You are on page 1of 14

BMM3110

1

1.0 Pengenalan

Sintaksis dipinjam daripada perkataan Yunani iaitu suntutein yang bermaksud
menyusun atau susunan. Dalam bidang linguistik, pengertian sintaksis membawa
kepada pembentukan ayat. Asmah (1968) menyatakan bahawa sintaksis adalah
bahagian daripada linguistik deskriptif dan sinkronis yang mempelajari kombinasi
kata-kata dalam rangkai kata dan ayat.

Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008) sintaksis ditakrifkan sebagai bidang
ilmu yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan ayat atau konstruksi ayat. Sintaksis
bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukum atau rumus
tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau
kelompok perkataan bagi membentuk ayat dalam bahasa. Abdullah Hassan (2006)
dalam buku bertajuk Sintaksis Bahasa Melayuada menyatakan unsur-unsur yang
dikaji dalam sintaksis adalah ayat, klausa dan frasa. Menurut Abdullah Hassan
(2006) lagi dalam buku Linguistik Am yang memerihal sintaksis melibatkan
hubungan gramatis antara kata dengan kata, frasa dengan frasa dan ayat dengan
ayat bagi membina ayat.

Oleh yang demikian, dapat dirumus bahawa morfologi merupakan kajian yang
spesifik dan terperinci di mana ia berfokuskan kepada struktur dalaman bahasa yang
melibatkan perubahan struktur kata, golongan kata dan juga maksud makna kata.
Sintaksis pula dapat dilihat bagaimana ayat dibina, ini kerana sintaksis merupakan
pelengkap dan lanjutan kepada proses morfologi. Tanpa sintaksis, morfologi tidak
dapat berdiri sendiri. Begitu juga sintaksis kerana kedua-dua kajian ini amat berkait
rapat dan saling bergantungan.


2.0 Struktur Bahasa

Kamus Za'ba mentakrifkan kata "struktur" kepada dua kategori. Kategori yang
pertama ialah "susunan atau bahagian daripada sesuatu binaan dan susunan atau
bahagian daripada sesuatu binaan", manakala kategori yang kedua ialah "sistem



BMM3110

2

rangka sesebuah karya sastera yang terlebih dahulu dirancang". Kategori yang
pertama meliputi pola atau bentuk masyarakat yang terbentuk atau tersusun
daripada pelbagai jenis unsur yang mempunyai hubungan di antara satu sama lain.
Kata "struktur" juga ditakrifkan sebagai bukan cara sesuatu yang terbentuk daripada
pelbagai bahagian, unsur atau aspek tertentu sehingga menjadi suatu pola, sistem
atau bentuk tertentu. Kategori takrifan yang kedua ialah sistem rangka sesebuah
karya sastera yang terlebih dahulu dirancang (Kamus Za'ba, 2001: 1073). Takrifan
yang sama juga boleh diperoleh bagi kata"struktur" jika dirujuk dalam Kamus Melayu
Global (Kamus Melayu Global, 1997: 1073).

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga pula, kata "struktur" didefinisikan sebagai cara
sesuatu terbina atau terbentuk daripada pelbagai bahagian, unsur, atau aspek
hingga menjadi suatu pola, sistem atau bentuk tertentu seperti struktur di dalam
bahasa Melayu. Menurut Tesaurus Bahasa Melayu, kata "struktur" merujuk kepada
binaan atau rangka (Abdullah Hassan dan Ainon Mohd, Hlm.297). Kamus Pelajar
Terkini pula mendefinisikan kata "struktur" yang merupakan binaan kata daripada
cantuman kata struk + tur (KN) yang membentuk kata nama ialah sesuatu yang
dibentuk, dibina atau binaan dan cara menyusun sesuatu (susunan atau gubahan)
yang merujuk kepada bahasa, ekonomi dan sebagainya (Ahmad Mahmood Musanif,
1996: 465). Menurut buku Glosarium Bahasa dan Sastera, struktur bahasa wujud
akibat adanya aturan-aturan bahasa. Maka, terdapatlah struktur bahasa iaitu
ketetapan peristiwa bahasa. Ianya dapat dilihat pada susunan fonem, susunan kata
dan susunan frasa serta lagu bicara dan intonasi. Ia juga termasuk struktur bahasa
yang harus diketahui seseorang kalau dia ingin berbicara dalam sesuatu bahasa (A.
Hamid Hasan Lubis, 1994: 132).


