You are on page 1of 10

PERANAN BDP

Membina dan memperkaya bahasa kebangsaan dalam semua bidang termasuk sains dan
teknologi.

 Seperti mana yang diketahui umum bahawa dalam bidang sains dan teknologi, hanya
perkataan-perkataan daripada Bahasa Inggeris yang digunakan untuk membina atau
menghasilkan sesuatu penemuan atau penciptaan yang baru khususnya dalam
bidang perubatan.
 Oleh hal yang demikian, pihak Dewan Bahasa dan Pustaka telah berusaha dan
memainkan peranan yang sangat penting bagi memperkaya bahasa kebangsaan kita
iaitu Bahasa Melayu supaya lebih banyak perkataan daripada Bahasa Melayu
dihasilkan di dalam bidang-bidang yang pesat berkembang sperti bidang sains dan
teknologi

Memajukan bakat kesusasteraan, terutama dalam bahasa kebangsaan.

 Menurut Berita Harian, DBP mengiatkan program dari semasa ke semasa iaitu
Minggu Penulis Remaja dengan motif melahirkan dan memupuk penulis muda.
 Program ini juga bertujuan melahirkan pewaris ilmu kesusasteraan pada masa
depan.
 Dalam usaha memperkasakan ilmu kesusasteraan ini, DBP sekali lagi menggunakan
kaedah penganugerahan bagi menggalakkan sasterawan-sasterawan menceburi
bidang ini.
 Kepentingan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) adalah begitu penting sehingga ia
diiktiraf oleh jabatan kerajaan sebagai Badan Berkanun melalui Akta Parlimen pada
tahun 1959 dalam memantapkan lagi pengembangan bahasa sastera.
 Begitu juga dengan pengaturan rancangan memupuk bahasa sastera dengan baik.

Mencetak atau menerbitkan atau membantu usaha percetakan atau penerbitan buku-
buku, risalah-risalah dan lain-lain bentuk persuratan dalam bahasa kebangsaan.

 Pihak DBP merupakan sebuah organisasi yang begitu penting dalam industri
percetakan dan penerbitan buku-buku, risalah-risalah, kamus-kamus, serta pelbagai
bentuk bahan ilmiah kerana ia merupakan salah sebuah organisasi penerbitan yang
terbesar di Malaysia.
 Pihak DBP telah banyak mencetak dan menerbitkan buku-buku untuk sekolah-
sekolah seperti buku teks dan buku rujukan yang merupakan bahan ilmiah yang
sangat penting bagi pelajar-pelajar sekolah rendah mahupun sekolah menengah.
 DBP juga bergiat aktif dalam menerbitkan buku-buku kesusasteraan Bahasa Melayu
mahupun dalam Bahasa Inggeris.
 Ini bermakna peranan yang dimainkan oleh DBP adalah sangat penting dan ia juga
memberi impak yang baik dalam bidang kesusasteraan, pendidikan, dan juga industri
percetakan Negara.
 Menurut Bekas Menteri Kehakiman Malaysia, Dato’ Dr. Sulaiman Hj. Daud (1990: 1)
bahawa Dewan Bahasa dan Pustakan (DBP) sejak 20 tahun lalu berjaya menerbitkan
tidak kurang daripada 50 judul buku undang-undang Bahasa Melayu.
 Ini menunjukkan DBP juga bertindak sebagai medium penterjemahaan karya-karya
asing.
 Maka ilmu dari luar dapat diadaptasikan dalam Bahasa Melayu bagi memperkayakan
perbendaharaannya.
 Dalam masa yang sama DBP juga memerlukan penglibatan para sarjana, pengkritik
dan pemantau bahasa, agar buku-buku terbitan DBP dapat dianalisa dan diberi
ulasan-ulasan fragmentasi atau resensi buku, agar orang ramai akan dapat
menikmati dan memahami intipati buku-buku yang diterbitkan oleh DBP.

Membakukan ejaan dan sebutan, dan membentuk istilah-istilah yang sesuai dalam bahasa
kebangsaan; Pelaksanaan dasar bahasa yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar di sekolah rendah, menengah dan hinggalah ke peringkat institusi pengajian
tinggi menggerakkan kegiatan peristilahan yang didukung oleh Dewan Bahasa dan
Pustaka (DBP).

