You are on page 1of 28

Karangan Bahagian A

Strategi
Memahami dan menjawab tugasan yang diberikan dalam soalan

Karangan mestilah mempunyai 5 perenggan

5 1 Perenggan Pendahuluan

3 Perenggan Isi

1 Perenggan Penutup

©2020 Mohd Zamri / C zam


Strategi
Perenggan Pendahuluan: dalam lingkungan 20 patah perkataan

Perenggan isi: dalam anggaran 70 patah perkataan

terdapat: Isi utama (isi tersirat)

Ayat-ayat huraian yang menyokong isi utama

Ayat contoh

Ayat Penegas

©2020 Mohd Zamri / C zam


Strategi
Perenggan Penutup mestilah seimbang dengan panjang
perenggan pendahuluan. Anggaran: 20 patah perkataan.

Masukkan ungkapan menarik ke dalam perenggan isi atau


penutup.

Seperti: peribahasa, cogan kata, slogan,


maksud hadis atau ayat Al-Quran
dan kata-kata hikmat oleh orang
cerdik pandai atau peribahasa
daripada bahasa lain.

©2020 Mohd Zamri / C zam


Strategi
Tulis karangan dalam masa 45 minit

Tidak perlu ditulis terlalu panjang (melebihi 250 patah


perkataan) kerana markah penuhnya cuma 30 markah sahaja
selain boleh mengurang masa anda untuk menjawab karangan
bahagian B.

©2020 Mohd Zamri / C zam


Contoh 1
Bahagian A
( Masa yang dicadangkan : 45 minit )

[ 30 markah ] Tugasan

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang faktor-
faktor yang menggalakkan sektor pelancongan di negara kita. Panjang huraian
anda antara 200 hingga 250 patah perkataan.

©2020 Mohd Zamri / C zam


Contoh Karangan
PELANCONGAN DI MALAYSIA

Sektor pelancongan memainkan peranan penting dalam memacu ekonomi

negara. Hari ini, sektor pelancongan merupakan salah satu punca pendapatan

negara dan penduduknya.


Isi Utama 1

Ayat Huraian
Mempunyai banyak destinasi pelancongan merupakan salah satu faktor yang

mendorong kedatangan pelancong ke Malaysia. Malaysia mempunyai pantai yang

boleh dikunjungi oleh pelancong bagi merehatkan badan dan mindaAyat Contoh
mereka. Selain

menikmati keindahan alam semulajadi diAyat Huraian ini, pelancong boleh mandi
pantai-pantai

manda dan menjalankan aktiviti menyelam. Kerajaan sentiasa memberikan galakan

bagi pengusaha pelancongan menjalankan aktiviti yang berkaitan supaya kebersihan

Ayat Penegas
dan keindahan pantai ini terus terpelihara dan seterusnya dapat menarik pelancong

untuk terus mengunjungi pantai-pantai tersebut. Tegasnya, destinasi pelancongan

amat berperanan bagi menarik pelancong datang ke negara kita.


Isi Utama 2

Ayat Huraian wujudnya pelbagai jenis


Rakyat yang berbilang kaum di Malaysia menyebabkan

makanan tempatan. Ayat Huraian


Situasi ini dapat menarik minat pelancong untuk datang ke

Malaysia. Pelancong dapat menikmati pelbagai makananAyat Huraian


yang menjadi hidangan

masyarakat majmuk Malaysia. Lazimnya, mereka tidak akan melepaskan peluang

Ayat
untuk mencuba Contoh
semua jenis makanan yang dihidangkan oleh pihak pengurusan

hotel. Kelazatan makanan tempatan seperti sate dan sebagainya menyebabkan

pelancong begitu tertarik untuk datang ke Malaysia. Situasi Ayat Penegas akan
ini seterusnya

membantu industri makanan tempatan berkembang maju. Jelaslah di sini bahawa

kepelbagaian makanan yang terdapat di negara ini menggamit kehadiran para

pelancong.
Isi Utama 3

Kebudayaan pelbagai kaum juga merupakan Ayat


faktorHuraian
penarik kedatangan pelancong.

Masyarakat Ayat Huraian


majmuk di negara ini telah membentuk pelbagai kebudayaan yang unik.

Di samping keunikan alatan muzik tradisional, jenis-jenis persembahan kebudayaan

Ayat
yang pelbagai rupa serta corak Contoh daya penarik untuk pelancong datang ke
merupakan

Ayat
Malaysia. Tarian tradisional seperti zapin, Huraian
inang, ngajat sering menggamit tumpuan

Ayat
para pelancong. Mereka akan merakam gambar dan ada kalanya Penegas
turut mengambil

bahagian dalam persembahan yang diadakan. Ringkasnya, keadaan kebudayaan

yang pelbagai telah menjadi daya penarik kepada pelancong.


Ungkapan Menarik

Kita sebagai rakyat haruslah berganding bahu dengan pihak kerajaan bagai aur

dengan tebing dalam usaha memaju dan memperkembangkan lagi sektor

pelancongan negara kita.


Contoh 2
Bahagian A
(Masa : 45 minit)

[30 markah] Tugasan

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang cara-cara
mengamalkan gaya hidup sihat. Panjang huraian anda antara 200 hingga 250
patah perkataan.
GAYA HIDUP SIHAT
Contoh Karangan
GAYA HIDUP SIHAT

Kesihatan merupakan salah satu aspek yang penting dalam kehidupan

manusia. Kesihatan yang baik dapat diperoleh melalui pengamalan gaya hidup

sihat.
Isi Utama 1

Ayatgaya
Antara cara mengamalkan Huraian
hidup sihat adalah dengan menjaga kesihatan diri.

