You are on page 1of 7

PANDUAN 1

LANGKAH 1 : MEMBACA SOALAN

Watak utama menghadapi pelbagai cabaran untuk memperoleh kejayaan.

Huraikan dua kejayaan watak utama dalam sebuah novel yang anda pelajari. [7 markah]

LANGKAH 2 : MENGANALISIS SOALAN

Skop analisis : watak utama

Tugasan : kejayaan watak utama

Novel : satu buah novel

LANGKAH 3 : MERANGKA JAWAPAN

Kejayaan Contoh peristiwa


Kejayaan menjuarai pertandingan Adnan telah menjuarai pertandingan syarahan dalam bahasa
Inggeris berkat kesungguhannya walaupun dia tidak fasih
berbahasa Inggeris.
Kejayaan dalam kerjaya Disebabkan Adnan seorang yang komited, beliau telah dinaikkan
pangkat daripada Sarjan kepada Leftenan.
Kejayaan menentang musuh Leftenan Adnan berjaya mengesan tentera Jepun yang menyamar
menjadi tentera Sikh dan menembak mereka.

Kejayaan Contoh peristiwa


Kejayaan menjalani pembedahan Waheeda berjaya menjalani pembedahan pada bahagian muka
yang dilakukan di Silicon Medical Centre (SMC).
Kejayaan dalam kerjaya Waheeda berjaya meraih gelaran Ratu Pelancongan Antarabangsa
ketika dia bekerja di Singapura.
Kejayaan mengurus syarikat Waheeda berjaya meluaskan perniagaannya dengan membuka
inap desa Aya-Sajinah di Cameron Highlands selepas di Matang.

LANGKAH 4 : MENULIS JAWAPAN

Novel yang saya pelajari ialah Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip Talib. Terdapat
kejayaan watak utama dalam novel yang saya pelajari ini. Watak utama dalam novel ini ialah Adnan atau
Leftenan Adnan.

Salah satukejayaan watak utama ialah kejayaan menjuarai pertandingan. Contohnya, Adnan telah
menjuarai pertandingan syarahan dalam bahasa Inggeris berkat kesungguhannya walaupun dia tidak fasih
berbahasa Inggeris .

Selain itu, terdapat juga kejayaan dalam kerjaya. Contohnya, disebabkan Adnan seorang yang komited,
beliau telah dinaikkan pangkat daripada Sarjan kepada Leftenan.

Di samping itu, terdapat juga kejayaan menentang musuh. Contohnya, Leftenan Adnan berjaya
mengesan tentera Jepun yang menyamar menjadi tentera Sikh dan menembak mereka.

MODUL LONJAKAN UNTUK LULUS SPM (LULuS) 109


JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR
PANDUAN 2

LANGKAH 1 : MEMBACA SOALAN

Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu nilai kerjasama yang terdapat dalam setiap
novel. [7 markah]

LANGKAH 2 : MENGANALISIS SOALAN

Skop analisis : nilai

Tugasan : nilai kerjasama

Novel : dua buah novel

LANGKAH 3 : MERANGKA JAWAPAN

Nilai kerjasama Leftenan Adnan Wira Bangsa


Nilai kerjasama mempertahankan Leftenan Adnan bekerjasama dengan askar Melayu untuk
musuh mempertahankan Bukit Candu daripada tawanan tentera Jepun.
Nilai kerjasama merancang strategi Leftenan Adnan bekerjasama dengan Kapten Rix untuk merancang
strategi bagi menyekat kemaraan musuh apabila mengetahui tentera
Jepun akan menyerang Singapura.

Nilai kerjasama Tirani


Nilai kerjasama menjalankan Waheeda bekerjasama dengan keluarganya untuk mengurus Syarikat
perniagaan Tajau Emas yang mengusahakan inap desa di Matang, Sarawak.
Nilai kerjasama menyelesaikan Abang Waheeda, iaitu Ghazi bekerjasama dengan ibunya, Raidah
masalah untuk menyembuhkan penyakit kemurungan yang dihadapi oleh
adiknya, Waheeda.

LANGKAH 4 : MENULIS JAWAPAN

Novel yang saya pelajari ialah Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip Talib dan Tirani, karya
Beb Sabariah. Terdapat nilai kerjasama dalam novel yang saya pelajari ini .