2.1 Definisi Ayat

Dalam memperkatakan tentang ayat,ia merupakan tahap tertinggi dalam penulisan
dan komunikasi bahasa Melayu.Setiap tokoh bahasa memberikan pendapat yang
berbeza tentang makna ayat. Antara mereka yang telah memberikan pendapat
tentang makna ayat ialah Pendeta Zaba memakai melalui bukunya Pelita Bahasa
Melayu,Penggal 1 dalam permulaan nahu Melayu. Menurut Zaba :



BMM3110

3

ayat susunan perkataan yang sekumpul-sekumpul dengan tentu hujung pangkalnya
dan tempat berhentinya serta memberi faham yang sempurna tiap-tiap sekumpul
kata yang dikatakan itu....Maka tiap-tiap sekumpul perkataan itu ialah susunan yang
sempurna maksudnya
( Pelita Bahasa Melayu Penggal 1 dalam Kursus Menguasai Bahasa Melayu
Mudah,2006 hlm.148 )

Melalui maksud ayat yang diberi oleh Zaba maka boleh dibuat kesimpulan bahawa
ayat ini bermakud susunan yang mempunyai hujung dan pangkal ayat yang boleh
difahami oleh pembaca atau pendengar kerana ia merupakan kumpulan perkataan
yang telah sempurna maksud. Mengikut Abdullah Hassan dan Ainon Mohd melalui
buku mereka,ayat boleh didefinisikan sebagai :

Apabila kita bercakap,kita menggunakan perkataan-perkataan yang kita susun
menjadi ayat...Ada ayat yang terdiri daripada dua patah perkataan sahaja...Tiap-tiap
ayat mesti terdiri daripada dua bahagian 1: benda atau subjek,bahagian 2: cerita
atau predikat.
(Abdullah Hassan dan Ainon Mohd,dalam Kursus Menguasai Bahasa Melayu
Mudah,2006 hlm 149 )

Menurut Abdullah Hassan dan Ainon Mohd itu, dapat disimpulkan bahawa ayat tidak
semestinya terdiri dari ayat yang panjang tetapi ayat boleh terdiri dengan hanya dua
patah perkataan sahaja asalkan ia dapat difahami.Menurut Abdullah Hassan dan
Ainon Mohd,ayat mestilah terdiri dari dua kompenen iaitu subjek dan predikat.

Menurut Asmah Haji Omar pula sebagaimana yang disebut dalam bukunya Nahu
Bahasa Melayu Mutakhir :
Ayat adalah unit yang paling tinggi dalam skala tatatingkat nahu.Ayat terdiri dari
klausa yang disertai dengan intonasi ayat yang lengkap,yakni yang di mulai dengan
kesenyapan dan diakhiri dengan kesenyapan dan intonasinya menyatakan bahawa
ayat itu sempurna dan selesai.
( Nahu Bahasa Melayu Mutakhir dalam Kursus Menguasai Bahasa Melayu
Mudah,2006 hlm 149 )



BMM3110

4

Menurut Asmah Haji Omar pula, ayat adalah unit tertinggi dalam tatabahasa Melayu.
Ia mestilah dimulakan dengan perbuatan senyap dan juga diakhiri dengan perbuatan
senyap. Ayat juga mempunyai intonasi bagi mengambarkan maksud ayat tersebut.
Mengikut Nik Safiah Karim dalam bukunya yang berjudul Tatabahasa Edisi Dewan
Baharu yang dikarang secara bersama dengan Farid M.Onn, Hashim Musa dan
Hamid Mahmood pula mendefinisikan ayat sebagai :
Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa
dan mengandungi makna yang lengkap.Ayat boleh terbentuk daripada satu
perkataan atau susunan beberapa perkataan yang pengucapannya dimulakan dan
diakhiri dengan kesenyapan
( Tatabahasa Dewan Edisi Baharu dalam Kursus Menguasai Bahasa Melayu
Mudah,2006 hlm 150 )

Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu ini pula, ayat merupakan unit pengucapan
yang paling tinggi yang boleh terbentuk walaupun dengan hanya beberapa patah
perkataan. Sebagaimana pendapat Asmah Haji Omar, ayat ini dimulakan dan
diakhiri dengan kesenyapan. Jika kita melihat dari beberapa pendapat yang
dinyatakan diatas maka dapat kita simpulkan bahawa ayat merupakan susunan
yang tertinggi dalam strata tatabahasa Melayu yang boleh terdiri dari dua atau lebih
patah perkataan yang mana ia dimulai dengan kesenyapan dan diakhiri dengan
kesenyapan. Pembentukan kata dalam disiplin bahasa dikenali sebagai binaan atau
konsturksi. Binaan ayat terdiri daripada susunan unit kecil rangkai kata dalam disiplin
bahasa yang juga dikenali sebagai unsur atau konsituen.














