You are on page 1of 7

SKPK PRINCESS ELIZABETH

JOHOR BAHRU

KERTAS CADANGAN
PROGRAM LADAP
PENGGUNAAN PERISIAN DUXBURY DAN
PEMBINAAN GAMBARAJAH TIMBUL
PERINGKAT SEKOLAH
Anjuran:
UNIT LADAP
SKPK PRINCESS ELIZABETH

NAMA AGENSI : SKPK PRINCESS ELIZABETH


KOD SEKOLAH : JCB1001
NO. TELEFON : 07-2224068
N0. FAKS : 07-2213762

Orang yang cemerlang melihat setiap halangan sebagai peluang untuk mengasah potensi;
manakala orang yang tidak cemerlang menganggap setiap halangan sebagai alasan yang
menyebabkan kemundurannya.. Jadilah anda seorang yang berfikiran cemerlang…..
KERTAS CADANGAN

KURSUS DALAM PERKHIDMATAN

PENGGUNAAN PERISIAN DUXBURY BRAILLE TRANSLATOR

DAN PEMBINAAN GAMBARAJAH TIMBUL

PENGENALAN:

Di Malaysia penggunaan ICT sudah mula berkembang terutama dalam


memajukan pendidikan di peringkat arus perdana. Pendidikan khas juga mula
mengaplikasikan teknologi dalam memberi pendidikan kepada murid-murid
berkeperluan khas. Bagi pendidikan murid-murid bermasalah penglihatan,
banyak peralatan yang boleh membantu dalam proses pengajaran dan
pembelajaran (P&P) diperkenalkan. Antaranya adalah perisian “Duxbury
Translator” digunakan oleh guru bagi menyediakan kertas soalan dan
lembaran kerja untuk murid B1 dalam kuantiti yang banyak dan cepat. Di
samping itu juga, Alat Bantu Mengajar (ABM) turut diperkenalkan.
Penggunaan gambarajah timbul sebagai alat bantu mengajar dalam proses
pengajaran dan pembelajaran yang menggantikan gambar yang disediakan
dalam kertas soalan ataupun buku adalah untuk membantu pemahaman
murid yang bermasalah penglihatan B1 telah digunakan dan ini telah memberi
impak yang baik kepada kecemerlangan murid-murid bermasalah
penglihatan dalam bidang akademik.

1. MATLAMAT :

1.1 Membina pengetahuan tentang prinsip dan proses teknologi maklumat

1.2 Menggunakan teknologi maklumat dengan berkesan untuk


berkomunikasi dan menyelesaikan masalah

1.3 Menyedari implikasi penggunaan teknologi maklumat terhadap


masyarakat mahupun golongan OKU dan kehidupan harian
1.4 Menghargai kepentingan dan sumbangan teknologi maklumat dalam
memajukan masyarakat

2. OBJEKTIF :

Objektif kursus ini adalah :

2.1 Memperkenalkan perisian Duxbury Brailler Translator dan pembinaan


Gambarajah timbul kepada semua guru dan Pembantu Pengurusan
Murid (PPM)

2.2 Memberi kemahiran kepada semua guru dan Pembantu Pengurusan


Murid (PPM) pembinaan Gambarajah Timbul sebagai Alat Bantu
Mengajar kepada murid yang bermasalah penglihatan katogeri B1.

2.3 Memberi kemahiran kepada semua guru dan Pembantu Pengurusan


Murid cara menggunakan Duxbury Brailler Translator sebagai perisian
yang akan membantu dalam menyediakan bahan bercetak dalam tulisan
braille dengan mudah dan dalam kuantiti yang banyak.

3. SASARAN :

Sasaran kursus ini kepada semua guru baharu dan Pembantu pengurusan
murid.

4. TARIKH PELAKSANAAN
29 & 30 November 2016

5. MODUS OPERANDI :

Fasa 1 - Memperkenalkan Perisian “Duxbury BrailleTranslator”


dan pembinaan gambarajah timbul kepada semua guru
Pembantu pengurusan murid.
Fasa 2 - Membina Alat bantu mengajar yang diperlukan untuk
kegunaan guru semasa proses pengajaran dan
pembelajaran berlaku.

6. BAHAN YANG DIPERLUKAN :

1. Peralatan

i. Peserta dikehendaki membawa sebuah komputer riba untuk kegunaan


semasa bengkel.

ii. Mesin Embossor dan Thermoform

iii. Bahan membina gambarajah timbul (peruntukan panitia Matematik dan


Sains)

7. PENUTUP :

Pada akhir kursus ini adalah diharapkan guru-guru dan Pembantu pengurusan murid
yang terlibat akan dapat memanfaatkan ilmu dan kemahiran yang diperolehi dalam
tugas masing-masing.

Disediakan oleh, Dilulluskan oleh,

ROSYANI BINTI YAHAYA MOHD DINI BIN KARIM


Penyelaras program Guru Besar
SKPK Princess Elizabeth SKPK Princess Elizabeth
Johor Bahru. Johor Bahru.
JADUAL PELAKSANAAN BENGKEL PERISIAN DUXBURY
TRANSLATOR DAN PEMBINAAN GAMBARAJAH TIMBUL

TARIKH AKTIVITI MASA TINDAKAN

1. Pengenalan Perisian Duxbury Braille Fasilitator


Translator En. Ilham
- install perisian Pn. Rosyani
- pengenalan ikon – ikon di perisian 8.30 – 10.30 pagi Pn Sopiah

2. Pengenalan penggunaan mesin


Embosser
29 NOV
Bengkel penghasilan bahan cetak :
1. Kumpulan 1: guru-guru
Matematik dan PPM Fasilitator
11.00 – 12.30 tgh
2. Kumpulan 2 : guru-guru Sains
dan PPM
3. Kumpulan 3 : guru-guru bahasa
dan ppm
30 Nov Fasilitator
Pengenalan kepada pembinaan
En. Azmi
Gambarajah Timbul
En. Zaini
- Bahan yang sesuai digunakan
En. Khoo Chai
- Peralatan yang diperlukan 8.30 – 10.30 pagi
Swee
- Teknik membina gambarajah
Pn. Kasilawati
timbul
Pn Nurhanizah
Pengenalan Mesin Thermoform

Bengkel penghasilan gambarajah 11.00 – 12.30 pm Fasilitator


timbul :
1. Kumpulan 1: guru-guru
Matematik dan PPM
2. Kumpulan 2 : guru-guru Sains
dan PPM
( guru-guru bahasa dibahagi masuk
kepada 2 kumpulan yang ada)

JAWATANKUASA PELAKSANA
KURSUS LADAP DUXBURY BRAILLE TRANSLATOR DAN PEMBINAAN
GAMBARAJAH TIMBUL

PENGERUSI
EN.MOHD DINI BIN KARIM

TIMBALAN PENGERUSI
EN. AZMI BIN OTHMAN

NAIB PENGERUSI
PN SOPIAH BINTI CHA

PENYELARAS
PN. ROSYANI BINTI YAHAYA

JURULATIH UTAMA
EN. MOHD ILHAM
PN. KASILAWATI BINTI RAMLY

PENGACARA MAJLIS PENYEDIAAN BAHAN


EN. MUHAMMAD AZRI PN. FARAH ZAWANI
PN FARHANA JURAIMI

PERSIAPAN TEMPAT PEMBAHAGIAN KUMPULAN


EN. KOH CHAI SWEE PN. NURHANIZAH
EN. WIRA PN. SUZANA

RAKAMAN GAMBAR PENDAFTARAN


EN. MOHD NAJID BIN OTHMAN EN. SHAHRUL ANNUAR

You might also like