You are on page 1of 9

KERTAS KONSEP

PROGRAM CABARAN (KUMPULAN)


PASUKAN BADAN BERUNIFORM
(PROGRAM KOKURIKULUM PASCA COVID-19)

ANJURAN:
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK

PENGELOLA:
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SARAWAK
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN KESENIAN
KARNIVAL KOKURIKULUM SECARA DALAM TALIAN
PERINGKAT NEGERI SARAWAK TAHUN 2020

‘KARNIVAL e-MANSANG ANAK SARAWAK (eMAS)’

UNIT PEMBANGUNAN BAKAT MURID (KOKURIKULUM)


SEKTOR PEMBANGUNAN MURID
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK

1.0 LATAR BELAKANG

Bagi tahun 2020, berikutan penularan wabak Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP), semua aktiviti pertandingan Kokurikulum disatukan di dalam satu karnival yang diberi
nama Karnival Kokurikulum Secara Dalam Talian Peringkat Negeri Sarawak, “Karnival e-Mansang
Anak Sarawak (eMAS)”. Karnival eMAS menjadi satu platfom menghimpunkan semua pertandingan yang
melibatkan program Kokurikulum Koakademik, Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Matematik (STEM),
Kesenian dan Kebudayaan dan Pasukan Badan Beruniform.

2.0 RASIONAL

Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak telah membuat perubahan dalam pelaksanaan pertandingan-
pertandingan mengikut kesesuaian semasa selaras dengan panduan yang diberikan oleh Majlis
Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia kepada Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pelaksanaan karnival ini diharap dapat memperkembangkan bakat murid secara holistik dengan
meningkatkan pelibatan dan penyertaan murid dalam aktiviti pembangunan bakat murid di samping
membuka ruang dan peluang kepada murid untuk mendapat markah yang lebih tinggi dalam PAJSK.

Pertandingan-pertandingan yang akan diadakan sepanjang tempoh PKP Covid19 ini berfokuskan
kemahiran murid secara individu. Dalam pertandingan-pertandingan ini, murid diberi peluang untuk
menyerlahkan bakat dan keupayaan mereka dalam menghasilkan projek atau karya di rumah masing-
masing.
3.0 OBJEKTIF AKTIVITI

3.1 Memupuk disiplin, sahsiah, jati diri, kepimpinan serta penerapan nilai-nilai murni
dalam kalangan murid sekolah;
3.2 Mempraktikkan kemahiran ilmu pasukan badan beruniform yang dipelajari
daripada guru dan jurulatih;
3.3 Melahirkan murid yang kreatif dan inovatif serta mempraktikkan kemahiran
pembelajaran teknologi maklumat
3.4 Mengaplikasikan kaedah pembelajaran abad ke-21 dalam aktiviti kokurikulum.

4.0 KAEDAH PELAKSANAAN

Sebanyak dua (2) pertandingan dalam bidang pasukan badan beruniform akan dilaksanakan untuk
peringkat sekolah negeri Sarawak bagi Tahun 2020. Peserta boleh mendaftar penyertaan dan menghantar
projek atau karya yang dihasilkan kepada pengelola yang dilantik oleh Unit Pembangunan Bakat Murid,
Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak melalui pautan Google Form secara
dalam talian yang akan disediakan oleh pihak urus setia untuk dikumpulkan dan dinilai di peringkat negeri.

5.0 PERTANDINGAN-PERTANDINGAN YANG DITAWARKAN:

Berikut merupakan pertandingan-pertandingan yang akan ditawarkan kepada murid-murid sekolah


sepanjang Tempoh Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) Covid19:

i. Cabaran Campro KRS Berkumpulan (Sekolah Menengah)


ii. Cabaran Campro Pasukan Badan Beruniform Berkumpulan Selain KRS (Sekolah Menengah)

Berkumpulan – disertai oleh 4 orang murid (maksimum). Peserta akan melaksanakan kelima-lima
elemen petandingan dengan membuat pembahagian tugasan dalam kalangan ahli kumpulan. Peserta
hendaklah mematuhi Standard Operational Procedure (SOP) semasa Perintah Kawalan Pergerakan
Pemulihan (PKPP) iaitu mematuhi penjarakan social semasa melaksanakan tugasan tersebut
6.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

6.1 CABARAN CAMPRO KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) BERKUMPULAN

6.1.1 Kawad kaki (persembahan kawad kaki secara individu) – wajib 5 pergerakan
(memberi hukuman dan mempamerkan perbuatan kawad).
6.1.1.1 Senang Diri – Sedia
6.1.1.2 Berjalan
6.1.1.3 Hormat (hormat ke hadapan @ hormat ke kanan @ hormat selaku
terima sijil)
6.1.1.4 Hentak Kaki
6.1.1.5 Berhenti

