You are on page 1of 1

Unsur Morfologi a)Penambahan Proses ini adalah melalui penambahan kepada kata akar satu suku kata dengan

perkataan yang lain yang terdiri dari satu suku kata juga. Bentuk perkataan ini telah sebati dengan penutur bahasa melayu. Antara contohnya ialah : Bu + kit = bukit Bu + lan = bulan Bu + luh = buluh b) Penciptaan Pembentukan kata melalui proses ini bermaksud penciptaan perkataan baru tanpa disandarkan kepada perbendaharaan kata yang sedia ada. Seperti perkataan kiwi iaitu sejenis burung di Australia tetapi diciptakan pula perkataan mengiwi yang bermaksud mengilapkan kasut menggunakan bahan khas. c) Penggemblengan Perkataan ini dicipta dengan menggabungkan dua perkataan atau lebih, namun digugurkan bahagian lain dalam perkataan tersebut. Sebagai contohnya ialah : BERNAMA Berita Nasional Malaysia PROTON Perusahaan Otomobil Malaysia d) Penyempitan Makna Pembentukan melalui mengambil perkataan yang telah sedia ada namun disempitkan maknanya kepada sesuatu yang lebih umum. Seperti perkataan tuan puteri yang merujuk kepada wanita berketurunan raja namun kini perkataan tuan telah diambil dan disempitkan makna merujuk kepada seorang lelaki yang patut dihormati malah boleh digunakan kepada kedua jantina. e)Penyingkatan Melalui proses ini, perkataan tersebut dipendekkan apabila ditulis namun sering dianggap 1 perkataan sahaja seperti : Dr Doktor Tv Televisyen Prof Professor

You might also like