You are on page 1of 3

Believing in yourself

1. Believe you can and you’re halfway there.

2. You have to expect things of yourself before you can do them.

3. It always seems impossible until it’s done.

4. Don’t let what you cannot do interfere with what you can do. – John Wooden

Cultivating a success mindset

5. Start where you are. Use what you have. Do what you can. – Arthur Ashe

6. Successful and unsuccessful people do not vary greatly in their abilities. They vary in their desires to reach their
potential. – John Maxwell

7. The secret of success is to do the common things uncommonly well. – John D. Rockefeller

8. Good things come to people who wait, but better things come to those who go out and get them.

9. Strive for progress, not perfection.

10. I find that the harder I work, the more luck I seem to have. – Thomas Jefferson

11. Success is the sum of small efforts, repeated day in and day out. – Robert Collier

12. Don’t wish it were easier; wish you were better. – Jim Rohn

13. I don’t regret the things I’ve done. I regret the things I didn’t do when I had the chance.

14. There are two kinds of people in this world: those who want to get things done and those who don’t want to make
mistakes. – John Maxwell

Overcoming procrastination

15. The secret to getting ahead is getting started.

16. You don’t have to be great to start, but you have to start to be great.

17. The expert in everything was once a beginner.

Hard work

18. There are no shortcuts to any place worth going. – Beverly Sills

19. Push yourself, because no one else is going to do it for you.

20. Some people dream of accomplishing great things. Others stay awake and make it happen.
21. There is no substitute for hard work. – Thomas Edison

22. The difference between ordinary and extraordinary is that little “extra.”

23. You don’t always get what you wish for; you get what you work for.

24. It’s not about how bad you want it. It’s about how hard you’re willing to work for it.

25. The only place where success comes before work is in the dictionary. – Vidal Sassoon

26. There are no traffic jams on the extra mile. – Zig Ziglar

27. If people only knew how hard I’ve worked to gain my mastery, it wouldn’t seem so wonderful at all. –  Michelangelo

Not making excuses

28. If it’s important to you, you’ll find a way. If not, you’ll find an excuse.

29. Don’t say you don’t have enough time. You have exactly the same number of hours per day that were given to Helen
Keller, Pasteur, Michelangelo, Mother Teresea, Leonardo da Vinci, Thomas Jefferson, and Albert Einstein. – H. Jackson
Brown Jr.

Perseverance

30. Challenges are what make life interesting. Overcoming them is what makes life meaningful. – Joshua J. Marine

31. Life has two rules: 1) Never quit. 2) Always remember Rule #1.

32. I’ve failed over and over and over again in my life. And that is why I succeed. – Michael Jordan

33. I don’t measure a man’s success by how high he climbs, but how high he bounces when he hits the bottom. – George
S. Patton

34. If you’re going through hell, keep going. – Winston Churchill

35. Don’t let your victories go to your head, or your failures go to your heart.

36. Failure is the opportunity to begin again more intelligently. – Henry Ford

37. You don’t drown by falling in the water; you drown by staying there. – Ed Cole

38. The difference between a stumbling block and a stepping-stone is how high you raise your foot.

39. The pain you feel today is the strength you will feel tomorrow. For every challenge encountered there is opportunity for
growth.

40. It’s not going to be easy, but it’s going to be worth it.
Jiran ialah orang yang tinggal di sekeliling rumah kita, iaitu di sebelah, di hadapan, dan juga di belakang rumah kita.
Jika kita tinggal di dalam satu taman atau di sebuah kampung yang sama, mereka akan dikenali sebagai jiran tetangga
kita. Jiran sangat penting kerana merekalah yang akan menjadi sahabat kita dan orang yang akan membantu kita
apabila kita menghadapi kesusahan nanti. Pepatah Melayu ada mengatakan bahawa "Jiran sepakat membawa
berkat".Jadi, kita perlulah mengukuhkan semangat kejiranan supaya kita sentiasa bersatu hati dalam melakukan
sesuatu perkara. Oleh itu, langkah-langkah yang wajar hendaklah diambil untuk memupuk semangat kejiranan dalam
kalangan penduduk setempat.

Langkah primer yang harus diambil ialah mengadakan aktiviti gotong-royong. Melalui aktiviti gotong-royong, jiran dapat
berkumpul dan bekerjasama sambil berbincang tentang aktiviti yang akan dilakukan. Apabila berkumpul dan
berbincang, mereka akan dapat berkenal-kenalan antara satu dengan yang lain yang sekali gus membolehkan seseorang
itu mengenal hati budi jiran mereka dengan lebih dekat. Hal ini dapat digambarkan melalui pepatah Melayu yang
mengatakan bahawa “tak kenal maka tak cinta”. Sebagai contoh, aktiviti yang boleh diadakan secara bergotong-
royong ialah membersihkan kawasan taman, menyediakan hidangan untuk kenduri-kendara, dan sebagainya. Melalui
cara ini, kita dapat menjalinkan dan meningkatkan hubungan sesama jiran.