6.1.2 Bantu Mula (proses merawat kecederaan)


6.1.2.1 Patah – 1 jenis patah
6.1.2.2 Bantuan Pernafasan
* bantuan dari anggota keluarga

6.1.3 Simpulan dan Ikatan (proses membuat ikatan dan simpulan) - wajib 4 simpulan/
ikatan
6.1.3.1 Buka Sila
6.1.3.2 Bunga Keti
6.1.3.3 Manok
6.1.3.4 Ikatan Seraya
6.1.3.5 Angka 8

6.1.4 Binaan dari bahan kitar semula (penilaian proses membina objek dari bahan
terbuang) -1 produk sahaja
6.1.4.1 Binaan kraftangan @ Binaan perhiasan @ Binaan replika – cth:
menara / kereta / motosikal

6.1.5 Laungan Slogan - 1 slogan sahaja1 slogan sahaja (Bahasa Kebangsaan)


Slogan tersebut merupakan kata-kata semangat atau laungan slogan pasukan yang
bersesuaian dan membawa mesej yang positif serta bermakna.

6.1.6 Video bersaiz maksimum 1 GB hendaklah dimuat naik ke dalam Google Form
pendaftaran yang disediakan.

6.1.7 Durasi paparan keseluruhan video ialah antara 2 hingga 4 minit sahaja (penilaian
sehingga minit ke 4 sahaja). (Format MP4, saiz minimum 720p) Peserta perlu
memasukkan kelima-lima elemen pertandingan (Perkara 6.1) dalam 1 video
mengikut tempoh masa durasi tersebut.
6.1.8 Murid dikehendaki memakai uniform KRS (uniform lengkap atau uniform separa)
sepanjang rakaman video tersebut.

6.1.10 Aspek penilaian

i. Elemen (5 elemen) - 40 markah


ii. Paparan proses kerja - 20 markah
iii. Penerangan - 10 markah
iv. Kreativiti - 10 markah
v. Kualiti (audio & visual) - 10 markah
vi Durasi (2 - 4 minit) - 10 markah
* Penerangan: Penerangan secara bertulis atau lisan di dalam video

6.2 CABARAN CAMPRO PASUKAN BADAN BERUNIFORM SELAIN KRS


Berkumpulan

6.2.1 Kawad kaki (persembahan kawad kaki secara individu) – wajib 5 pergerakan sahaja
(memberi hukuman dan mempamerkan perbuatan kawad).
6.2.1.1 Senang Diri – Sedia
6.2.1.2 Berjalan
6.2.1.3 Hormat (hormat ke hadapan @ hormat ke kanan @ hormat selaku
terima sijil)
6.2.1.4 Hentak Kaki
6.2.1.5 Berhenti

6.2.2 Bantu Mula (proses merawat kecederaan)


6.2.2.1 Patah – 1 jenis patah
6.2.2.2 Bantuan Pernafasan
* bantuan dari anggota keluarga

6.2.3 Simpulan dan Ikatan (proses membuat ikatan dan simpulan) - wajib 4 simpulan/
ikatan
6.2.3.1 Buka Sila
6.2.3.3 Bunga Keti
6.2.3.4 Manok
6.2.3.5 Ikatan Seraya
6.2.3.6 Angka 8

6.2.4 Binaan dari bahan kitar semula (penilaian proses membina objek dari bahan
terbuang) -1 produk sahaja
6.2.4.1 Binaan kraftangan @ Binaan perhiasan @ Binaan replika – cth:
menara / kereta / motosikal
6.2.5 Laungan Slogan - 1 slogan sahaja (Bahasa Kebangsaan)
Slogan tersebut merupakan kata-kata semangat atau laungan slogan pasukan yang
bersesuaian dan membawa mesej yang positif serta bermakna.

6.2.6 Video bersaiz maksimum 1 GB hendaklah dimuat naik ke dalam Google Form
pendaftaran yang disediakan.

6.2.7 Durasi paparan keseluruhan video tersebut ialah antara 2 hingga 4 minit
(penilaian sehingga minit ke 4 sahaja). (Format MP4, saiz minimum 720p)
Peserta perlu memasukkan kelima-lima elemen pertandingan (Perkara 6.2) dalam
1 video mengikut tempoh masa durasi tersebut.

6.28 Murid dikehendaki memakai uniform pasukan masing-masing (uniform lengkap atau
uniform separa) sepanjang rakaman video tersebut.

6.2.9 Aspek penilaian

i. Elemen (5 elemen) - 40 markah


ii. Paparan proses kerja - 20 markah
iii. Penerangan - 10 markah
iv. Kreativiti - 10 markah
v. Kualiti (audio & visual) - 10 markah
vi Durasi (2 - 4 minit) - 10 markah
* Penerangan: Penerangan secara bertulis atau lisan di dalam video

7.0 SYARAT-SYARAT TAMBAHAN

7.1 Penyertaan perlu mendapat pengesahan sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah
(PPD) masing-masing. Penyertaan yang tidak melalui PPD tidak akan diterima dan
dianggap TERBATAL.
7.2 Jabatan tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua bentuk tuntutan berkaitan
dengan produksi terhadap peserta oleh mana-mana pihak yang berkaitan.