 Banyak Jawatankuasa Istilah (JKI) telah ditubuhkan oleh DBP dengan kerjasama
institusi pengajian tinggi awam untuk mengumpul, membentuk dan menyebar luas
istilah bahasa Melayu dalam bidang sains asas dan sains gunaan. Perubahan ini
menyaksikan perancangan korpus bahasa Melayu berkembang dengan cepat sekali.

Untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul.

 Sepertimana yang sedia maklum, tidak ramai atau hanya segelintir sahaja daripada
rakyat Malaysia yang menggunakan Bahasa Melayu dengan betul.
 Majoriti daripada mereka menggunakan Bahasa Melayu yang tidak betul.
 Sebagai contoh yang paling ketara ialah rakyat Malaysia menggunakan bahasa pasar
sebagai bahasa percakapan harian mereka. Bukan sahaja sebagai bahasa percakapan
harian, malah notis-notis ataupun risalah-risalah awam yang diedarkan
kebanyakannya tidak menggunakan Bahasa Melayu yang betul seperti risalah-risalah
ataupun poster-poster untuk konsert dan promosi kompleks-kompleks beli-belah.
 Oleh hal yang demikian, pihak DBP perlu memainkan peranan yang sangat penting
untuk mengatasi masalah yang telah berleluasa hingga ke hari ini seperti
mewujudkan buku-buku dan risalah-risalah dan akhbar-akhbar yang menggunakan
dan memperbetulkan penggunaan Bahasa Melayu yang tidak betul di kalangan
rakyat Malaysia.
 Walaupun DBP menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan namun setelah masa
beredar melangkaui peredaran zaman kini banyak pecampuran bahasa seperti
bahasa rojak yang sedang menular dalam masyarakat masa kini.
 Oleh itu, dengan adanya DBP masalah penyalahgunaan bahasa ini dapat dibendung.
Disamping itu, keaslian bahasa kebangsaan ini tidak dicemar. Begitu juga dengan
penggunaan bahasa singkatan.
 Contohnya, singkatan bagi sungai, bukit, jalan, dan sebagainya. Penggunaan
singkatan ini memudahkan penulis surat bagi alamat dan kawasan.

Untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan supaya ia akan digunakan secara


meluas bagi segala maksud mengikut undang-undang yang sedang berkuat kuasa.

 Dalam usaha memperkembangkan bahasa Melayu DBP melaksanakan pelbagai


program melalui fungsi pengukuhan dasar bahasa kebangsaan,
pemantauan,pemupukan, penataran, pekhidmatan dan penyebaran.
 Pelbagai kegiatan dilaksanakan melalui fungsi-fungsi ini bagi memastikan kedudukan
bahasa Melayu terus menjadi mantap sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan
bahasa perpaduan negara Malaysia.
 Di sinilah peranan yang dimainkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sangat
penting ke arah memasyarakatkan secara meluas penggunaan bahasa Melayu
dengan pendekatan dan kaedah yang menarik dan selaras dengan perkembangan
teknologi info-telekomunikasi.
 Daripada kaedah biasabiasa dan stereotype yang sering digunakan, DBP perlu
meneroka pendekatan baru melalui industri kreatif, media sosial dan elektronik
mengadakan program pembelajaran bahasa Melayu dan menghasilkan promo, iklan,
drama dan sitkom televisyen dan radio yang bersangkutan dengan bahasa Melayu.

Menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi yang cekap dan berkesan dalam
semua bidang terutama dalam bidang pentadbiran negara, dalam bidang pengajian tinggi,
dan dalam kegiatan yang maju dan kompleks seperti kegiatan intelektual, kegiatan
kebudayaan, ekonomi dan perdagangan.

 Masalah dan kekangan yg timbul ialah terdapat golongan yang berpandangan


bahawa bahasa Inggeris merupakan bahasa yang maju dan bersifat saintifik.
 Tetapi kita jangan lupa bahawa bahasa Melayu pernah menjadi bahasa lingua franca
suatu ketika dahulu yang dituturkan dan digunakan sebagai bahasa komunikasi oleh
golongan pedagang, golongan agama, golongan pemodal di nusantara ini.
 Bahasa Melayu kini telah dituturkan oleh masyarakat di negara ini sebagai bahasa
komunikasi, bahasa perpaduan dsb.

