You are on page 1of 2

Modul 3 minit persamaan 7 minit Pengiraan

1. Hidrogen peroksida, H2O2 menghurai kepada gas oksigen dan air.


Tuliskan persamaan yang seimbang.
Hitung isipadu gas oksigen, O2 yang dihasilkan pada STP daripada penguraian 34 g hydrogen peroksida,
H2O2. [Jisim atom relatif: H=1, O=16, 1 mol menepati 22.4 dm 3mol-1 pada STP] Ans: 11.2dm3
2. Argentum karbonat, AgCO3 terurai menjadi logam argentum, gas karbon dioksida dan gas oksigen apabila
dipanaskan. Tuliskan persamaan seimbang bagi tindak balas tersebut.
Hitung jisim Argentum karbonat, AgCO 3 yang menghasilkan 10 g argentum. Ans: 12.78g
[Jisim atom relatif :Ag = 108, C =12, O=16]
3. 16g kuprum(II) oksida, CuO bertindak balas dengan metana, CH 4 yang berlebihan untuk menghasilkan
logam kuprum, gas karbon dioksida dan air.
Tuliskan persamaan kimia seimbang bagi tindak balas tersebut. Hitung jisim kuprum yang terhasil..
Ans: 12.8 g.
4. Berapakah jisim magnesium oksida yang terbentuk jika 0.6 g magnesium terbakar dalam oksigen
berlebihan? [Jisim atom relative: O = 16, Mg = 24] Ans: 1 g

5. Berapakah isipadu karbon dioksida yang terbebas apabila 5 g kalsium karbonat bertindak balas dengan
asid hidroklorik pada keadaan bilik? [Jisim atom relatif: C =12, O =16, Ca = 40, 1 mol menepati 24 dm 3mol-
1
pada keadaan bilik] Ans: 1.2 dm 3.
6. Tindak balas antara kuprum(II) oksida, CuO dengan aluminium menghasilkan aluminium oksida dan logam
kuprum. Hitung jisim aluminium yang diperlukan untuk bertindak balas lengkap dengan 12
g kuprum (II) oksida, CuO. [jisim Atom Relatif: O= 16, Al = 27, Cu = 64]
Ans: 2.7 g
7. Persamaan menunjukkan tindak balas antara zink dengan asid hidroklorik.
Zn 2HCl  ZnCl2 + H2
Hitungkan jisim zink yang perlu ditindak balaskan dengan asid hidroklorik berlebihan untuk menghasilkan
6 dm3 gas hydrogen pada keadaan bilik. [Jisim atom relatif: Zn = 65, Cl = 35.5, 1 mol menepati 24 dm 3mol-1
pada keadaan bilik] Ans: 16.25 g
8. Persamaan berikut menunjukkan tindak balas antara kalium dengan oksigen.
4K + O2  2K2O
Hitungkan jisim kalium yang diperlukan untuk menghasilkan 23.5 g kalium oksida.
[Jisim atom relatif: K=39, O = 16] Ans: 19.5 g
9. Persamaan menunjukkan penguraian hydrogen peroksida.
H2O2  H2O + O2
Seimbangkan persamaan diatas. Hitung bilangan mol H 2O2 yang terurai sekiranya 11.2 dm3 gas oksigen
dikumpulkan pada STP. [Jisim atom relatif: H=1, O=16, 1 mol menepati 22.4 dm 3mol-1 pada STP]
Ans: 1.0 mol
10. Persamaan menunjukkan pembakaran gas propane.
C3H8 + 5O2  3CO2 + 4H2O
720 cm3 gas propana (C3H8) pada keadaan bilik terbakar dalam oksigen berlebihan. Hitungkan jisim karbon
dioksida yang terbentuk. [Jisim atom relatif: O= 16, H=1, C= 12, 1 mol menepati 24 dm 3mol-1 pada
keadaan bilik] Ans: 3.96g
11. Hitung jisim natrium oksida yang dihasilkan apabila 9.2g natrium dibakar dalam oksigen berlebihan
membentuk natrium oksida. [Jisim atom relatif: Na= 23, O= 16] Ans: 12.4 g
12. Apakah isipadu minimum gas oksigen yang diperlukan bagi membakar 2.9g butana, C 4H10 untuk
membentuk karbon dioksida dan air? [Jisim atom relatif: H= 1, C= 12, 1 mol menepati 24 dm 3mol-1 pada
keadaan bilik] Ans: 7.8 dm 3
13. 3.1 g natrium oksida terbentuk apabila logam natrium terbakar dengan lengkap dalam oksigen pada STP.
Hitung isipadu oksigen yang digunakan? [Jisim atom relatif: Na= 23, O= 16 1 mol menepati 22.4 dm 3mol-1
pada STP] Ans: 0.56 dm 3
14. V
15. V
16. V
17. V
18. V
CaCO3 + 2HCl  CaCl2 + H2O + CO2
3CuO + 2Al  Al2O3 + 3Cu

You might also like