You are on page 1of 6

20 TAHUN MENDERITA ULCER MULUT, AKHIRNYA HILANG DLM 6 BULAN

Dulu saya sendiri pun selalu kena ulcer mulut ni. Terutama sekali bila selalu tidur lewat dan stress bila
nak exam masa belajar di universiti dulu.

Ulcer mulut ni nampak macam penyakit ringan. Tapi bila terkena, memang pedih. Nak buka mulut
pedih, nak makan pedih. Sampai nak bercakap pun kena kawal sebab sakit bila gigi terkena di tempat
luka ulcer.

Anda pun selalu kena ulcer mulut ni macam saya dulu? Pasti tahu macam mana rasa pedihnya.

Macam-macam juga ubat dah cuba bila kena ulcer mulut ni. Pilihan utama yang pasti ramai dah cuba
seperti Bonjela, Oral Aid, Gengigel dan ada juga ubat-ubat tradisional macam serbuk biji betik.
=======
20 Tahun Menderita Ulcer Mulut, Akhirnya Hilang Dalam 6 Bulan Pak Cik Ahmad
=======

Baru-baru ni, Pak Cik Ahmad berumur dalam 50 tahun datang berjumpa saya di Farmasi bertanyakan
tentang ubat untuk Ulcer Mulut anak-nya.

Pak Cik Ahmad tanya:

Ulcer mulut ni ada kena mengena ke dengan keturunan? Pak cik dulu lebih 20 tahun selalu kena
ulcer mulut ni. Hampir setiap bulan mesti kena ulcer mulut

Sekarang ni anak pak cik pula selalu kena ulcer mulut ni. Pak cik kesian tengok dia, kadang-kadang
dia nak bercakap pun susah

Hari tu doktor ada bagi Pak Cik satu ubat. Masa ambil ubat tu, 6 bulan pak cik tak pernah kena ulcer
mulut dah. Boleh ke Pak Cik nak beli ubat tu?

Sebelum ni, saya kongsikan dulu secara ringkas tentang Ulcer Mulut ni ataupun orang juga panggil
sebagai mata ikan.

=======
SIAPA YANG SELALU KENA ULCER MULUT NI?
=======

Jika anda selalu terkena Ulcer Mulut ini, pasti anda sendiri perasan ulcer mulut ni selalu terjadi apabila
anda mengalami tekanan, stress ataupun bila anda kurang tidur atau selalu tidur lewat.

Ulcer mulut ni juga dikaitkan dengan cuaca yang panas dan wanita lebih kerap mendapat ulcer mulut
ini semasa waktu haid.

Ulcer Mulut Jadi Bila Peperiksaan Makin Hampir ?

Ya. Memang ramai juga pelajar terutamanya pelajar universiti dan kolej mengalami Ulcer Mulut ni
apabila mengalami stress akibat assignment yang terlalu banyak atau peperiksaan yang semakin
hampir.

Selain daripada stress, #UlcerMulut ni juga boleh terjadi disebabkan kecederaan di mulut akibat
tergigit, terkena makanan tajam, air yang terlalu panas dan juga boleh disebabkan oleh sistem imun
yang lemah dan kesan daripada kemoterapi.
=======
APA UBAT TERBAIK UNTUK ULCER MULUT NI ?
=======

Kebiasaanya, ulcer mulut ni tak perlukan rawatan kerana ia boleh sembuh dalam 1 hingga 2 minggu.

Tetapi ubat dan rawatan dapat membantu mengurangkan rasa sakitnya, rasa tidak selesa dan supaya
pesakit dapat makan dan minum seperti biasa.

Ubat-ubatan ini dapat membantu jika ada selalu terkena ulcer mulut ataupun ulcer mulut anda
menyebabkan anda susah nak makan atau minum.
=======
KEBAS (TAPAK KAKI TERASA TEBAL)
=======

Antara Gel Tahan Sakit yang sangat popular di kalangan mereka yang selalu kena ulcer mulut ini
adalah seperti #Bonjela , #Oral Aid Lotion, #Gengigel dan #AVO Liquid.

Gel dan Losyen tahan sakit ini mengandungi bahan #Lignocaine untuk rasa kebas, #Chlorhexidine
untuk basmi kuman dan #Triamcinolone untuk kurangkan rasa sakit dan percepatkan proses
penyembuhan.

Ada juga Gel dan Spray Mulut seperti #AFTA MED dan #GENGIGEL yang mengandungi bahan
Hyaluronic Acid untuk mengurangkan keradangan dan mempercepatkan penghasilan sel baru untuk
penyembuhan yang lebih cepat.

