You are on page 1of 2

Perkembangan sistem Pendidikan agama secara besar-besaran meledak seiring dengan era

kebangkitan gerakan Islam pada awal 1970- an. Pendekatan Tarbiyyah yang terdiri daripada
kombinasi ilmu sekular dan islam telah memberikan tempat kepada Pendidikan agama dalam
institusi yang berbagai bentuk. Pada tahun 1971 ABIM telah memperkenalkan gagasan ini menerusi
sekolah persendirian yang pertama. Tujuan dan peranan Yayasan Anda menarik minat ramai
pengkaji Barat seperti Judith Nagata (1984:77) yang menyifatkannya sebagai sebuah institusi
Pendidikan yang menjadikan agama sebagai asas utama dalam mengharungi arus perdana sistem
Pendidikan kebangsaan. ABIM adalah perintis sistem dan institusi Pendidikan moden daripada
kalangan gerakan Islam. Penubuhan institusi seperti Taman Asuhan Kanak-Kanak(TASKI), Institusi
Pendidikan Pengajian Ilmu -ilmu Islam (SRI), dan Institut Perguruan ABIM (ABIM) adalah suatu
manifestasi daripada hasratnya yang ingin melihat suatu sistem Pendidikan alternatif berteraskan
Islam berkembang dalam masyarakat. Institusi yang ditubuhkan pada tahun 1991ini telah
memainkan peranan penting dalam melaksanakan idea “islamisasi ILmu”. Idea ini dikatakan dapat
dilaksanakan menerusi pemberian roh dan perspektif islam terhadap seluruh bidang subjek yang
terlibat. Pada 15 jun 2002 impian ABIM untuk melihat tertubuhnya institusi Pendidikan tinggi
apabila dinaiktaraf sebagai Kolej Darul Hikmah (KDH). Matlamat KDH adalah untuk membangunkan
tradisi ilmu yang memugar kegemilangan Tamadun islam dan menjadikan islma cara hidup.
Diperingkat university ianya hanya menawarkan sijil bertaraf Diploma, namun ia menerima
pengakuan dan university tempatan dan luar negara. penglibatan ABIM semakin meluas dalam
melaksanakan Dasar Pendidikan kebangsaan yang lancar pada tahun 1987.

Aktivis ABIM menyumbangkan idea dalam institusi Pendidikan apabila kerajaan Pakatan
Rakyat menguasai Selangor pada pilihanraya 2008. Sekolah al-amin adalah antara institusi
Pendidikan JIM yang berjaya menarik perhatian masyarakat. Matlamat umum pendidikannya adalah
untuk memebentuk generasi Muttaqin yang mampu menghayati dan memperjuangkan Islam secara
menyeluruh. JIM terus mengembangkan institusi pendidikannya dengan mewujudkan rangkain
sekolah-sekolah islam yang terdiri daripada 30 buah buah rendah dan memengah. JIM telah
menubuhkan Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia yang bertujuan untuk melaksanakan usaha islah dan
dakwah kepada mahasiswa. Kecenderungan JIM menggunakan Pendidikan informal disebabkan oleh
pendekatan gerakan itu lebih terbuka ke dalam masyarakat tanpa wadah yang jelas membawa nama
organisasi. Walaupun JIM masih tidak dapat menandingi kepopularan ABIM khususnya dalam
kalangan masyarakat tempatan , ia berjaya menanmbah kepesatan rangaian sekolah Al-amin di
Kawasan bandar.

Perjuangan menegakkan islam khususnya menerusi sistem pengajian sekolah pondok


diteruskan oleh Parti Islam Semalaysia (1951). Pendekatan sekular ini memberi peluang kepada PAS
mengukuhkan penguasaannya secara tidak tidak langsung di dalam institusi Pendidikan tradisi
seperti pondok dan sekolah agama rakyat. Hubungan PAS dengan institusi pondok dan sekolah
agama rakyat telah bermula sejak penubuhan Maahad Ehya al-syarif (1934). Yang kemudiannya
melahirkan gerakan islam berbentuk parti politik iaitu Hizbul Muslimin (1948). Pada 1959 PAS
menunjukkan sikap dan minat dan berjaya menguasai Kelantan. Pada tahun 1963, sebuah universiti
islam dirancang untuk dibina di Kelantan namun gagal kerana bertentangan dengan akta pelajaran
pada masa itu. Dan rancangan itu di tukar kepada Markaz al-Dirasah al-Islamiyyah (Islamic Centre for
Higher studies). Pada tahun 1968, pusat ini diistiharkan sebagai Yayasan Pengajian Tinggi Islam
Nilam Puri. Pada tahun yang sama universiti al-azhar Mesir memberi pengiktirafan kepada Fakulti
Syariah di pusat ini. Pembinaan universiti islam yang pertama tidak tercapai apabila terdirinya
Universiti kebangsaan Malaysia yang dilihat lebih berorentasikan Pendidikan.
Penguasaan PAS dalam politik Kelantan juga menyaksikan parti Islam tersebut bersungguh-
sungguh-sungguh menaungi institusi Pendidikan agama kerajaan negeri, iaitu Yayasan Islam
Kelantan (YIK) 1974. YIK mengamalkan 2 sistem Pendidikan secara serentak, iaitu kokum AL-AZHAR
dan kebangsaan. Pada tahun 1998, seramai kira-kira 800 pelajaran lepasan YIK melanjutkan
pelajaran di Universiti AL-AZHAR. PAS juga melakukkan perubahan besar dalam memperkenalkan
sistem Pendidikan Islam baru di Terengganu. Antaranya kolej Islam Sains Terengganu (KIST) dan
Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB). Namun PAS sebagai sebuah gerakan Islam setakat ini
agak kurang berjaya memartabatkan Pendidikan tinggi di atas nama parti. Mungkin PAS kurang
berpengalaman ,kurang dana atau sokongan masyarakat dan gagal menyaingi kehebatan gerakan
Islam seperti Muhammadiyyah di Indonesia .

You might also like