You are on page 1of 3

BAHAGIAN C

[15 markah]
[Masa dicadangkan : 15 minit]

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan
tentang manfaat-manfaat sarapan. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi
100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa
mengubah maksud asal petikan.

Pengambilan sarapan ialah amalan rutin bagi sesetengah orang. Amalan ini dilakukan
pada setiap pagi dan sebelum memulakan sesuatu urusan seperti belajar atau bekerja. Ramai
yang tidak mengetahui bahawa pengambilan sarapan merupakan pemula aktif bagi
metabolisme untuk membantu membakar kalori sepanjang hari. Tinjauan Pemakanan Dewasa
Malaysia melaporkan golongan dewasa berusia antara 18 hingga 39 tahun tidak gemar
mengambil sarapan berbanding makan tengah hari dan malam.
Pengambilan sarapan secara tidak langsung dapat membekalkan tenaga dan nutrien
yang diperlukan oleh badan untuk melakukan urusan seharian selain membantu seseorang
untuk fokus di tempat kerja atau sekolah. Masyarakat tidak menyedari bahawa terdapat banyak
impak negatif sekiranya mengabaikan sarapan. Orang yang tidak bersarapan berasa lebih cepat
lapar dan cenderung untuk makan dalam kuantiti yang banyak pada waktu makan seterusnya.
Banyak kajian mendapati bahawa sarapan mampu meningkatkan ingatan dan tumpuan
seseorang malahan dapat menurunkan tahap kolesterol jahat iaitu lipoprotein berketumpatan
rendah di dalam darah. Kolesterol ini amat membahayakan kesihatan diri kerana boleh
menyebabkan pemendakan lemak dan menyempitkan salur darah. Selain itu, pengambilan
sarapan juga dapat mengurangkan risiko penyakit kronik.
Waktu paling optimum untuk mengambil sarapan adalah antara 30 minit hingga dua
jam selepas terjaga daripada tidur. Pengambilan sarapan mampu membantu individu yang
mahu menurunkan berat badan. Mereka yang mempunyai tahap kolesterol yang tinggi dalam
darah disarankan mengambil sarapan supaya metabolisme badan dan komposisi kolesterol di
dalam darah dapat dioptimumkan.
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Sarapan Cegah Penyakit’
Oleh Mohd. Faizal Mat Salleh,
Dewan Kosmik, Bil 9/2018.

1
BAHAGIAN C
[15 markah]
[Masa dicadangkan : 15 minit]

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam gambar
tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.

AMALAN KEJIRANAN

menolong jiran yang berpindah melawat jiran yang sakit

bertegur sapa dengan jiran menziarahi jiran tetangga

2
BAHAGIAN B
[15 markah]
[Masa dicadangkan : 30 minit]

Latihan 1
Cerakinkan ayat majmuk dalam perenggan di bawah ini kepada 7 ayat tunggal. Anda tidak
boleh mengubah maksud dan struktur asalnya.

Ketika jerebu, kita mestilah memakai topeng muka untuk mengelakkan


sebarang jangkitan penyakit. Kita hendaklah segera ke hospital untuk
mendapatkan rawatan daripada doktor jika mengalami masalah kesihatan. Kita
juga perlu membasuh muka sekerapnya dan minum banyak air.

1. ________________________________________________________________________

2. ________________________________________________________________________

3. ________________________________________________________________________

4. ________________________________________________________________________

5. ________________________________________________________________________

6. ________________________________________________________________________

7. ________________________________________________________________________

Latihan 2
Dalam petikan di bawah terdapat 9 kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-
kesalahan itu. Dalam petikan di bawah anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada jumlah
kesalahan yang dinyatakan dalam arahan soalan. Anda tidak perlu menyalin petikan tersebut.
Setelah jalan raya dinaiktaraf menjadi lebuh raya, pengguna dapat merasai berbagai
kemudahan sepanjang perjalanan. Bermula daripada Bukit Kayu Hitam hingga Johor Bahru,
pengguna dapat mempergunakan kemudahan yang disediakan di kawasan rehat dan rawat.
Kawasan rehat dan rawat ini, pengguna dapat beristirehat demi menghilangkan rasa penat-lelah
di samping menjamu selera di gerai makan yang mampu memenuhkan cita rasa semua kaum.

Panduan
3 kesalahan ejaan.
2 kesalahan imbuhan.
3 kesalahan tatabahasa.
1 kesalahan istilah atau kata.

You might also like