BMM3110

5

3.0 Analisis Petikan Rencana
ARTIKEL PETIKAN DARI DEWAN MASYARAKAT KELUARAN MAC 2013
BAHAGIAN RENCANA

Pertahankan Keharmonian Negara
Oleh Aninah Janang
(aninah@dbp.gov.my)

Tiada sesiapa dapat menghalang seorang rakyat Tunisia, Mohamed Bouazizi,
berusia 26 tahun, daripada membakar dirinya di hadapan pejabat kerajaan Tunisia.
Ketika kejadian, pada 17 Disember 2010, Bouazizi yang bekerja sebagai penjual
sayur dan buah-buahan berjalan kaki ke pasar untuk memulakan perniagaannya.
Seorang polis wanita cuba menghalang Bouazizi dan mengarahkannya
menyerahkan supaya semua peralatan perniagaan miliknya selepas mendapati
Bouazizi tiada permit perniagaan. Namun, menyedari kehidupannya sekeluarga
hanya bergantung pada perniagaan tersebut, Bouazizi enggan mengikut arahan
tersebut. Lantas, berlaku pertengkaran antara mereka. Polis terbabit bertindak
memaki hamun, menampar dan menolak Bouazizi sehingga beliau jatuh tersungkur.
Pihak polis berjaya merampas peralatan dan kesemua barangan jualannya. Orang
ramai yang menyaksikan kejadian tersebut tidak mampu berbuat apa-apa kerana itu
bukanlah kali pertama Bouazizi dibelasah dan dimalukan oleh pihak berkuasa.
Sebelum itu, polis mendendanya sebanyak 400 dinar (RM800), iaitu bersamaan
dengan dua bulan hasil pendapatannya.

Hal ini memberikan bebanan yang cukup besar kepada Bouazizi. Meskipun sudah
lali diherdik pihak berkuasa, namun kejadian petang itu amat
mengecewakannya.Lantas, Bouazizi ke Pejabat Kerajaan Tunisia dengan tujuan
ingin bertemu pegawai yang bertugas bagi membincangkan masalah yang
dihadapinya. Namun, usaha tersebut gagal. Beliau dimaklumkan bahawa pegawai
berkenaan sedang bermesyuarat. Bagi Bouazizi, alasan tersebut hanyalah penipuan
semata-mata. Tiada sesiapa yang mahu mendengar permasalahan rakyat. Birokrasi
yang menebal menyebabkan suara rakyat diketepikan. Akibat terlalu kecewa,
akhirnya Bouazizi bertindak membeli bahan bakar. Di hadapan bangunan kerajaan



BMM3110

6

Tunisia, sambil bermandikan minyak petrol, Bouazizi membakar dirinya. Dunia
gempar! Rakaman Bouazizi membakar diri mencetuskan polemik yang pelbagai.
Kemarahan rakyat mengakibatkan mereka bangkit menentang pemerintah.

Dari Tunisia, kebangkitan ini tersebar ke seluruh tanah Arab. Menganjur dari Libya,
Mesir, Iraq, Iran dan Syria, gelombang Arab bersahutan. Tanah Arab bergoncang.
Tunisia yang sebelumnya diperintah oleh rejim diktator dan korup, Zine El Abidine
Ben Ali akhirnya tumpas kepada Parti An Nahda dalam pilihan raya umum pada 23
Oktober lalu. Bagi kebanyakan negara Arab, kemenangan tersebut merupakan titik
awal demokrasi yang diimpikan. Melihat kejadian yang melanda kebanyakan Tanah
Arab, sesungguhnya rakyat Malaysia bertuah. Apa-apa yang berlaku di bumi Arab
kemiskinan, peluang pekerjaan yang terhad, ekonomi merudum, birokrasi
melampau, dan kebebasan bersuara yang tertutup tidak berlaku di negara
ini.Sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen, kita
dikurniai pelbagai limpahan ekonomi yang dapat menjana pertumbuhan negara.
Akhirnya, setiap rakyat di negara ini mendapat nikmat. Semuanya merupakan hasil
daripada kematangan pemimpin yang mengemudi Malaysia.

