You are on page 1of 2

Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu

Ilmu linguistik merupakan ilmu yang mengkaji bidang bahasa secara saintifik ataupun
mendalam, iaitu ilmu yang mengkaji dan menganalisis sesuatu bahasa tertentu secara
emprikal dan objektif tanpa dipengaruhi faktor-faktor keberangkalian (reasoning), ramalan,
falsafah mahupun andaian. Antara bidang ilmu linguistik bahasa Melayu ialah bidang fonetik
dan fonologi yang memberi tumpuan kepada analisis kepada sistem bunyi sesuatu bahasa
yang dikaji pada masa tertentu amnya untuk menghasilkan sistem tulisan.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2015 : 414), fonetik merupakan ilmu bahasa
(linguistik) yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan
sebutannya manakala fonologi (2015 :414), ialah kajian tentang bunyi sebutan dalam
sesuatu bahasa.

Menurut Abdullah Hassan (2007),  bidang kaji bunyi dapat dibahagikan kepada dua
bahagian iaitu fonetik dan fonologi. Fonetik sebenarnya lebih kepada mengkaji penyebutan
bunyi manusia, amnya bunyi yang digunakan dalam pertuturan ataupun komunikasi
seharian manakala fonologi pula lebih kepada mengkaji sistem bunyi-bunyi dalam bahasa.
Dalam hal ini, dapatlah kita membuat satu pernyataan bahawa fonetik dan fonologi ialah
kajian tentang bunyi-bunyi bahasa bagi membuat deskripsi bunyi-bunyi tersebut dan
membuat transkripsinya.  Bunyi-bunyi tersebut perlu didengar terlebih dahulu sebelum
dideskripsi kepada lambang-lambang bunyi.

Kesimpulannya, bidang fonetik dan fonologi bahasa Melayu boleh dibahagikan kepada dua
bahagian yang penting iaitu fonetik dan fonologi ( Dr. Faridah Nazir & Dr. Hjh Maridah Hj
Alias, 2015 : 2 )

Konsep fonetik dan fonologi


  Antara faktor yang penting yang menjadikan bahasa Melayu sebagai suatu bahasa yang
sangat mudah untuk dipelajari adalah disebabkan oleh salah satu cabang linguistik iaitu
fonologi dan fonetik. Dapatlah disimpulkan bahawa hampir setiap huruf Rumi mewakili satu
sebutan fonem. Siti Hajar Abdul Aziz (2011) berpendapat bahawa asal usul perkataan
fonetik sebenarnya berasal daripada bahasa Greek yang disebut sebagai phone iaitu bunyi
(suara). Jelaslah bahawa fonetik merupakan kajian mengenai fon atau bunyi-bunyi bahasa
dan cara bunyi-bunyi itu dihasilkan, didengar malah untuk diinterprestasikan.
Bagi kajian bidang fonetik ini, bunyi-bunyi bahasa diberi aspek penekanan misalnya cara
bunyi-bunyi bahasa diujarkan dan melihat cara organ-organ pertuturan manusia yang terlibat
bekerja bagi menghasilkan bunyi-bunyi bahasa dengan sempurna. Selain fonetik, satu lagi
bidang yang penting juga dalam bahasa Melayu ialah bidang fonologi.
  Fonologi merupakan bidang yang mempunyai kaitan dengan organ-organ ujaran manusia
dan cara manusia menggunakan organ-organ tersebut untuk komunikasi seharian. Menurut
Siti Hajar Abdul Aziz (2011), fonologi ialah kajian mengenai sistem bahasa yang berkaitan
dengan senarai bunyi bahasa dan ciri-ciri bunyi tersebut serta peraturan khusus yang
menjelaskaan cara bunyi-bunyi tertentu berhubung antara satu sama lain. dan bidang yang
mengkaji bunyi bahasa pada tahap yang lebih tinggi daripada fonetik iaitu struktur bunyi
bahasa yang dipertuturkan. Namun demikian, kajian fonetik sering didahului oleh fonetik
kerana bidang fonetik membekalkan maklumat yang diperlukannya untuk dianalisis, iaitu
lambang-lambang huruf vokal dan konsonan bagi menggambarkan bunyi-bunyi tertentu.

Manakala, menurut Abdullah Hassan (2007), bunyi-bunyi bahasa bagi membuat sesebuah
deskripsi bunyi-bunyi sesuatu bahasa, membuat penggolongan bunyi-bunyi tersebut dan
membuat transkripsinya, Kebiasaannya, bunyi-bunyi tersebut akan didengari terlebih dahulu
sebelum dideskripsi. Justeru, bunyi-bunyi yang akan dikaji perlu dirakam terlebih dahulu dan
kajian tersebut akan bergantung sepenuhnya kepada kualiti rakaman mesin tersebut dan
menekankan dalam bidang mengkaji bunyi deskripsi fonetik memainkan peranan supaya
bunyi-bunyi bahasa sebagai unit-unit yang dapat dikaji. (Abdullah Hassan, 2007).

You might also like