You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN SUNGAI BESI 2

MINIT MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 2 /TAHUN 2018

Tarikh : 26 April23 Mei 2018 (Khamis)

Masa : 3.00 Petang

Tempat : Bilik Gerakan SKJSB2

Pengerusi : Pn. Hjh. Hafizah Bt. Abdullah

Kehadiran :

1. En. Azwa B. Hj. Mansor


2. En. Zuraimi B. Mahamud
3. Pn. Hjh. Hafizah Bt. Abdullah
4. En. Asharudy B. Muhammad Sidik
5. Pn. Munira Bt. Ab Wahab
6. En. Muhammad Zakhir B. Ayub
7. En. Zahari B. Husin
8. Pn. Norsubhiyah Bt. Abu Bakar
9. Pn. Wan Muslimah Bt. Mat Daud
10. Pn. Nor Farhanis Bt. Mohd Turmizi
11. Pn. Nurul Athirah Izzati Gololing Bt. Abdullah
12. Pn. Suriani Bt. Sulaiman
13. Pn. Rohidah Bt. Ismail
14. Pn. Huril Aini Bt. Abdul Mutalib
15. En. Mu’az B. Abdul Ghaffar

Tidak Hadir:
1. En.Syukli Noor Azmin Bin Mior Yahya ( MC)
2. Pn. Wan Noor Lyana Bt. W Zakaria @ Wan Daud ( Ke Hospital)
3. Pn. Norhayati Bt. Ab Abas ( Ke Hospital)

Urus Setia/Setiausaha : Pn. Nor Farhanis Bt. Mohd Turmizi


1 UCAPAN PENGERUSI (GPK KOKURIKULUM)

Pn. Hjh. Hafizah Bt. Abdullah mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang hadir
kerana dapat memberikan kerjasama.
Tindakan: Makluman

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


Minit Mesyuarat Bil 1 /2018 dicadangkan pengesahannya oleh Pn. Wan Muslimah Bt.
Mat Daud dan disokong sebulat suara oleh ahli mesyuarat.
Tindakan:Makluman

3 PERKARA BERBANGKIT:
Tiada

4 PEMBENTANGAN KERTAS KERJA/LAPORAN

4.1 Pertukaran Kelab/Persatuan


Pn. Hjh. Hafizah Bt. Abdullah memaklumkan bahawa Kelab Kesihatan akan
ditukarkan kepada Persatuan Pendidikan Islam dan Bahasa Arab. Kelab Rukun
Negara/pencegah Jenayah akan dikekalkan. Guru-guru penasihat adalah seperti
berikut:
Kelab/Persatuan Guru-guru Penasihat
Kelab Rukun Negara Pn Munira Bt Ab Wahab (K)
En Muhammad Zakhir Bin Ayub (P)
En Mu’az Bin Abdul Ghaffar
Pn Rohidah Bt Ismail
Kelab Kesenian Dan Kebudayaan Pn Nurul Athirah Izzati Bt Abdullah
(K)
En Asharudy Bin Muhamad Sidik (P)
Pn Wan Noor Lyana Bt W Zakaria @
Wan Daud
En Zahari Bin Husin
Pn.Norhayati Bt Ab Abas
Persatuan Pendidikan Islam dan Pn Suriani Bt Sulaiman (K)
Bahasa Arab Pn Norsubhiyah Bt Abu Bakar
Pn Huril Aini Bt Abdul Mutalib
Pn. Wan Muslimah Bt Mat Daud
Tindakan: Makluman

4.2 Penglibatan/Pencapaian Murid


4.2.1 Pn. Hjh. Hafizah Bt. Abdullah mengingatkan guru-guru yang keluar
membawa murid menyertai pertandingan/aktiviti di luar sekolah mengisi
Buku Rekod Penglibatan Dan Pencapaian Kokurikulum mengikut bahagian-
bahagian yang telah ditetapkan. Beliau juga mengingatkan guru-guru untuk
mengambil gambar penyertaan murid-murid tersebut sebagai dokumentasi.
Tindakan: Makluman
4.2.2 Pn. Hjh. Hafizah Bt. Abdullah juga mengingatkan guru-guru agar
membuat salinan sijil penyertaan murid-murid tersebut sebagai simpanan
Unit Kokurikulum sekolah.
Tindakan: Makluman
4.3 Sukan Tahunan
Pn. Hjh. Hafizah Bt. Abdullah memaklumkan Sukan Tahunan Sekolah yang
diadakan berjalan seperti yang dirancang. Penglibatan guru-guru praktikum
agak memuaskan. Beliau juga mengucapkan tahniah dan ribuan terima
kasih atas kerjasama yang telah dicurahkan oleh guru-guru.
Tindakan: Makluman

4.4 Tuntutan Perjalanan


Pn. Hjh. Hafizah Bt. Abdullah mengingatkan guru-guru yang membawa murid
keluar menyertai aktiviti-aktiviti di luar untuk membuat tuntutan perjalanan.
Tindakan: Makluman

4.5 Minggu Kokurikulum


Pn. Hjh. Hafizah Bt. Abdullah memberitahu bahawa Unit Kokurikulum akan
mengadakan Minggu Kokurikulum selepas Peperiksaan Akhir Tahun (PAT).
Tarikh yang dirancang adalah pada 22 hingga 26 Oktober 2018. Objektifnya
adalah untuk menggalakkan murid-murid datang ke sekolah dan menarik
murid menyertai aktiviti kokurikulum. Aktiviti yang dirancang adalah seperti
berikut:
Bidang Aktiviti
Sukan dan Permainan i. Senamrobik
ii. Sukaneka Beragam
iii. Tarik Tali
iv. Merentas Desa
Kelab/Persatuan Game Show
Unit Beruniform Kembara Harta Karun
Tindakan:Pn. Hjh Hafizah Bt Abdullah

4.6 Program Peningkatan Kokurikulum


Pn. Hjh. Hafizah Bt. Abdullah memberitahu bahawa Unit Kokurikulum akan
mengadakan Klinik Badminton dan Karate. Tarikh dan keterangan tentang
program akan dimaklumkan kemudian.
Tindakan: Pn. Hjh Hafizah Bt Abdullah
4.7 Perhimpunan Bulanan Kokurikulum
Pn. Hjh. Hafizah Bt Abdullah membentangkan tarikh-tarikh Perhimpunan
Bulanan Kokurikulum. Berikut merupakan tarikh-tarikh Perhimpunan Bulanan
Kokurikulum sekolah:
Bil. Tarikh
1 16 Januari 2018 (Selasa)
2 13 Februari 2018 (Selasa)
3 13 Mac 2018 (Selasa)
4 17 April 2018 (Selasa)
5 15 Mei 2018 (Selasa)
6 17 Julai 2018 (Selasa)
7 14 Ogos 2018 (Selasa)
8 18 September 2018 (Selasa)
9 16 Oktober 2018 (Selasa)
10 14 November 2018 (Selasa)

Tindakan: Makluman

5 HAL-HAL LAIN

Tiada
6
PENUTUP
Mesyuarat diakhiri dengan ucapan terima kasih.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.30 petang

Disediakan oleh,

…………………..........................................
( Nor Farhanis Binti Mohd Turmizi )
Setiausaha

Tarikh: 27 April 2018

You might also like