Lantaran itu, gesaan pemimpin pembangkang supaya rakyat negara ini
menggerakkan gelombang Arab sekiranya mereka gagal menawan Putrajaya dalam
pilihan raya umum (PRU) ke-13 kelak perlu ditolak! Pergolakan di Tanah Arab perlu
difahami dengan jelas rakyat di negara tersebut bangkit menentang kerajaan untuk
menuntut peluang pekerjaan dan kebajikan sosial yang tidak terbela sejak sekian
lama.

Persoalannya, adakah rakyat di negara ini menderita seperti yang dialami
kebanyakan rakyat di negara Arab? Kerajaan melakukan pelbagai program
transformasi untuk rakyat. Tidak terkira banyaknya bantuan yang diberikan oleh
kerajaan kepada seluruh rakyat Malaysia. Setiap peringkat umur, bangsa, dan
agama mendapat pelbagai bantuan. Ingatlah, apa-apa yang kita nikmati hari ini perlu
dipertahankan. Usah cemari demokrasi yang kita nikmati selama lebih 50 tahun.
Jangan kerana marahkan nyamuk, kelambu dibakar.




BMM3110

7


3.1 Struktur Binaan Ayat Majmuk Bahasa Melayu Dalam satu Artikel Majalah
Dewan Bahasa keluaran Tahun 2013

Dalam Bahasa Melayu, binaan ayat terdiri daripada tiga jenis iaitu ayat dasar, ayat
tunggal, dan ayat majmuk. Ayat majmuk terbahagi kepada tiga pecahan iaitu ayat
majmuk gabungan, ayat majmuk keterangan, dan ayat majmuk campuran. Berikut
adalah contoh struktur binaan ayat majmuk yang terdapat dalam artikel di atas

a) Ayat Majmuk Gabungan
Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang terbina daripada dua ayat tunggal atau lebih
yang digabungkan menjadi satu. Ayat ini menggunakan kata hubung seperti dan,
atau, serta, lalu, sambil, dan tetapi. Ayat majmuk gabungan yang terdapat
dalam rencana di atas ialah:
1. Ketika kejadian, pada 17 Disember 2010, Bouazizi yang bekerja sebagai
penjual sayur dan buah-buahan berjalan kaki ke pasar untuk memulakan
perniagaannya.
2. Seorang polis wanita cuba menghalang Bouazizi dan mengarahkannya
menyerahkan supaya semua peralatan perniagaan miliknya selepas
mendapati Bouazizi tiada permit perniagaan.
3. Polis terbabit bertindak memaki hamun, menampar dan menolak Bouazizi
sehingga beliau jatuh tersungkur.
4. Pihak polis berjaya merampas peralatan dan kesemua barangan jualannya.
5. Orang ramai yang menyaksikan kejadian tersebut tidak mampu berbuat apa-
apa kerana itu bukanlah kali pertama Bouazizi dibelasah dan dimalukan oleh
pihak berkuasa.
6. Di hadapan bangunan kerajaan Tunisia, sambil bermandikan minyak petrol,
Bouazizi membakar dirinya.
7. Menganjur dari Libya, Mesir, Iraq, dan Syria, gelombang Arab bersahutan.
Tanah Arab bergoncang.
8. Tunisia yang sebelumnya diperintah oleh rejim diktator dan korup, Zine El
Abidine Ben Ali akhirnya tumpas kepada Parti An Nahda dalam pilihan raya
umum pada 23 Oktober lalu.



