You are on page 1of 2

NOORFAEZA BINTI ISMAIL (UFD180060)

29th August 2020

Bina satu bahan bantu mengajar (BBM) bagi mengajar mana-mana komponen Bahasa Inggeris
kepada kanak-kanak. Sediakan (i) panduan penggunaan bahan (1 muka surat- point form) dan
(ii) jurnal reflektif dalam bentuk naratif (maksima 1 muka surat). (Jurnal reflektif menceritakan
pengalaman anda membina dan menggunakan bahan tersebut)

BBM akan dinilai dari segi kesesuaian penggunaannya dan keaslian/ kreativiti. Kesesuaian
penggunaan meliputi aspek praktikal seperti usia kanak-kanak, silibus/tema/fokus seperti dalam
KSPK, cara pengendalian dan kemampuan bahan untuk membantu meningkatkan kemahiran
Bahasa Inggeris kanak-kanak.

Title: COLOUR WHEEL


Age: 4+
Content standard: BI 2.2 Apply sound of letter to recognise words
Learning Standard: BI 2.2.1 Recognise letters of the alphabet by their
(i) Shape
(ii) Name
BI 2.2.2 Recognise small letters of the alphabet
BI 2.2.3 Recognise capital letters of alphabet
BI 2.2.4 Name letters of the alphabet

GUIDELINES:
1. Teacher brings the colour wheel into the classroom and show to the student. Ask the student
what they think about the colours on the wheel.

2. Teacher pasted a small flash picture on a laundry clips and child assisted. Student take turns
helping the teacher.

3. The teacher places a small flash pictures in the large basket at a distance from each other.
Each colour on the colour wheel will have 4 small flash pictures.

4. Teachers initially reinforce their memory of past lessons related to colour by relating it to
activities this time around.

5. Tell students that today they will learn about colour wheel, play and match the pictures on
colour wheel and rearrange the words.

6. Each student needs to match the colour on the colour wheel to the colour of the small flash
picture in the basket until it is completed with a little guidance from the teacher. Activities
last until completed with.

7. Teacher repeats past learning by recognizing letters and alphabet through shape and
name.

8. Ask student to name the letters of the alphabet, identify small letter and capital letter of the
alphabet.

9. Student also required to find the words of alphabet and knowing the letter of each colours.

10. Teacher ask student to arrange the words for each colour and place onto the mat.

11. When they are finished, student have to say loudly ‘FINISH COLOUR WHEEL’ and pass to next
student.

12. The teacher concludes the activity with a question and answer session and child reflection.
JURNAL REFLEKTIF
Tugasan pada kali ini adalah dimana saya berkongsi pengalaman tentang refleksi
hasil pembelajaran.

Dr. Surayah Zaidon meminta kami membina alat bantu mengajar bagi mana-mana
komponen Bahasa Inggeris bukan elektronik yang boleh digunakan dalam proses
pengajaran di dalam kelas. Selain membina satu bahan bantu mengajar (ABM) kami
juga dikehendaki menyediakan satu panduan lengkap bagi tujuan pembinaan
bahan bantu mengajar ini serta kumpulan sasaran dikehendaki. Bahan bantu
mengajar yang dibina ini haruslah sesuai dengan subjek yang ingin di ajar iaitu
mempunyai Standard Kandungan Pembelajaran ‘Listening and Speaking’ serta
‘Reading’ dalam Bahasa Inggeris.

Oleh itu, saya amat tertarik untuk mengajar kanak-kanak tentang warna.
Memandangkan kanak-kanak tertarik dengan warna dan suka bermain maka ianya
memberikan saya idea untuk menghasilkan ABM ini. Peringkat permulaan saya
dapati ianya amat mudah untuk membuat Colour Wheel ini. Walaubagaimana pun,
terdapat kesukaran di dalam pembikinan terutama dalam pembahagian warna-
warna agar ianya sekata. Saya perlu membuat dalam bentuk bulatan berbanding
dengan bentuk petak atau segiempat. Disini lah bermulanya kesukaran saya. Saya
perlu melakar dahulu di atas kertas surat khabar bagi memdapat ukuran yang tepat.
Percubaan pertama saya menggunakan peralatan geomatri gagal kerana alatan
ini mempunyai limit atau sangat terbatas kerana saya tidak dapat mebuat bulatan
yang besar.

Memandangkan saya perlu membuat bulatan besar maka saya perlu mencari
barangan atau contoh ukuran dan lilitan yang besar bagi menghasilkan Colour
Wheel ini. Tujuan saya perlu mendapat lakaran bulatan yang besar adalah kerana
saya akan menggunakan 4 klip baju yang akan di tampal dengan gambar-gambar
yang berwarna. Klip baju ini akan disepit pada Colour Wheel ini bagi
mengkategorikan setiap warna. Oleh itu Colour Wheel ini perlu bersaiz besar kerana
setiap kategori warna akan disepit dengan 4 klip baju yang bergambar. Secara
keseluruhan saya perlu memuatkan 24 klip baju di atas Colour Wheel ini.

Dalam membina ABM ini saya dapati ianya sangat rumit. Saya membuat tinjauan
dan mempelajari cara-cara teknik Pembinaan Bahan dan Penilaian Bahan Bantu
Mengajar (BBM). Seterusnya saya mencari bahan-bahan yang berkaitan dan
membuat cetakan dan penampalan. Bukan hanya gambar sahaja yang perlu saya
cetak, malah huruf juga saya perlu sediakan. Penggunaan huruf ini adalah bertujuan
agar kanak-kanak boleh mengenal abjad, huruf besar dan huruf kecil. Di akhir aktiviti,
kanak-kanak perlu mengeja dan meletakkan perkataan di atas tikar yang
disediakan. Sepanjang proses pembinaan BBM, saya harus mengambil gambar
proses pembikinan dan membuat sedikit video tutorial mengenainya dengan
menunjukkan proses-proses pembinaannya. Saya kemudiannya, perlu memastikan
kanak-kanak boleh menggunakan BBM ini dan objektif saya tercapai.

You might also like