8.0 PENGHAKIMAN

8.1 Hakim/penilai dilantik oleh Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak semasa


pertandingan ini berjalan.
8.2 Sistem Penghakiman adalah di bawah penyelarasan Unit Pembangunan Bakat
Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dan daerah pengelola bersama
Pegawai Teknikal Negeri.
8.3 Keputusan hakim/penilai adalah MUKTAMAD. Sebarang aduan dan rayuan berkaitan
dengan keputusan pertandingan tidak akan dilayan.
9.0 CADANGAN HADIAH PERTANDINGAN

9.2 Kategori Berkumpulan


9.2.1 Johan : Hadiah bernilai RM400.00 dan Sijil
Pencapaian
9.2.2 Naib Johan : Hadiah bernilai RM300.00 dan Sijil
Pencapaian
9.2.3 Tempat Ketiga : Hadiah bernilai RM200.00 dan Sijil
Pencapaian
9.2.4 Tempat Ke-4 hingga Ke-10 : Hadiah bernilai RM100.00 dan Sijil
Penyertaan
9.2.5 Tempat ke-11 dan seterusnya : Sijil Penyertaan

10.0 SIJIL PENYERTAAN DAN PENCAPAIAN

10.1 Setiap penyertaan layak menerima sijil penyertaan.


10.2 Sijil pencapaian hanya diberikan kepada peserta tempat pertama hingga tempat
ketiga sahaja.

11.0 TARIKH PERTANDINGAN

10 Ogos 2020 hingga 31 Ogos 2020

12.0 GARIS MASA

Berikut adalah garis masa (Timeline) pengurusan pertandingan Pasukan Badan


Beruniform Peringkat Negeri Sarawak 2020.

BIL PERKARA TARIKH CATATAN


1. Hebahan kepada 10 Ogos 2020
semua PPD
2. Pendaftaran dan 12 Ogos – 31 Ogos - Sekolah membuat pendaftaran di
penghantaran karya 2020 pautan Google Forms yang
disediakan (Pautan akan
dihebahkan ke PPD melalui
telegram/ whatssap/ page)
- Sekolah memuat naik
projek/karya rakaman di pautan
Google Forms yang disediakan.
- Pautan mula dibuka pada 12
Ogos 2020.
4. Penilaian karya 1 September - 10
peringkat negeri September 2020
(mengikut zon
masing-masing)
5. Pengumuman - Akan dimaklumkan
pemenang peringkat
negeri
6. Penghantaran karya 15 September 2020 JPN memuat naik karya
dari JPN ke KPM
7. Penilaian Peringkat Akan dimaklumkan
Kebangsaan dan
keputusan

13.0 JAWATANKUASA PERTANDINGAN PERINGKAT NEGERI

Jawatankuasa Pertandingan Peringkat Negeri dipengerusikan oleh Pengarah Pendidikan


Sarawak, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak. Ahli Jawatankuasa terdiri daripada semua Pejabat
Pendidikan Daerah Sarawak.

Jawatankuasa pertandingan Peringkat Negeri berhak membuat keputusan yang difikirkan


wajar dan munasabah jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini demi memastikan
kelancaran perjalanan pertandingan pada satu-satu masa.

14.0 AM

14.1 Sebarang pindaan adalah tertakluk kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak.
14.2 Pautan pertandingan akan dihebahkan melalui poster - poster pertandingan,
Facebook pages Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, Facebook pages Unit Koku JPN
Sarawak, dan hebahan melalui whatsapp etc.

15.0 PENUTUP

Pelaksanaan program ini akan memberi ruang dan peluang kepada murid untuk terus
mempamerkan kebolehan dan kemahiran mereka dalam bentuk yang berbeza (paparan video) ekoran
pengawalan aktiviti sempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan oleh pihak kerjaaan
bagi menangani penularan Novel Coronavirus (Covid-19). Penyertaan murid dalam pertandingan ini juga
akan menjinakkan mereka untuk mengeksplorasi ilmu dan kemahiran tambahan iaitu kemahiran teknologi
maklumat (IT) di samping mempraktikkan ilmu kemahiran pasukan badan beruniform mereka.
LAMPIRAN

i. Sebarang pertanyaan boleh hubungi:

ACHMAED CKHALIFH ALAMIEN


Penolong Pengarah
Unit Pembangunan Bakat Murid (Kokurikulum)
Sektor Pembangunan Murid
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak
082-473650

SAMJUN ANAK NOHAN


Pegawai Teknikal Negeri KRS
019-4682512

DEXTER BONG
Pegawai Teknikal Negeri TKRS
014-6982271

You might also like