You are on page 1of 5

PK07- LAMPIRAN 2

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (P) AIR PANAS,


SETAPAK, 53200 KUALA LUMPUR

MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK TAMBAHAN


BIL. 01 / TAHUN 2018

Tarikh : 29 Disember 2017 ( Jumaat )


Masa : 12.00 tengah hari
Tempat : Bilik Mesyuarat Kecil Kenanga
Pengerusi : Pn. Nordiana bt. Samsuddin (Guru Kanan Teknik dan Vokasional)

Kehadiran :

1. Pn. Nordiana bt. Samsuddin Guru Kanan Teknik dan Vokasional


2. Cik Nurul Amirah bt Ahmad Atory Ketua Panitia Matematik Tambahan
3. Pn. Ong Ta Hwa Ketua Panitia Matematik
4. Pn. Lee Wei Ping Setiausaha

Setiausaha : Pn. Lee Wei Ping

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dalam mesyuarat
Panitia Matematik Tambahan kali pertama bagi tahun 2018. Tahniah diucapkan kepada
guru yang dilantik untuk jawatan baru untuk tahun 2018 dan terima kasih kepada guru
yang telah berkhidmat pada tahun 2017.

1.2 Jawatankuasa Kurikulum adalah penting dalam penentuan Standard 5 yang akan
meliputi semua tingkatan dan tidak khusus kepada PT3 dan SPM.

1.3 Transformasi pendidikan kini berdasarkan era Convegent (Digital). Oleh itu, gajet yang
telah dibekalkan kepada guru perlu digunakan untuk PdPc dan pengurusan sekolah.

1.4 100% sekolah WPKL melaksanakan PAK21 dan strategi pengajaran PAK 21 mesti
berpusatkan murid. Bengkel Penataran PAK 21 untuk PGB, PK1 dan GK telah
dilaksanakan pada bulan November 2017. Pelaksanaan pembugaran kepada semua
guru selewat-lewatnya pada bulan Februari 2018. Jadual LDP yang melibatkan
kolaboratif antara PGB, PK1, GK dan KP perlu dimaklumkan kepada KU UPA – Pn. Hjh.
Haslinah bt Farid Wajidi selewat-lewatnya 26 Januari 2018 untuk menyusun jadual
pegawai yang akan turun membantu di sekolah.

1.5 Tiada streaming class pada tahun 2018.


Makluman

1.6 Rancangan Pelajaran Tahunan dan Harian mesti disiapkan pada hari pertama
persekolahan. RPT boleh dibina secara linear atau modular (gabungan SP/HSP @ topik)
serta dibina berdasarkan aras murid dan takwim sekolah masing-masing. RPT tidak
boleh selaras antara sekolah.
Tindakan : GKMP

1.7 Rancangan Pelajaran Harian adalah terjemahan kepada Rancangan Pelajaran Tahunan.
Objektif adalah berdasarkan Sukatan Pelajaran/ Huraian Sukatan Pelaran iaitu boleh
diukur dan pertimbangan aras murid. Bagi ruangan aktiviti pula ada catatan cara
mencapai objektif melalui aktiviti PAK21, elemen KBAT dan pentaksiran. Refleksi

1
merangkumi PdPc & PBD.
Makluman

1.8 Pentaksiran KSSM Tingkatan 1 & 2 menggunakan istilah Tahap Penguasaan (TP) dan
bukan Band. Jam Minimum PdPc perlu dipatuhi sepenuhnya tanpa melibatkan apa-apa
aktiviti. Sebagai contohnya, Bahasa Melayu dalam KSSM = 128 jam setahun. Penataran
DSKP di peringkat sekolah dikira sebagai LDP adalah 10 jam kecuali Bahasa Inggeris
30 jam.
Makluman

1.9 VLE FROG KPI 2018 JPWPKL adalah 30% daripada enrolmen murid. Manakala PPWK
pula mensasarkan 40% daripada enrolmen murid. Tahniah diucapkan kepada guru-guru
SMKPAP kerana telah mencapai KPI bagi tahun 2017 iaitu 23 minggu drp 41 minggu.
Guru-guru diharap dapat mengekalkan pencapaian 2017 dan menjadi budaya di semua
sekolah.
Makluman

