You are on page 1of 14

031

செகாமட் மாவட்டத் தமிழ்ப்பள்ளிகளின்


தலைலமயாெிரியர் மன்றம்

MAJLIS GURU BESAR SJK (TAMIL) DAERAH SEGAMAT

PROGRAM SIGARAM TAHUN 6


MAC 2018

BAHASA MELAYU – PEMAHAAN ( 031 )

1 JAM 15 MINIT
BAHAGIAN NO.SOALAN MARKAH

BAH.A 1-16 / 16

17-20 /4

BAH B 21 /4

22 /4

23 /4

24 /8

25 /8

JUMLAH BESAR / 50
NAMA:_________________________________________________________________
Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah.

1. Rahim sedang menggesek ________________ di atas pentas.

A. harmonika B.piano C. gitar D.biola

2. “ Jangan lupa untuk melihat tarikh ____________________ setiap barang yang

kamu beli,”pesan ibu kepada Aiza.

A. awal B. lupus C. luput D. lama

Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.

3. Puan Cheng sedang ____________________ limau di dapur.

A.mencencang B.mengupas C.memotong D.memerah.


4. Penulis itu meletakkan lukisannya di atas _________________________
A.kekuda B.bebola C.pepohon D. kekisi

5. Khyra menyisipkan sekeping ___________________ pada halaman novel


. yang dibacanya.
A. alat tulis B.tisu muka C. rantai kunci D.penanda buku

6. Kereta Toyota diimport __________________ negara Jepun.


A. dari B. pada C.terhadap D.daripada

7. “ ______________________,malangnya nasibku!” keluh Nora.

A.Aduhai B.Aduh C.Cis D.Wahai

8. Datuk tidak dapat mendengar dengan jelas kerana ______ telinganya telah rosak.

A. jejari B. gegendang C. rerambut D. lelangit

9. Encik Chong menjual empat ______ sate ayam dengan harga RM 2.00.

A. batang B. bilah C. cucuk D. pucuk

10. Ayah kelihatan terlalu uzur. _________, dia tetap membanting tulang empat
keratnya untuk mencari rezeki demi anak-anaknya.

A. Kalau begitu B. Lantaran itu C. Namun demikian D. Lebih-lebih lagi

11. Guru Besar menyampaikan ________ kepada penceramah motivasi itu sebagai tanda
penghargaan.

A. cenderamata B. tandatangan C. kakitangan D. tanggungjawab

12. Ayah pergi ke kedai tayar untuk menggantikan tayar keretanya yang sudah
_______.

A. uzur B. haus C. usang D. kering


13. Makanan yang sangat masin itu tidak ________ olehnya.

A. terusik B. tertelan C. terteguk D. tersedut

14. Dia berasa ______ membuat pilihan pakaian yang dipamerkan di gedung beli-belah
itu.

A. rambang mata B. puteri lilin C. buaya darat D. mencolok mata

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

15. Cikgu Johari mengarahkan para peserta perkhemahan supaya berbaris dalam
kumpulan masing-masing.

A. Para peserta perkhemahan berbaris dalam kumpulan masing-masing setelah diarahkan


oleh Cikgu johari.
B.Para peserta perkhemahan diarahkan oleh Cikgu Johari supaya berbaris dalam
kumpulan masing-masing.
C. Para peserta perkhemahan Cikgu Johari diarahkan supaya berbaris dalam kumpulan
masing-masing.
D. Para peserta perkhemahan dalam kumpulan masing-masing diarahkan oleh Cikgu
Johari supaya berbaris.

Pilih ayat yang betul.

