?
I Penggunaan kenderaan awam
II Menambah tempat letak kereta
III Menambahkan kawasan berturap
IV Penggunaan petrol tanpa plumbum
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

10. Pasangan manakah yang menunjukkan julat suhu paling kecil?

Suhu maksimum (OC) Suhu minimum (OC)


A 23 20
B 24 22
C 27 26
D 30 28

11. Maklumat berikut merupakan ciri tumbuhan semula jadi.

 Malar hijau
 Berakar banir

Apakah jenis tumbuhan semula jadi tersebut?


A Hutan konifer
B Hutan paya bakau
C Hutan hujan tropika
D Hutan pantai

12. Peta 1 menunjukkan kawasan tumbuh-tumbuhan semula jadi.

Peta 1
Apakah jenis tumbuhan semula jadi di kawasan berlorek dalam Peta 1?
A Padang Rumput Hawa Sederhana
B Hutan Monson Tropika
C Hutan Hujan Tropika
D Hutan Mediterranean
13. Antara berikut manakah usaha yang dijalankan oleh kerajaan Malaysia
untuk memelihara hutan?
A Mengawal pembalakan haram
B Mengadakan penyelidikan dan pembangunan
C Mewujudkan ladang hutan
D Mewartakan Taman Negara

14. Rajah 4 menunjukkan sejenis tumbuhan semula jadi.

Rajah 4
Mengapakah tumbuhan semula jadi dalam Rajah 4 penting terhadap ekosistem?
A Sumber pendapatan
B Kawasan pelancongan
C Habitat hidupan akuatik
D Membekalkan balak

15. Apakah komponen abiotik dalam ekosistem?


A Hujan
B Bakteria
C Serangga
D Burung

16. Pertumbuhan penduduk semula jadi negatif berlaku apabila


A emigrasi lebih besar daripada imigrasi
B migrasi bersih melebihi dengan jumlah kadar kematian
C kadar kematian lebih rendah daripada kadar kelahiran
D kadar kelahiran lebih rendah daripada kadar kematian

17. Mengapakah berlaku peningkatan migrasi penduduk dari utara Semenanjung


Malaysia ke kawasan Lembah Klang pada masa kini?
A Pembukaan tanah rancangan
B Terdapat banyak peluang pekerjaan
C Terdapat sumber bijih timah
D Berhampiran dengan pelabuhan

18 Apakah faktor yang mempengaruhi kadar kematian rendah di sesebuah negara?


A Amalan perancang keluarga
B Banyak kemudahan kesihatan
C Taraf pendidikan rendah
D Kadar kemiskinan tinggi
19. Rajah 5 menunjukkan piramid penduduk.

Tua

Dewasa

Muda

Rajah 5

Berdasarkan piramid penduduk di atas, apakah kesan yang akan dialami oleh
negara tersebut pada masa hadapan?
A Kadar pertumbuhan penduduk tinggi
B Permintaan pasaran tempatan meningkat
C Tenaga kerja tempatan tinggi
D Penggunaan teknologi tinggi

20 Apakah ciri kependudukan bagi negara yang mengalami penduduk berlebihan?


A Taraf hidup rendah
B Jangka hayat tinggi
C Taraf teknologi tinggi
D Kemasukan buruh asing ramai

21. Apakah faktor utama yang mempengaruhi peletakan petempatan di bawah?

 Cyberjaya
 Putrajaya

A Sosial
B Fizikal
C Ekonomi
D Governan

22. Apakah kesan pembandaran kepada ciri geografi di Malaysia?


A Guna tanah meningkat
B Peningkatan kadar jenayah
C Kesesakan lalu lintas
D Migrasi meningkat
23 Kombinasi yang manakah benar tentang masalah pembandaran dan langkah
mengatasinya?
Masalah pembandaran Langkah mengatasi
A Banjir kilat Membina bangunan tinggi
B Kesesakan lalu lintas Menggunakan lampu isyarat secara meluas
C Masalah setinggan Membina bandar baru
D Peningkatan suhu Mewujudkan kawasan hijau

24. Apakah faktor ekonomi yang mempengaruhi proses pembandaran di Malaysia?


A Kemudahan asas
B Kemudahan pendidikan
C Pengelompokan industri
D Pemodenan rangkaian pengangkutan

