You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN SUNGAI BESI 2

MINIT MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 1 /TAHUN 2018

Tarikh : 27 Disember 2017 (Rabu)

Masa : 3.00 Petang

Tempat : Dewan Selangor ( Hotel Seri Cempaka )

Pengerusi : Pn. Hjh. Hafizah Bt. Abdullah

Kehadiran :

1. En. Azwa B. Hj. Mansor


2. En. Zuraimi B. Mahamud
3. Pn. Hjh. Hafizah Bt. Abdullah
4. En. Asharudy B. Muhammad Sidik
5. Pn. Munira Bt. Ab Wahab
6. En. Muhammad Zakhir B. Ayub
7. En. Zahari B. Husin
8. Pn. Wan Noor Lyana Bt. W Zakaria @ Wan Daud
9. Pn. Norhayati Bt. Ab Abas
10. Pn. Norsubhiyah Bt. Abu Bakar
11. Pn. Wan Muslimah Bt. Mat Daud
12. Pn. Nor Farhanis Bt. Mohd Turmizi
13. Pn. Nurul Athirah Izzati Gololing Bt. Abdullah
14. Pn. Suriani Bt. Sulaiman

Tidak Hadir:
1. Syukli Noor Azmin Bin Mior Yahya
2. Pn. Rohidah Bt. Ismail
3. En. Mu’az B. Abdul Ghaffar
4. Pn. Huril Aini Bt. Abdul Mutalib

Urus Setia/Setiausaha : Pn. Nor Farhanis Bt. Mohd Turmizi


1 UCAPAN PENGERUSI (GPK KOKURIKULUM)

1.1 Ucapan Aluan


Pn. Hjh. Hafizah Bt. Abdullah mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang
hadir kerana dapat memberikan kerjasama walaupun terdapat banyak tugas yang
lain.
Tindakan: Makluman

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


2.1. Minit Mesyuarat Bil 3 /2017 dicadangkan pengesahannya oleh Pn. Wan Noor
Lyana Bt. W Zakaria @ Wan Daud dan disokong sebulat suara oleh ahli
mesyuarat.
Tindakan:Maklu
man

3 PERKARA BERBANGKIT:
Tiada perkara-perkara berbangkit.

4 PEMBENTANGAN KERTAS KERJA/LAPORAN

4.1 Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah 2018


4.1.1 Rujuk Buku Pengurusan Sekolah 2018
Tindakan: Makluman
4.1.2 GPK Kokurikulum meminta setiausaha kokurikulum dan setiausaha
sukan menyiapkan buku laporan aktiviti kokurikulum dan rumah
sukan bagi tahun 2018.
Tindakan: Setiausaha Kokurikulum dan Setiausaha Sukan

4.2 Sukan Sekolah


Pn. Hjh. Hafizah Bt. Abdullah memaklumkan bahawa Sukan Sekolah
2018 akan diadakan pada 10 Mac 2018. Latihan Rumah Sukan akan
bermula pada bulan Januari. Latihan Rumah Sukan ini akan diadakan di
sebelah pagi pada waktu persekolahan. Sebarang perubahan akan
dimaklumkan kemudian,
Tindakan: GPK Kokurikulum
4.3 Takwim Kokurikulum Sekolah
4.3.1 Pn. Hjh. Hafizah Bt. Abdullah membentangkan tarikh-tarikh aktiviti
kokurikulum yang akan diadakan. Berikut merupakan tarikh-tarikh
tersebut:
Bil Aktiviti Tarikh
1 Merentas Desa 26 Januari 2018
2 Sukan Sekolah 10 Mac 2018
3 Lawatan Sekolah 18 September 2018
4 Minggu Kokurikulum 8-12 Oktober 2018
5 Perkhemahan 26/27 Oktober 2018
6 Hari Kokurikulum 14 November 2018

Tindakan: Makluman

4.4 Takwim Kejohanan Sukan dan Permainan Majlis Sukan Sekolah Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur 2018
Pn. Hjh. Hafizah Bt. Abdullah membentangkan tarikh-tarikh Kejohanan
Sukan dan Permainan Majlis Sukan Sekolah Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur 2018 . Berikut merupakan tarikh-tarikh tersebut:
Bil Aktiviti Pengerusi Permainan Tarikh
Negeri
1 Merentas Desa SK Jalan Peel 30 Januari 2018
2 Ping Pong SKJC Chong Hwa 7-8 Februari 2018
3 Badminton SKJC Chong Wen 6-8 Februari 2018
4 Balapan Padang SMK Taman Desa 5-9 Februari 2018
5 Bola Baling SK Wangsa Maju Sek.2 2-5 Julai 2018

Tindakan: Makluman

4.5 Aktiviti Kokurikulum


4.5.1 Pn. Hjh. Hafizah Bt. Abdullah mengingatkan guru-guru yang terlibat
dengan aktiviti luar seperti program lawatan, perkhemahan dan
sebagainya menyediakan kertas kerja lebih awal dan menyediakan surat
kebenaran ibu bapa/penjaga.
Tindakan: Makluman

4.5.2 Pn. Hjh. Hafizah Bt. Abdullah mengingatkan semua guru agar
merancang dan membuat pengubahsuaian aktiviti kokurikulum bagi tahun
2018 supaya dapat menarik minat dan penglibatan murid.
Tindakan: Makluman

4.6 Surat Lantikan


Pn. Hjh. Hafizah Bt. Abdullah memberitahu bahawa surat lantikan Ahli
Jawatankuasa Kokurikulum 2018 akan diedarkan oleh beliau dalam masa
terdekat.
Tindakan: GPK Kokurikulum

5 HAL-HAL LAIN

5.1. Komited dan bertanggungjawab.


Pn. Hjh. Hafizah Bt. Abdullah menyatakan hasrat agar semua guru
memberikan kerjasama dan komitmen bagi menjayakan aktiviti-aktiviti
kokurikulum bagi tahun 2018.

Tindakan: Makluman
6 PENUTUP

Mesyuarat diakhiri dengan ucapan terima kasih.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.40 petang

Disediakan oleh,

…………………..........................................
( Nor Farhanis Binti Mohd Turmizi )
Setiausaha

Tarikh: 2 Januari 2018

You might also like