You are on page 1of 5

SK SERI TRONOH, JALAN BESAR ,31750 TRONOH, PERAK

MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK BIL. 2 / 2020

Tarikh : 29 Jun 2020 (Selasa)

Masa : 8.30 tengah hari

Tempat : Makmal Komputer SK Seri Tronoh.

Pengerusi : Puan NurHazurah @ Azimah Bt Mohd Hasan

Kehadiran : 8 orang

1. Puan Siti Habsah binti Hashim – GB


2. Puan Rozi binti Abu Bakar – PK Pentadbiran
3. Puan Sanggeri A/P Anamalai
4. Puan Maizatul Husna binti Meor Mohammed Amno
5. Puan Noraini binti Yusof
6. Puan Adibah Khairiah Bt Adnan
1. Kata Aluan Pengerusi
1.1. Ucapan salam dan terima kasih kepada guru-guru yang hadir pada mesyuarat Kurikulum
Bil.1 / 2020 ini.
1.2. Terima kasih juga diucapkan kepada semua guru yang telah memberi komitmen yang
cemerlang sepanjang Tahun 2019.
Tindakan : Makluman

2. Bacaan Doa
2.1. Encik Mohd Azman bin Sastro telah memimpin bacaan doa.

3. Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat


3.1. Setiausaha membentangkan minit mesyuarat kurikulum bil.4/2019 untuk diterima dan
disahkan.
Cadangan : Puan Sanggeri A/P Anamalai
Sokongan : Puan Puan Maizatul Husna binti Meor Mohammed Amno
Tindakan : Setiausaha Kurikulum

4. Perkara Berbangkit
4.1. Tiada
Tindakan : Makluman

5. Makluman terkini / Surat siaran PPD / JPN / KPM


5.1. KPM mengumumkan peperiksaan bagi murid Tahap 1 yang melibatkan murid tahun satu,
dua dan tiga akan dimansuhkan dan akan digantikan dengan sistem pentaksiran yang lebih
objektif bermula 2019.
5.2. Pentaksiran ini dilaksanakan melalui Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).
5.3. Rekod PBD yang disediakan boleh disimpan oleh guru dan pihak sekolah untuk tujuan
pelaporan atau tindakan susulan.
5.4. Di peringkat sekolah tetap akan melaksanakan program sendiri mengikut kesesuaian bagi
mengatasi masalah penguasaan kemahiran asas 3M.
5.5. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) – murid dinilai secara berterusan dalam pelbagai bentuk
pentaksiran yang sebahagian daripada PdPc.
Tindakan : Makluman Semua Guru

6. Jadual Pencerapan Pengajaran dan Pembelajaran 2020


6.1. Penolong Kanan Pentadbiran membentangkan Jadual Pencerapan Pengajaran dan
Pembelajaran 2020.
(Rujuk LAMPIRAN A / Buku Pengurusan Sekolah 2020 - m/s 56.)
Tindakan : PK Pentadbiran

7. Latihan Murid
7.1. Penolong Kanan Pentadbiran membentangkan Penetapan Dasar dan Kuantiti Latihan
Murid.
(Rujuk LAMPIRAN A / Buku Pengurusan Sekolah 2020 – Penetapan Dasar dan Kuantiti
Latihan Murid m/s 57.)
Tindakan : Makluman

8. Pemantapan KBAT
8.1. Penolong Kanan Pentadbiran membentangkan JK KBAT 2020 dan senarai tugas.
(Rujuk Buku Pengurusan Sekolah 2020 – m/s 23.)
8.2. Guru perlu menerapkan elemen KBAT secara langsung atau tidak langsung semasa pdpc
dijalankan.
8.3. Guru perlu tingkatkan teknik penyoalan, gunakan peta I-Think dalam PdP.
8.4. Aktifkan program kemenjadian murid di Speakers Corner seperti Kuiz Spontan dan
kreatuviti guru Matematik mengelola aktiviti ini.
8.5. Guru perlu melatih murid menjadi Liaison Officer (LO) dan memberi ruang kepada murid
sebagai pemandu arah untuk menjalankan Program Mento Mente.
8.6. Boleh melaksanakan LADP untuk guru dan murid-murid tentang KBAT.
Tindakan : Semua guru Matematik

9. Jadual Waktu
9.1. Jadual waktu guru dan mata pelajaran telah diedarkan kepada setiap guru.
Tindakan : PK Pentadbiran
9.2. Guru Matematik perlu bersedia warm up sebelum pdpc bermula seperti Hafal Sifir dan
Kemahiran Mengira Matematik Fakta Asas.