1.10 Pertandingan Inovasi Guru diadakan setiap tahun sempena sambutan Hari Guru WPKL.
Setiap sekolah wajib menghantar dua penyertaan samada individu atau berkumpulan.
Sekolah kita telah diwakili oleh Dr. Chew pada tahun 2017 manakala untuk tahun 2018
akan diwakili oleh PSV (Pn. Nurul Adilla dan Pn.Suzana). Pihak PPWK telah
mengadakan taklimat dan bimbingan pada 30 & 31 Oktober 2017.
Makluman

1.11 PAJSK dilaksanakan sebanyak 2 kali setahun Tujuannya adalah untuk membentuk
kemenjadian murid secara holistik. PKP/PKK perlu pantau pelaksanaan dan semak
pengisian data yang dibuat oleh guru. Pegawai SEGAK Menengah PPWK ialah
Cik Rosniza binti Hussin.PBD.
Makluman

1.12 Bagi Peperiksaan SPM, murid tidak digalakkan mendaftar 6 mata pelajaran teras sahaja.
Sekolah kita menawarkan minimum 1 mata pelajaran elektif iaitu kelas MPV.
Makluman

1.13 SKPMg2 akan diteruskan pelaksanaannya hanya proses audit pada bulan Disember
2017 dan Januari 2018 telah ditangguhkan.
Makluman

1.14 Guru-guru perlu memaksimumkan penggunaan Bilik Khas untuk PdPc.


Makluman

1.15 Langkah penjimatan kertas (paper less) akan dilaksanakan dalam urusan surat-
menyurat dan minit mesyuarat hanya akan di-e-mel atau dimuat naik ke vle-frog. Di
samping itu juga, penggunaan gajet atau tablet sangat digalakkan untuk membuat
catatan.
Tindakan : Semua Setiausaha dan Penyelaras

1.16 Kewangan PCG mata pelajaran perlu dibelanjakan mengikut perancangan yang telah
dibuat oleh Ketua Panitia.
Tindakan : Ketua Panitia

1.17 Program Peningkatan Prestasi Akademik PPWK 2018 adalah seperti berikut :
a) Program CHAMPS
Pemantauan dan bimbingan untuk meningkatkan kualiti PdPc guru dan modus
operandinya adalah berbentuk task force yang melibatkan sekolah Band 1 – 4.
b) Program Kanopi Ilmu
Bertujuan untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti SPM.

c) Program PILL Akademik ( Pelan Intervensi 5 Langkah )

2
Pelaksanaan oleh Pegawai Mata Pelajaran.
Makluman

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

Tiada.

3.0 PERKARA BERBANGKIT

Tiada.

4.0 LAPORAN ANALISIS PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2017

4.1 Analisis Matematik Tambahan Tingkatan 4. Rujuk lampiran.

4.2 Program Meningkatkan Kecemerlangan Akademik ( PMKA ) di peringkat sekolah akan


dilaksanakan seperti berikut :

BIL PROGRAM OBJEKTIF SASARAN PELAKSANAAN TINDAKAN

1 Program JUARA Meningkatan % murid Tingkatan 5 Feb 2018 PKP/SU Kurikulum/


mendapat semua A Kaunselor/GKMP
dalam mata pelajaran.

2. Kelas CAKNA Meningkatkan % murid Tingkatan 3 dan 26/2/2018 PKP/SU Kurikulum/


mendapat semua A 5 /GKMP
dalam mata pelajaran.

