You are on page 1of 1

Peranan ibu bapa dalam Pendidikan Inklusif

Peranan ibu bapa adalah agen pengerak dalam menjayakan Pendidikan Inklusif. Ia
akan memberi impak yang positif sekiranya ibu bapa berperanan secara aktif dalam
Pendidikan anak-anak, terutamanya anak berkeperluan Pendidikan Khas ini. Ibu bapa
banyak membantu pelaksanaan program inklusif ini dengan membina keyakinan diri murid
berkeperluan khas bagi mencapai potensi yang optimum. Ibu bapa banyak mendedahkan
anak-anak dengan pergaulan sesama ahli keluarga dan kawan yang lain dalam usaha untuk
meningkatkan keyakinan diri murid.

Kerjasama ibu bapa juga dapat dilihat melalui penglibatan mereka dengan aktiviti
pembelajaran anak mereka. Ia boleh dikategorikan kepada dua jenis penglibatan iaitu
penglibatan berasaskan sekolah dan penglibatan berasaskan rumah (Hoover-Dempsey dan
Sandler 2007).Penglibatan berasaskan sekolah merujuk kepada penglibatan ibu bapa dalam
seminar keibu bapaaan, membantu guru dikelas dan ahli pembuat kepurtusan sekolah
(Cavkaytar 2007; Scorgie et al 2008). Manakala Penglibatan berasaskan rumah
termasukkan bantuan ibu bapa memantau anak-anak menyiapkan kerja rumah, melatih
membaca dan melaksanakan aktiviti-aktiviti di rumah yang dapat meningkatkan
perkembangan pendidikan anak-anak.

Kesimpulannya, peranan antara ibu bapa, komuniti dan sekolah dalam


pemuafakatan merupakan satu strategi yang boleh dilaksanakan untuk mendorong
penglibatan ibu bapa dan komuniti di sekolah.bergerak secara aktif. Peranan ibu bapa bapa
memberi implikasi yang besar terhadap percapaian akedemik, pengurusan tingkalau dan
emosi pelajar. Menyedari hakikat bahawa peranan ibu bapa terutamanya dalam pendidikan
inklusif mendorong pihak sekolah terutamanya mengalakkan penglibatan ibu bapa dan
komuniti untuk membantu pihak sekolah memantau perkembangan pelajar berkeperluan
khas agar dapat berkembang semaksima yang boleh.

You might also like