You are on page 1of 14

A

A L AYSI
UM IA
AN GUR MALAYS
IDIK AN
T P END ENDIDIK
ITU NP
INST NTERIA
E
KEM

BMMB3013 FONETIK DAN


FONOLOGI BAHASA MELAYU
NOOR AZNI BIN YAHYA PPT
JABATAN PENGAJIAN MELAYU
MINGGU 2
• Artikulasi dan Artikulator
– Alat-alat Artikulasi
– Artikulasi Vokal

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ALAT ARTIKULASI
• Alat artikulasi (artikulator) ialah alat-alat atau organ-
organ yang berfungsi dalam menghasilkan bunyi bahasa
iaitu boleh digerak-gerakkan dengan bebas menuju ke
arah daerah artikulasi manakala daerah artikulasi pula
daerah pengeluaran bunyi yang perlu dicapai oleh alat
artikulasi
• Kedudukan alat tersebut diatur dengan sempurna
bersesuaian dengan fungsinya
• Keupayaan manusia mengeluarkan bunyi membolehkan
setiap manusia berupaya untuk bertutur dalam pelbagai
bahasa

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Gambar rajah kedudukan alat artikulasi

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Alat artikulasi Fungsi
Bibir merupakan alat artikulasi yang terletak di bahagian
luar rongga mulut yang boleh berfungsi menyekat
perjalanan udara. Bibir terdiri daripada otot-otot yang
kenyal boleh dihamparkan dan dibundarkan. Apabila
menghasilkan bunyi [i] misalnya keadaan bibir menjadi
Bibir
terhampar, sebaliknya apabila membunyikan bunyi [u]
bibir menjadi bundar. Bibir juga berfungsi dalam
membuat sekatan kepada udara yang keluar daripada
rongga mulut. Misalnya, udara disekat di bibir untuk
menghasilkan bunyi [m].

