You are on page 1of 14

Bahagian A (20 markah)

Arahan : Jawab semua soalan di ruangan yang disediakan.

Soalan 1 dan 2 berdasarkan jadual di bawah

Suhu dan hujan di Bandar X


Hari Suhu (ºC) Hujan (mm)
Isnin 27 37
Selasa 25 19
Rabu 26 12
Khamis 28 14
Jumaat 27 25

1. Apakah bahan grafik yang ditunjukkan di atas?


A. Jadual
B. Graf gabungan
C. Graf bar mudah
D. Graf garisan mudah

2. Antara berikut, yang manakah benar tentang bahan grafik tersebut?


I. Hujan turun tiga hari dalam seminggu
II. Hujan maksimum turun pada hari Isnin
III. Suhu maksimum pada hari Khamis
IV. Jumlah hujan selama lima hari ialah 107mm

A. I, II dan III C. I, III dan IV


B. I, II dan IV D. II, III dan IV

.Soalan 3 berdasarkan jadual di bawah

Bilangan Kaum yang Terdapat di Kampung Mesra, 2010

1
3. Carta pai yang manakah menggambarkan maklumat tentang bilangan kaum di Kampung
Mesra?
A. C.

B. D.

Soalan 4 dan Soalan 5 berdasarkan carta pai di bawah.

Perbelanjaan Penduduk di Bandar W

4. Berapakah jumlah peratus pekerjaan bagi sektor pembinaan dan pertanian di Bandar W?
A. 38%
B. 46%
C. 50%
D. 61%

5. Pekerjaan utama penduduk Bandar W ialah dalam bidang


A. Pertahanan
B. Perkilangan
C. Pendidikan
D. Pertanian

2
6. Apakah pokok utama yang terdapat dalam Hutan Hujan Tropika di Amazon?
A. Meranti
B. Wimba
C. Merbau
D. Jelutong

7. Apakah jenis tanih yang dikaitkan dengan maklumat di bawah?

Campuran tanah liat dan pasir, warna merah atau coklat


kemerahan

A. Podzol
B. Latosol
C. Aridisols
D. Terra rossa

8. Apakah jenis hutan yang dikaitkan dengan tanih berpasir?

A. Hutan Pantai
B. Hutan Gunung
C. Hutan Hujan Tropika
D. Hutan Paya Air Masin

Soalan 9 berdasarkan peta di bawah.

9. Antara berikut kombinasi manakah benar?

Kawasan Jenis Tumbuhan


A I Hutan paya bakau
B II Hutan paya air tawar
C III Hutan Khatulistiwa
D IV Hutan gunung

3
10. Antara berikut, yang manakah merupakan hutan yang terdapat di Malaysia?

I Hutan gunung
II Hutan hujan tropika
III Hutan monsun tropika
IV Hutan paya
A. I, II dan III C. I, III dan IV
B. I, II dan IV D. II, III dan IV

11. Perbezaan jenis hutan di atas disebabkan oleh


A. Suhu
B. Ketinggian
C. Tanih
D. Kuantiti hujan

12. Antara berikut, yang manakah tujuan utama kawasan Tasik Kenyir dibuka di Terengganu?
A. Untuk dijadikan kawasan pelancongan
B. Untuk projek penjanaan tenaga nuklear
C. Untuk projek penjanaan tenaga hidroelektrik
D. Untuk meningkatkan ekonomi Malaysia

13. Apakah sumber tenaga yang digunakan di Malaysia?


I Geoterma III Hidro
II Suria IV Petroleum

A. I, II dan III C. I, III dan IV


B. I, II dan IV D. II, III dan IV

4
Soalan 14 berdasarkan peta di bawah

Merupakan jana kuasa gas asli pertama

14. Maklumat di atas merujuk kepada kawasan peta yang bertanda


A. I C. III
B. II D. IV

15. Apakah tenaga yang dihasilkan daripada proses pereputan sampah sarap dan sisa-sisa pertanian?
A. Geoterma
B. Biomas
C. Solar
D. Nuklear

Soalan 16 berdasarkan rajah di bawah

16. Produk yang dihasilkan di atas ialah daripada jenis mineral


A. Kaolin
B. Batu marmar
C. Arang batu
D. Emas

5
17. Antara berikut, yang manakah merupakan langkah untuk mengurangkan pergantungan terhadap
sumber petroleum?
A. Perlu mengurangkan eksport
B. Mencari sumber gantian
C. Mengehadkan penggunaan
D. Berkongsi kereta

18. Antara berikut, yang manakah mineral bukan logam?


I Marmar III Gas asli
II Batu kapur IV Emas

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

19. Mengapakah sumber tenaga elektrik daripada putaran kincir angin tidak konsisten?
A. Kekuatan angin tidak menentu
B. Saiz kincir angin yang kecil
C. Tiupan angin sentiasa kuat
D. Hujan yang turun pada waktu tertentu

20. Mengapakah penerokaan sumber mineral di Malaysia perlu dirancang dan dikawal kegiatannya?
A. Supaya harganya tidak naik mendadak
B. Supaya mampu menampung kepupusan sumber lain
C. Supaya tidak pupus dalam jangka masa singkat
D. Supaya berkekalan dalam jangka masa yang panjang

Tuliskan jawapan bahagian A di ruang yang disediakan.

1. 6. 11. 16.
2. 7. 12. 17.
3. 8. 13. 18.
4. 9. 14. 19.
5. 10. 15. 20.

6
Bahagian B (50 markah)
Arahan: Jawab semua soalan di ruangan yang disediakan.
1. Nyatakan ibu negeri, ibu negara, dan pusat pentadbiran kerajaan persekutuan
berdasarkan peta di bawah.