Dalam novel Leftenan Adnan Wira Bangsa, terdapat nilai kerjasama mempertahankan negara.
Contohnya, Leftenan Adnan bekerjasama dengan askar Melayu untuk mempertahankan Bukit Candu daripada
tawanan tentera Jepun. Mereka cuba menyekat kemaraan tentera Jepun walaupun bilangan mereka amat kecil
berbanding dengan tentera Jepun yang sangat ramai .

Dalam novel Tirani pula, terdapat nilai kerjasama menjalankan perniagaan. Contohnya, Waheeda
bekerjasama dengan keluarganya untuk mengurus Syarikat Tajau Emas yang mengusahakan inap desa di
Matang, Sarawak. Abangnya, Ghazi sebagai pengurus besar, ibunya, Raidah sebagai tukang masak manakala
ayahnya, Fadhil sebagai pemandu pelancong.

MODUL LONJAKAN UNTUK LULUS SPM (LULuS) 109


JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR
LATIHAN BERPANDU 1

LANGKAH 1 : MEMBACA SOALAN

Pengarang menggunakan novel sebagai alat untuk menegur sikap masyarakat yang negatif.

Huraikan dua teguran pengarang kepada masyarakat dalam sebuah novel yang anda pelajari. [7 markah]

LANGKAH 2 : MENGANALISIS SOALAN

Skop analisis : _________________________________________________________

Tugasan : _________________________________________________________

Novel : _________________________________________________________

LANGKAH 3 : MERANGKA JAWAPAN

Teguran pengarang Contoh peristiwa


Teguran pengarang kepada masyarakat Nordin dan kawan-kawannya gemar menghabiskan masa dengan
yang suka melepak dan berbual-bual melepak dan berbual-bual kosong di warung Pak Samad.
kosong
Teguran pengarang kepada masyarakat Samad bersetuju untuk bekerjasama dengan tentera Jepun dengan
yang membelot demi kepentingan diri memberikan maklumat tentang askar Melayu.
Teguran pengarang kepada masyarakat Nordin telah menceroboh masuk ke rumah Pak Saidi dan
yang berdendam kepada orang lain memancitkan tayar basikal Pak Saidi kerana bersangka Pak Saidi
telah memberitahu ayahnya tentang sikapnya mencuri buah.

Teguran pengarang Contoh peristiwa


Teguran pengarang kepada masyarakat Mat Gusi mengejek Waheeda sebagai Eda Keropok kerana wajah
yang suka mengejek orang lain Waheeda yang berjerawat sehingga menimbulkan rasa masa
Waheeda.
Teguran pengarang kepada masyarakat Zahid sering membangkitkan rasa marahnya dengan menuduh
yang terlalu cemburu buta Waheeda curang dan berfoya-foya dengan lelaki lain seperti
Halloway dan Dr. Rushdi.
Teguran pengarang kepada masyarakat Zahid tidak melihat kandungan surat pengesahan ujian DNA yang
yang bertindak secara melulu dibuat oleh Waheeda untuk membuktikan Izzati sebagai anaknya
sebaliknya menceraikan Waheeda dengan talak satu.

LANGKAH 4 : MENULIS JAWAPAN

Novel yang saya pelajari ialah_______________________________________________________.


Terdapat _________________________________________________dalam novel yang saya pelajari ini .

Salah satu__________________________________________ ialah _________________________


__________________________________________________________________________________________.
Contohnya,________________________________________________________________________________
__ _______________________________________________________________________________________.

Selain itu, terdapat juga___________________________________________________________.


Contohnya,________________________________________________________________________________
__ _______________________________________________________________________________________.
MODUL LONJAKAN UNTUK LULUS SPM (LULuS) 109
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR
LATIHAN BERPANDU 2

LANGKAH 1 : MEMBACA SOALAN

Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu nilai kepatuhan yang terdapat dalam setiap
novel. [8 markah]

LANGKAH 2 : MENGANALISIS SOALAN

Skop analisis : ___________________________________________________

Tugasan : ___________________________________________________

Novel : ___________________________________________________

LANGKAH 3 : MERANGKA JAWAPAN

Nilai kerjasama Leftenan Adnan Wira Bangsa


Nilai kepatuhan anak kepada Adnan menurut arahan bapanya, Pak Saidi yang mahukan dia
kehendak ibu bapa bersekolah di sekolah Inggeris walaupun dia tidak pandai berbahasa
Inggeris.
Nilai kepatuhan umat kepada Adnan dan bapanya, Pak Saidi menunaikan solat subuh pada setiap
perintahTuhan pagi sebelum ke sekolah dan bekerja di ladang getah.
Nilai kepatuhan isteri kepada Sophia Pakih Muda akur dengan perintah suaminya, Leftenan Adnan
perintah suami untuk pulang ke kampung selepas mengetahui tentera Jepun akan
menyerang Singapura.