Perancangan taraf bahasa

 Perancangan taraf bahasa meliputi kedudukan sesuatu bahasa dalam hubungannya


dengan bahasa lain dalam sistem pemerintahan.
 Perancangan taraf atau status melibatkan perubahan-perubahan fungsi sesuatu
bahasa atau kelainan bahasa dan hak-hak mereka yang menggunakannya.
 Hal ini mementingkan peranan yang dimainkan bahasa dalam pembinaan bangsa.
 Penggunaan satu bahasa rasmi merupakan penetapan taraf bahasa dalam sesebuah
negara.
 Perancangan taraf bahasa memberi pertimbangan kepada beberapa faktor, iaitu
identiti kebangsaan, pengetahuan bahasa, prestij kebangsaan dan penyertaan
bangsa dalam dunia antarabangsa (Asmah,1987).
 Oleh itu perancangan ini dikatakan perancangan dasar bahasa.
 Dasar ini menetapkan peranan yang dipegang oleh sesuatu bahasa dalam sesebuah
negara.
 Fernando Penalosa (1981) memetik pandangan Heinz Kloss yang mengatakan
bahawa terdapat enam unsur dalam perancangan taraf bahasa:

 Pertama, dasar bahasa rasmi yang tunggal seperti di Indonesia, negara Thai, dan
Perancis.

 Di negara-negara tersebut, bahasa rasmi digunakan dalam semua sistem


pentadbiran kerajaan.
 Tidak ada bahasa-bahasa lain yang digunakan dalam sebarang upacara rasmi
kerajaan.

 Kedua, dasar bahasa rasmi yang mengandungi lebih daripada satu bahasa.
 Misalnya di Brunei Darussalam yang menggunakan Bahasa Melayu dan Bahasa
Inggeris sebagai bahasa rasmi secara bersama.
 Di Kanada juga, Bahasa Inggeris dan bahasa Perancis digunakan secara meluas,
manakala di Switzerland menggunakan empat bahasa rasmi, iaitu Perancis, Jerman,
Itali dan Romansch.

 Ketiga, bahasa rasmi di negeri bahagian (regional official language) seperti Bahasa
Ibo di Nigeria Timur dan Bahasa Tamil di Tamil Nadu.
 Keempat, bahasa yang dinaikkan taraf (promoted language), iaitu bahasa yang tidak
mempunyai taraf rasmi tetapi digunakan oleh kerajaan untuk berurusan dengan
masyarakat dalam urusan rasmi.
 Misalnya bahasa Sepanyol di barat daya Amerika Syarikat oleh penduduk setempat
dan pegawai kerajaan.

 Kelima, bahasa yang diizinkan (tolerated language), iaitu bahasa yang bukan bahasa
rasmi tetapi dibenarkan untuk digunakan oleh penuturnya.
 Ini berlaku di sempadan negara Perancis, antara negara Perancis dan Sepanyol
terdapat satu suku bangsa yang mempunyai bahasa mereka sendiri, iaitu bahasa
Basque.

 Keenam, bahasa yang dilarang, iaitu bahasa yang tidak dibenarkan oleh pemerintah
seperti bahasa Turki di Asia Tengah sewaktu pemerintahan Tzar Rusia.

Isu bahasa melayu dipinggirkan

 Bahasa rojak dalam kalangan orang Melayu telah memperlihatkanbahasa Melayu


dipengarui oleh bahasa asing seperti bahasa Cina, bahasaInggeris dan sebagainya.
 Malahan, bahasa Melayu semakin dipinggirkan olehmasyarakat Melayu
kebelakangan ini.

 Antara sebab bahasa Melayu semakin dipinggirkan ialah masyarakatMelayu


memandang rendah terhadap bahasa Melayu.
 Mereka bersikapmengagumkan bahasa lain khususnya bahasa Inggeris.
 Ekorannya, merekamenganggap bahasa Melayu kurang penting untuk mereka.
 Hal ini demikian,kerana mereka menganggap bahasa Inggeris bukan sahaja penting
untukpertuturan dengan rakyat asing malah turut dilihat sebagai lambang ketinggian
taraf mereka.
 Oleh itu, bahasa lain yang dianggap penting telah menyebabkanmasyarakat
memandang rendah terhadap bahasa Melayu.

