You are on page 1of 1

FRASA NAMA

Definisi Frasa yang terdiri daripada kata nama sebagai unsur intinya dan wujud secara bersendirian sebagai satu patah perkataan ataupun diikuti oleh penerang sesudah unsur inti tersebut. Contoh : 1) Abang menuntut di universiti. 2) Abang sulung keluarga itu menuntut di universiti.

Dalam ayat (1) unsur inti subjek ayat itu ialah frasa abang yang hanya terdiri daripada 1 patah perkataan. Dalam ayat (2) unsur inti subjek ayat itu ialah frasa abang sulung keluarga itu yang boleh diikuti oleh penerang. Inti ialah yang menjadi fokus utama dalam frasa manakala penerang pula ialah penjelasan bagi menerangkan makna inti tersebut. Dalam ayat (2) intinya adalah abang manakala penerang adalah sulung keluarga itu.

Terdapat juga unsur bukan nama yang boleh menjadi inti dan menduduki subjek frasa nama, iaitu apabila unsur itu memainkan tugas dan berfungsi sebagai kata nama, contohnya : 1) Menderma perbuatan terpuji 2) Merah warna kegemaran saya Sesuatu ayat yang sempurna boleh terdiri daripada frasa nama sebagai subjek dan predikat seperti berikut :

SUBJEK (FRASA NAMA) Puan Norihan Kereta putih itu

PREDIKAT (FRASA NAMA) Guru sekolah menengah Kepunyaan bapa

You might also like