10. Sukatan Pelajaran KSSR


10.1. Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT)
10.1.1. Mesti ada di dalam Buku RPH/ Fail Persediaan Mengajar / tempat yang sesuai
(boleh dikemukakan apabila diminta).
10.1.2. Setiap guru perlu menyediakan RPT mengikut MP masing-masing.

10.2. Rancangan Pengajaran Harian (RPH)


10.2.1. Buku RPH dan fail telah ada di pejabat. Pastikan guru yang telah mengambil buku
RPH tersebut ditandatangani pada borang yang telah disediakan.
10.2.2. Ketua Panitia perlu selaraskan penulisan RPH bagi setiap panitia MP masing-
masing. (Cth: Bidang/Tajuk/Objektif/Aktiviti/Impak dan sebagainya).

10.3. Dokumen Standard Kurikulum & Pentaksiran (DSKP)


10.3.1. Guru-guru perlu menyediakan DSKP mengikut MP yang diajar.
10.3.2. Perlu menggunakan DSKP yang terkini.
10.4 PBD perlu berpandukan tahap penguasaan mengikut DSKP ditetapkan .

Tindakan : Semua Guru/Makluman

11. PAK 21
11.1. Mantapkan Kelas PAK 21 dalam pdpc untuk Tahun 2020.
11.2. GB dan pentadbir membimbing dan memantau guru semasa pdpc.
Tindakan : Guru Kelas
12. Penggunaan ICT/ Google Classroom
12.1. Perasmian Minggu Google Classroom akan bergabung dengan pelancaran NILAM pada
12/2/2020.
12.2. Penyelaras ICT menyediakan jadual Google Classroom setiap kelas untuk memudahkan
dan membudayakan pdpc murid Google Classroom.
Tindakan : Penyelaras Google Classroom

13. Penilaian dan Peperiksaan


13.1. Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT) dan Peperiksaan Akhir Tahun (PAT) untuk Tahun
4,5 dan 6 sahaja.
13.2. Ujian Mac akan bermula dari 9.3.2020 hingga 12.3.2020.
13.3 Soalan akan dibeli daripada MGB.
Tindakan : Makluman

14. Program Peningkatan Mata Pelajaraan


14.1. KP menyediakan dan berbincang dengan guru Matematik untuk Program Peningkatan
mata pelajaran 2020 mengikut pelan operasi dirancang .
Tindakan : Makluman KP

15. Program Panitia


15.1. Perlu melaksanakan program-program yang telah dirancang terutamanya Bengkel Kira
Mudah dalam takwim Panitia Matematik .
15.2. KP perlu mengisi nota minta dan rujuk dengan PT terlebih dahulu sebelum memesan
barang / bahan panitia. Ia perlu sesuai dengan pengajaran Matematik
15.3. PLC akan dilaksanakan fari semasa ke semasa untuk meningkatkan kualiti pdpc dan
kemahiran Matematik kepada semua guru Matematik.
Tindakan : Makluman KP

16. Pemantauan Berkualiti


16.1. Pemantauan akan dinilai 2 kali setahun.
16.2. Program 1115 akan berjalan seperti biasa iaitu;
1 kelas, 1 guru, 1 hari dan 5 buah buku.
Tindakan : Makluman/ Semua Guru

17. Pendidikan Khas


17.1. Jumlah murid Pendidikan Khas yang terkini ialah 12 orang.
17.2. Pdpc mengikut sukatan pelajaran ditetapkan.
17.3. Pelbagai BBM untuk menarik murid berpendidikan khas.

Tindakan : Guru P.Khas/Makluman

18. Belanjawan 2020


18.1. Semua Ketua Panitia perlu membuat perancangan berdasarkan anggaran kewangan untuk
pembelian bagi tahun 2020.
18.2. Ketua Panitia atau penyelaras program perlu rujuk PT terlebih dahulu sebelum memesan
barang/bahan.
18.3. Gunakan nota meter untuk memesan barang.
Tindakan : Makluman
19. Lain-lain Hal
19.1. Tarikh menghantar RPT pada akhir Januari. Hari terakhir pada 1.2.2019.
19.2. Untuk minggu pertama, RPH perlu hantar pada hari Rabu.
19.3. Guru perlu menyimpan Borang Keberhasilan.
Tindakan : Makluman

20. Ucapan Penangguhan


20.1 Mesyuarat berakhir pada jam 2.30 petang.

Di Disediakan oleh, , Disemak oleh,

………………………………….
…………………………………
( NURHAZURAH@ AZIMAH MOHD HASAN)
S KP MATEMATIK,
S SK Seri Tronoh.
Perak.

You might also like