You are on page 1of 5

SJK (C) NAM HUA, KANOWIT.

sAmbutan hari jadi MURID-MURID


BAGI bulan januari hingga mei

TARIKH : 16 mei 2018

DISEDIAKAN:

LING MAI SIEN

KERTAS KERJA
SAMBUTAN HARI JADI MURID-MURID
BAGI BULAN JANUARI HINGGA MEI TAHUN 2018

1.0  PENGENALAN
Sambutan hari jadi murid-murid diadakan untuk memberi penghargaan kepada kanak-kanak
Tahun 1 hingga Tahun 6 bagi menyambut ulang tahun kelahiran mereka.

2.0 MATLAMAT PROGRAM
2.1 Memberi penghargaan kepada kanak-kanak Tahun 1 hingga Tahun 6.
2.2 Menjalin hubungan baik antara kanak-kanak dengan guru dan pembantu pengurusan
murid.
2.3 Mewujudkan semangat setiakawan di kalangan kanak-kanak Tahun 1 hingga Tahun 6.
2.4 Mewujudkan nilai kasih sayang di kalangan kanak-kanak, guru dan pembantu pengurusan
murid.

3.0  OBJEKTIF PROGRAM


3.1  Membina kekuatan keyakinan murid dengan dorongan dan sokongan dari guru dan
pembantu pengurusan murid.
3.2 Memberi motivasi kepada murid dan ibu bapa tentang pentingnya pendidikan bagi
kanak-kanak.

4.0  TARIKH DAN MASA PROGRAM


Tarikh : 16 Mei 2018 ( Rabu )
Masa : 12:30 tgh - 03:00 pm

5.0  TEMPAT PELAKSANAAN


Bilik Serbaguna

6.0  BILANGAN PESERTA


Semua murid Tahap 1 dan Tahap 2 ( 30 Orang )

7.0  CARTA ORGANISASI AHLI JAWATANKUASA PERTANDINGAN

Penasihat : Encik Sia Ken Hua


Pengerusi : Cik Ling Mai Sien
Naib Pengerusi : Encik Lok Leh Hui
Setiausaha : Puan Liau Siew Ling
Bendahari : Puan Ting Suh Ping
AJK yang lain : Encik Wong See Chuan
Encik Erick Ling How Yu
Puan Joanna Tang
Puan Yu Shun Ay
Puan Annie Hii Yiin Hee

8.0 CARA PELAKSANAAN

12:30 tgh
- murid berkumpul di dalam kelas.
- guru mengambil kedatangan murid

01:30 ptg
- nyanyian lagu negaraku, lagu negeri dan sekolah
- bacaan ikrar
- taklimat ringkas dari guru besar

01:40 ptg
- persembahan murid Tahun 1 hingga Tahun 6
- aktiviti permainan

02.15 ptg
- sambutan hari jadi
- jamuan makan

02:45 ptg
- penyampaian cenderahati kepada murid

03:00 ptg
- bersurai

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


PERKARA JUMLAH

RM 3 X 30 set = RM 90
Hadiah Cenderahati

10.0PENUTUP
Segala program yang dirancang adalah untuk mencapai objektif yang telah kemukakan.
Semoga semua perancangan yang diatur mendapat pertimbangan dan kelulusan pihak tuan.
Sekian, terima kasih.                        

Disediakan oleh , Disemak oleh ,

…………….………………………                        …………….
( CIKGU LING MAI SIEN ) ………………………           ( CIKGU
Ketua Panitia Bahasa Melayu, ANNIE HII YIIN HEE )
SJK (C) Nam Hua, Kanowit.
Guru Penolong Kanan 2,
SJK (C) Nam Hua, Kanowit.

Disahkan oleh,

…………….………………………    
( CIKGU SIA KEN HUA )
Guru Besar ,
SJK (C) Nam Hua, Kanowit.

LAPORAN
SAMBUTAN HARI JADI DAN JAMUAN AKHIR TAHUN PRASEKOLAH 2015
SK. FELDA BUKIT SENGGEH
TARIKH : 19 November 2015
HARI : Khamis
MASA : 10.00 pagi
TEMPAT : Kelas Prasekolah
Majlis hari jadi dan jamuan akhir tahun telah berlangsung dengan meriahnya di kelas
Prasekolah Aktif. Majlis ini merupakan sambutan hari jadi dan jamuan akhir tahun
yang diadakan bertujuan untuk memberi penghargaan kepada murid prasekolah
dalam satu majlis yang ceria dan meriah.
Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu selamat hari lahir, persembahan dari murid
prasekolah seperti nyanyian solo, nasyid, tarian pinquin dan pertandingan merebut
kerusi. Kemudian aktiviti meniup lilin dan memotong kek hari lahir. Murid prasekolah
kemudian dijamu dengan makanan yang disediakan. Akhir sekali pemberian
cenderhati dan hadiah kepada semua murid prasekolah.
Antara jemputan yang hadir ialah Guru PK Hem, Guru PK KO dan guru-guru
akademik. Majlis ini memberikan peluang kepada murid prasekolah berinteraksi
dengan para tetamu yang hadir dan secara tidak langsung meningkatkan
perkembangan kemahiran sosial dan emosi mereka. Selain itu ia turut memupuk
kesedaran murid bahawa diri mereka sangat berharga serta menanamkan semangat
kasih sayang dan nilai murni dalam diri mereka.
Majlis hari jadi ini mencapai matlamatnya kerana berjaya memberikan pengalaman
yang menarik dan menggembirakan kepada murid prasekolah. Semua murid pulang
dengan riang dan tidak sabar untuk menceritakan pengalaman menarik mereka
kepada keluarga di rumah. Secara tidak langsung pengalaman bermakna itu dapat
membantu menyuburkan potensi murid dalam aspek perkembangan sosioemosi,
menguasai kemahiran asas, memupuk keyakinan diri dan membentuk personaliti
yang positif sebagai persediaan masuk ke tahun 1.
Disediakan oleh, Disahkan oleh

You might also like