You are on page 1of 11

NAMA: ……………………………………… TINGKATAN:…………………………

JABATAN PELAJARAN NEGERI SABAH

SPM 2010 1223/2


TING. EMPAT 2009
(EXCEL 1)
PENDIDIKAN ISLAM
KERTAS 1
OKT 2009
2 jam Dua jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas ini mengandungi dua bahagian : Bahagian A dan Bahagian B

2. Bahagian A mengandungi 40 soalan.

3. Bahagian B mengandungi empat soalan subjektif. Jawab tiga soalan ;

Soalan 1, Soalan 2 dan mana-mana satu soalan berikutnya.

4.. Jawapan hendaklah ditulis pada kertas jawapan yang disediakan

Kertas soalan ini mengandungi 12 halaman bercetak


SULIT 2 1223/1

Bahagian A
( 40 markah )
Jawab semua soalan
Soalan 1 hingga Soalan 20

Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Hitamkan jawapan
yang tepat pada ruangan jawapan yang disediakan.

1. Berikut adalah contoh kufur hakikat, kecuali


A. menganggap puasa tidak wajib
B. tidak mengakui balasan akhirat
C. menolak hukum yang terdapat dalam al-Quran
D. enggan mengeluarkan zakat atau sedekah

2. Maksud khurafat ialah


A. percaya kepada jin atau syaitan
B. ilmu sihir yang merosakkan akidah
C. kepercayaan yang diwarisi daripada nenek moyang
D. kepercayaan karut yang dianggap mempunyai hubungan dengan Islam

3 Berikut adalah keistimewaan kitab Sahih al-Bukhari kecuali

A himpunan hadis nabi yang paling sistematik


B hadis disusun mengikut fekah,muamalat dan jinayat
C ia menjadi sumber rujukan umat Islam selepas al-Quran
D sebuah kitab fekah yang membincangkan sesuatu perkara secara terperinci

4. Perkara-perkara yang membatalkan gadaian ialah

I penggadai meninggal dunia.


II penggadai telah melangsaikan segala hutangnya
III barang yang digadai diberikan kepada orang lain
IV pemegang gadai memberi pinjaman secara rela kepada penggadai

A. I,II, dan III


B. I, II, dan IV
C. I,III dan IV
D. II, III dan IV

5. Apakah kepentingan adab berhias diri dalam Islam?

A. menjaga penampilan sahsiah diri


B mengikut perkembangan fesyen terkini
C. mendapat sanjungan dan perhatian orang lain
D. menjaga kecantikan agar kelihatan lebih muda

11223/1@Hakcipta terpelihara SULIT


[Lihat sebelah]
SULIT 3 1223/1

6 Memberi perlindungan kepada mereka yang


menghadapi kerugian pendapatan atau harta

Pernyataan di atas merujuk kepada jenis insuran iaitu


A insurans pendidikan
B insurans nyawa
C insurans khas
D insurans am

7 Apakah maksud taubat?

A suatu cara mendapat rahmat Allah S.W.T


B suatu cara beribadat kepada Allah S.W.T
C memohon keampunan daripada Allah S.W.T
D memohon hidayah dan petunjuk Allah.S.W.T

8 Manakah pernyataan yang benar tentang jual beli yang dilarang tetapi sah menurut
syarak

I mengurangkan sukatan dan timbangan


II Menjual barangan yang haram untuk kebaikan
III menjual buah-buahan yang masih putik
IV monopoli dalam jual beli

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

9 Mengapakah Imam Abu Hanifah r.h.dikatakan pakar dalam bidang ilmu hadis?

A dapat membezakan antara hadis sahih dengan yang tidak sahih


B banyak meriwayatkan hadis daripada Rasullullah s.a.w.
C menulis kitab Fiqh al Akbar
D Berfikir secara kritis

10 Mazhab Maliki telah tersebar luas ke beberapa negara antaranya


I Iran
II Indonesia
III Maghribi
IV Kuwait

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

11223/1@Hakcipta terpelihara SULIT


[Lihat sebelah]
SULIT 4 1223/1

11. Perbuatan merosakkan kemudahan awam dikenali sebagai

A jenayah vandalism
B jenayah kolar biru
C jenayah juvana
D jenayah sosial

12 Berikut adalah organisasi pasukan tentera pada zaman Bani Umaiyyah kecuali

A al-Jundi
B al-Maisarah
C al-Maimanah
D al-Muqaddimah

13 Amalan yang patut dilakukan ketika menziarahi jenazah ialah

A berdoa supaya jenazah mendapat keampunan


B membicarakan hal-hal berkaitan duniawi
C menunaikan solat istikharah
D menunaikan solat hajat

14. Hukum menziarahi makam Rasulullah s.a.w. ketika mengerjakan ibadat haji dan
umrah adalah

A Makruh
B Harus
C Wajib
D Sunat

15 “Mengisytiharkan dirinya keluar daripada agama Islam”

