You are on page 1of 9

KERTAS KERJA PROGRAM INKLUSIF PPKIBP SK RTP BUKIT GOH, KUANTAN 2013

KERTAS KERJA PROGRAM INKLUSIF PENDIDIKAN KHAS


INTEGRASI BERMASALAH PEMBELAJARAN 2013

‘ PENDIDIKAN ISTIMEWA KEGEMILANGAN PENDIDIK ’

1. NAMA PROGRAM
Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran
Sekolah Kebangsaan LKTP bukit sagu 1
26130 Kuantan, Pahang.

2. TAJUK
Program Inklusif Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran 2013

3. PENDAHULUAN

Pendidikan Inklusif dalam konteks pendidikan khas adalah pendidikan yang diberikan kepada murid-
murid dengan keperluan pendidikan khas yang belajar bersama-sama dengan murid-murid normal, di
dalam kelas yang sama dan diajar oleh guru biasa. Kelas ini adalah bertujuan untuk memberikan
pendedahan kepada murid yang  berpotensi untuk menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).
Murid akan diinklusifkan secara sepenuh masa atau separa masa dan ditempatkan di dalam kelas yang
dirasakan sesuai dengan kebolehan mereka. PPKIBP SK LKTP Bukit Sagu 1 menyimpan hasrat dalam
membantu sistem pendidikan bagi murid-murid berkeperluan khas bukan sahaja cemerlang dari segi
sahsiah tetapi cemerlang dalam segala aspek agar mereka ini dibentuk dari liabiliti menjadi satu aset yang
penting dan berguna kepada masyarakat dan negara. Mereka boleh menjadi modal insan yang gemilang
satu hari nanti.

Program Pendidikan Inklusif ini menjadi matlamat kami kepada usaha murni untuk memberi peluang
pendidikan yang sama kepada semua murid tanpa mengira ketidak upayaan atau kecacatan mereka.
Selaras dengan konsep pendidikan untuk semua, mereka diberi peluang dan keupayaan yang sama untuk
cemerlang. Sejajar dengan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan yang dirancang oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia sedang ke arah meningkatkan Program Pendidikan Inklusif di kalangan murid-murid
berkeperluan khas, PPKIBP SK LKTP Bukit Sagu 1 ingin menjadi salah sebuah program yang sentiasa

1
KERTAS KERJA PROGRAM INKLUSIF PPKIBP SK RTP BUKIT GOH, KUANTAN 2013

menyokong demi memastikan jurang pendidikan antara murid perdana dan pendidikan khas dapat
dirapatkan. Program ini dilaksanakan kepada pelajar yang telah mempunyai kebolehan belajar mata
pelajaran tertentu yang sama dengan pelajar normal.

4. RASIONAL

Pendidikan inklusif menjadi satu faktor terpenting dalam usaha meningkatkan intelek, taraf hidup dan
budaya untuk meluaskan peluang pendidikan kepada semua warganegara. Program Inklusif akan dapat
memastikan :

   i.            Perkongsian kemudahan serta alat-alat tertentu dengan sepenuhnya.

   ii.            Peluang berinteraksi antara kanak-kanak Istimewa dengan kanak-kanak lain.

   iii.            Pengagihan perkhidmatan yang lebih adil.

   iv.            Pengagihan sumber yang lebih luas dan adil.

   v.            Peluang kanak-kanak Istimewa menyesuaikan diri dalam masyarakat.

      vi.           Menerapkan nilai-nilai murni antara kanak-kanak istimewa dengan kanak-kanak lain.

5. MATLAMAT

Menjadikan pelajar-pelajar berkeperluan khas sealiran dengan pelajar-pelajar normal di sekolah biasa.
Pendidikan Inklusif adalah merujuk kepada percampuran ( mainstreaming ) kanak-kanak Pendidikan
Khas di sekolah-sekolah normal. Hakikatnya, ini memberi peluang kepada kanak-kanak istimewa untuk
belajar di sekolah-sekolah normal dan menyertai aktiviti-aktiviti yang ada. Dengan ini, peluang untuk
mereka menyesuaikan diri dari awal lagi dalam semua aspek kemasyarakatan biasa dapat dialami dan
seterusnya mewujudkan golongan yang berupaya, mampu berdikari dan berkeyakinan.

5.1 Memberi peluang kepada pelajar-pelajar tersebut menerima pengajaran, pembelajaran dan
menyertai semua aktiviti-aktiviti yang terdapat di sekolah bersama- sama pelajar normal.
5.2 Supaya pelajar-pelajar berkeperluan khas dapat menyesuaikan diri dari awal-awal lagi dalam
semua aspek kemasyarakatan yang terdapat di sekolah dan di dalam komuniti setempat.

