You are on page 1of 4

39 lagi di atas kapal persiaran Jepun positif coronavirus

TOKYO: Seramai 39 orang lagi, termasuk seorang pegawai kuarantin, telah


diuji positif coronavirus di kapal persiaran Diamond Princess di Jepun, kata
Menteri Kesihatan Katsunobu Kato, hari ini.
Angka itu membawa jumlah orang yang dijangkiti di atas kapal itu kepada 174
orang.
“Daripada 53 orang yang baru menjalani saringan, 39 disahkan positif,”
katanya.
Beliau berkata, setakat ini, empat orang yang sudah dimasukkan ke hospital
dalam keadaan serius sama ada menggunakan alat bantuan pernafasan atau
di dalam unit rawatan rapi (ICU).
Diamond Princess, sebelum ini, dikuarantin dan semua penumpangnya tidak
dibenarkan mendarat sebaik tiba di perairan Jepun, sejak minggu lalu.
Ia selepas seorang bekas penumpangnya yang sebelum ini mendarat di Hong
Kong, disahkan positif ’COVID-19’.
Mereka yang dikuarantin diminta tinggal di dalam kabin masing-masing dan
dibenarkan untuk keluar untuk tempoh pendek ke dek.
Ada 3,711 orang di dalam kapal berkenaan.
Semuanya diarahkan untuk memakai penutup mulut dan hidung dan tidak
mendekati satu sama lain.
Selain itu, saringan suhu badan juga sentiasa dijalankan terhadap
penumpang dan anak kapal.
Kapal itu dijangka dikuarantin sehingga 19 Februari. - AGENSI
Jumlah korban coronavirus China cecah 1,110
BEIJING: Jumlah kematian akibat coronavirus di China melonjak kepada
1,110 di seluruh negara hari ini selepas wilayah Hubei yang menjadi pusat
penularan melaporkan 94 kematian baharu.
Dalam kemas kini hariannya, Suruhanjaya Kesihatan Hubei juga
mengesahkan 1,638 lagi kes baharu di wilayah tengah, di mana wabak itu
mula dikesan pada bulan Disember lalu.
Kini terdapat lebih 44,200 kes disahkan di seluruh China, berdasarkan angka
yang dikeluarkan oleh kerajaan.
Virus baharu itu dipercayai muncul tahun lalu di pasar yang menjual haiwan
liar di ibu kota Hubei, Wuhan, yang menjadi pusat penularan wabak itu.
Ia kini secara rasmi dinamakan "COVID-19" pada persidangan di Geneva
yang diadakan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), di mana ketua
badan itu berkata negara-negara mempunyai peluang untuk menghentikan
penyebaran global virus berkenaan.
Ketua WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus, semalam berkata meskipun 99
peratus kes itu di China, di mana ia masih kekal dalam situasi “sangat
darurat,” ia juga "mempunyai ancaman yang sangat serius bagi seluruh
dunia."
Beliau menggesa negara-negara supaya berkongsi data untuk terus mengkaji
penyakit itu.
Pihak berkuasa China semalam memecat dua pegawai kesihatan kanan dari
Hubei, di mana berpuluh-puluh juta orang telah diperintah berkurung sejak
akhir bulan lalu, dan mengetatkan sekatan di ibukotanya, Wuhan. - AFP
Britain isytihar coronavirus sebagai ancaman serius

LONDON: Britain hari ini mengisytiharkan coronavirus sebagai serius dan


ancaman pasti terhadap kesihatan awam, yang memberi kerajaan kuasa
tambahan untuk mengasingkan mereka yang disyaki dijangkiti.
Britain telah mencatatkan empat kes coronavirus setakat ini, manakala rakyat
Britain yang diterbangkan pulang dari Wuhan, bandar China di mana wabak
itu menular, dikuarantin selama 14 hari.
Virus itu telah membunuh lebih 900 orang, dua di luar tanah besar China,
dan telah merebak ke sekurang-kurangnya 27 negara dan wilayah.
Kementerian Kesihatan Britain berkata, langkah-langkah baharu adalah
bertujuan melambatkan atau mencegah penyebaran coronavirus selanjutnya.
“Kami menguatkan peraturan kami supaya dapat memastikan individu yang
dalam pengasingan yang disokong demi keselamatan mereka dan jika
profesional kesihatan awam menganggap mereka mungkin berisiko
menyebarkan virus itu kepada orang lain," kata jurucakap kementerian
kesihatan.
Hospital Arrowe Park, berhampiran Liverpool di utara England dan Kents Hill
Park, di Milton Keynes, telah dikhaskan sebagai kemudahan pengasingan. -
REUTERS
Singapura sahkan kes pertama coronavirus,  JKNJ
berwaspada

JOHOR BAHRU: Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) menga


mbil langkah berwaspada selepas Kementerian Kesihatan Singapura
mengesahkan seorang rakyat China yang sedang bercuti di republik itu positif
coronavirus, malam ini.
Pengarah Kesihatan Johor, Dr Aman Rabu, berkata jabatan berkenaan
akan mengetatkan proses saringan kesihatan menggunakan mesin
pengimbas sistem gelombang dan suhu badan di 12 pintu masuk
antarabangsa negeri ini.
“JKNJ maklum dengan pengumuman Kementerian Kesihatan Singapura
sebentar tadi dan sudah bersiap sedia dan mengambil semua langkah
berjaga-jaga di semua pintu masuk antarabangsa di negeri ini.
“Semua petugas di lapangan sudah diarahkan sentiasa berwaspada pada
tahap tinggi terhadap simptom atau gejala virus berkenaan terhadap mana-
mana individu atau pelancong yang memasuki negeri ini di pintu masuk
antarabangsa, ” katanya ketila dihubungi BH.
Kementerian Kesihatan Singapura dilaporkan mengumumkan seorang
warga emas yang berusia 66 tahun dari Wuhan, China yang sedang bercuti di
republik itu sejak Isnin lalu, disahkan positif dijangkiti coronavirus.
Anak lelaki warga emas itu yang berusia 37 tahun dilaporkan disyaki
dijangkiti virus berkenaan kini sedang dirawat di sebuah hospital republik itu
manakala sembilan lagi ahli rombongan bersama warga emas itu dikuarantin
dan menjalani pemantauan selama dua minggu.

You might also like