BMM3110

8

9. Apa-apa yang berlaku di bumi Arab kemiskinan, peluang pekerjaan yang
terhad, ekonomi merudum, birokrasi melampau, dan kebebasan bersuara
yang tertutup tidak berlaku di negara ini.
10. Pergolakan di Tanah Arab perlu difahami dengan jelas rakyat di negara
tersebut bangkit menentang kerajaan untuk menuntut peluang pekerjaan dan
kebajikan sosial yang tidak terbela sejak sekian lama.

b) Ayat Majmuk Pancangan
Ayat majmuk pancangan ialah ayat yang terbentuk daripada satu ayat induk dan
satu atau beberapa ayat kecil lain yang dipancangkan ke dalam ayat induk dan
menjadi sebahagian daripada ayat induk tersebut. Ayat majmuk pancangan
terbahagi kepada tiga iaitu ayat majmuk pancangan relatif, ayat majmuk pancangan
komplemen, dan ayat majmuk pancangan keterangan. Berikut adalah ayat majmuk
pancangan yang terdapat dalam rencana di atas

i) Ayat Majmuk Pancangan Relatif
Ayat majmuk pancangan relatif ialah ayat yang dipancang ke dalam ayat induk
dengan memakai pancangan relatif 'yang'.

1. Ketika kejadian, pada 17 Disember 2010, Bouazizi yang bekerja sebagai
penjual sayur dan buah-buahan berjalan kaki ke pasar untuk memulakan
perniagaannya.
2. Orang ramai yang menyaksikan kejadian tersebut tidak mampu berbuat apa-
apa kerana itu bukanlah kali pertama Bouazizi dibelasah dan dimalukan oleh
pihak berkuasa.
3. Hal ini memberikan bebanan yang cukup besar kepada Bouazizi.
4. Lantas, Bouazizi ke Pejabat Kerajaan Tunisia dengan tujuan ingin bertemu
pegawai yang bertugas bagi membincangkan masalah yang dihadapinya.
5. Tiada sesiapa yang mahu mendengar permasalahan rakyat.
6. Birokrasi yang menebal menyebabkan suara rakyat diketepikan.
7. Tunisia yang sebelumnya diperintah oleh rejim diktator dan korup, Zine El
Abidine Ben Ali akhirnya tumpas kepada Parti An Nahda dalam pilihan raya
umum pada 23 Oktober lalu.



BMM3110

9

8. Melihat kejadian yang melanda kebanyakan Tanah Arab, sesungguhnya
rakyat Malaysia bertuah.
9. Apa-apa yang berlaku di bumi Arab kemiskinan, peluang pekerjaan yang
terhad, ekonomi merudum, birokrasi melampau, dan kebebasan bersuara
yang tertutup tidak berlaku di negara ini.
10. Sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen,
kita dikurniai pelbagai limpahan ekonomi yang dapat menjana pertumbuhan
negara.
11. Semuanya merupakan hasil daripada kematangan pemimpin yang
mengemudi Malaysia.
12. Pergolakan di Tanah Arab perlu difahami dengan jelas rakyat di negara
tersebut bangkit menentang kerajaan untuk menuntut peluang pekerjaan dan
kebajikan sosial yang tidak terbela sejak sekian lama.
13. Persoalannya, adakah rakyat di negara ini menderita seperti yang dialami
kebanyakan rakyat di negara Arab?
14. Tidak terkira banyaknya bantuan yang diberikan oleh kerajaan kepada
seluruh rakyat Malaysia.Setiap peringkat umur, bangsa, dan agama
mendapat pelbagai bantuan.
15. Ingatlah, apa-apa yang kita nikmati hari ini perlu dipertahankan.
16. Usah cemari demokrasi yang kita nikmati selama lebih 50 tahun.


c) Ayat Majmuk Pancangan Keterangan
Ayat majmuk pancangan keterangan terbina daripada satu ayat induk dan satu ayat
kecil atau beberapa ayat kecil yang berfungsi sebagai keterangan dalam predikat.
Ayat majmuk pancangan keterangan terbahagi kepada sembilan jenis iaitu ayat
keterangan sebab, ayat keterangan cara, ayat keterangan akibat, ayat keterangan
waktu, ayat keterangan harapan, ayat keterangan perbandingan, ayat keterangan
syarat, ayat keterangan pertentangan, dan ayat keterangan tujuan.

i) Ayat Keterangan Sebab
Ayat keterangan sebab ialah unsur atau sebahagian ayat yang menerangkan sebab-
musabab berlakuknya sesuatu perbuatan atau kejadian. Lazimnya menggunakan



BMM3110

10

kata hubung sebab, kerana, oleh sebab, dan lantaran.