3. Kelas NADI Meningkatan kuantiti Tingkatan 3 dan 26/2/2018 PKP/SU Kurikulum/


PT3 dan SPM 5 /GKMP

4. Kem Meningkatkan kuantiti Tingkatan 3 dan 16/3/2018 PKP/SU Kurikulum/


Kecemerlangan PT3 dan SPM 5 /GKMP/KP
Mata Pelajaran

5. Program FAJAR Meningkatan % lulus Tingkatan 5 2/7/18 PKP/SU Kurikulum/


mata pelajaran Sejarah GKMP/KP
SPM

6. Program Jawab Penggunaan jadual Tingkatan 3 dan 3/9/2018 PKP/SU Kurikulum/


Untuk Jaya (JUJ) waktu anjal untuk murid 5 GKMP/KP
PT3 dan SPM

7 Kelas Tambahan Meningkatan Tingkatan 3 dan 5/9/2018 PKP/SU Kurikulum/


Waktu Kokurikulum pencapaian dalam 5 GKMP/KP
kualiti dan kuantiti PT3
dan SPM

8. Teknik Menjawab Meningkatan Tingkatan 3 dan Feb - Oktober PKP/SU Kurikulum/


PT3 dan SPM pencapaian dalam 5 GKMP/KP
kualiti dan kuantiti PT3
dan SPM
Makluman

4.3 Program Meningkatkan Kecemerlangan Akademik ( PMKA ) di peringkat panitia akan


dilaksanakan seperti berikut :

BIL PROGRAM OBJEKTIF SASARAN PELAKSANAAN TINDAKAN

3
1 Kelas Tambahan Meningkatan Tingkatan 5 Mac - Oktober GKMP/KP/GMP
hari Jumaat pencapaian dalam
kualiti dan kuantiti

2. Kuiz 10 minit setiap Meningkatan peratus Tingkatan 4 dan Januari - Oktober GKMP/KP/GMP
minggu dalam lulus dan GPMP 5
waktu PdPc

Makluman

5.0 PENGURUSAN KURIKULUM

5.1 Buku Rekod Mengajar akan disemak oleh GKMP / PKP pada 19 Januari 2018.
Penghantaran Buku Rekod Mengajar untuk semakan Pengetua ialah pada 26 Januari
2018. Guru-guru perlu memastikan bahawa RPT/RPH telah dicop dan ditandatangani
oleh GKMP/PKP dan ruangan TOV & ETR telah dilengkapkan. KBAT dan i-THINK perlu
ada dalam RPH.
Tindakan : Semua guru

5.2 Jadual Penyedia Rancangan Pengajaran Tahun (RPT) dan ringkasan RPT tahun 2018

Tingkatan Nama Guru


4 Cik Nurul Amirah bt Ahmad Atory
5 Pn. Lee Wei Ping
Makluman

5.3 Ketua Panitia perlu memastikan guru menyerahkan satu salinan RPT dan ringkasan
RPT untuk disimpan dalam fail panitia.
Tindakan : Ketua Panitia

5.4 Jadual Penyedia Soalan Ujian / Peperiksaan tahun 2018

Tingkatan Ujian Bulanan Peperiksaan Peperiksaan Percubaan /


Pertengah Tahun Akhir Tahun
4 Cik Nurul Amirah Pn. Lee Cik Nurul Amirah
5 Pn. Lee Pn. Ong Pn. Lee
Makluman

5.5 Penyedia soalan peperiksaan diingatkan supaya menghantar Jadual Spesifikasi Ujian
sekali dengan soalan untuk semakan GKMP. Penghantaran kertas soalan mesti diriso
mengikut takwim peperiksaan. Kertas soalan hanya boleh ditanda oleh guru mata
pelajaran sahaja.
Makluman

5.6 Pencerapan dan penyemakan buku latihan akan diadakan 2 kali setahun secara
bimbingan mengikut jadual yang ada di dalam fail i-Pengurusan. Pencerapan pertama
pada bulan Januari hingga April dan pencerapan kedua pada bulan Jun hingga
September.
Makluman

5.7 Pengurus program perlu menyediakan senarai kehadiran murid, gambar program dan
bahan program untuk dokumentasi.
Makluman

6.0 HAL-HAL LAIN

6.1 Panitia Matematik Tambahan mempunyai baki PCG tahun 2017 sebanyak RM46.90.
Makluman

4
6.2 Penceramah kursus dalaman perlu menyediakan surat panggilan, senarai kehadiran,
gambar aktiviti dan bahan untuk laporan LDP berserta dengan borang penilaian.
Makluman

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.00 petang.

Disediakan oleh:

............................................
(LEE WEI PING)
Setiausaha
Panitia Matematik Tambahan
SMK (P) Air Panas
Setapak, Kuala Lumpur.

Tarikh : 2 Januari 2018

You might also like