16. A. Yuran yang dikenakan untuk menyertai karnival usahawan cilik itu bukan mahal
sangat.
B. Kebanyakan peserta yang terlibat dalam karnival itu berasal daripada Selangor.
C. Setengah peserta yang terlibat dalam karnival itu ialah murid sekolah.
D. Sila dapatkan butir-butir terperinci tentang karnival itu di pejabat kami.
Soalan 17 hingga 20
Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Tahukah anda apa yang dimaksudkan dengan pemindahan organ? Pemindahan organ ialah
rawatan bagi menggantikan organ yang tidak berfungsi daripada tubuh orang yang masih
hidup dengan organ daripada tubuh orang lain yang masih hidup atau yang telah mati.
Pemindahan organ yang pertama di Malaysia telah dilakukan di Hospital Kuala
Lumpur pada 15 Disember 1978. Pemindahan organ bertujuan untuk memberi peluang
kepada pesakit-pesakit yang menghidap penyakit kronik seperti penyakit jantung, buah
pinggang, paru –paru, mata dan hati untuk meneruskan hidup.
Di negara kita, jumlah pesakit yang memerlukan rawatan pemindahan organ
semakin meningkat. Malangnya, jumlah penderma organ adalah sedikit dan tidak mampu
untuk menampung keperluan perubatan pada hari ini.
Seterusnya, masalah pemindahan organ juga berkait rapat dengan kekurangan
penderma kadaverik. Penderma kadaverik terdiri daripada orang yang telah meninggal
dunia. Namun begitu, organ hanya boleh diambil jika si mati telah meninggalkan wasiat
tentangnya ataupun telah mendapat keizinan daripada ahli keluarganya.
Hakikatnya, pemindahan organ ini masih kurang mendapat sambutan dalam
kalangan masyarakat di negara kita. Malahan, mereka memandang negatif akan kesan
yang bakal diterima akibat pemindahan organ kerana kurangnya maklumat tentang
perkara ini.
Namun begitu, berlainan pula keadaannya di negara-negara seperti Indonesia,
India dan Filipina. Penjualan organ dalam kalangan penduduk miskin dilaporkan semakin
meningkat. Keadaan ini terjadi disebabkan kesempitan hidup serta nilai dan harga organ
yang sangat tinggi di pasaran. Kebiasaannya, internet dijadikan medium untuk menjual
organ dan bagi mendapatkan harga yang paling tinggi.

17. Apakah penyakit yang dapat diselamatkan melalui pemindahan organ?

A. strok B. hati C. mulut D. otak

18. Organ penderma kadaverik hanya boleh diambil jika…

A. organ dibeli dengan harga yang tinggi.

B. pihak hospital telah memaksa waris si mati mendermakannya.

C. ada pesakit kronik yang memerlukan pemindahan organ dengan segera.

D. si mati meninggalkan wasiat atau mendapat keizinan waris.


19. Mengapakah masyarakat di negara kita masih memandang negatif terhadap
pemindahan organ?

A. masyarakat tidak mengetahui tentang nilai dan harga organ di pasaran

B. masyarakat tidak sedar akan risiko pemindahan organ

C. masyarakat kurang pendedahan tentang pemindahan organ

D. masyarakat tidak yakin dengan kepakaran doktor-doktor tempatan

20. Pilih pernyataan yang benar tentang petikan.

A. Pemindahan organ di negara ini mendapat sambutan hangat.

B. Terdapat banyak penjual organ di negara kita.

C. Organ orang mati boleh diambil sesuka hati oleh pihak hospital.

D. Penduduk miskin di Indonesia, India dan Filipina sanggup menjual organ.


BAHAGIAN B
[30 markah]

Soalan 21

Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan yang diberi .

atau lalu kerana setelah

dari untuk sambil kepada

Sudah hampir sebulan hujan tidak turun, cuaca sangat panas. Murai berasa sangat dahaga. Murai
terbang __________ suatu tempat ke suatu tempat untuk mencari air. __________ sekian
lama mundar-mandir, akhirnya murai ternampak sebuah tempayan kecil yang berisi air. Murai
terbang rendah __________ hinggap di sebelah tempayan itu. Murai cuba mengais tempayan itu
supaya dekat dengannya. Tiba-tiba, tempayan itu pecah dan airnya meresap ke dalam pasir.
Tampaknya, rezeki yang sudah di depan mata itu bukan __________ murai. Kasihan … murai.

[4 markah]

Soalan 22

a. Tulis ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberi.

Ayat tanya:

_______________________________________________________________________

Jawapan: Kepulangan kami disambut dengan gembira oleh datuk disebabkan sudah lama tidak
bersua.

[2 markah]
b. Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah.

Tahniah Nabil, atas


kejayaan kamu sebagai
murid cemerlang UPSR.

Cikgu Ahmad Nabil

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

[2 markah]

Soalan 23
a. Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah.

Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas.