Pernyataan di atas boleh membawa seseorang menjadi murtad dengan cara

A Amalan
B Iktikad
C Perbuatan
D Perkataan

16 Antara berikut yang manakah hikmah diharamkan riba.

A mewujudkan semangat rajin bekerja dalam masyarakat


B membanteras kezaliman dalam masyarakat
C membangunkan ekonomi sesebuah Negara
D mewujudkan masyarakat yang prihatin

11223/1@Hakcipta terpelihara SULIT


[Lihat sebelah]
SULIT 5 1223/1

17 Tujuan Allah S.W.T mengurniakan akal kepada manusia

A untuk memuliakan darjat manusia dari makhluk lain


B supaya manusia menyedari nikmat kurniaan Allah S.W.T
C supaya manusia melaksanakan tanggungjawab berkeluarga
D untuk membezakan antara tingkah laku manusia dengan haiwan

18 Khalifah al-Rasyidin yang ke-tiga ialah

A Saidina Abu Bakar al-Siddiq


B Saidina Umar al-Khattab
C Saidina Uthman b Affan
D Saidina Ali b Abi Talib

19 Di antara syarat bagi seseorang yang menuduh orang lain berzina ialah

A Mumaiyyiz
B tidak dipaksa
C dua orang saksi
D tidak mengetahui haramnya qazaf

20 Berikut adalah cara berbakti kepada kedua ibu bapa ketika mereka sakit;

I mematuhi segala arahan mereka


II merendahkan suara ketika bercakap
III menziarahi dan merawat mereka dengan baik
IV menolong mereka berwuduk jika tidak berupaya

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

11223/1@Hakcipta terpelihara SULIT


[Lihat sebelah]
SULIT 6 1223/1

Soalan 21 hingga 40.


Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.

21 ______________________ialah gelaran kepada Saidina Uthman bin Affan

22 Syirik __________ ialah tidak meletakkan Allah SWT sebagai sesuatu yang
mutlak dalam niat, terutamanya dalam ibadat.

23 ______________ ialah perjanjian perkongsian antara dua pihak atau lebih


terhadap sesuatu perkara.

24 Muawiyah bin Abi Sufian telah mengemaskini angkatan tenteranya dengan meniru
corak gerakan tentera _____________

25. Memberi peringatan kepada pesakit bahawa sakit adalah ujian Allah SWT
merupakan adab menjaga orang sakit dari aspek _________________.

26 Imam Ahmad bin Hanbal r.a digelar __________ kerana berjaya menghafaz lebih
700,000 hadis nabi.

27. Orang yang banyak berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW akan memperolehi
______________ di akhirat kelak.

Soalan no 28 – 30 adalah berkaitan dengan ibadat korban.


Lengkapkan jadual bawah ini.

Jenis binatang ternakan Umur

28. ___________________ 5 tahun atau lebih

Lembu/kerbau 29. ______________

30. ___________________ 1 tahun atau lebih

31 Kesalahan bagi seseorang yang tidak wukuf di Padang Arafah akan dikenakan
dam ________________dan takdir.

32 Pemerintahan khulafa al-Rasyidin telah memerintah selama ______________

33 Kitab karangan al-Ghazali r.h. yang termasyhur ialah________________

11223/1@Hakcipta terpelihara SULIT


[Lihat sebelah]
SULIT 7 1223/1

34 _____________ ialah sejenis terbitan yang dikeluarkan oleh syarikat sebagai


alat pemilikan.
35 Hukum menangguhkan pembayaran hutang bagi orang yang berkemampuan
adalah ________________.

Soalan 36 dan 37 berpandukan carta dibawah :

Dua golongan yang diperangi oleh


Khalifah Abu Bakar al-Siddiq

36._______________ 37.__________________

38 Hukum menziarahi orang sakit ialah ______________

39 Mengucap _______________ kepada keluarga jenazah merupakan adab


menziarahi jenazah.

40 Hukum melakukan riba adalah _____________ dan berdosa besar.

11223/1@Hakcipta terpelihara SULIT


[Lihat sebelah]
SULIT 8 1223/1

BAHAGIAN B
( 60 Markah )

Jawab tiga soalan. soalan 1, soalan 2 dan mana-mana satu soalan berikutnya.

1. (a) i. Apakah yang di maksudkan dengan riddah ?


( 2 markah )
ii. Bagaimanakah murtad boleh berlaku melalui perbuatan?
. ( 2 markah )
iii. Terangkan dua sebab yang menyebabkan seseorang itu
menjadi murtad. ( 4 markah )

(b) i. Mengapakah perbuatan membunuh diri dilarang keras


dalam Islam. ( 4 markah )

ii. Kawan anda mengalami gangguan emosi sehingga dia


beranggapan membunuh diri merupakan jalan terbaik
bagi menyelesaikan masalahnya.

