You are on page 1of 5

SK KALUMPANG SEMPORNA

PETI SURAT 469, 91308 SEMPORNA

KERTAS KERJA
PROJEK MEMBUAT TEMPAT DUDUK
DARI TONG DRUM KITAR SEMULA

TARIKH :
2018 - 27 JULAI 2018

TEMPAT :
SK KALUMPANG SEMPORNA
Kertas Kerja Cadangan
Projek Kitar semula______________________
_

1.0 PENGENALAN

Program kitar semula banyak dijalankan di sekolah-sekolah. Tujuan program


ini dilaksanakan adalah untuk memberi kesedaran kepada warga sekolah
tentang kepentingan menjaga alam sekitar. Selain itu ia juga membantu untuk
menjaga kebersihan, kecantikan dan keceriaan sekolah.

2.0 RASIONAL

Rasional projek ini adalah untuk merangsang murid-murid sekolah rendah


menceriakan kawasan sekolah dengan menggunakan bahan-bahan kitar
semula dan menanam pokok bunga. Ini juga dapat meningkatkan kesedaran
murid untuk menghayati dan menghargai alam semula jadi demi memelihara
bumi kita.

3.0 MATLAMAT

Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga dan memelihara alam


sekitar.

4.0 OBJEKTIF

4.1 Membuka minda murid-murid tentang kegunaan bahan-bahan kitar


semula.
4.2 Meningkatkan kesedaran warga sekolah untuk menjaga dan menghargai
alam sekitar.
4.3 Mewujudkan kawasan sekolah yang lebih ceria, harmonis dan kondusif
untuk pembelajaran dan pengajaran.
Kertas Kerja Cadangan
Projek Kitar semula______________________
_

5.0 TARIKH, MASA DAN TEMPAT


5.1 Tarikh : 8 Ogos 2018 – 19 Sept 2018
5.2 Masa : 6 minggu
5.3 Tempat : Tapak Solar SK Kalumpang Semporna

7.0 JAWATANKUASA

Penasihat : Kamul Bin Kamarudin


( Guru Besar SK Kalumpang )

Pengerusi : Ahmad Bin Mamat


( Penolong Kanan Pentadbiran )

Naib Pengerusi : Manisih Binti Hj Tolleng


(Ketua Keceriaan Sekolah)

Penyelaras : Usman Buderi


Setiausaha : Sunarti Binti Salim

Bendahari : Syuiley Lomo

AJK : Mohd. Azlan Mohd. Yahya


Mohd. Janovyan Mohamad Towy
Nurillah Juddani
Ismail Jundam
Waslee Loard
Mohd Sir Abu Bakar
Kertas Kerja Cadangan
Projek Kitar semula______________________
_

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


Tong Drum Percuma
Mata Pemotong Besi 5 buah x RM 3 RM 15.00
Cat 3 Tin x RM 25 RM 75.00
Getah kereta 50 kaki x RM 1 RM 50.00
Getah PVC 5m x RM 15 RM 75.00
Foam 1 kpg x RM 42 RM 42.00

Jumlah : RM 257.00

9.0 SUMBER KEWANGAN

Sumbangan daripada sekolah dan sukarelawan

10.0 PENUTUP

Di akhir projek diharapkan agar hasil dari tong drum yang terbuang ini dapat
dimanafaatkan oleh semua warga sekolah. Projek ini banyak memberi manafaat
kepada sekolah dan juga dapat mengujudkan suasana kerjasama dan mengeratkan
lagi hubungan silaturahim.
Kertas Kerja Cadangan
Projek Kitar semula______________________
_

Disediakan oleh :

…………………………………
( SUNARTI BINTI SALIM)
Setiausaha,
Projek Kitar Semula
SK kalumpang.

Disemak oleh :

………………………………...
( AHMAD BIN MAMAT )
Penolong Kanan Pentadbiran,
SK kalumpang.

Disahkan oleh :

……………………………………
( KAMUL BIN KAMARUDIN )
Guru Besar,
SK kalumpang.

You might also like