1. Orang ramai yang menyaksikan kejadian tersebut tidak mampu berbuat apa-
apa kerana itu bukanlah kali pertama Bouazizi dibelasah dan dimalukan oleh
pihak berkuasa.
2. Lantaran itu, gesaan pemimpin pembangkang supaya rakyat negara ini
menggerakkan gelombang Arab sekiranya mereka gagal menawan Putrajaya
dalam pilihan raya umum (PRU) ke-13 kelak perlu ditolak!


ii Ayat Keterangan Waktu
Ayat keterangan waktu merupakan unsur atau ayat yang menerangkan masa atau
waktu sesuatu perbuatan atau kejadian itu berlaku. Lazimnya, ayat ini menggunakan
kata hubung tatkala, ketika, sewaktu, semasa, sejak, semenjak, setelah, dan
sementara.

1. Ketika kejadian, pada 17 Disember 2010, Bouazizi yang bekerja sebagai
penjual sayur dan buah-buahan berjalan kaki ke pasar untuk memulakan
perniagaannya.
2. Seorang polis wanita cuba menghalang Bouazizi dan mengarahkannya
menyerahkan supaya semua peralatan perniagaan miliknya selepas
mendapati Bouazizi tiada permit perniagaan.


iii) Ayat Keterangan Cara
Ayat keterangan cara ialah unsur atau bahagian ayat yang menerangkan gaya atau
kaedah atau cara sesuatu perbuatan atau kejadian itu berlaku. Ayat ini
menggunakan kata hubung dengan.

1. Sebelum itu, polis mendendanya sebanyak 400 dinar (RM800), iaitu
bersamaan dengan dua bulan hasil pendapatannya.

iv) Ayat Keterangan Pertentangan



BMM3110

11

Ayat keterangan pertentangan ialah unsur atau ayat yang sesuatu perbuatan atau
kejadian yang berlawanan atau bertentangan. Lazimnya, ayat ini menggunakan kata
hubung walaupun, sungguhpun, meskipun, namun, dan sedangkan.

2. Namun, menyedari kehidupannya sekeluarga hanya bergantung pada
perniagaan tersebut, Bouazizi enggan mengikut arahan tersebut.
3. Meskipun sudah lali diherdik pihak berkuasa, namun kejadian petang itu amat
mengecewakannya.
4. Namun, usaha tersebut gagal.


v) Ayat Keterangan Akibat
Ayat keterangan akibat ialah unsur atau bahagian ayat yang menerangkan kesan
atau hasil perbuatan atau akibat daripada sesuatu perbuatan atau kejadian.
Lazimnya, ayat ini menggunakan kata hubung hingga dan sehingga. Dalam
petikan rencana di atas tidak terdapat ayat keterangan akibat.

vi) Ayat Keterangan Perbandingan
Ayat keterangan perbandingan ialah unsur atau bahagian ayat yang menerangkan
perbuatan atau kejadian yang menunjukkan persamaan. Ayat ini kebiasaannya
menggunakan kata hubung seperti, macam, seakan-akan, bagai, dan bak.
Dalam rencana di atas tidak terdapat ayat keterangan perbandingan.

d) Ayat Majmuk Campuran
Ayat majmuk campuran ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu tema ayat
iaitu terdiri daripada campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk atau berbagai-
bagai jenis ayat majmuk. Berikut adalah contoh ayat majmuk campuran yang
terdapat dalam artikel di atas.

1. Ketika kejadian, pada 17 Disember 2010, Bouazizi yang bekerja sebagai
penjual sayur dan buah-buahan berjalan kaki ke pasar untuk memulakan
perniagaannya.



BMM3110

12

2. Seorang polis wanita cuba menghalang Bouazizi dan mengarahkannya
menyerahkan supaya semua peralatan perniagaan miliknya selepas
mendapati Bouazizi tiada permit perniagaan.
3. Orang ramai yang menyaksikan kejadian tersebut tidak mampu berbuat apa-
apa kerana itu bukanlah kali pertama Bouazizi dibelasah dan dimalukan oleh
pihak berkuasa.
4. Tunisia yang sebelumnya diperintah oleh rejim diktator dan korup, Zine El
Abidine Ben Ali akhirnya tumpas kepada Parti An Nahda dalam pilihan raya
umum pada 23 Oktober lalu.
5. Apa-apa yang berlaku di bumi Arab kemiskinan, peluang pekerjaan yang
terhad, ekonomi merudum, birokrasi melampau, dan kebebasan bersuara
yang tertutup tidak berlaku di negara ini.