Jelaskan dua nasihat yang patut anda berikan kepadanya. ( 4 markah )

(c) Terangkan dua keadaan taubat yang tidak diterima oleh Allah
SWT ( 4 markah)

2 (a) Sabda Rasulullah saw.

Hadis di atas sangat menggalakkan ibu bapa melakukan aqiqah bagi anak yang
dilahirkan
i Bilakah aqiqah afdal dilakukan ?
( 2 markah )
ii. Terangkan empat syarat sah binatang yang boleh dibuat
aqiqah.
( 4 markah )
iii. Nyatakan dua hikmah aqiqah kepada masyarakat ( 4 markah )

11223/1@Hakcipta terpelihara SULIT


[Lihat sebelah]
SULIT 9 1223/1

(b) i. Gadaian merupakan salah satu cara untuk


mengembangkan ekonomi umat Islam.
Apakah yang dimaksudkan dengan gadaian menurut ( 2 markah )
syarak ?

ii. Nyatakan dua peranan gadaian dalam memajukan umat


Islam. ( 4 markah )

(c) Nyatakan hukum dan alasan bagi situasi berikut:

i. Encik Zaini telah membayar RM1500 kepada Syarikat


Dzikry Sdn.Bhd. sebagai bayaran upah haji bagi pihak
dirinya kerana beliau mengalami lumpuh disebabkan
angin ahmar. ( 2 markah )

ii. Syazwan turut menunaikan ibadat haji bersama bapanya


ketika berumur 5 tahun ( 2 markah )

3. (a) Penyalahgunaan kemudahan awam merupakan satu perbuatan yang tidak


bermoral.

i Terangkan dua contoh perbuatan tersebut.


( 2 markah )
ii Bagaimanakah cara untuk membanteras perbuatan
penyalahgunaan kemudahan awam
( 4 markah )
(b) Berzikir ialah mengingatkan Allah melalui hati, lisan dan
perbuatan.
Jelaskan dua adab berzikir. ( 4 markah )

(c) Khulafa’ ar-Rasyidin telah membuat beberapa perubahan dalam sistem pentadbiran
negara dengan mengariskan beberapa dasar.

i Apakah yang dimaksud dengan Khulafa’ ar- Rasyidin ?


( 2 markah )
ii Jelaskan dua ciri kepimpinan Khulafa’ ar- Rasyidin .
( 4 markah )
iii Nyatakan dua dasar dalam pentadbiran negara yang
telah digubal oleh Khulafa’ ar- Rasyidin. ( 4 markah )

11223/1@Hakcipta terpelihara SULIT


[Lihat sebelah]
SULIT 10 1223/1

4. (a) Imam Abu Hanafi merupakan pengasas kepada Mazhab Hanafi yang telah banyak
memberi sumbangan kepada masyarakat Islam di seluruh dunia.

i. Siapakah nama sebenar Imam Abu Hanafi ?


( 2 markah )
ii. Nyatakan dua sumbangan terbesar beliau kepada
tamadun Islam. ( 4 markah )

(b) Imam Al-Ghazali adalah tokoh Islam yang terkemuka dalam


sejarah tamadun Islam.
Terangkan dua sumbangan beliau dalam tamadun Islam .

( 4 markah )

(c) Setiap anggota badan ialah anugerah Allah SWT. yang mesti disyukuri dan dilarang
dari sebarang pengubahsuaian untuk tujuan kecantikan.

i Terangkan dua contoh pengubahsuaian yang ( 2 markah )


diharamkan oleh syarak.

ii. Berhias diri dalam Islam mempunyai hikmah yang


tertentu.
Nyatakan dua daripada hikmatnya. ( 4 markah )

(d) Kita hendaklah menjaga orang sakit dengan baik.


Berikan dua hujah anda mengapa orang sakit perlu dijaga
dengan baik ? ( 4 markah )

KERTAS SOALAN TAMAT

11223/1@Hakcipta terpelihara SULIT


[Lihat sebelah]
SULIT 11 1223/1

KERTAS JAWAPAN UNTUK BAHAGIAN A

NAMA : _____________________________________TINGKATAN : ___________________

NO. KAD PENGENALAN ANGKA GILIRAN


- -

1 A B C D 21_____________________________

2 A B C D 22_____________________________

3 A B C D 23_____________________________

4 A B C D 24_____________________________

5 A B C D 25_____________________________

6 A B C D 26_____________________________

7 A B C D 27_____________________________

8 A B C D 28_____________________________

9 A B C D 29_____________________________

10 A B C D 30_____________________________

11 A B C D 31_____________________________

12 A B C D 32_____________________________

13 A B C D 33_____________________________

14 A B C D 34_____________________________

15 A B C D 35_____________________________

16 A B C D 36_____________________________

17 A B C D 37_____________________________

18 A B C D 38_____________________________

19 A B C D 39_____________________________

20 A B C D 40_____________________________

Bahagian Markah
A
11223/1@Hakcipta
B terpelihara SULIT
[Lihat sebelah]

You might also like