Selain itu, kita juga hendaklah mengadakan majlis-majlis rumah terbuka semasa sesuatu sambutan perayaan. Amalan
ini dapat membentuk ikatan silaturahim dan memperkukuh semangat kejiranan dalam kalangan jiran setempat. Melalui
acara rumah terbuka, jiran dapat bertanya khabar dan bercerita tentang pengalaman dengan lebih dekat. Seterusnya,
melalui majlis rumah terbuka ini, semua ahli dalam masyarakat berpeluang untuk berkumpul dan berbincang sambil
menikmati juadah yang disediakan oleh tuan rumah. Sebagai contoh, semasa perayaan Hari Raya Aidilfitri, Tahun
Baharu Cina, Krismas, Deepavali, dan sebagainya majlis-majlis rumah terbuka hendaklah dijadikan acara tahunan.
Tegasnya, majlis rumah terbuka mampu mendekatkan ahli masyarakat untuk bertemu muka dan berkenalan dengan
lebih erat lagi.

Di samping itu, kita juga hendaklah mengadakan aktiviti Hari Keluarga untuk memupuk semangat kejiranan dalam
kalangan masyarakat setempat. Semasa aktiviti ini diadakan, semua ahli keluarga jiran akan turut serta untuk
melibatkan diri dalam aktiviti seperti berkayak, memasukkan air ke dalam botol, terompah gajah, dan sebagainya.
Apabila aktiviti Hari Keluarga diadakan, kemesraan akan terjalin bukan sahaja antara ibu dengan bapa, malah anak-
anak juga. Aktiviti seperti ini hendaklah diadakan di padang bola sepak, gelanggang bola tampar, taman rekreasi, atau
padang sekolah yang berhampiran. Jadi, melalui aktiviti ini, hubungan yang erat sesama jiran dapat dibentuk yang
secara tidak langsung akan menimbulkan perasaan ingin membantu antara satu dengan yang lain seperti yang
terungkap dalam peribahasa Melayu ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni.

Bukan itu sahaja, kita juga harus menggalakkan rakyat supaya melibatkan diri dalam aktiviti sosial seperti persatuan
atau pertubuhan. Penduduk setempat mestilah membentuk satu persatuan yang mempunyai satu sistem organisasi yang
teratur. Persatuan atau pertubuhan ini hendaklah melibatkan semua penduduk sebagai ahli. Dewasa ini, banyak
pertubuhan sukarela ditubuhkan dalam masyarakat seperti Pertubuhan Rukun Tetangga, Jawatankuasa Keselamatan
dan Kemajuan Kampung, Pertubuhan Khairat Kematian, dan sebagainya. Sebagai contoh, melalui Pertubuhan Rukun
Tetangga, masyarakat setempat secara bergilir-gilir mengawasi keselamatan taman untuk mengelakkan kejadian-
kejadian yang tidak diingini berlaku. Hal ini dapat kita lihat dalam peribahasa Melayu, iaitu ibarat aur dengan
tebing yang mementingkan semangat sandar-menyandar atau saling membantu dalam kehidupan.

Seterusnya, kita mestilah menyemarakkan budaya kunjung-mengunjung dalam kalangan rakyat sebagai langkah untuk
memupuk dan mengekalkan semangat kejiranan. Dalam hidup bermasyarakat, kita digalakkan menziarahi jiran kita.
Melalui aktiviti ini, kita akan mengetahui masalah dan kesusahan yang dialami oleh jiran kita. Sebagai contoh, kita
perlu berkunjung ke hospital jika kita mendapat berita bahawa jiran kita dimasukkan ke hospital kerana menghidap
sesuatu penyakit atau kemalangan. Walaupun pepatah Melayu ada mengatakan bahawa berat mata memandang berat
lagi bahu memikulnya, namun sebagai jiran, kita mestilah berpegang pada prinsip cubit paha kiri, paha kanan terasa
juga. Maksudnya ialah jika kita mempunyai semangat kejiranan yang tinggi, kita akan dapat merasai segala kesusahan
dan keperitan yang dialami oleh jiran kita. Jadi, melalui lawatan kita itu, sekurang-kurangnya kita dapat meringankan
penderitaan yang dialami oleh jiran kita itu.

Kesimpulannya, kita perlu memupuk semangat kejiranan dalam kalangan penduduk setempat. Dalam era globalisasi ini,
sikap mementingkan diri sendiri dan sikap tidak mempedulikan orang lain semakin menebal seperti yang terkandung
dalam pepatah Melayu “bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing”. Jika hal ini dibiarkan,
semangat kejiranan akan luntur dan seterusnya akan menjejaskan perpaduan negara. Ada pepatah yang mengatakan
bahawa “bersatu kita teguh, bercerai kita roboh”. Oleh itu, dengan meningkatkan semangat kejiranan, perpaduan
akan bertambah utuh dan teguh. Jadi, dalam setiap masa, kita mestilah sentiasa berusaha untuk memastikan semangat
kejiranan sentiasa terpelihara supaya negara kita sentiasa aman, harmoni dan sejahtera.

You might also like