3.2 Analisis Penggunaan Ayat pasif Dalam Rencana Pertahankan
Keharmonian Negara

Ayat pasif ialah ayat yang mengutamakan objek asal (iaitu objek dalam ayat aktif)
sebagai perkara atau unsur yang diterangkan, manakala subjek asalnya tidak
diutamakan. Dalam bahasa Melayu baku ayat pasif dapat dibahagikan kepada tiga
jenis seperti yang berikut:-

1. Ayat pasif diri pertama
Ayat pasif diri pertama ialah ayat pasif yang di dalamnya terdapat kata ganti nama
diri pertama seperti aku, beta, saya, kami, kita, dan sebagainya. Dalam rencana di
atas tidak terdapat ayat pasif diri pertama digunakan oleh penulis.


2. Ayat pasif diri kedua
Ayat pasif diri kedua ialah ayat pasif yang di dalamnya terdapat kata ganti nama diri
kedua seperti awak, kamu, anda, dan sebagainya. Pada rencana di atas ayat pasif
diri kedua juga tidak digunakan dalam ayat.



BMM3110

13


3. Ayat pasif diri ketiga
Ayat pasif diri ketiga ialah ayat pasif yang di dalamnya terdapat kata ganti nama diri
ketiga seperti dia, beliau, mereka, dan sebagainya. Berikut adalah ayat pasif diri
ketiga yang terdapat dalam rencana di atas.

1. Orang ramai yang menyaksikan kejadian tersebut tidak mampu berbuat apa-
apa kerana itu bukanlah kali pertama Bouazizi dibelasah dan dimalukan oleh
pihak berkuasa.

2. Tunisia yang sebelumnya diperintah oleh rejim diktator dan korup, Zine El
Abidine Ben Ali akhirnya tumpas kepada Parti An Nahda dalam pilihan raya
umum pada 23 Oktober lalu.

3. Tidak terkira banyaknya bantuan yang diberikan oleh kerajaan kepada
seluruh rakyat Malaysia.

Ayat pasif diri pertama dan ayat pasif diri kedua adalah sama bentuknya tetapi ayat
pasif diri ketiga bentuknya berbeza dengan ayat pasif diri pertama dan ayat pasif diri
kedua. Elakkan daripada membina atau membentuk ayat pasif diri ketiga sama
seperti pembentukan ayat pasif diri pertama dan ayat pasif diri kedua dan
sebaliknya.

Dalam ayat pasif, objek diletakkan pada permulaan ayat.



a. Ayat Pasif dengan Kata Kerja berimbuhan di dan ter
Berikut adalah ayat pasif yang terdapat dalam rencana di atas:

4. Orang ramai (objek) yang menyaksikan kejadian tersebut tidak mampu
berbuat apa-apa kerana itu bukanlah kali pertama Bouazizi dibelasah (kata
kerja) dan dimalukan (kata kerja) oleh pihak berkuasa (subjek).



BMM3110

14


5. Tunisia (objek) yang sebelumnya diperintah (kata kerja) oleh rejim diktator
dan korup, Zine El Abidine Ben Ali (subjek) akhirnya tumpas kepada Parti An
Nahda dalam pilihan raya umum pada 23 Oktober lalu.

6. Tidak terkira banyaknya bantuan yang diberikan (kata kerja) oleh kerajaan
(subjek) kepada seluruh rakyat Malaysia.




b. Ayat Pasif dengan Kata Kerja berimbuhan ber dan ke...-an. Berikut adalah ayat
pasif dengan berimbuhan ber dan ke...-an yang terdapat dalam rencana di atas.

1. Di hadapan bangunan kerajaan Tunisia, (objek) sambil bermandikan (kata
kerja) minyak petrol, Bouazizi (subjek) membakar dirinya.



Secara keseluruhannya, penulis rencana di atas hanya menggunakan sedikit sahaja
ayat pasif dalam penulisannya. Kesimpulannya, kita hendaklah dapat membezakan
struktur ayat pasif dengan ayat aktif supaya kita dapat membina ayat yang gramatis
dan tidak dianggap sebgai pengguna bahasa yang pasif.

You might also like