You are on page 1of 4

Konsep alat-alat artikulasi dan artikulator

  Antara elemen yang penting dalam bidang fonetik dan fonologi bahasa Melayu ialah
mengenai alat-alat artikulasi dan artikulator. Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2011), alat
artikulasi merupakan alat atau organ yang berfungsi mengeluarkan bunyi bahasa. Alat-alat
yang terlibat dalam sistem udara yang keluar dan masuk ke paru-paru untuk menghasilkan
bunyi. Alat artikulasi dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu alat yang boleh digerak-
gerakkan dengan bebas dan boleh diletakkan pada beberapa kedudukan di dalam mulut
manakala bagi daerah pengeluaran, iaitu tempat yang tetap dan terletak di bahagian
sebelah atas pengeluar dan tempat ini dapat dicapai oleh alat-alat pengeluar yang
berkaitan. Artikulator merupakan bahagian alat pertuturan yang boleh digerak-gerakkan,
iaitu lidah, bibir, dan juga gigi bawah yang berada di bahagian bawah rongga mulut.

  Artikulator (alat artikulasi) juga merupakan organ yang menghasilkan bunyi bahasa
manakala daerah artikulasi ialah gigi atas, gusi, lelangit keras, dan lelangit lembut. Bukan itu
sahaja, daerah artikulasi ialah bahagian alat pertuturan di atas rongga mulut yang langsung
tidak dapat digerakkan namun hanya mampu didekati atau disentuh dalam proses
pengeluaran bunyi-bunyi bahasa. ( Nor Hashimah Jalaluddin, 1998 :16-17). Seperti yang
kita ketahui, haiwan juga menghasilkan bunyi namun bunyi-bunyi yang dihasilkan tidak
dapat dijelmakan secara spesifik misalnya dalam bentuk lambang yang tertentu bagi
menyatakan makna.

Namun begitu, manusia sudah pastinya dapat menghasilkan bunyi-bunyi ujaran yang
bermakna dengan menggunakan organ-organ pertuturan. Hal ini dibuktikan oleh kajian yang
telah dilaksanakan oleh para saintis iaitu mereka telah mengambil inisiatif untuk meletakkan
sejenis kamera yang kecil ke dalam ruang rongga mulut bagi memeriksa dan membuat
penelitian tentang pergerakan fizikal organ dengan cara pemantulan atau kebolehan
mengenal pasti bunyi-bunyi yang perlu dihasilkan. Alat-alat artikulasi yang terdapat pada
manusia mempunyai fungsi tertentu iaitu berperanan mengeluarkan bunyi-bunyi bahasa.

  Anak tekak merupakan salah satu alat artikulasi yang berada di bahagian belakang rongga
mulut dan berdekatan dengan lelangit lembut. Anak tekak berperanan sebagai alat
pertuturan bersama-sama dengan lelangit lembut untuk menentukan sesuatu bunyi yang
dihasilkan sama ada sengau ataupun tidak. Bukan itu sahaja, anak tekak boleh digerakkan
sama ada dinaikkan ataupun diturunkan. 

   Selain anak tekak, Abdullah Hassan (2007) berpendapat bahawa lidah juga sebenarnya
aktif dalam menghasilkan bunyi. Beliau juga menyatakan bahawa daun lidah boleh
dibahagikan kepada tiga daerah iaitu hujung, depan dan juga belakang bagi memudahkan
kita membuat deskripsi.
Namun begitu menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2011), beliau telah membahagikan lidah
kepada lima bahagian iaitu hujung lidah, tengah lidah, hadapan lidah, belakang lidah daun
lidah. Bagi bahagian hadapan, tengah dan belakang lidah berperanan untuk menghasilkan
bunyi-bunyi vokal iaitu vokal hadapan, vokal tengah dan vokal belakang. 

  Bukan itu sahaja, hujung lidah juga boleh digerakkan ke mana-mana bahagian dalam mulut
bagi menyekat perjalanan udara. Hal ini juga dapat dikaitkan dengan kes yang dikatakan
kes buli dimana murid tersebut telah dibuli oleh rakannya dengan menggunting lidahnya.
Menurut ayahnya, murid tersebut dikatakan masih trauma kerana selepas kejadian tersebut
anaknya kurang berkomunikasi dengan orang sekeliling. Justeru, bahagian lidah merupakan
salah satu alat artikulasi yang penting bagi  proses pengeluaran bunyi selain daripada salah
satu pancaindera manusia.

  Selain lidah, terdapat sepasang otot selaput nipis yang dikenali sebagai pita suara. Pita
suara terletak di bahagian halkum. Apabila pita suara dirapatkan, ruang rongga akan
direngkung dimana lubang di antara dua keping selaput tersebut dapat diluaskan atau
disempitkan dalam usaha mengeluarkan bunyi. Bukan itu sahaja, pita suara yang nipis ini
akan bergetar (vibrate) apabila menerima tekanan aliran udara yang keluar dari paru-paru
dan menghasilkan bunyi bersuara.

