You are on page 1of 1

Panduan Pengoperasian Kurikulum Pendidikan Muzik Yang Telah Dijajarkan

1. Kurikulum Pendidikan Muzik yang dijajarkan bertujuan memberi panduan


kepada guru untuk menyelesaikan baki Standard Kandungan (SK) dan
Standard Pembelajaran (SP) yang tidak dapat diajar kerana PKP yang bermula
pada 13 Mac 2020.

2. Kandungan kurikulum Pendidikan Muzik yang telah dijajarkan digunakan


bermula 15 Julai hingga 13 Disember 2020.

3. Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) dirancang semula atau ditambahbaik


berdasarkan takwim minggu persekolahan terkini yang bermula pada 15 Julai
hingga 13 Disember 2020)

4. Berdasarkan kurikulum Pendidikan Muzik yang dijajarkan oleh BPK, setiap SP


diklusterkan kepada 3 lajur iaitu:
i. Kandungan Asas
ii. Kandungan Tambahan
iii. Kandungan Pelengkap

5. Semua SP dalam Modul Kemahiran yang terdapat dalam DSKP Pendidikan


Muzik telah dikumpulkan dalam lajur Kemahiran Asas. Guru perlu merancang
semula RPT dengan memberi keutamaan kpd Kandungan Asas diikuti
Kandungan Tambahan dan Kandungan Pelengkap.

6. Sebagai contoh, sekiranya guru telah selesai mengajar semua SP nyanyian


dan perkusi sebelum PKP, maka SP nyanyian dan perkusi tidak perlu
dimasukkan dalam RPT. Dalam erti kata lain, guru menyambung semula PdP
yang terhenti sebelum PKP. Walau bagaimanapun, guru boleh melaksanakan
SP yang telah diajar sebagai pengukuhan kepada murid.

Catatan:

Guru boleh merujuk Kit Sekolah - Pelaksanaan Kurikulum Bagi Kegunaan


Pembukaan Semula Sekolah Tahun 2020 yang boleh muat turun di laman
sesawang http://bpk.moe.gov.my

You might also like