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Alat artikulasi Fungsi
Lidah merupakan alat artikulasi yang terpenting dan paling
aktif dalam pengeluaran bunyi-bunyi bahasa. Lidah terbahagi
kepada empat bahagian, iaitu hujung lidah, tengah lidah,
hadapan dan belakang lidah. Bahagian-bahagian lidah ini boleh
digerakkan sama ada diangkat, dinaikkan atau diturunkan
untuk membuat penyekatan terhadap udara yang keluar
Lidah melalui rongga mulut.
Bahagian hadapan, tengah dan belakang lidah penting
dalam pengeluaran bunyi-bunyi vokal, iaitu vokal hadapan,
tengah dan belakang. Hujung lidah pula merupakan bahagian
paling aktif, boleh digerakkan ke mana-mana bahagian mulut
untuk menyekat perjalanan udara. Lidah digelar artikulator
kerana aktif dalam proses pengeluaran bunyi-bunyi bahasa.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Alat artikulasi Fungsi
Gusi adalah alat pertuturan yang letaknya antara gigi dan
lelangit keras. Keadaannya cembung. Gusi berfungsi sebagai
daerah artikulasi, iaitu daerah penyebutan. Gusi berperanan
Gusi dalam pengeluaran bunyi-bunyi seperti bunyi [t] [d] [l] dengan
bantuan daripada hujung lidah yang berfungsi membuat
sekatan.
Lelangit dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu lelangit
keras dan lelangit lembut
Lelangit keras terletak di antara gusi dan lelangit lembut.
Lelangit keras ini juga dikenali sebagai daerah artikulasi
dalam pengeluaran bunyi-bunyi. Sementara lelangit lembut
pula terletak ke dalam sedikit, iaitu selepas lelangit keras dan
sebelum anak tekak. Lelangit lembut boleh diturun naikkan.
Lelangit Apabila lelangit lembut turun, rongga mulut akan tertutup dan
udara akan keluar melalui rongga hidung dan apabila lelangit
lembut dinaikkan, rongga hidung akan tertutup dan udara
keluar melalui rongga mulut. Maka, apabila lelangit lembut
diturunkan bunyi yang keluar ialah bunyi sengau dan
sebaliknya jika lelangit lembut dinaikkan.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Alat artikulasi Fungsi
Anak tekak terletak di bahagian belakang rongga mulut
dan berhampiran dengan lelangit lembut. Anak tekak
biasanya menjalankan fungsinya sebagai alat pertuturan
bersama-sama dengan lelangit lembut khususnya dalam
Anak Tekak menentukan sama ada sesuatu bunyi yang hendak
dikeluarkan itu bunyi sengau atau tidak. Kesimpulan di
sini ini ialah anak tekak juga boleh digerakkan, sama ada
dinaikkan atau diturunkan.
Gigi juga mempunyai peranan di dalam penghasilan
bunyi-bunyi bahasa tetapi peranannya tidaklah aktif.
Bahagian ini tidak boleh digerakkan dan fungsinya ialah
Gigi menahan udara dari terus keluar dengan bebas dari
rongga mulut.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Alat artikulasi Fungsi
Rongga merupakan bahagian lapang yang menjadi tempat
lalunya udara yang keluar dari paru-paru. Terdapat tiga
bahagian rongga iaitu, rongga tekak, rongga mulut dan rongga
hidung. Rongga tekak bermula daripada bahagian di sebelah
atas selepas pita suara hinggalah ke bahagian anak tekak.
Rongga Rongga mulut pula bermula dari ruang di hadapan belakang
lidah membawa kepada bahagian bibir . Sementara itu, rongga
hidung bermula dari bahagian di belakang anak tekak
hinggalah ke hidung. Rongga tekak dan rongga hidung boleh
dibuka atau ditutup, bergantung kepada keadaan sama ada anak
tekak dan lelangit lembut dinaikkan ataupun diturunkan.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Alat artikulasi Fungsi
Pita suara terletak di dalam ruang tenggorok dan pita suara amat
penting dalam penghasilan bunyi. Seseorang yang mengalami
kerosakan pita suara akan mengalami gangguan suara dan orang yang
tidak mempunyai pita suara akan menjadi bisu. Pita suara terdiri
daripada dua keping selaput yang boleh terbuka dan tertutup.
Keadaannya adalah seperti berikut:
 Ruang antara kedua-dua selaput itu disebut glotis. Apabila kedua-dua
selaput itu dirapatkan glotis akan menjadi sempit atau tertutup dan
apabila direnggangkan glotis menjadi luas.
Pita suara berperanan penting dalam menentukan sama ada sesuatu
Pita Suara bunyi itu bersuara atau tidak bersuara. Apabila selaput suara
disempitkan tetapi tidak terlalu sempit, ketika udara dari paru-paru
keluar melaluinya, akan berlakulah getaran. Bunyi yang terhasil
daripada keadaan ini disebut bunyi bersuara. Apabila selaput suara itu
direnggangkan dan glotis terbuka tetapi tidak terlalu luas, ketika suara
keluar melaluinya tidak ada getaran berlaku dan bunyi tidak bersuara.
Jika pita suara dirapatkan terus, udara akan mengalami sekatan.
Sebaliknya, apabila pita suara dibuka dengan luas, udara tidak
mengalami sekatan malah keluar dengan bebas dan getaran tidak
berlaku maka bunyi yang terhasil ialah bunyi bisikan.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Alat artikulasi Fungsi
Rahang tidaklah memainkan peranan yang
teramat penting dalam pengeluaran bunyi-
bunyi bahasa. Walau bagaimanapun
kedudukannya adalah penting dalam
Rahang penghasilan bunyi-bunyi vokal. Keadaan buka
antara kedua rahang iaitu atas dan bawah
adalah sempit sewaktu membunyikan vokal-
vokal [i] dan [u]. Rahang akan terbuka luas
sewaktu membunyikan vokal [a].

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Bunyi
gelombang-gelombang Melalui peti
udara yang keluar daripada suara
kedua-dua belah paru-paru

Melalui rongga tekak

Gangguan Sekatan

Rongga Rongga
mulut hidung

Bersuara Tak Bersuara Bersuara Tak Bersuara

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

You might also like