You are on page 1of 1
Grafik di bawah ini mentnjukkan jenayah siber. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam grafik tersebut, tulis ulasan tentang langkah-langkah mengatasi jenayah siber yang Panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan: { Kerjasama antara | negara secara global / Pemantauan alam siber oleh pihak berkuasa | eee Penerapan pengetahuan kepada masyarakat Baca petikan di bawah ini dengan telitinya. Berdasarkan petikan tersebut, tulisringkasan tentang aktiviti-aktiviti yang dapat dilakukan semasa cuti persekolahan, Panjangnya ringkasan anda hendaklah antara 80 hingga 100 patah perkataan. Gp Cuti sekolah memang dinanti-nantikan oleh setiap murid, Pelbagai rancangan sudah diatur sebelum cuti sekolah menjelma. Namun begitu, harus diingat, cuti sekolah tidak bermakna proses pembacaan atau pembelajaran juga bercuti seketika. Setiap murid haruslah bijak ‘merancang dan mengurus masa cuti mereka. ‘Semasa cuti sekolah, murid-murid dapat menimba ilmu dan pengalaman yang tidak diperoleh daripada pembelajaran di dalam kelas. Pelbagai aktiviti yang berfaedah dapat dilakukan semasa cuti sekolah. Musim cuti persekolahan merupakan peluang terbaik untuk murid membantu ibu bapa seperti membersihkan halaman rumah, bercucuk tanam, dan sebagainya. Murid-murid dapat menyertai peraduan atau pertandingan yang disiarkan di surat Khabar atau majalah. Jika semasa hari persekolahan murid sibuk dengan pelbagai aktiviti, maka semasa cuti sekolah mereka dapat menggunakan masa yang ada untuk ‘melakukan aktiviti Kegemaran seperti membaca novel, melayari Internet, mendaki bukit, dan sebagainya. Persatuan atau kelab banyak menganjurkan program semasa cuti sekolah juga. Murid- murid dapat melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum seperti perkhemahan, kem motivasi, ‘ekspedisi berbasikal, dan sebagainya. Selain itu, melancong ke tempat-tempat yang menarik di negara kita bersama-sama dengan keluarga juga merupakan satu aktiviti yang ‘menyeronokkan. Antara tempat tersebut termasuklah Pulau Langkawi, Pulau Tioman, Kota A Famosa dan sebagainya, Namun begitu, murid-murid mestilah mencari masa untuk mengulang kaji pelajaran atau melengkapkan nota-nota pelajaran yang tertinggal semasa cuti persekolahan.

You might also like