25. Bagaimanakah proses pembandaran memberi kesan terhadap kualiti alam sekitar.
A Membina rumah bertingkat kerana kos yang tinggi
B Migrasi penduduk menyebabkan wujudnya kawasan setinggan
C Pembinaan bangunan tinggi dan padat meningkatkan suhu bandar
D Pembinaan jalan bertingkat mengurangkan kesesakan lalu lintas

26. Pembinaan terowong adalah salah satu langkah untuk mengatasi halangan fizikal
semasa pembinaan lebuh raya. Di lokasi manakah sesuai pembinaan terowong
tersebut?
A Kawasan berhutan tebal
B Kawasan bergunung ganang
C Persisir pantai
D Kawasan paya

27. Bagaimanakah sistem komunikasi moden dapat meningkatkan pembangunan


ekonomi negara?
A Memajukan sistem pendidikan
B Meningkatkan taraf kesihatan
C Meningkatkan tahap keselamatan negara
D Meluaskan aktiviti perdagangan

28. Kesan penerokaan sumber terhadap alam sekitar

 Menjejaskan rantaian makanan


 Meningkatkan suhu setempat

Apakah sumber tersebut?


A Angin
B Hutan
C Air bawah tanah
D Pantai dan marin
29. Rajah 6 menunjukkan sejenis tanaman pasar yang terdapat di Tanah Tinggi Cameron.

Rajah 6
Kaedah pengangkutan jarak jauh yang paling sesuai untuk mengangkut barangan
di atas ialah
A kapal laut
B kapal terbang
C kereta api
D lori

30. Apakah sumber yang boleh diperbaharui?


A Petroleum
B Arang batu
C Kuprum
D Tanih

31. Mengapakah penggunaan tenaga solar di Malaysia masih terhad?


A Kos penyelenggaran tinggi
B Pancaran matahari kurang mencukupi
C Penggunaannya terhad di waktu siang sahaja
D Kekurangan tempat pemasangan panel solar

32. Bagaimanakah usaha pemuliharaan sumber hutan boleh dijalankan


untuk pembangunan lestari di Malaysia?
A Mewujudkan ladang hutan
B Mewartakan taman negara
C Kempen cintai alam sekitar
D Penguatkuasaan undang-undang.

33. Apakah kesan penerokaan hutan di tanah tinggi terhadap alam sekitar?
A Sejat peluhan bertambah
B Kejadian tanah runtuh
C Kelajuan angin berkurang
D Peningkatan kejadian jerebu

34. Apakah produk industri bukan berasaskan sumber?


A Sarung tangan
B Sabun mandi
C Minyak masak
D Komputer
35. Bagaimanakah usaha yang dijalankan bagi mengekalkan kepelbagaian biologi
di Malaysia?
I Mewartakan taman laut
II Membina taman tema air
III Menebus guna kawasan paya
IV Mewujudkan kawasan hutan simpan
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

36. Maklumat berikut merupakan faktor tarikan pelancong.

 Gua batu kapur


 Kepelbagaian flora dan fauna

Apakah jenis pelancongan yang berkaitan dengan faktor tersebut?


A Ekopelancongan
B Agropelancongan
C Pelancongan bertema
D Pelancongan sukan dan rekreasi

37. Peta 2 menunjukkan kawasan pertanian di Semenanjung Malaysia.

Peta 2: SEMENANJUNG MALAYSIA


Apakah jenis tanih yang sesuai untuk kegiatan pertanian di atas?
A Beris
B Laterit
C Gambut
D Aluvium
38. Foto 1 menunjukkan salah satu aktiviti perikanan di Malaysia

Foto 1
Apakah faktor yang menggalakkan perkembangan aktiviti perikanan dalam Foto 1?
A Kemudahan pelabuhan
B Pembinaan tukun tiruan
C Kemudahan pinjaman modal
D Pembinaan jalan kereta api

39. Apakah sumbangan kegiatan perlombongan mineral di Lembah Kinta


terhadap pembangunan negara?
A Membekalkan bahan mentah industri seramik
B Membekalkan sumber tenaga elektrik
C Menyediakan peluang
pekerjaan DMewujudkan pelabuhan

40. Apakah kepentingan Kerjasama Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA)


kepada negara-negara anggotanya?
A Menstabilkan politik
B Menggalakkan perdagangan terbuka
C Mengembangkan bidang kebudayaan
D Memudahkan migrasi dalaman penduduk

KERTAS SOALAN TAMAT

You might also like