++ Antimicrobial Mouthwash ++

Selain daripada Gel Tahan Sakit ni, penggunaan #Antimicrobial Mouthwash pun boleh membantu
mempercepatkan penyembuhan dan mencegah jangkitan kuman pada ulcer.

Tapi ingat!, Gel Tahan Sakit dan Antimicrobial Mouthwash ini tidak digalakkan untuk kanak-kanak di
bawah umur 12 tahun. Mouthwash tidak boleh ditelan dan jangan gunakan lebih 7 hari berturut-turut.

=======
MANA BOLEH TAHAN JIKA SETIAP BULAN KENA ULCER MULUT !!!
=======

YA! Pasti anda yang selalu kena ulcer mulut ini yang tahu macam mana deritanya bila kena ulcer
mulut. Pedihnya bukan main.

Bukan sahaja nak makan dan minum pedih, nak bercakap pedih, nak buka mulut pun pedih.

++++++
Macam mana nak cegah dari asyik terkena ulcer mulut ni?
++++++

Kita sambung cerita pasal Pak Cik Ahmad tadi ye

Cik Ahmad beritahu semasa dia kena penyakit saraf dulu, doktor ada bagi sejenis ubat ataupun
vitamin untuk saraf. Semasa ambil vitamin ni hampir 6 bulan Cik Ahmad tak pernah kena ulcer mulut
yang kebiasaannya pasti kena setiap bulan.

Vitamin ini ke yang Pak Cik cari ? Saya pun tunjukkan 1 jenis vitamin kepada Cik Ahmad.

Ya, ubat inilah yang pak cik cari. Boleh ke pak cik bagi vitamin ni untuk anak pak cik ? Kesian pak cik
tengok dia selalu kena ulcer mulut sampai susah nak bercakap

VITAMIN APA YG PAK CIK AHMAD CARI TU ?

Sebenarnya vitamin yang Cik Ahmad cari tu adalah jenis Vitamin B12.
Memang Ulcer Mulut juga dikaitkan dengan kekurangan Vitamin B12 dalam badan. Kekurangan
Vitamin B12 boleh berlaku apabila perut tidak mengeluarkan sejenis protein (faktor intrinsik) yang
berfungsi mengikat Vitamin B12 untuk penyerapan.

Jadi, ulcer mulut ini lebih kerap terjadi kepada mereka yang kekurangan vitamin B12 akibat masalah
penyerapan vitamin B12 terutamanya di kalangan vegetarian.

+++++++
3 JENIS VITAMIN B12
+++++++

Sebelum anda dapatkan Vitamin B12 ni, anda perlu tahu sebenarnya ada 3 jenis Vitamin B12 iaitu
#Methylcobalamin , #Hydroxocobalamin dan #Cyanocobalamin

Yang mana satu patut anda ambil ?

Vitamin B12 ini juga saya gelarkan sebagai STRESS VITAMIN iaitu vitamin yang diperlukan
terutamanya ketika mengalami stress ataupun tekanan semasa banyak kerja yang perlu disiapkan.

Biasanya STRESS VITAMIN ini juga mengandungi campuran Vitamin B12 bersama dengan Vitamin
C, Vitamin E dan Zink yang membantu penghasilan tenaga diperingkat sel dan juga bertindak sebagai
ejen antioksida.

Vitamin B12 jenis Methylcobalamin didapati lebih berkesan untuk mencegah atau mengurangkan
kadar ulcer mulut berbanding vitamin B12 jenis Cyanocobalamin.

Apa beza Methylcobalamin dan Cyanocobalamin ni?

Kalau saya terangkan bezanya pasti lebih panjang berjela pula post ni. Kedua-dua jenis vitamin B12
ini dihasilkan melalui fermentasi bakteria.

++++++
JIKA ULCER MULUT ANDA BERPANJANGAN
++++++

Jika anda kerap mengalami ulcer mulut atau ulcer mulut yang berpanjangan, datanglah berjumpa
dengan doktor ataupun Ahli Farmasi untuk mendapatkan nasihat.

Jika anda mahu saya cadangan STRESS VITAMIN yang terbaik untuk anda, anda boleh terus
whatsapp kod [STRESS-VIT] ke 01114935400

[ Whatsapp STRESS-VIT ke 01114935400 ]


[ Whatsapp STRESS-VIT ke 01114935400 ]
[ Whatsapp STRESS-VIT ke 01114935400 ]

Mudah-mudahan dapat membantu meringankan derita penghidap ulcer mulut ni.

p/s : Boleh share & tag kawan-kawan yang selalu kena ulcer mulut ni.

Rahman Baco
Halal Trusted Pharmacist
www.fb.com/rahmanbaco.rx
#ulcermulut
#mouthulcer
#rahmanbaco

You might also like