Nilai kerjasama Tirani


Nilai kepatuhan anak kepada Waheeda akur dengan arahan bapanya yang melarang dia melakukan
arahan ibu bapa pembedahan hidungnya yang pesek kerana menurut bapanya
melakukan perubahan pada fizikal tidak mensyukuri nikmat Tuhan.
Nilai kepatuhan isteri kepada Waheeda telah menghantar surat berhenti kepada majikannya di
perintah suami Flamingo Resort selepas disuruh oleh suaminya, Zahid.
Nilai kepatuhan pekerja kepada Waheeda menyertai pertandingan Ratu Pelancongan Antarabangsa
arahan majikan selepas disuruh oleh ketuanya, Halloway untuk mewakili syarikat itu.

LANGKAH 4 : MENULIS JAWAPAN

Novel yang saya pelajari ialah_______________________________________________________ dan


___________________________________________________. Terdapat ______________________________
_________________________________dalam novel yang saya pelajari ini .

Dalam novel Leftenan Adnan Wira Bangsa, terdapat ____________________________________.


Contohnya, _____________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________________ ___.

Dalam novel Tirani pula, terdapat ____________________________________________________


__________________________________________. Contohnya, __________________________________
__________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________.

MODUL LONJAKAN UNTUK LULUS SPM (LULuS) 109


JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR
LATIHAN KENDIRI 1 – PENGAJARAN DAN PERWATAKAN WATAK SAMPINGAN

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

(i) Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip bin Talib
(ii) Tirani karya Beb Sabariah.

(a) Bahagian peleraian merupakan binaan plot yang terakhir. Pengarang akan cuba menimbulkan perasaan
yang boleh memberikan kesan kepada pembaca pada bahagian ini.
Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, jelaskan dua pengajaran yang boleh diperoleh pembaca pada
bahagian peleraian novel tersebut.

[7 markah]

(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, jelaskan dua persamaan perwatakan watak sampingan
yang dinyatakan dalam jadual di bawah.
[8 markah]

Tajuk novel Watak sampingan


Leftenan Adnan Wira Bangsa Pak Saidi
Tirani Ghazi

LATIHAN KENDIRI 2 – NILAI WATAK UTAMA DAN KEGIGIHAN WATAK UTAMA

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

(i) Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip bin Talib
(ii) Tirani karya Beb Sabariah.

(a) Watak utama dalam sebuah novel memainkan peranan penting bagi menghidupkan sesebuah cerita dan
sering membawa nilai-nilai murni dalam dirinya.
Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan dua nilai murni yang dimiliki oleh watak utama.
[7 markah]

(b) Kegigihan watak utama dalam sesebuah novel membolehkannya memperoleh kejayaan dalam kehidupan.
Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan dua contoh yang dapat membuktikan
penyataan di atas. [8 markah]

MODUL LONJAKAN UNTUK LULUS SPM (LULuS) 109


JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR
LATIHAN KENDIRI 3 – PERSOALAN KERJASAMA DAN CITRA MASYARAKAT

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

(i) Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip bin Talib
(ii) Tirani karya Beb Sabariah.

(a) Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan dua persoalan kerjasama yang terdapat dalam
novel tersebut. [7 markah]

(b) Pengarang menjadikan karya sastera sebagai alat untuk mempamerkan citra masyarakat sama ada dari
segi pekerjaan, sifat atau pemikiran.
Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu citra masyarakat yang wajar dicontohi
oleh pembaca bagi setiap novel. [8 markah]

LATIHAN KENDIRI 4 – KONFLIK ANTARA WATAK DAN LATAR TEMPAT

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

(i) Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip bin Talib
(ii) Tirani karya Beb Sabariah.
(a) Konflik ialah pertentangan oleh watak sama ada terhadap diri sendiri atau dengan watak
sampingan.
Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan dua konflik antara watak yang terdapat
dalam novel tersebut.
[7 markah]

(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu latar tempat berserta dengan
peristiwa penting yang berlaku dalam setiap latar tempat yang dinyatakan.
[8 markah]

MODUL LONJAKAN UNTUK LULUS SPM (LULuS) 109


JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR
MODUL LONJAKAN UNTUK LULUS SPM (LULuS) 109
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR

You might also like