You are on page 1of 2

Langkah-langkah untuk Menggalakkan

Orang Ramai Menggunakan Pengangkutan


Awam
“Zaman beralih, musim bertukar”, selepas tamat penjajahan asing selama 446 tahun yang telah lama
menghantui rakyat, Malaysia telah menjejakkan kaki ke satu ambang yang rancak sekali. Untuk
menyesuaikan diri dalam mata dunia dan memenuhi kehendak rakyat, Malaysia telah mengalami
pelbagai anjakan paradigma, kerajaan telah berusaha menyediakan prasarana yang mencukupi untuk
memastikan sistem pengangkutan awam berjalan lancar. Rangkaian pengangkutan awam di negara
kita boleh dikategorikan sebagai pengangkutan bas, teksi, Sistem Transit Tren Ringan (LRT),
Keretapi Tanah Melayu (KTM) dan monorel. Jikalau bukan kita yang sebagai warganegara Malaysia
menyokong pengangkutan awam, siapakah lagi menyokong? Lantaran itu, langkah-langkah yang
proaktif dan drastik hendaklah diimplementasi untuk menggalakkan rakyat menggunakan
pengangkutan awam.

Menurut satu kajian yang dibuat dalam kalangan rakyat, banyak rakyat mengatakan bahawa
kepelbagaian sistem tiket untuk menggunakan rangkaian perkhidmatan awam yang berlainan telah
mengurangkan minat mereka untuk bergerak dari tempat asal ke tempat destinasi dengan penukaran
rangkaian perkhidmatan awam. Oleh itu, kerajaan haruslah melaksanakan sistem tiket
bersepadu yang dapat menggalakkan orang ramai untuk menggunakan pengangkutan awam.
Kerajaan haruslah menubuhkan sebuah Lembaga Pengangkutan Awam (PTA) untuk menguruskan
pengangkutan di negara kita. Pertubuhan tersebut dapat mempercepat proses perlaksanaan sistem tiket
bersepadu yang masih dalam peringkat kajian. Selain itu, kerajaan juga harus mengambil contoh
negara barat seperti Melbourne, di negara Melborune penumpang hanya perlu membeli satu tiket
untuk menaiki kereta api dan bas. Seperti kata peribahasa serampang dua mata, pendekataan ini
bukan sahaja dapat menjimatkan wang tetapi juga dapat memudahkan rakyat untuk mengatur
pejalanan laluan. Jikalau sistem tiket bersepadu direalisasikan, jumlah penumpang pastilah dapat
mencapai sasaran yang telah diramalkan oleh pengendali.

Langkah seterusnya yang dapat menarik perhatian rakyat untuk menaiki pengangkutan awam adalah
dengan meningkatkan kuantiti dan kualiti pengangkutan awam. Bilangan kereta api atau bas
awam haruslah dipertingkatkan bagi memenuhi kehendak rakyat. Selain itu, KTM negara kita
haruslah mencontohi perkhidmatan kereta api di Jepun yang menggunakan kuasa elektrik seprti
shinkansen (bullet train). Dengan menggunakan lokomotif kuasa elektrik, kekerapan KTM di negara
kita pasti dapat meningkatkan. Kekerapan pengangkutan awam adalah salah satu unsur untuk menarik
perhatian penumpang terutamanya mereka yang memandu kereta atau menunggang motosikal.
Dengan kekerapan pengangkutan yang tinggi, penumpang tidak akan membazirkan masa untuk
menunggu komuter. Hal ini dapat mengurangkan masa perjalanan keseluruhan. Dalam era globalisasi
yang mengutamakan kepantasan, kekurangan dalam kekerapan pengangkutan awam akan merumitkan
kehidupan masyarakat dan menyebabkan mereka kurang keyakinan terhadap pengakutan awam.
Lantaran itu, cara ini haruslah dilaksanakan untuk mendapat balik keyakinan rakyat terhadap
pengangkutan awam.

Langkah memasang televisyen dalam bas awam yang dijalankan oleh kerajaan mendapat banyak
komen yang baik dan diberi pujian kerana langkah ini dapat menghiburkan rakyat dalam perjalanan
mereka. Para penumpang berpeluang untuk menonton siaran televisyen ketika berada dalam
perjalanan mereka. Prakasa ini haruslah diperluaskan dalam pengangkutan awam seperti Komuter dan
LRT untuk menarik lebih banyak penumpang untuk menaiki pengangkutan awam. Selain
menghiburkan para penumpang ketika dalam perjalanan, siaran televisyen juga mampu
menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat dengan menyiarkan
rancangan cinta akan negara, rancangan mengimbas kembali detik-detik sejarah negara dan
sebagainya. Selain rancangan sebegini, program lain seperti berita, laporan cuaca, perkembangan
sukan, maklumat kewangan juga harus disiarkan supaya rakyat dapat mendapat informasi yang
terbaharu dan meningkatkan pengetahuan dalam perjalanan mereka. Hal ini pasti dapat meningkatkan
bilangan penumpang pengangkutan awam kerana langkah ini telah memenuhi tabiat rakyat Malaysia
yang ingin mendapatkan perkhidmatan yang berkualiti tinggi dengan banyaran yang minimum.
Manisfestasinya, langkah memasang televisyen memang dapat menarik perhatian para penumpang.

Seperti peribahasa Melayu yang berbunyi “melentur buluh biarlah dari


rebungnya”, pendidikan sejak kecil juga merupakan salah satu langkah untuk menggalakkan rakyat
tempatan menaiki pengangkutan awam. Sekolah dicadangkan supaya memberi pelajaran tentang
kebaikan-kebaikan menggunakan perkhidmatan awam dan keselamatan menggunakan pengangkutan
awam supaya dapat menanam konsep yang mendalam kepada fikiran pelajar supaya menaiki
perkhidmatan awam lebih baik daripada menggunakan kenderaan sendiri. Usaha ini bukan sahaja
diberi kepada pelajar yang kecil, tetapi juga harus diberi kepada mereka yang dewasa untuk
mengubah imej buruk yang mendalam di dalam hati mereka. Melalui pendidikan, kita dapat
menghasilkan golongan yang bergantung pada perkhidmatan kereta api sebagai pengangkutan utama
mereka.Hal ini dapat meningkatkan bilangan penumpang yang menaiki pengangkutan awam.
Walaupun mereka memiliki kenderaan sendiri, tetapi mereka tetap akan menggunakan perkhidmatan
awam seperti kereta api sebagai pengangkutan utama mereka jika konsep kebaikan pengangkutan
awam ditanam mendalam kepada mereka.

Sebenarnya, pengangkutan awam banyak membawa kemaslahatan seperti mengurangkan jarak


perjalanan, menghematkan masa, mempercepat operasi penghantaran barangan ke sesuatu destinasi
dan sebagainya kepada kita. Akhir kata, pemodenan sistem perhubungan darat merupakan inovasi
yang penting ke arah mewujudkan mobilisasi sumber tenaga manuasia pada tahap yang paling
optimum. Lantaran itu, kita harus menyokong usaha-usaha yang diambil oleh kerajaan dalam
meningkatkan penumpang menaiki pengangkutan awam.

You might also like