You are on page 1of 10

Bahagian A

[10 markah]
Soalan 1 hingga 4
Pilih jawapan yang paling sesuai.

1. “__________ menjunjung titah tuanku,” sembah Bendahara kepada

Sultan Alauddin Riayat Shah.
A Beta
B Hamba
C Patik
D Aku

2. Cik Halizah seorang __________ yang telah bertugas di AirAsia

selama lima tahun.
A Pramugara
B Pramugari
C Peragawan
D Peragawati

3. Polis trafik berjaya menangkap lelaki yang __________ beg tangan

pejalan kaki itu.
A mengambil
B mengangkat
C merampas
D meragut

4. Adik ketawa __________ mendengar cerita jenaka tersebut.

A berderai-derai
B berdesas-desus
C berdolak-dalik
D berduyun-duyun

1 UASA Bahasa Melayu Set 2

Soalan 5 hingga 10
Baca maklumat dalam Bahan 1 dan Bahan 2 dengan teliti, kemudian
jawab soalan-soalan yang berikutnya.

BAHAN 1

BAHAN 2
Gaya hidup sihat perlu dipraktikkan oleh semua insan untuk kesejahteraan
hidup. Terdapat banyak langkah untuk mengamalkan gaya hidup sihat.
Kita perlu mengambil makanan yang seimbang dari segi khasiat.
Buah-buahan dan sayur-sayuran wajar dimakan oleh semua orang kerana
mengandungi vitamin dan garam mineral yang banyak.
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubatinya. Jadi, kita
haruslah menjalani pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya dua kali
setiap tahun untuk mengelakkan penyakit daripada menjadi lebih
membimbangkan kita.
Selain itu, senaman dan aktiviti bersukan mestilah diutamakan
sebagai rutin harian kita. Hal ini dikatakan demikian kerana senaman dan
aktiviti bersukan akan menguatkan otot dan meningkatkan stamina kita.

2 UASA Bahasa Melayu Set 2

Kita perlu mengambil makanan yang seimbang dari segi khasiat.

5. Kata adjektif yang terdapat dalam ayat di atas merupakan

A mengambil
B makanan
C seimbang
D khasiat

6. Tujuan utama kempen ini diadakan adalah untuk

A membuat pameran kesihatan
B menjalin hubungan baik dalam kalangan penduduk
C menyedarkan masyarakat tentang kepentingan kesihatan
D menghimpunkan masyarakat untuk membuat pemeriksaan
kesihatan

7. Perkataan membimbangkan dalam Bahan 2 boleh digantikan dengan

perkataan
A menyedihkan
B menggalakkan
C mengkhuatirkan
D menyusahkan

8. Antara berikut ialah program yang dijalankan dalam Bahan 1 kecuali

A Kuiz kesihatan
B Pameran kesihatan
C Ceramah kesihatan
D Pertandingan kesihatan

9. Mengapakah kita perlu menjalani aktiviti fizikal?

A Mengandungi vitamin dan mineral.
B Menjalani pemeriksaan kesihatan.
C Menguatkan otot dan meningkatkan stamina.
D Mengamalkan gaya hidup sihat sebagai rutin harian.

3 UASA Bahasa Melayu Set 2

10. Pilih pernyataan yang benar tentang Bahan 1 dan Bahan 2.
A Senamrobik akan menjamin kesihatan tubuh badan kita.
B Pengambilan makanan ringan dapat menyihatkan kita.
C Kita perlu mengamalkan gaya hidup sihat sekurang-kurangnya
dua kali setahun.
D Demonstrasi CPR tidak akan menambahkan pengetahuan kita.

