You are on page 1of 3

2.

0 Konsep Kepelbagaian Budaya

Kepelbagaian budaya adalah suatu realiti yang tidak dapat disangkal. Bahkan kepelbagaian
tersebut merupakan suatu kemestian yang bersifat semula jadi dan sunnatullah. Menurut kamus
Dewan (2005) edisi keempat muka surat 102, kepelbagaian ialah perihal berbagai-bagai jenis.
Kepelbagaian merangkumi banyak benda sama ada abstrak atau konkrit yang boleh diperoleh di
sesuatu tempat atau kawasan yang sama. Manakala, budaya sering dikaitkan dengan adat resam
dan perilaku atau ritual yang dilakukan oleh sesebuah negara mahupun kelompok masyarakat.
Selain itu, budaya juga merupakan cara hidup manusia yang dibentuk supaya dapat berinteraksi
dan menyesuaikan diri dengan masyarakat dan alam sekitar. Istilah budaya dalam bahasa
Inggeris ialah ‘culture’ yang berasal daripada perkataan bahasa Latin yang berbunyi ‘colere’.
Budaya bermaksud kehidupan manusia yang sentiasa memelihara dan mengerjakan pelbagai
tindakan yang boleh menghasilkan tindakan budaya (Suwardi Endraswara, 2006:4). Dalam arus
perniagaan antarabangsa, nilai-nilai dan keprihatinan terhadap budaya masyarakat setempat dan
negara perlu diambil kira dan ditekankan dalam organisasi. Oleh itu, penting dalam sesebuah
organisasi untuk memahami kepelbagaian budaya untuk mencapai kejayaan dalam dunia
perniagaan antarabangsa.

Hakikatnya, budaya itu bersifat kepelbagaian yang mengajarkan kepelbagaian nilai dalam
kehidupan. Oleh itu, menjadi suatu kemestian bagi masyarakat untuk sedar bahawa nilai-nilai
sosial dalam kehidupan mungkin berbeza. Dengan adanya budaya, masyarakat dapat menentukan
keperibadian kebangsaan sesebuah negara dan budaya akan membentuk perilaku seseorang ke
dalam proses komunikasi. Komunikasi yang berkesan merupakan satu kemahiran global yang
penting melalui peningkatan interaksi dengan individu yang mempunyai latar belakang budaya
yang berbeza (Knutson & Posirisuk, 2006). Dalam konteks kepelbagaian budaya, sistem
komunikasi sosial yang kita lakukan hakikatnya diasaskan daripada nilai budaya dan keragaman
masing-masing. Dengan itu kita memperolehi pelbagai bahasa dan norma dalam komunikasi.

Seterusnya, budaya masyarakat memberi kesan kepada sistem politik, ekonomi, sosial dan etika
organisasi semasa perniagaannya berurusan dalam dunia masyarakat tersebut. Syarikat-syarikat
induk perlu sensitif dan peka terhadap isu ini dimana ia memainkan peranan yang penting dalam
kesinambungan arus perniagaan untuk berjaya baik di dalam peringkat antarabangsa mahupun
negara itu sendiri. Oleh itu, mengetahui satu budaya asing ialah satu proses jangka panjang
asimilasi, kefahaman dan integrasi dan merupakan strategi utama kepada pengembangan
perniagaan antarabangsa yang berjaya. Sebagai contoh, protokol perniagaan di negara berbeza
seperti di Amerika Selatan biasanya berjual-beli secara bersemuka dan di Rusia pula, keputusan
hendaklah diluluskan oleh beberapa jawatankuasa, yang boleh membuat perjanjian perniagaan
menjadi lebih lama. Maka, hal ini adalah aspek penting untuk dianggap berkembang sesebuah
negera lain iaitu bahasa, ungkapan-ungkapan tempatan dan cara mereka menyatakan diri mereka,
terjemahan-terjemahan perkataan boleh menjurus salah faham.

Dalam konteks kepelbagaian budaya, sesuatu yang dinilai baik atau benar pada satu budaya,
belum tentu dianggap baik dan benar pada budaya yang lain. Maka, pemahaman konsep budaya
dan faktor yang berkaitan untuk meningkatkan keberkesanan komunikasi sangat digalakkan.
Dengan adanya fahaman mengenai sosial budaya seseorang akan membolehkan kita
berkomunikasi dengan lebih lancar. Sosial budaya terdiri daripada persepsi, proses verbal dan
bukan verbal. Dengan itu, pengaruh pelbagai budaya di dunia perniagaan sejagat ialah penting
untuk membina hubungan antarabangsa yang berjaya.

Kepelbagaian budaya dalam organisasi telah menerima cabaran dalam membentangkan dan
memperluaskan dalam horizon baru, dan ia benar-benar penting memahami sepenuhnya kepada
pasaran baru yang merupakan perancangan memperluaskan syarikat. Oleh itu, organisasi yang
mempunyai pelbagai budaya boleh mematuhi peraturan kebudayaan apabila mereka dalam
organisasi multikultural atau melayani pelanggan. Perkara ini penting untuk menghormati untuk
menunjukkan peraturan budaya.
4.1 Hormat

4.2 Integriti

4.3 Kreativiti

4.4 Peluang yang sama rata dan tiada diskriminasi

You might also like