Ayat Huraian
Kesihatan diri dapat dilakukan dengan cara melakukan pemeriksaan kesihatan

sekurang-kurangnya dua kali setahun. Selain itu, melakukan senaman secara

konsisten dan pengambilan makanan secara seimbang juga dapat menjaga


Ayatdiri.
kesihatan Huraian
Keprihatinan kita menjaga kesihatan diri dapat mengurangkan risiko

Ayat ContohAntara penyakit berbahaya yang dapat


untuk mendapat penyakit berbahaya.

Ayat
dielakkan Penegas
ialah penyakit kardiovaskular, diabetis dan obesiti dan sebagainya.

Tegasnya, penjagaan kesihatan diri penting bagi jaminan kualiti kesihatan diri.
Isi Utama 2

Ayat satu
Selain itu, amalan nilai murni juga merupakan salah Contoh
gaya hidup sihat. Antara

nilai murni yang boleh dipraktikkan ialah menghormati orang tua dengan cara

bercakap secara bersopan santun dan mengucapkan salam kepada mereka. Dengan

Ayat Huraian
ini hubungan silaturahim sesama masyarakat dapat dieratkan. Di samping itu, nilai

Ayat
murni juga dapat diamalkan Huraian
dengan cara menjaga kebersihan kawasan tempat

tinggal. Kawasan tempat tinggal yang bersih dapat mengelakkan wabak penyakit

berjangkit seperti Ungkapa


denggi , Menarik Ayat
malaria dan taun. Hal ini bertepatan Penegas
dengan slogan

‘mencegah lebih baik daripada megubati.’ Ringkasnya, pengamalan nilai-nilai murni

juga merupakan satu gaya hidup sihat.


Isi Utama 3

Ayat dengan
Gaya hidup sihat juga boleh diamalkan Contoh cara melakukan aktiviti sosial. Antara

Ayat
aktiviti sosial yang sihat ialah melakukan aktiviti Huraian seperti bercuti bersama
berfaedah

keluarga atau rakan-rakan. Melalui cara ini, kita dapat mengurangkan stress dan

melapangkan fikiran. Selain itu, aktiviti sosial yangAyat Huraian


boleh dilakukan ialah menjaga

kebersihan kawasan tempat tinggal. Aktiviti ini dapat dilakukan secara bergotong-

Ungkapa
royong melibatkan masyarakat Menarik
setempat. Ayat Penegas
Kesannya, semangat kejiranan dapat

diperkukuh kerana ‘jiran sepakat membawa berkat’. Tuntasnya, melakukan aktiviti

sosial juga merupakan salah satu gaya hidup sihat.


Ungkapa Menarik
Kesimpulannya, gaya hidup sihat perlu diamalkan oleh setiap individu untuk

melahirkan generasi yang berkualiti dan seterusnya menyokong slogan ‘Rakyat Sihat,

Negara Sejahtera’.
Latihan
Bahagian A
(Masa : 45 minit)

[30 markah]

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang faedah-
faedah menggunakan pengangkutan awam. Panjang huraian anda antara 200
hingga 250 patah perkataan.
PENGANGKUTAN AWAM
Kriteria Penskoran Karangan
Bahagian A
Peringkat Markah Kriteria

CEMERLANG 26-30  Karangan menepati tema dan


rangsangan
 Bahasa gramatis dari segi ayat dan kata.
Penggunaan tanda baca betul dan tepat.
Ejaan mengikut Sistem Ejaan Rumi Baru.
Penggunaan kosa kata luas dan tepat.
 Wacananya lengkap. Unsur bahasa yang
digunakan bervariasi dan menggunakan
ungkapan yang menarik.
 Idea relevan dengan tema bahan
rangsangan dan dihuraikan dengan jelas
dan matang.
Kriteria Penskoran Karangan
Bahagian A
Peringkat Markah Kriteria

KEPUJIAN 20-25 Karangan menepati tema bahan


rangsangan.
Bahasa gramatis dari segi kata dan ayat.
Penggunaan tanda baca betul dan tepat.
Ejaan mengikut Sistem Ejaan Rumi Baru.
Penggunaan kosa kata luas.
Wacananya lengkap. Unsur bahasa yang
digunakan bervariasi.
Idea relevan dengan tema bahan
rangsangan dan dihuraikan dengan jelas.
Kriteria Penskoran Karangan
Bahagian A
Peringkat Markah Kriteria

MEMUASKAN 15-19 Karangan masih menepati tema bahan


rangsangan.
Bahasa masih gramatis dari segi kata dan
ayat. Penggunaan tanda baca masih betul dan
tepat. Ejaan masih mengikut Sistem Ejaan
Rumi Baru. Penggunaan kosa kata umum.
Wacananya masih lengkap. Unsur bahasa
masih bervariasi.
Idea masih relevan dengan tema bahan
rangsangan. Huraian idea masih jelas.
Kriteria Penskoran Karangan
Bahagian A
Peringkat Markah Kriteria

KURANG 10-14 Karangan masih/kurang menepati tema


MEMUASKAN bahan rangsangan.
Bahasa kurang gramatis dari segi kata dan
ayat. Kesalahan –kesalahan tatabahasa
ketara. Ejaan masih mengikut Sistem Rumi
Baru tetapi terdapat kesalahan ejaan yang
ketara. Penggunaan kosa kata terhad.
Wacana kurang lengkap. Unsur bahasa
kurang bervariasi.
Idea masih/kurang relevan dengan tema
bahan rangsangan dan huraiannya
masih/kurang jelas.
Kriteria Penskoran Karangan
Bahagian A
Peringkat Markah Kriteria

PENCAPAIAN 1-9 Calon tidak menunjukkan penguasaan


MINIMUM kemahiran menulis.
Calon tidak memahami tema bahan
rangsangan.
Idea tidak menepati tema bahan rangsangan.
TERIMA KASIH

You might also like