You are on page 1of 1

‫سكوله منغه كبغسأن داتؤ هارون‬

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO’


HARUN,
45500 TANJONG KARANG,
SELANGOR DARUL EHSAN.
No. Telefon : 03-32698151
No. Faksimili : 03-32692769
Emel : bea3075@btpnsel.edu.my
Rujukan Kami : SMKDH600-10/1/5( 09 )
Tarikh : 15 JULAI 2020

Yang Dipertua PIBG,


SMK Dato’ Harun,
Jalan Bernam 8,
45500 Tanjong Karang, Selangor.

Melalui dan salinan


Pengetua,
SMK Dato’ Harun,
45500 Tanjong Karang,
Selangor Darul Ehsan.

Tuan/Puan,

MEMOHON SUMBANGAN KEWANGAN BAGI MENAIKTARAF BILIK MEDIA DAN


TAYANG PUSAT SUMBER SEKOLAH.

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman tuan/puan, Pusat Sumber SMK Dato’ Harun akan mewakili Selangor
ke peringkat kebangsaan dalam Anugerah Pembestarian Sekolah bagi Kategori Pengurusan
Pusat Sumber Cemerlang untuk tahun 2020. Sebagai makluman, pada tahun 2019, PSS SMK
Dato’ Harun telah merangkul Johan Negeri Selangor.

3. Sehubungan dengan itu, pihak pengurusan Pusat Sumber Sekolah ingin memohon
sumbangan berbentuk kewangan daripada pihak PIBG berjumlah Ringgit Malaysia 1,500 ( RM
1000 sumbangan PIBG dan RM500 sumbangan Yayasan Selangor yang telah dimasukkan ke
dalam akaun PIBG). Perbelanjaan ini diperlukan untuk membeli 1 unit televisyen dan 1 unit
pemain DVD (rujuk kertas kerja).

4. Semoga dengan sumbangan pihak tuan/puan, dapat merealisasikan impian kami


untuk meningkatkan mutu perkhidmatan PSS kami bagi membantu kemenjadian pelajar.
Kerjasama dan sumbangan daripada pihak tuan diucapkan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA “


Saya yang menjalankan amanah,

……………………………………….
AZLINA MAT JAMIL
Guru Perpustakaan dan Media,
Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Harun
45500 Tanjong Karang
Selangor Darul Ehsan.

Sk. Fail Berkenaan

You might also like