4 UASA Bahasa Melayu Set 2

Bahagian B
[10 markah]
Soalan 1
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

1. Datuk mengusahakan kebunnya dengan bersawah padi dan berkebun

sayur sejak _______________________________.
[1 markah]

2. Mengapakah Datuk menasihati Kimberly supaya tidak membazirkan

makanan?
________________________________________________________
________________________________________________________
[2 markah]

5 UASA Bahasa Melayu Set 2

3. Gariskan kata pemeri yang terdapat dalam ayat berikut.

Setiap makanan yang dihidangkan adalah merupakan

titik peluh bagi setiap pekebun.
[1 markah]

4. Pilih dan tandakan (✓) bagi ayat yang sama maksud dengan ayat
yang diberi.

Datuk mengajar Kimberly tentang cara-cara untuk memetik sayur-

sayuran yang segar di kebunnya.
Kimberly diajar oleh datuk tentang cara untuk memetik
sayur-sayuran segar di kebunnya.
Kimberly tentang cara-cara untuk memetik sayur-sayuran
yang segar di kebunnya diajar oleh datuk.
[1 markah]

Soalan 2
Baca dan fahami situasi di bawah.
Kemudian, berikan pendapat kamu berdasarkan situasi tersebut.
Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 30 patah
perkataan.

Adik kamu dimarahi oleh ibu kerana tidak ingin mengulang kaji pelajaran.
Dia berasa sedih.

Sebagai seorang abang, apakah yang akan kamu lakukan?

____________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________
[5 markah]

6 UASA Bahasa Melayu Set 2

Bahagian C
[10 markah]

Grafik di bawah menunjukkan aktiviti bersama keluarga di kampung.

Tuliskan pendapat kamu tentang faedah-faedah daripada aktiviti yang
dijalankan.
Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan.
Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah
perkataan.

____________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________

7 UASA Bahasa Melayu Set 2

Bahagian D
[20 markah]

Teliti bahan grafik di bawah. Kemudian tulis sebuah karangan dalam

bentuk karangan berformat atau tidak berformat. Panjangnya karangan
kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.

8 UASA Bahasa Melayu Set 2

Bahagian A
1. C
2. B
3. D
4. A
5. C
6. C
7. C
8. D
9. C
10. A
Bahagian B
Soalan 1
1. berumur 15 tahun
2. Datuk menasihati Kimberly supaya tidak membazirkan makanan
kerana setiap makanan yang dihidangkan adalah merupakan titik peluh
bagi setiap pekebun.
3. adalah
4. Kimberly diajar oleh datuk tentang cara untuk memetik sayur-sayuran
segar di kebunnya.
Soalan 2
Sebagai seorang abang, saya akan memberitahu adik tentang faedah
mengulang kaji pelajaran. Selain itu, saya akan menasihatinya supaya tidak
mengecewakan ibu. Kemudian, saya akan menemaninya semasa
mengulang kaji pelajaran.
(29 patah perkataan)
Bahagian C
Aktiviti bersama keluarga dapat melahirkan suasana yang harmoni
dan menjamin kebahagiaan keluarga. Selain itu, aktiviti ini akan
mengeratkan hubungan kekeluargaan. Bukan itu sahaja, semua anggota
keluarga akan lebih memahami antara satu sama lain. Seterusnya, kita
dapat menunjukkan perasaan kasih sayang terhadap ahli keluarga kita
melalui aktiviti ini.
(47 patah perkataan)

9 UASA Bahasa Melayu Set 2

Bahagian D
Pada hari Sabtu yang lalu, sekolah saya mengadakan Hari Sukan
Tahunan. Tujuan Hari Sukan Tahunan diadakan adalah untuk mencungkil
bakat dalam kalangan murid.
Pada jam 8.00 pagi, semua murid berhimpun di padang sekolah
yang dihias dengan panji berwarna-warni. Kami menyanyikan lagu
Negaraku sambil berdiri tegak. Selepas ucapan Guru Besar, pelbagai
acara sukan seperti lompat jauh, larian 100 m dan tarik tali pun bermula.
Suasana menjadi riuh-rendah apabila murid-murid bersorak untuk rumah
sukan masing-masing.
Saya berasa besar hati kerana rumah sukan saya menjadi johan
keseluruhan Hari Sukan Tahunan ini.
(80 patah perkataan)

10 UASA Bahasa Melayu Set 2

You might also like