_________________________________________________________________

[2 markah]
b. Padankan simpulan bahasa dengan maksud yang sesuai.

cangkul angin keturunan

jantung hati orang yang amat disayangi

anak cucu perbuatan yang sia-sia

(2 markah)

Soalan 24
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Pada suatu hari, aku telah menaiki sebuah bas untuk ke rumah sepupu aku. Bas
yang aku naiki bergerak dengan laju sekali. Aku mula berasa gerun. Para
penumpang yang lain turut panik dengan situasi tersebut. Aku pasti sesuatu yang
buruk akan berlaku.
Sangkaan aku tepat sekali apabila bas yang aku naiki itu tiba-tiba terbabas
dan aku jatuh tergolek di dalam bas. Aku dapat rasakan cecair merah mula
mengalir dari kepala aku apabila sudah beberapa kali kepala aku terhantuk pada
lantai dan kerusi. Suara penumpang yang menjerit meminta tolong membuatkan
suasana di dalam bas menjadi kelam-kabut.
Aku berusaha untuk bangun apabila bas mula berhenti bergerak. Aku
berasa sangat terkejut apabila mendapati bas itu berada di dalam gaung.
Keadaan di sekeliling dipenuhi belukar. Aku menggagahkan diri untuk mendaki ke
atas dan cuba mendapatkan bantuan daripada orang ramai yang lalu lalang di
kawasan tersebut.
Keadaan di dalam bas begitu menyayat hati. Para penumpang mengerang
kesakitan. Ada juga yang tidak sedarkan diri. Aku bersyukur kerana tidak
mengalami kecederaan yang teruk. Aku berjaya naik ke atas dan mendapatkan
bantuan. Aku berasa lega apabila sebuah kereta yang melalui kawasan tersebut
berhenti untuk menghulurkan bantuan.
Ambulans, polis dan bomba sampai di tempat kejadian tidak lama selepas
itu. Anggota bomba segera mengeluarkan mangsa kemalangan daripada bas
tersebut. Semua penumpang yang terlibat dibawa ke hospital untuk mendapat
rawatan lanjut. Aku hanya dirawat sebagai pesakit luar kerana luka di kepala aku
hanya luka ringan.
Semua penumpang bas selamat. Menurut pihak polis, kemalangan itu
berpunca daripada brek bas yang telah rosak.

a. „Aku „ menaiki sebuah bas untuk pergi ke rumah __________________.


(1 markah)

b. Bagaimanakah suasana di dalam bas ketika bas terbabas ke dalam gaung?

___________________________________________________________

___________________________________________________________

_____________________________________.

(2 markah)

c. Bagaimanakah „aku‟ mendapatkan bantuan?

___________________________________________________________

___________________________________________________________

_____________________________________.

(2 markah)
d. Adakah pihak polis wajar mengambil tindakan ke atas pemandu bas tersebut?
Mengapa?

___________________________________________________________

___________________________________________________________

(3 markah)
Soalan 25
Baca pantun di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Kelapa gading buahnya muda,


Manis airnya laksana gula;
Buatlah baik kepada ibu bapa,
Kerana mereka banyak berjasa.

Petani tua tekun bekerja,


Keringat mengalir basah di dada;
Budi guru tidak terhingga;
Jangan dilupa anak-anak bangsa.

Menangguk haruan di tepi paya,


Beredup sebentar di pohon sena;
Ringankan tangan usah berkira,
Kelak kita dipandang mulia.

Ikan gelama dimasak cuka,


Enak rasanya ditambah lada;
Jiran tetangga bertegur sapa,
Saling membantu hidup sentosa.

a. Apakah maksud rangkap pertama pantun di atas?

___________________________________________________________

___________________________________________________________

_____________________________________.

(2 markah)
b. Tandakan ( / ) bagi pernyataan yang betul dan ( x ) bagi pernyataan yang salah
berdasarkan pantun tersebut.

Berkira apabila menghulurkan bantuan

Bertegur sapa dengan jiran tetangga

(2 markah)

c. Apakah perkara yang tidak wajar dilupakan oleh anak-anak bangsa?

___________________________________________________________

___________________________________________________________

___________________________________________________________

(3 markah)

Jiran tetangga bertegur sapa,


Saling membantu hidup sentosa.

d. Terangkan maksud baris-baris pantun di atas.

___________________________________________________________

___________________________________________________________

__________________________________________________________

___________________________________________________________

__________________.

(3 markah)

You might also like