 Selain itu, dasar kerajaan mewajibkan Pengajaran danPembelajaran(P&P) subjek


sains dan matematik dalam bahasa Inggeris turutmenyebabkan bahasa Melayu
semakin terpinggir.
 Proses P&P subjek sains danmatematik dalam bahasa Melayu pada sebelumnya
telah digantikan dengan bahasa Inggeris pada masa ini.
 Hal ini demikian, kerana penggunaan bahasaMelayu dalam subjek sains dan
matematik dianggap tidak setaraf denganbahasa antarabangsa.
 Hal ini telah memburukkan pandangan masyarakat Melayu terhadap kepentingan
bahasa Melayu.

 Papan tanda hendaklah menggunakan bahasa kebangsaan yang betul dalam


semua aspek tatabahasa.
 KESALAHAN dan kecelaruan penggunaan bahasa Melayu pada papan tanda dan
papan iklan masih lagi ditemui di tempat-tempat awam.
 Situasi ini menggambarkan sikap peniaga atau pengiklan yang tidak prihatin
terhadap penggunaan bahasa Melayu yang betul dan tepat.
 Sikap mereka yang mengabaikan penggunaan bahasa Melayu yang betul, tepat dan
berkesan menyebabkan martabat bahasa Melayu seolah-olah diperlekehkan.
 Dalam hal ini, soal betul atau salah penggunaan bahasa Melayu pada papan tanda
mahupun papan iklan bukan menjadi pertimbangan utama peniaga dan pengiklan,
sebaliknya mereka hanya mementingkan bahasa yang digunakan pada papan tanda
yang mereka anggap dapat difahami oleh pengguna.
 Justeru, terdapat segelintir peniaga dan pengiklan yang mencampuradukkan bahasa
Melayu dan bahasa Inggeris atau menjadikan “bahasa rojak” pada papan tanda
premis mereka.

 Selain itu, media massa juga merupakan salah satu punca yang menyababkan
pencemaran bahasa ini berlaku secara berleluasa pada masa kini.
 Bahasa yang digunakan oleh radio, televisyen, akhbar dan media cetak yang lain
sering kali menajadi ikutan pengguna bahasa.
 Contohnya drama, filem, sketsa, saluran siaran langsung, artikel dan sebagainya
kebanyakannya menggunakan bahasa rojak iaitu percampuran antara bahasa
Melayu dengan bahasa Inggeris mahupun bahasa-bahasa yang lain.
 Di samping itu, penulisan buku hiburan yang berbentuk komik menyebabkan pelajar
sekolah yang merupakan penggemar buku hiburan seperti komik ‘Ujang’, ‘Gila-gila’
dan ‘Apo?’ akan menyebabkan pencemaran bahasa yang kritikal.
 Komik-komik ini keseluruhannya menggunakan bahasa bahasan, bahasa rojak,
bahasa slanga dan bahasa asing.
 Kesannya pelajar sekolah yang mambaca komik-komik seperti yang disebut terbawa-
bawa akan laras bahasa serta tulisan terutamanya dalam percakapan rasmi dan
penulisan rasmi yang digunakan oleh penulis.

 Di samping itu, budaya asing yang meresap masuk ke negara kita juga merupakan
salah satu punca pencemaran bahasa ini berlaku.

 Hal ini dapat dikaitkan dengan budaya hip-hop yang semakin popular dalam
kalangan remaja di Malaysia.
 Budaya hip-hop ini merupakan muzik jalanan yang muncul di New York, Amerika
pada tahun 70-an.
 Muzik ini popular di Malaysia dengan kemunculan kumpulan-kumpulan muzik
seperti Too Phat, The Rebel Scum dan sebagainya.
 Kemunculan muzik ini membawa kepada pencemaran bahasa kerana penciptaan lirik
lagu menggunakan bahasa pasar.
 Hal ini dapat disokong dengan kenyataan ketua kumpulan The Rebel Scum yang
mengatakan bahawa, “Pada kami, perumpamaan dan istilah bahasa pasar lebih
senang untuk ditulis dan yang mendengar memahami mesej yang nak disampaikan.”
 Perbuatan ini membawa kepada pencemaran bahasa kerana para pendengar lagu
hip-hop ini akan terbawa-bawa gaya tersebut dalam percakapan seharian seperti
“Yo,yo,yo, buat pe bro” walaupun gaya ini dianggap sebagai ‘bahasa seni’ dalam
genre hip-hop.

