You are on page 1of 4

FRASA

Menurut Tatabahasa Dewan Edisi ke-3, frasa ialah unit ynag boleh terdiri
daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya dua perkataan,
ataupun satu perkataan yang berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau
lebih.Frasa berbeza daripada klausa kerana binaan frasa boleh mengandungi hanya
subjek atau hanya predikat, dan dalam suatu susunan tatabahasa frasa boleh menjadi
konsistituen kepada klausa ataupun konsistituen kepada frasa itu sendiri.
Dalam ayat-ayat berikut, susunan perkataan yang ditulis condong ialah frasa.
1. Burung merpati terbang melayang.
2. Anak kecil itu sedang tidur.
3. Ali mengahwini anak Pak Haji Osman.
Sebagaimana yang telah dinyatakan, frasa dapat juga difahami sebagai binaan
daripada satu perkataan yang mempunyai potensi untuk menjadi unit yang
mengandungi dua perkataan atau lebih.










JENIS-JENIS FRASA

Frasa terbahagi kepada empat jenis frasa iaitu frasa nama (FN), frasa kerja (FK), frasa
adjektif (FA) dan fasa sendi nama (FS). Penamaan sesuatu frasa ditentukan oleh nama
kata yang menjadi kata utama frasa. Sekiranya kata yang menjadi kata utama frasa itu
ialah kata nama, maka frasa itu disebut frasa nama, jika inti frasa itu ialah kata kerja,
maka frasa itu disebut sebagai frasa kerja dan hal ini juga berlaku kepada kata sendi
dan kata adjektif.
(a) Frasa nama

Menurut buku tatabahasa dewan edisi ke tiga, frasa nama (FN) ialah kata nama
atau sekumpulan kata yang kata utamanya kata nama dan yang dapat bertugas
sebagai subjek, atau predikat, atau objek dalam ayat. Semua kata nama yang dapat
bertugas sebagai subjek atau predikat dalam sesuatu ayat merupakan frasa nama.
Binaan ayat dasar dalam bahasa Melayu terdiri daripada dua konsitituen yang utama
iaitu subjek dan predikat. Unsur- unsur yang membentuk konsitituen utama ayat-ayat
dasar bahasa Melayu adalah seperti berikut :

(i) FN + FN
(ii) FN + FA
(iii) FN + FS
(iv) FN + FK

Dalam sistem tatabahasa Melayu, susunan unsur-unsur frasa nama mesti mematuhi
hukum D-M iaitu unsur yang diterangkan mesti mendahului unsur yang menerangkan.
Hukum ini menyatakan bahawa unsur penerang dalam sesuatu frasa nama boleh
diletakkan sesudah kata nama, tetapi tidak boleh sebelum kata nama.



(b) Frasa kerja

Menurut buku tatabahasa dewan edisi ke tiga, frasa kerja (FK) ialah binaan yang
boleh berdiri daripada satu perkataan atau lebih dan intinya kata kerja. Kata kerja boleh
merupakan kata kerja transitif atau kata kerja tak transitif. Kata kerja tak transitif boleh
hadir bersendirian atau diikuti oleh satu atau sederetan perkataan, manakala kata kerja
transitif mesti diikuti oleh subjek serta unsur-unsur lain.


(c) Frasa adjektif

Menurut buku tatabahasa dewan edisi ke tiga, frasa adjektif (FA) ialah susunan
perkataan yang terdiri daripada satu atau beberapa perkataan yang mengandungi kata
sifat atau kata adjektif sebagai kata intinya. Kata inti merupakan bahagian utama dalam
susunan frasa tersebut. Frasa adjektif berfungsi sebagai predikat dan juga sebagai
unsur keterangan dan unsur penerang dalam predikat. Sebagai unsur keterangan, kata
adjektif hadir sesudah kata kerja dan sebagai unsur penerang, kata adjektif hadir
selepas kata nama.


(d) Frasa sendi

Menurut buku tatabahasa dewan edisi ke tiga, frasa sendi ialah sekumpulan kata
yang terdiri daripada kata sendi serta frasa nama sebagai objek atau menjadi
pelengkap kata sendi itu. Kata sendi nama adalah bentuk morfem atau kata yang
letaknya di hadapan frasa nama. Kata sendi dari, di dan ke adalah kata sendi yang
utama kerana paling banyak dan sangat biasa digunakan dalam pertuturan dan
penulisan. Contohya: di sini, atau dari tempat itu. Kata sendi nama seperti boleh juga
dan sebagai pilihan mesti didahului oleh kata bantu.

POLA AYAT DASAR
Dalam bahasa Melayu, pola ayat dasar boleh dibahagikan kepada empat jenis,
dengan berpandu pada jenis-jenis unsur yang hadir sebagai konsistituen ayat-ayat itu,
iaitu jenis-jenis subjek dan predikatnya.Konsistituen subjek , pada umumnya, diisi oleh
frasa nama, sementara konsistituen predikat pula diisi olehempat jenis unsur yang
berbeza, iaitu frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama.Empat jenis
unsur pengisi konsistituen predikat inilah yang menubuhkan empat jenis pola ayat dasar
bahasa Melayu.

Pola Subjek Predikat
Pola 1
Frasa nama
Encik Ahmad
Frasa nama
guru sekolah
Pola 2
Frasa nama
Bapa mereka
Frasa kerja
sedang berehat
Pola 3
Frasa nama
Anak itu
Frasa adjektif
sihat sungguh
Pola 4
Frasa nama
Pejabat saya
Frasa sendi nama
di Kuala Lumpur

Ringkasnya, empatpoala ayat dasar dengan unsur-unsurnya adalah seperti
yang berikut :
Pola 1 : Frasa Nama + Frasa Nama ( FN + FN )
Pola 2 : Frasa Nama + Frasa Kerja ( FN + FK )
Pola 3 : Frasa Nama + Frasa Adjektif ( FN + FA )
Pola 4 : Frasa Nama + Frasa Sendi Nama ( FN + FS )

You might also like