You are on page 1of 1

Rujukan : PPMCS/PLPA/KMK/1/2

Tarikh : 20 APRIL 2015

Kepada,
Pegawai Pelajaran Daerah Keningau

Tuan,
PERMOHONAN PELEPASAN BERTUGAS/CUTI TANPA REKOD UNTUK MENGHADIRI
KURSUS MANIKAYU PERINGKAT 1 PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA
CAWANGAN SABAH PERINGKAT PEDALAMAN ATAS TAHUN 2015

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2. Adalah dimaklumkan bahawa penama tersebut (rujuk lampiran) adalah


kakitangan dibawah jabatan tuan dan dikehendaki untuk hadir dalam program
tersebut berdasarkan ketetapan berikut :

Tarikh : 8-10 MEI 2015 ( Jumaat - Ahad)


Masa Pendaftaran : 2.00 -2.30 ptg
Tempat : Dewan Arena Belia Keningau

3. Untuk makluman tuan, kursus ini merupakan lanjutan kursus pengenalan dan ia
amat penting untuk dihadiri oleh pemimpin pengakap. Sehubungan dengan itu
adalah menjadi harapan kami agar tuan dapat meluluskan pelepasan bertugas
/cuti tanpa rekod kepada penama tersebut pada 8hb MEI 2015 bagi
membolehkan beliau menyertai kursus tersebut selaras dengan Perintah Am
Bab C (Para 42) , Surat Pekeliling Bil. 24/1998 – Penglibatan Guru Dan Murid
Dalam Aktiviti Pasukan Pakaian Seragam Anjuran Agensi Kerajaan Dan
Pertubuhan Bukan Kerajaan (bagi kakitangan Kerajaan Persekutuan) serta
Peraturan-Peraturan Pegawai Awam Negeri Sabah 2008 Subperaturan 183 dan
Jadual Kesepuluh (bagi kakitangan Kerajaan Negeri Sabah).

Pertimbangan dan kerjasama tuan dalam perkara ini amatlah dihargai dan diucapkan ribuab
terima kasih, Sekian.

“ 100 TAHUN MEMBANGUN NEGARA BANGSA MELALUI KEPENGAKAPAN”

Saya yang menjalankan tugas-tugas


PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN SABAH

KAMARUDDIN SALLEH
Setiausaha Pasukan Latihan
Bahagian Pedalaman Atas

You might also like