You are on page 1of 6

Laporan Ahli Jawatankuasa Publisiti

Kumpulan kami, iaitu PISMP BC ambilan Jun 2013 telah menganjurkan


karnival permainan tradisional bagi kursus PJM 3023E tahun ini. Bagi menjayakan
aktiviti ini, kami telah menubuhkan satu ahli jawatankuasa publisiti bagi karnival ini.
AJK Publisiti terdiri daripada Joanna Tang dan Josh Ting Sze Wu. Kami telah
mengadakan mesyuarat untuk membincangkan tugasan yang diperlukan sebelum,
semasa dan selepas karnival permainan tradisional ini.
Sebelum
Kami dikehendaki menghasilkan satu banner yang berkaitan dengan tema
permainan tradisional untuk mempromosikan permainan tradisional yang akan
diadakan dan menggantungkan banner di kafeteria, dan depan blok pentadbiran
baru serta membuat buku program sebagai maklumat tambahan bagi pensyarah
dan para peserta.
Kekuatan kami dari segi mereka banner

dan membuat buku program.

Setelah tarikh, masa, dan tempat permainan tradisional telah

ditetapkan,

kami

mula mereka banner. Pada masa yang sama, kami juga berbincang dengan ajk
induk kumpulan kami tentang kos untuk menghasilkan banner. Kami bersamasama berkongsi idea untuk mereka cipta banner dan membuat anggaran kos
untuk menghasilkan satu banner. Dengan sebulat suara, kerjasama telah dipupuk
di dalam kumpulan kami dan akhirnya menghasilkan satu banner untuk Karnival
Permainan Tradisional.

Ahli jawatankuasa Publisiti sedang membincang

Banner yang telah dihasilkan


Kekuatan yang terakhir ialah kami juga membuat buku program sebagai
maklumat tambahan bagi pensyarah dan para peserta semasa karnival
permainan tradisional dijalankan.

Buku Program
Memang banyak kesilapan yang kami lakukan dalam proses memegang
jawatan AJK Publisiti. Banner yang kami rekakan terdapat banyak masalah seperti
warna bagi latar belakang banner terlalu banyak dan berwarna cerah. Inilah
kelemahan dari segi banner kami. Manakala, kelemahan dari segi membuat buku
program pula, iklan yang kami buat terdapat kekurangan iaitu dari segi perkataan
dan gambar. Iklan kami tidak meletakkan gambar permainan di bawah permainan
masing-masing dan terdapat maklumat yang penting tidak dimasukkan.
Walaupun banyak kesilpan yang kami lakukan, namun kami tidak berputus
asa. Pensyarah pembimbing iaitu Dr Abang Ismail bin Abang Haji Julhi yang begitu
sabar dan tabah telah memberi nasihat dan bimbingan kepada kami. Bimbingan
beliau amat kami hargai. Cara kami untuk membuat penambahbaikan ialah kami
menghantar draf kertas cadangan kepada pensyarah pembimbing untuk disemak.
Di samping itu, kami juga berjumpa dengan pensyarah pembimbing untuk
membuat penambahbaikan banner kami. Kami dikehendaki mereka cipta semula
banner dengan menambahkan maklumat yang dikehendaki dan menukar warna
latar belakang banner. Dari segi penambahbaikan buku program, kami
memasukkan gambar ke dalam buku program. Kami juga membuat pembetulan
dengan memasukkan maklumat ke dalam buku program.
Semasa

Sebagai AJK Publisiti, kami telah menyediakan satu tempat untuk


menyimpan buku program sebelum permulaan karnival. Kandungan buku program
kami terdiri daripada matlamat dan objektif permainan tradisional, pengenalan
permainan tradisional masing-masing, carta organisasi dan sebagainya. Bagi para
pensyarah dan peserta yang datang, kami perlulah memberikan buku program
kepada mereka. Dengan penerangan ringkas dalam buku program ini, pensyarah
dan peserta akan lebih mengenali permainan tradisional yang diadakan dengan
lebih dalam.
Selepas
Segalanya yang telah kami rancang telah berjalan dengan lancarnya. Kami
sebagai AJK Publisiti pun menanggalkan banner yang digantungkan di pintu masuk
karnival permainan tradisional. Selepas itu, kami menggulungkan banner tersebut
dan menghantar ke jabatan pendidikan jasmani pada keesokan hari. Kami telah
balik ke padang untuk mengemaskan peralatan. Seterusnya, kami memulangkan
meja yang diambil dari kafeteria dan peralatan ke stor PJ dan Gerko. Salah satu
kelemahannya adalah banner yang digantungkan telah diikat dengan ikatan yang
tidak bersesuaian dan menyebabkan sedikit kesusahan untuk menanggalkannya.
Akhirnya uga dapat menanggalkannya dengan kerjasama rakan-rakan sekalian.
Kami telah mempelajari nilai bekerjasama dalam penganjuran karnival
permainan tradisional ini. Kami sedar bahawa kepentingan nilai bekerjasama
diamalkan dapat melancarkan karnival permainan

tradisional

yang

dijalankan. Semua ahli jawatankuasa saling membantu turut dapat meringankan


setiap tugas ahli jawatankuasa masing-masing. Dengan mengamalkan nilai
tanggungjawab, semua tugas yang diarahkan dapat dilaksanakan dengan baik.
Selain itu, kami sedar bahawa nilai bertolak ansur juga penting dalam
mejayakan penganjuran karnival ini. Kewujudan sikap bertolak ansur antara semua
ahli jawatankuasa dapat mengelakkan perselisihan faham. Kami menerima
pandangan orang lain dengan hati terbuka dan membuat penambahbaikan agar
dapat mencapai prestasi yang terbaik.
4

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan AJK
Publisiti atas segala kerjasama yang ditunjukkan. Tidak akan saya lupakan kepada
rakan-rakan sekelas atas bantuan yang dihulurkan kepada AJK kami. Sekian,
terima kasih.
Secara tuntasnya, penganjuran karnival ini telah banyak meningkatkan
pembinaan jati diri sebagai seorang guru yang bakal mendidik anak bangsa pada
masa akan datang. Karnival ini juga turut mendidik diri kami dalam pengurusan dari
segi pelbagai aspek dan akhirnya dapat menyempurnakan suatu program. Secara
keseluruhannya, kami berpuas hati atas kerjasama yang diberikan oleh guruguru
pelatih dari mula hingga berakhirnya karnival ini.
Kesimpulannya, Karnival Permainan Tradisional telah memberikan impak
yang positif dalam melahirkan modal insan guru yang beraspirasi tinggi lantas
menjayakan hasrat melahirkan insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

_______________________

_______________________

(JOSH TING SZE WU)

(JOANNA TANG)

AJK Publisiti,

Ketua AJK Publisiti,

Karnival Permainan Tradisional Tahun 2015,

Karnival Permainan Tradisional Tahun 2015,

PISMP BC Jun 2013,

PISMP BC Jun 2013,

IPG Kampus Batu Lintang.

IPG Kampus Batu Lintang.

You might also like