2
KERTAS KERJA PROGRAM INKLUSIF PPKIBP SK RTP BUKIT GOH, KUANTAN 2013

5.3 Menjadikan mereka lebih berupaya mampu berdikari dan menjadi anggota masyarakat yang
menyumbang.
5.4 Menambah keyakinan diri pelajar berkeperluan khas untuk menghadapi masyarakat.
5.5 Pelajar aliran perdana mendapat keuntungan daripada usaha-usaha mereka menyokong dan
membantu mengendalikan rakan-rakan ‘Khas’ sekelas mereka. Mereka juga dapat belajar
memahami rakan-rakan ‘Khas’ ini tanpa mengira perbezaan,kekurangan dan kecacatan.
5.6 Menggalakkan perhubungan sosial yang positif di antara pelajar PPKIBP dengan murid aliran
perdana.
5.7 Melawan sikap diskriminasi pelajar normal terhadap pelajar berkeperluan khas.

KUMPULAN SASARAN

Lima orang murid-murid pendidikan khas yang telah menguasai kemahiran asas 3M iaitu
membaca, menulis dan mengira, murid-murid berkenaan mampu untuk mengurus diri,
berkomunikasi dengan yang lain serta tidak mempunyai tingkah laku yang ganjil yang akan
menjejaskan komunikasi dengan guru mata pelajaran dan murid-murid lain serta tidak
mengganggu aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Paling utama juga
murid-murid tersebut telah mendapat persetujuan dan kerjasama daripada ibu bapa mereka.
Hanya ibu bapa yang bersetuju dengan syarat-syarat yang diberikan oleh pihak sekolah yang akan
dipilih untuk mengikuti program ini.

3
KERTAS KERJA PROGRAM INKLUSIF PPKIBP SK RTP BUKIT GOH, KUANTAN 2013

8. JAWATANKUASA PROGRAM INKLUSIF PPKIBP 2013

PENGERUSI

PN FARIDAH BT MD NOOR

(GURU BESAR SK LKTP BUKIT SAGU 1)

NAIB PENGERUSI

ENCIK ROSTAM BIN GULAM MOHAMMAD

(PENYELARAS PPKIBP)

SETIAUSAHA

ENCIK MOHD BAHARIEDZUAN BIN ABDUL HALIM

(SETIAUSAHA PROGRAM INKLUSIF PPKIBP)

BENDAHARI

EN FAHKRUL HAFIZ BIN ABDULLAH

(GURU MATEMATIK PPKIBP)

AJK

ENCIK AHMAD NOORDIN BIN ABDILLAH

PUAN ZARIRINA BINTI GHAZALIE

4
KERTAS KERJA PROGRAM INKLUSIF PPKIBP SK RTP BUKIT GOH, KUANTAN 2013

9. STRATEGI PELAKSANAAN PROGRAM INKLUSIF 2013

AKTIVITI TUJUAN TINDAKAN CATATAN

Pengajaran dan Murid belajar dan guru Semua guru pendidikan April -
pembelajaran yang mengajar/membimbing khas dan jawatankuasa November
berkesan oleh guru- program inklusif.
guru sepanjang masa

Kelas tambahan dan Memudahkan proses P&P Semua guru pendidikan April -
bimbingan selepas yang terancang khas dan jawatankuasa September
waktu persekolahan program inklusif.
dan semasa cuti
penggal

Motivasi Mengenal pasti potensi diri Guru Besar dan unit April
Kecemerlangan Diri dan kesedaran untuk bimbingan dan
serta Teknik kecemerlangan kaunseling, jawatankuasa
Pengurusan Masa Pendidikan Khas
yang maksimum

Perjumpaan bersama Mendapat maklumat dan Semua guru pendidikan April, Julai
ibu bapa / penjaga dan perkembangan prestasi khas dan jawatankuasa
waris murid-murid murid-murid program inklusif.
(2x)

Latihan latih tubi Murid-murid akan Semua guru pendidikan April -


menjawab soalan didedahkan dengan khas dan jawatankuasa September
format UPSR, soalan pelbagai bentuk dan format program inklusif.
percubaan negeri dan soalan
pelbagai sumber

Bengkel Teknik Murid mendapat Jawatankuasa Mac


Menjawab dan pendedahan awal teknik kecemerlangan UPSR,
pemberian markah pemberian markah Jawatankuasa Pendidikan
dalam semua subjek Khas

5
KERTAS KERJA PROGRAM INKLUSIF PPKIBP SK RTP BUKIT GOH, KUANTAN 2013

UPSR

Pemberian Hadiah Meningkatkan motivasi Jawatankuasa Ogos,


dan Ganjaran hasil serta kesungguhan murid kecemerlangan UPSR dan November
keputusan ujian PIBG

Majlis Bacaan Memohon hidayah, Guru Besar, September


Yasin/Solat petunjuk serta keizinan dari Jawatankuasa
Dhuha/Solat Hajat Yang Maha Esa kecemerlangan UPSR dan
(setiap Jumaat) dan PIBG
Majlis Bacaan Jawatankuasa pendidikan
Yasin/Solat Hajat khas
Perdana

Khemah Ibadah dan Kesedaran dalaman dan Jawatankuasa Mei


Perkampungan pertambahan ilmu kecemerlangan UPSR,
UPSR Unit Bimbingan dan
Kaunseling, PIBG

