You are on page 1of 4

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING, SMK Dato’ Harun, 45500 Tg.

Karang, Selangor Darul Ehsan

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING


Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Di Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia.

1.0 Tujuan/Rasional
Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling (B&K) bertujuan supaya Guru B&K memfokuskan
perkhidmatannya kepada usaha Pembangunan Sahsiah dan Pembangunan Disiplin Murid di
sekolah.

2.0 Konsep
2.1 Perkhidmatan B&K di sekolah sebagai perkhidmatan yang mesra murid, rakan
guru, ibu bapa dan masyarakat . Menerusi perkhidmatan yang diberikan, boleh
membanatu murid meningkatkan keupayaan berfikir dan bertindak secara positif
dan berkesan.
2.2 Murid merupakan asset penting yang perlu sentiasa dibantu dan dibimbing
menerusi perkhidmatan B&K agar mereka boleh membuat keputusan yang
wajardan betul dalam menjalani kehidupannya.
2.3 Guru B&K menghayati bahawa memenangi jiwa murid merupakan teras
perkhidmatan B&K serta berupaya mendahului jangkaan tindakan muridnya.
2.4 Guru B&K adalah seorang yang memiliki personality sebagai guru yang paling
dipercayai, diyakini dan disenangi oleh murid, rakan sejawat, ibubapa dan
masyarakat di sekolah.

3.0 Objektif
3.1 Guru B&K menghayati bahawa memenangi jiwa murid merupakan teras
perkhidmatan B&K di sekolah.
3.2 Sebagai perkhidmatan yang mesra, selesa dan kondusif kepada murid untuk
menyuarakan isi hati dan permasalahan mereka, seterusnya dapat membuat
keputusan yang wajar dan betul.
3.3 Agar Guru B&K boleh mendahului jangkaan tindakan-tindakan yang di luar
norma sosial dalam kalangan murid-muridnya.
3.4 Agar murid boleh meneroka peluang dan ruang kerjaya yang sesuai dengan
personaliti mereka.

4.0 Fokus Perkhidmatan B&K

1
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING, SMK Dato’ Harun, 45500 Tg. Karang, Selangor Darul Ehsan

Perkhidmatan B&K dilaksanakan secara sepenuh masa dan berfokus


kepada program dan aktiviti.
4.1 Pembangunan dan pengembangan sahsiah murid.
Fokusnya adalah untuk mengembangkan personaliti kendiri murid
daripada aspek:
4.1.1 Sikap penyayang
4.1.2 Budi bahasa
4.1.3 Konsep kendiri
4.1.4 Kepemimpinan
4.1.5 Komunikasi
4.1.6 Kekemasan diri
4.1.7 Ketepatan masa
4.2 Peningkatan Disiplin Diri Murid
Fokusnya adalah memupuk disiplin diri murid termasuk intervensi yang perlu
dilakukan bagi mencegah terlibat dengan gejala-gejala displin dan anti-sosial yang
lain.
4.3 Pendidikan Kerjaya Murid
Fokusnya berkaitan dengan pendedahan dan bimbingan kepada murid mengenai
maklumat berkaitan peluang pendidikan dan hala tuju kerjaya. Menerusi fokus ini
Guru B&K hendaklah:
4.3.1 Melaksanakan program Pendidikan Kerjaya secara terancang
bagi memastikan semua murid dapat mengenal pasti potensi
diri, minat, sikap dan hala tuju kerjaya.
4.3.2 Menyediakan Profil Kerjaya setiap murid bermula dari sekolah
rendah sehingga ke sekolah menengah dalam plan
pembangunan dan perkembangan kerjaya mereka.
4.3.3 Menyediakan rekod murid selepas tamat persekolahan sama
ada terus memasuki alam kerjaya atau meneruskan
pengajian ke institusi-institusi pengajian tinggi awam atau
swasta.
4.4 Psikososial dan Kesejahteraan Mental Murid.
Fokusnya adalah membimbing murid supaya mampu mengekalkan dan mengurus
kesejahteraan diri dan mental. Menerusi fokus ini Guru B&K hendaklah
4.4.1 Membimbing murid dalam proses sosialisasi dan interaksi.

2
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING, SMK Dato’ Harun, 45500 Tg. Karang, Selangor Darul Ehsan

4.4.2 Membimbing murid dalam aspek pengurusan emosi.


4.4.3 Membantu murid mengembangkan pemikiran yang positif.

5.0 Lokasi
Tingkat bawah Blok BB berhampiran kantin (menghadap jalan raya)

6.0 Peraturan Bilik B&K


6.1 Dilarang  masuk ke dalam bilik kaunseling tanpa kebenaran
guru B&K.
6.2 Guru-guru dan murid-murid perlu mendapatkan kebenaran guru
B&K jika ingin menggunakan bilik B&K dan kemudahan-
kemudahan yang disediakan.
6.3 Tidak dibenarkan membawa masuk makanan serta minuman, beg,
benda tajam, pemetik api, buku-buku lucah dan benda-benda
merbahaya.
6.4 Meletakkan kasut di rak kasut di luar bilik B&K.
6.5 Dilarang membuat bising, bermain, makan dan minum dalam bilik B&K.

6.6 Dilarang membuka fail-fail dan membaca borang maklumat murid, Kad 001 tanpa
kebenaran guru B&K.

6.7 Dilarang menggunakan peralatan audio dan visual tanpa kebenaran.

6.8 Dilarang membawa keluar sebarang peralatan bilik UBK, buku-buku, brosur,


poster kerjaya, maklumat IPT dan lain-lain bahan UBK.

6.9 Gunakan peralatan elektrik dengan berjimat dan cermat.

6.10 Matikan suis lampu dan penghawa dingin semasa hendak keluar jika tidak ada
murid lain yang menggunakannya.

6.11 Laporkan sebarang kerosakan peralatan kepada guru B&K.

6.12 Bersihkan meja, kerusi, dan lantai selepas menggunakan bilik UBK.

6.13 Berpakaian kemas dan sopan semasa masuk ke bilik UBK.

6.14 Mendapatkan kebenaran bertulis atau kebenaran lisan daripada guru atau ketua
tingkatan sebelum masuk ke bilik UBK.

6.15 Membuat temujanji terlebih dahulu sebelum menghadiri sesi kaunseling.

3
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING, SMK Dato’ Harun, 45500 Tg. Karang, Selangor Darul Ehsan

** Guru-guru dan murid-murid yang menggunakan bilik UBK mencatatkan


maklumat diri dalam buku khas penggunaan Bilik Kaunseling.

7.0 Piagam Pelanggan


7.1 Menyediakan bilik kaunseling yang kondusif dan terapiutik.
7.2 Menerima semua klien tanpa syarat.
7.3 Memenuhi temujanji klien.
7.4 Memaklunkan perubahan tarikh atau masa temujanji sekurang-
kurangya sehari sebelum tarikh dan masa yang lain.
7.5 Menjalankan sesi kaunseling dengan penuh etika dan professional.
7.6 Menjalankan sesi kaunseling dalam tempoh masa 40 hingga 60 minit
setiap sesi individu atau kelompok.
7.7 Menerima dan melayan klien kaunseling krisis dengan serta merta.
7.8 Melaksanakan program yang dirancang dengan ikhlas dan
bertanggungjawab.

8.0 Masa Operasi


8.1 Hari Persekolahan : 7.30 am – 2.00 pm
8.2 Hari Cuti : Temujanji

9.0 Kaunselor
Cr. Hamad Wahid bin Mat Akiram
Cr. Malek bin Saan
Cr. Masitah binti Maarof

You might also like