You are on page 1of 5

SULIT 5226/2

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN SPM 2019


TASAWWUR ISLAM
Kertas 2
2019
2 ½ Jam Dua jam tiga puluh minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi tujuh soalan .

2. Soalan 1 mesti dijawab. Kemudian jawab empat soalan dari mana-mana


soalan berikutnya.

3. Kesemuanya lima soalan yang mesti dijawab.

_________________________________________________________________________
Kertas soalan ini mengandungi 5 halaman bercetak

5226/2 © 2019 Hak Cipta SPI JPN Sabah


Lihat halaman sebelah
1
SULIT
SULIT 5226/2

1. a. Beragama adalah fitrah bagi setiap manusia

(i) Apakah maksud fitrah beragama


[2 markah]
(ii) Jelaskan dua kepentingan agama dalam membina tamadun
[4 markah]

b. Para Rasul adalah utusan Allah SWT di muka bumi ini.

(i) Jelaskan perbezaan mukjizat dengan karamah


[2 markah]
(ii) Terangkan dua sebab gelaran ulul azmi diberikan kepada rasul-rasul
tertentu.
[4 markah]
(iiI) Jelaskan dua akibat menolak Sunnah rasul terhadap individu.
[4 markah]
c. Insan adalah ciptaan Allah S.W.T. yang terhebat

“Tanggungjawab adalah amanah yang akan dipersoalkan oleh Allah SWT di


Padang Mahsyar kelak samada ditunaikan atau tidak.”
BH Online, 21 Oktober 2015

(i) Huraikan dua akibat mengabaikan tanggungjawab sebagi insan.


[4 markah]

2. a. Allah adalah Tuhan bagi sekelian alam.

(i) Nyatakan pengertian alam musyahadah


[2 markah]
(ii) Jelaskan dua kesan beriman dengan alam ghaib.
[4 markah]

b. Islam bersumberkan dari wahyu dari Allah SWT


(i) Apakah maksud wahyu?
[2 markah]
(ii) Terangkan dua cara wahyu diturunkan kepada Rasulullah SAW
[4 markah]

Wahyu tidak diturunkan selepas kewafatan Rasulullah SAW

(iii) Terangkan dua bukti untuk menyokong pernyataan di atas.


[4 markah]

5226/2 © 2019 Hak Cipta SPI JPN Sabah 2


Lihat halaman sebelah
SULIT 5226/2

c. Islam merupakan agama yang berkesinambungan dengan agama langit yang


terdahulu.
(i) Terangkan dua ciri agama langit sebagai agama yang diiktiraf oleh Allah
SWT.
[4 markah]

3 a. Al-Quran adalah kitab suci yang paling lengkap diturunkan oleh Allah SWT

(i) Senaraikan dua bidang ilmu yang terdapat dalam al-Quran


[2 markah]
(ii) Jelaskan dua faktor al-Quran diturunkan kepada manusia sedangkan mereka
dikurniakan akal.
[4 markah]
(iii) Cadangkan dua acara untuk menarik minat pelajar Islam untuk menghayati
al-Quran
[4 markah]

c. Hadis merupakan sesuatu perkara yang disandarkan kepada Rasulullah SAW


(i) Nyatakan pengertian hadis sahih
[2 markah]
(ii) Senaraikan dua perbezaan al-Quran dengan hadis.
[4 markah]

“Fahaman anti hadis menggugat kesucian Islam”

(iii) Berikan hujah anda untuk menyokong pernyataan di atas


[4 markah]

4. a. Harta adalah milik mutlak Allah s.w.t manusia hanya pemilik sementara yang
diamanahkan untuk menguruskannya.

(i) Jelaskan dua sebab Allah SWT mengamanahkan harta kepada manusia.
[4 markah]

(ii) Jelaskan empat bentuk ujian Allah kepada pemilik harta.


[4 markah]

b. Sikap berhemah dalam berbelanja adalah amalan yang dituntut dalam Islam

(i) Bagaimanakah cara seorang murid mengamalkan sikap berhemah dalam


perbelanjaan seharian?
[4 markah]
5226/2 © 2019 Hak Cipta SPI JPN Sabah 3
Lihat halaman sebelah
SULIT 5226/2

c. Pendapatan yang halal amat memberi kesan dalam kehidupan.

(i) Bagaimanakah pencarian harta menjadi ibadat?


[4 markah]
Huraikan kesan positif pekerjaan yang halal kepada pembangunan
masyarakat.
[4 markah]

5. a. Muamalah adalah cabang dalam hukum fiqh berkenaan pengurusan harta.

(i) Nyatakan pengertian harta dalam Islam


[2 markah]
(ii) Jelaskan dua perbezaan antara sistem muamalah Islam dengan sistem
muamalah konvensional
[4 markah]
(iii) Terangkan dua kesan pengabaian muamalah Islam terhadap ekonomi
masyarakat.
[4 markah]

b. Islam memiliki pelbagai jenis sistem muamalah

(i) Apakah maksud al-Rahn?


[2 markah]
(ii) Terangkan dua kesan kepelbagaian jenis muamalah kepada masyarakat
[4 markah]

Konflik pemilihan pekerjaan pelajar lepasan ijazah telah menyebabkan


meningkatnya pengangguran di kalangan belia.

(iii) Sebagai seorang remaja bagaimanakah anda merancang masa depan agar
dapat mengurangkan statistik pengangguran.
[4 markah]

6. a. Islam mempunyai sistem perundangan yang tersendiri

(i) Nyatakan dua keunggulan perundangan Islam


[2 markah]
(ii) Senaraikan dua kesan-kesan pencapaian matlamat perundangan Islam
terhadap individu, masyarakat dan negara
[6 markah]

b. Para mujtahid mampu mengeluarkan hukum melalui proses ijtihad

(i) Jelaskan dua keperluan ijtihad dalam perundangan Islam


5226/2 © 2019 Hak Cipta SPI JPN Sabah 4
Lihat halaman sebelah
SULIT 5226/2

[4 markah]

c. Majlis fatwa ditubuhkan untuk menangani permasalahan umat islam dari masa ke
masa

(i) Jelaskan dua matlamat fatwa kepada masyarakat.


[4 markah]
(ii) Berikan empat contoh fatwa yang dikeluarkan Majlis fatwa kebangsaan.
[4 markah]

7. a. Islam telah menetapkan hukum sesuatu amalan kepada wajib, haram, sunat,
makruh dan harus.

(i) Terangkan dua hikmah disyariatkan hukum sunat


[4 markah]

(ii) Sebagai seorang murid bagaimanakah anda melazimkan diri dengan amalan
sunat dalam kehidupan seharian.
[4 markah]
(iii) Jelaskan dua perbezaan hukum wajib dan hukum haram
[4 markah]

(iv) Nyatakan maksud hukum makruh beserta dua contoh.


[4 markah]

Azan maghrib telah berkumandang di masjid Kampung Aman. Wan Ali


merupakan salah seorang penduduk kampung yang mendengar azan tersebut tetapi
beliau menunaikan solat secara sendirian di rumah.

b. Apakah akibat yang akan terjadi sekiranya sikap En. Ali juga menjadi amalan
penduduk yang lain? Huraikan pandangan anda.
[4 markah]

SOALAN TAMAT

5226/2 © 2019 Hak Cipta SPI JPN Sabah 5


Lihat halaman sebelah

You might also like