 Tiada Tindakan atau Denda


 Dari segi penggunaan bahasa dalam media siber, sememangnya tiada undang-
undang khusus yang boleh digunakan dan dikuatkuasakan.
 Hal ini perlulah diambil perhatian oleh pihak yang berkenaan.
 Walaupun tiada sebarang tindakan boleh dikenakan terhadap “pesalah bahasa”,
sekurang-kurangnya “pesalah bahasa” itu boleh dipantau dan diberikan nasihat yang
sewajarnya, terutamanya yang berkaitan dengan penggunaan bahasa yang tidak
sesuai dengan norma-norma ketimuran, seperti penggunaan bahasa kesat dan kasar
untuk mengatakan pihak-pihak tertentu, baik dalam blog mahupun laman sosial.
 Mereka perlu sedar bahawa kebebasan itu bukanla kebebasan mutlak.
 Pengguna media siber juga terikat dengan peraturan atau akta tertentu, seperti Akta
Multimedia, ISA dan OSA.

 punca perdana penggunaan bahasa rojak ialah sikap penutur sendiri. Hal ini
demikian kerana sikap penutur yang ingin menonjolkan kehebata mereka
menguasai satu bahasa lagi.
 Kebanyakan penutur bahasa rojak biasanya mengalami kesukaran untuk
berkomunikasi dalam persekitaran terutamanya dalam bahasa Inggeris yang
sebenar.
 Oleh sebab itu, mereka akan cuba melatih diri dalam kemahiran berbahasa Inggeris
terutamanya dalam kalangan para pelajar sekolah di luar bandar.
 Mereka akan cuba menggunakan bahasa Inggeris dalam perbualan harian meskipun
tidak mempunyai kemahiran.
 Akhirnya, wujudlah fenomena penggunaan bahasa rojak dalam perbualan seharian.
 Mereka tidak berasa malu dan segan apabila bertutur menggunakan bahasa rojak,
malah mereka berbangga kerana mereka beranggapan bahasa yang digunakan itu
menunjukkan status mereka dalam masyarakat.
 masyarakat kurang keyakinan terhadap bahasa melayu.

Langkah menyelesaikan isu tersebut

 Terdapat beberapa langkah untuk mendaulatkan bahasa Melayu,antaranya ialah


menetapkan subjek bahasa Melayu sebagai subjek wajib untuk melulus
peperiksaan awam.
 Hal ini dapat dilihat apabila subjek bahasa Melayu merupakan subjek wajib diambil
oleh pelajar-pelajar UPSR, PMR, dan SPM.Semua pelajar wajib belajar bahasa Melayu
di sekolah untuk lulus dalam peperiksaan.
 Dengan ini, semua pelajar akan lebih memahami akan bahasaMelayu di samping
mendaulatkan bahasa Melayu.

 Selain itu, dasar kerajaan dalam pendidikan juga penting dalam mendaulatkan
bahasa Melayu.
 Pihak kerajaan harus menggerakkan semula penggunaan bahasa Melayu dalam
subjek sains dan matematik supaya parapelajar lebih menggunakan bahasa
Melayu dalam P&P berbanding denganbahasa Inggeris.
 Hal ini bukan sahaja menggalakkan kecekapan pelajar dalampenggunaan bahasa
Melayu dalam ilmu sains dan matematik tetapi jugameletakkan bahasa Melayu
sebagai bahasa penghantar mereka.
 Dengan dasarkerajaan ini, bahasa Melayu dapat diperkukuh lagi.

 Sesungguhnya, kerajaan perlulah mengadakan kempen kesedaran untuk


memartabatkan bahasa Melayu.
 Hal ini dapat menggalakkan penggunaan bahasa Melayu dan mengembalikan
kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dalam kalangan masyarakat
majmuk di Malaysia.
 Sebagai contoh, kempen “Cintailah Bahasa Kita” perlu diadakan dari semasa ke
semasa untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat setempat.
 Oleh itu, bahasa Melayu dapat berkembang menjadi bahasa kelas dunia yang
praktikal dan realistik. Jelaslah, mengadakan kempen kesedaran merupakan kaedah
untuk memartabatkan bahasa Melayu.

