You are on page 1of 7

P’ng Ti Shuen V7

Soalan:

1. Jelaskan apakah maksud kata akronim dan terangkan jenis-jenisnya.

Merujuk kepada sarjana Malaysia Nik Safiah Karim et. Al (2015), akronim turut terkumpul
ke dalam bentuk kata tunggal. Akronim dikenali sebagai kata singkatan yang terdiri dengan
menggabungkan huruf awal suku kata atau gabungan huruf awal dan suku kata daripada
satu rangkai kata dan ditulis serta dilafazkan sebagai kata yang wajar. Contohnya, IPG
dalam perkataan lengkap ialah Institut Pendidikan Guru.

Akronim dapat terbahagi kepada empat jenis:

a.) Menggabungkan beberapa huruf awal rangkai kata yang terdiri daripada kata nama
khas. Gabungan ini terhasil daripada cantuman beberapa huruf awal rangkai kata yang
disingkatkan dan keseluruhannya ditulis dengan huruf besar seperti ABIM iaitu
Angkatan Belia Islam Malaysia.
b.) Menulis dengan huruf kecil segalanya. Akronim yang terbentuk daripada gabungan
huruf awal atau suku kata ditulis dengan huruf kecil keseluruhannya. Sebagai contoh
tabika dalam perkataan yang lengkap ialah taman bimbingan kanak-kanak.
c.) Menulis bermula dengan huruf besar. Jika akronim yang terbentuk daripada gabungan
huruf awal atau suku katanya itu menjadi kata nama khas, kata akronim itu ditulis
bermula dengan huruf besar. Tamsilnya, Proton ialah Perusahaan Otomobil Nasional.
d.) Cantuman bahagian awal perkataan pertama dengan bahagian lain dalam perkataan
yang mengikuti. Contohnya, Jalurah iaitu Jalan lurah.

2. Senaraikan kata majmuk yang mantap.


Terdapat 15 kata majumuk yang telah mantap. Antaranya, antarabangsa, beritahu,
bumiputera, jawatankuasa, kakitangan, kerjasama, olahraga, matahari, setiausaha,
sukarela, suruhanjaya, tandatangan, tanggungjawab, warganegara dan pesuruhjaya.

3. Hurai dan lukis rajah pohon (satu ayat majumuk gabungan dan dua ayat tunggal)
Ayat ini merupakan ayat tunggal yang terdiri daripada satu subjek dan satu predikat.
Dalam ayat ini, pejabat ayah dianggap sebagai subjek manakala di tingkat dua
diketahui sebagai predikat. Subjek dalam ayat ini adalah lengkap kerana terdiri
daripada kata nama yang sesuai manakala predikat dalam ayat ini dilengkapkan oleh
penggunaan beberapa jenis kata seperti kata sendi nama, kata nama dan kata
bilangan.
Patriotisme adalah perasaan cinta terhadap negara.

Subjek Predikat

FA FN FA FS FN

KAperasaan Kata Pameri KN KAperasaan KSN KN

Patriotisme adalah perasaan cinta terhadap negara


Ayat ini merupakan ayat tunggal yang mengandugi satu konstituen subjek dan satu
konstituen predikat. Dalam ayat ini, patriotisme dianggap sebagai subjek manakala
adalah perasaan cinta terhadap negara diketahui sebagai predikat. Subjek dalam ayat
ini adalah lengkap kerana terdiri daripada kata adjektif yang sesuai manakala predikat
dalam ayat ini dilengkapkan oleh penggunaan beberapa jenis kata seperti kata pameri,
kata adjektif, kata sendi nama dan kata nama.
Ayat ini merupakan ayat majmuk gabungan dengan susunan biasa. Hal in berpunca daripada, kata
hubung “dan” telah digunakan dalam ayat tersebut untuk mencantumkan kedua-dua ayat tunggal.
Ayat majmuk ini dapat dipecahkan kepada dua ayat lagi iaitu Nathasa berkalah di pantai sebagai
ayat pertama dan Bella berkelah di pantai sebagai ayat kedua. Binaan subjek dalam kedua-dua
ayat ini adalah lengkap kerana terdapat kata nama dengan kedudukannya yang sesuai sebagai
subjek manakala binaan predikat pula dihasilkan dengan penyusunan kata kerja, kata sendi nama
dan kata nama.

You might also like