Lain-lain aktiviti Meletakkan prestasi Guru Besar, jawatankuasa


yang bersesuaian sekolah pada tahap pendidikan khas dan
dari semasa ke maksimum PIBG
semasa untuk
kecemerlangan
UPSR 2013

10. PROSES MELAKSANAKAN STRATEGI

BIL AKTIVITI STRATEGI TEMPOH


PERLAKSANAAN
1. Pengajaran dan pembelajaran Membimbing murid dengan Sepanjang masa P&P

6
KERTAS KERJA PROGRAM INKLUSIF PPKIBP SK RTP BUKIT GOH, KUANTAN 2013

yang berkesan oleh guru-guru pelbagai kaedah dan di dalam kelas


pendekatan
2. Pengagihan murid mengikut Guru-guru menggunakan Sepanjang tahun
potensi pencapaian akademik pendekatan yang sesuai
mengikut potensi murid-
murid.
3. Kelas tambahan dan bimbingan Kelas dijalankan pada pukul Februari hingga
selepas waktu persekolahan dan 1.00 hingga 2.00 petang September
semasa cuti penggal setiap hari Isnin hingga
Jumaat (bermula 30/1/2013).
4. Motivasi Kecemerlangan Diri Dijalankan 2 kali di mana Februari dan Mei
serta Teknik Pengurusan Masa guru kaunseling akan
yang maksimum dijemput.

5. Latih tubi menjawab soalan Mendedahkan murid-murid Sepanjang tahun


format UPSR, soalan percubaan dengan pelbagai bentuk soalan
negeri dan berbagai sumber dan perbincangan.
6. Bengkel Teknik Menjawab dan Penumpuan kepada teknik Mac, April dan Mei
pemberian markah dalam semua menjawab soalan dan teknik
subjek UPSR mendapat markah terbaik.
Guru pakar dan guru
pemeriksa kertas akan
dijemput.
8. Pemberian Hadiah dan Ganjaran Murid-murid yang mendapat Sepanjang tahun
hasil keputusan ujian keputusan terbaik pada setiap
ujian bulanan dan peperiksaan
akan diberikan ganjaran
sebagai motivasi.
9. Majlis Bacaan Yasin/Solat Setiap pagi Jumaat mulai Sepanjang tahun
Dhuha/Solat Hajat (Setiap 27/1/2013 akan diadakan
Jumaat) dan Majlis Bacaan bacaan yasin/solat hajat/solat
Yasin/Solat Hajat Perdana dhuha di bawah pimpinan
Ustaz dari SK LKTP Bukit
Sagu 1
10. Khemah Ibadah dan Murid-murid akan diserapkan April
Perkampungan UPSR dengan program kerohanian

7
KERTAS KERJA PROGRAM INKLUSIF PPKIBP SK RTP BUKIT GOH, KUANTAN 2013

dan jati diri untuk kekuatan


mental dan fizikal. Program
akan dijalankan di luar
sekolah selama 3 Hari 2
Malam.
11. Lain-lain aktiviti yang Program Anak Angkat antara Sepanjang tahun
bersesuaian dari masa ke semasa semua guru-guru SK LKTP
untuk kecemerlangan UPSR Bukit Sagu 1 dan murid-murid
2013 Tahun 6.

10. PENUTUP

Bagi menjana suasana pembelajaran yang kondusif, hubungan positif antara guru dan murid adalah
penting. Sebagaimana dinyatakan sebelum ini, murid berkeperluan khas mempunyai konsep kendiri yang
rendah hasil interaksi yang negatif dan pengalaman yang tidak konstruktif. Bagi mengubah konsep
kendiri murid berkeperluan khas, usaha orang dewasa yang berterusan serta gigih dan mengambil masa
yang lebih panjang. Bagi murid berkeperluan khas, perubahan adalah perkara yang tidak digemari kecuali
ke arah perkara/tugasan yang sangat diminatinya. Kolaborasi antara semua pihak yang terlibat amat

8
KERTAS KERJA PROGRAM INKLUSIF PPKIBP SK RTP BUKIT GOH, KUANTAN 2013

diperlukan seperti kolaborasi antara pihak profesional dengan ibu bapa. Kolaborasi yang berkesan dapat
diwujudkan jika semua pihak yang terlibat mengamalkan pemikiran yang terbuka dan mempunyai
matlamat yang sama,iaitu memaksimumkan potensi dan meminimumkan ketidakupayaan kanak-kanak
khas. Tambahan pula, pendidikan untuk semua yang telah diperkenalkan perlu sentiasa diingati dalam
usaha penyediaan perkhidmatan kepada kanak-kanak berkeperluan khas. Ini adalah supaya hak untuk
mendapat peluang pendidikan atau perkhidmatan yang sama rata terjamin,terutamanya dalam persekitaran
semula jadi.

Disediakan oleh : Disemak oleh : Disahkan oleh :

……………………..................... ...…………………………..... .............................................


( EN.M. BAHARIEDZUAN ) (EN.ROSTAM B. G. MOHAMMAD) (PN FARIDAH BT M. NOOR)
SETIAUSAHA PROGRAM PENYELARAS PPKIBP GURU BESAR
SK LKTP BUKIT SAGU 1

You might also like