Ibu Negeri N9

N1 N10

N2 N11

N3 N12

N4 N13

N5 Ibu Negara

N6 E1

N7 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

N8 P1

(15 markah)

7
2. Berdasarkan peta topografi di bawah, jawab semua soalan berikut.

a. Nyatakan hubung kait ciri pandang darat fizikal dan ciri pandang darat budaya.

Ciri Pandang Darat Kepentingan Ciri Pandang Darat


Fizikal Budaya
Pertanian i.

Pengangkutan ii.
Tanah pamah
Petempatan iii.

Kemudahan sosial iv.

Pertanian v.
Tanah beralun
Petempatan vi.

Perikanan vii.

Pinggir laut Pelancongan viii.

Pertanian ix.

Saliran Pengangkutan x.

(10 markah)

8
b. Apakah jenis skala yang digunakan pada peta tersebut?
________________________________________________________________________
(1 markah)
c. Berapakah nilai skala yang digunakan dalam peta tersebut?

________________________________________________________________________
(1 markah)
d. Apakah pekerjaan utama penduduk Kampung Rambai?

________________________________________________________________________
(1 markah)
e. Kawasan yang manakah menjadi tumpuan penduduk? Mengapa ?

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________
(2 markah)

3. Jawab soalan berdasarkan Foto 1 di bawah.

Foto 1

a. Namakan hidupan liar di dalam Foto 1.

_______________________________________________________________________
(1 markah)
b. Nyatakan habitat semula jadi hidupan liar tersebut.

________________________________________________________________________
(1 markah)

9
c. Apakah cara pemakanan hidupan liar tersebut?

______________________________________________________________________________

(1 markah)

d. Apakah kempen yang diadakan untuk melindungi hidupan liar tersebut?

________________________________________________________________________
(1 markah)
e. Bilakah hari kempen dalam jawapan (b) diadakan?

________________________________________________________________________
(1 markah)
f. Berikan dua sebab kempen tersebut diadakan.

i. ____________________________________________________________________

ii. ____________________________________________________________________

(2 markah)
g. Jelaskan tiga kepentingan hidupan liar di Malaysia.

i. ___________________________________________________________________

ii. ___________________________________________________________________

iii. ___________________________________________________________________

(3 markah)

10
4. Berdasarkan Rajah 1 menunjukkan profil Hutan Y.

Iklim Khatulistiwa yang panas dan lembab sepanjang tahun telah menggalakkan
pertumbuhan pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan semula jadi di Malaysia.

a. Apakah jenis Hutan Y?

______________________________________________________________________
(1 markah)

b. Namakan lapisan hutan yang ditandakan dalam Rajah 1 tersebut.

i. W : ______________________________________________________________

ii. X : ______________________________________________________________

iii. Y : ______________________________________________________________

iv. Z : ______________________________________________________________
(4 markah)
c. Nyatakan tiga ciri utama hutan tersebut.

i. __________________________________________________________________

ii. __________________________________________________________________

11
iii. __________________________________________________________________
(3 markah)

d. Berikan dua kawasan yang ditumbuhi Hutan Y.

i. __________________________________________________________________

ii. __________________________________________________________________
(2 markah)

Bahagian C ( 30 markah )
Arahan : Pilih dan jawab tiga soalan sahaja di dalam kertas jawapan yang disediakan.

1. Berdasarkan jadual di bawah , jawab soalan berikut.

Jenis pekerjaan penduduk di Kampung Alor pada tahun 2018

Jenis pekerjaan Bilangan (orang)

Pemotong buah kelapa sawit 400

Penoreh getah 340

Pekerja kilang 120

Peniaga runcit 100

Kerani 40

Jumlah 1000

a) Berdasarkan jadual tersebut, lukis sebuah carta pai untuk menunjukkan jenis
pekerjaan penduduk di Kampung Alor. Gunakan jejari 3.5cm. ( 6 markah )
b) Tafsirkan secara ringkas carta pai yang telah anda lukiskan. ( 4 markah )

12
2. Di Malaysia terdapat taman-taman Negara yang diuruskan di bawah kerajaan negeri dan
kerajaan persekutuan.
a) Terangkan maksud taman negara. ( 3 markah )
b) Huraikan dua kepentingan taman negara di Malaysia. ( 4 markah )
c) Pada pendapat anda, nyatakan tiga kesan jika tidak diwujudkan taman negara di
Malaysia. ( 3 markah )

3. Peta di bawah menunjukkan taman negara di Malaysia.

a) Namakan taman negara yang bertanda


i. W
ii. X
iii. Y
iv. Z ( 4 markah )

b) Terangkan maksud pusat konservasi dan tujuan ditubuhkan. ( 4 markah )


c) Berikan dua contoh pusat konservasi di Malaysia ( 2 markah )

13
4. Berdasarkan rajah di bawah ini, jawab soalan berikut.

Sumber boleh baharu

Sumber semula jadi di


Malaysia

Sumber tidak boleh baharu

a) Terangkan maksud sumber tidak boleh baharu. ( 2 markah)


b) Jelaskan dua pembahagian jenis sumber tidak boleh baharu, iaitu mineral berserta
contoh yang sesuai. (6 markah )
c) Berikan dua kegunaan sumber gas asli. ( 2 markah )

SOALAN TAMAT

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

……………………………….. …………………………………. ………………………………….


() ( ()
GURU MATAPELAJARAN KETUA PANITIA GEOGRAFI GURU KANAN MATA
GEOGRAFI PELAJARAN SAINS
KEMASYARAKATAN

14

You might also like