  Kedua-dua selaput itu tersebut lebih dikenali sebagai glotis yang akan bergerak sewaktu
kita bertutur dan apabila kedua-dua selaput tersebut dirapatkan maka glotis akan menjadi
sempit atau tertutup manakala sekiranya selaput itu direnggangkan, glotis akan menjadi
luas. Hal ini akan berlaku sekiranya tekanan terhasil pada bahagian bawah tenggorok dan
akan terasa seolah-olah aliran udara terhenti. 

Menurut pandangan ahli lingusitik, Abdullah Hassan (2007) pula, pita suara akan bergetar
sebanyak 110 kali sesaat bagi lelaki manakala tiga kali ganda bagi wanita. Oleh yang
demikian, pita suara berfungsi dalam menentukan sesuatu bunyi yang dihasilkan sama ada
bersuara ataupun tidak bersuara. Sekiranya selaput tersebut disempitkan namun tidak
terlalu rapat, udara dari paru-paru yang keluar melaluinya akan bergetar dan menghasilkan
bunyi bersuara manakala bunyi tidak bersuara akan berlaku jika selaput suara
direnggangkan dan glotis terbuka namun tidak begitu luas dan udara dari paru-paru yang
keluar melaluinya tidak bergetar. 

  Bukan itu sahaja, rahang juga merupakan salah satu alat artikulasi. Manusia mempunyai
dua bahagian rahang iaitu rahang atas dan rahang bawah namun begitu peranan rahang
tidak begitu penting seperti alat-alat artikulasi yang lain. Sebenarnya, kedudukan rahang
dalam proses membunyikan vokal misalnya keadaan bukaan antara dua rahang atas dan
dengan bawah adalah sempit semasa membunyikan vokal [i] dan vokal [u] manakala
keadaan rahang akan terbuka dengan luas semasa proses membunyikan vokal [a] dan [ə]. 
  Akhir sekali, bagi menentukan penghasilan bunyi-bunyi bahasa bahagian ronggalah yang
menjalankan tugas. Rongga merupakan bahagian lapang yang menjadi tempat laluan udara
yang keluar dari paru-paru. Rongga dapat dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu rongga
tekak, rongga mulut dan rongga hidung.

  Cara penghasilan bunyi-bunyi bahasa melalui rongga tekak akan bermula daripada
bahagian atas selaput pita suara sehinggalah ke bahagian anak tekak. Bagi rongga mulut
pula, ia bermula dari ruang  di belakang lidah membawa ke bahagian bibir sebelah dalam
manakala rongga hidung bermula dari bahagian belakang anak tekak menghala ke hidung
(Siti Hajar Abdul Aziz, 2011). Hal ini juga akan menyebabkan rongga hidung dan rongga
tekak boleh dibuka atau ditutup namun bergantung kepada keadaan sama ada anak tekak
dan lelangit lembut dinaikkan atau diturunkan. 

  Daerah artikulasi merupakan kedudukan organ yang terlibat dalam menghasilkan bunyi-
bunyi bahasa iaitu bibir, gusi dan lelangit. Daerah-daerah arikulasi juga boleh digerakkan
misalnya lelangit lembut yang boleh dinaikkan atau diturunkan namun terdapat beberapa
kedudukannya adalah tetap misalnya lelangit keras dan gusi. (Siti Hajar Abdul Aziz, 2011).

  Bibir merupakan sempadan yang paling luar pada rongga mulut. Bibir sebenarnya
merupakan organ yang mempunyai kumpulan otot yang kenyal dan boleh diubah-ubah
bentuknya dengan mengawal otot-otot pada bibir. Otot-otot tersebut boleh dibuat supaya
bentuknya menjadi bundar atau leper bagi menghasilkan bunyi-bunyi yang berlainan. 

  Menurut Abdullah Hassan (2007), gigi sebagai organ sebutan namun peranannya adalah
pasif. Ini bermaksud gigi tidak dapat bergerak namun dapat digunakan sebagai penampan
aliran yang keluar dari paru-paru. Bukan itu sahaja, gigi turut memainkan peranan sebagai
daerah penyebutan bunyi [c] dan [j].

  Tambahan pula, gusi atau alveolar merupakan alat pertuturan yang terletak antara


bahagian gigi dengan lelangit keras. Gusi merupakan bahagian yang cembung di gigi
menurun ke bahagian dalam rongga mulut yang tidak boleh digerakkan dan  menghasilkan
bunyi dengan bantuan hujung lidah dan gigi bagi membuat penyekatan misalnya semasa
mengujarkan bunyi [t] dan [d]. 

  Di samping itu, lelangit lembut bermula dari sempadan lelangit keras hingga akhir daerah
atas rongga mulut. Lelangit lembut merupakan bahagian lelangit yang terkebelakang dalam
rongga mulut dan boleh diturunkan dan dinaikkan bagi tujuan menutup atau membuka
saluran tekak ke rongga hidung. Keadaan lelangit lembut diturunkan akan menyebabkan
bunyi sengauan berlaku misalnya bunyi [n] dan [m] manakala sekiranya lelangit lembut
dinaikkan maka bunyi-bunyi letupan dan geseran misalnya bunyi [b] dan [h] akan terhasil. 

You might also like