 Sementelahan, kerajaan seharusnya mewajibkan semua pegawai dan kakitangan


kerajaan menggunakan bahasa Melayu dalam segala urusan rasmi.
 Hal ini secara tidak langsungnya dapat menerapkan nilai-nilai penggunaan bahasa
yang baku dalam sektor kerajaan.
 Sebagai tamsilan, bahasa Melayu perlu terus kekal digunakan dalam bidang
pentadbiran undang-undang, kehakiman dan mahkamah.
 Oleh itu, bahasa Melayu akan diperkasa sama ada pada peringkat kenegeraan
mahupun antarabangsa.
 Benarlah, mewajibkan semua pegawai dan kakitangan kerajaan menggunakan
bahasa Melayu dalam segala urusan rasmi merupakan usaha untuk memartabatkan
bahasa Melayu.

 Selain itu, kerajaan sepatutnya mewajibkan penggunaan bahasa yang betul pada
papan-papan tanda.
 Hal ini demikian kerana penggunaan bahasa yang tidak betul akan menjejaskan imej
negara di mata masyarakat.
 Sebagai misalan, Dewan Bahasadan Pustaka (DBP) bertanggungjawab untuk
memantau dan membuat teguran terhadap sebarang kesalahan bahasa pada papan-
papan tanda dan pihak berkuasa tempatan akan mengambil tindakan selanjutnya.
 Oleh itu, isu pencemaran bahasa dalam kalangan masyarakat akan dapat
dikurangkan.
 Tegasnya, mewajibkan penggunaan bahasa yang betul pada papan-papan tanda
merupakan uslub untuk memartabatkan bahasa Melayu.

 Di samping itu, kerajaan sewajarnya mewajibkan penganjuran aktiviti-aktiviti yang


berkaitan dengan bahasa di sekolah.
 Hal ini demikian kerana sekolah merupakan satu medium penting untuk
menyemarakkan penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar.
 Sebagai contoh, sekolah perlu diwajibkan mengadakan program bahasa sempena
Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) seperti Safari Membaca dan Maraton Membaca.
 Oleh itu, para pelajar dapat belajar tentang bahasa yang betul melalui penyertaan
mereka dalam aktiviti bulan bahasa.
 Sudah terang lagi bersuluh, mewajibkan penganjuran aktiviti-aktiviti yang berkaitan
dengan bahasa di sekolah merupakan strategi untuk memartabatkan bahasa Melayu.
 Sehubungan dengan itu, pelbagai usaha yang dilakukan oleh Dewan Bahasa dan
Pustaka untuk mendidik masyarakat di negara ini untuk menggunakan bahasa
Melayu dengan betul dan menyemai rasa mencintai bahasa Melayu.
 Misalnya kempen ‘Cintailah Bahasa Kita’, ‘Bahasa Jiwa Bangsa’, dan yang terbaharu
ialah ‘Bahasa melambangkan Bangsa’.
 Selain itu, usaha yang dilakukan untuk membina keyakinan bahawa bahasa Melayu
mampu menjadi bahasa rasmi ialah dengan mengiatkan program kebahasaan iaitu
Minggu Bahasa dan Bulan Bahasa di semua peringkat bermula dengan peringkat
Sekolah Rendah, Sekolah Menengah, seterusnya di peringkat Universiti dan Institut
Pengajian Tinggi Swasta.
 Manakala untuk masyarakat umum pula diadakan sambutan di peringkat Kampung,
Daerah, Negeri dan kemudiannya di peringkat Kebangsaan.

 Guru-guru perlu lebih prihatin dalam mengajar bahasa Melayu kepada pelajar.
 Setiap kesalahan pelajar ketika menggunakan bahasa Melayu perlu diatasi dengan
segera.
 Aktiviti kebahasaan perlu sentiasa diadakan bagi memastikan kesalahan-kesalahan
berbahasa boleh diperbetulkan. Ini akan mengurangkan kesalahan-kesalahan bahasa
dan sekaligus melahirkan pengguna bahasa yang betul.

 Penggunaan Bahasa Melayu yang Betul oleh Media Massa


 Penggunaan bahasa Melayu yang betul oleh media massa, contohnya televisyen,
radio, internet, dan sebagainya mampu untuk membantu masyarakat menggunakan
bahasa Melayu dengan betul.
 Hal ini demikian kerana media massa merupakan medium yang paling hampir dan
mempunyai pengaruh yang besar terhadap masyarakat.
 Oleh itu, pencemaran bahasa dapat ditangani dengan adanya kerjasama antara
pihak media dengan pihak yang bertanggungjawab dalam menyelaraskan bahasa
Melayu iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
 Menambah bilangan guru bahasa melayu.
 Menterjemah buku-buku asing ke dalam bahasa melayu

You might also like