You are on page 1of 4

PK01 – Pengurusan Panitia

SK FELDA ULU TEBRAU


PASIR GUDANG, JOHOR

LAPORAN KEJOHANAN MSSD PASIR


GUDANG BOLA JARING BAWAH 12 TAHUN
2018

1. Nama Program : Kejohanan MSSD Pasir Gudang Bola Jaring Bawah 12


2. Tarikh : 16-19 April 2018
3. Hari / Masa : Isnin-Khamis / 7.30 pagi – 5.30 petang
4. Tempat : SK Taman Cendana

5. Objektif :
5.1 Membuka lebih banyak peluang kepada murid untuk terlibat dalam
pertandingan peringkat daerah dan selanjutnya.
5.2 Meningkatkan daya saing yang sihat di kalangan murid.
5.3 Menimba lebih banyak pengetahuan dan pengalaman.

6. Sasaran :15 ahli pasukan sekolah Bola Jaring

7. Butiran aktiviti : Taklimat pendaftaran pasukan bermula pada jam 8.00


pagi. Pengurus pasukan mencatat dan mengambilkira peraturan baharu dan
taktikal pengadilan bagi 2018.Memandangkan pasukan SK Felda Ulu Tebrau
berada di kumpulan H, gelanggang perlawanan ialah gelanggang B. Pasukan
sekolah akan bersaing dengan SK Bandar Seri Alam (B), SK Tanjung
Langsat, SK Taman Johor Jaya 2, SK Taman Desa Jaya, SK Seri Kota Puteri
4, dan SK Masai (B). Pasukan Sekolah tidak berjaya ke saringan kedua.
Namun murid-murid menunjukkan peningkatan yang baik sepanjang
perlawanan berlangsung. Malah beberapa orang murid mendapat pujian
PK01 – Pengurusan Panitia

daripada beberapa pengadil daerah. Pasukan sekolah SK Felda Ulu Tebrau


berjaya mendapat nombor 3 dalam kumpulan H.

Berikut merupakan keputusan perlawanan di antara kumpulan H.

Bil Pasukan Lawan Keputusan


1. SKFUT vs SK Bandar Seri Alam (B) 4-2 (menang)
2. SK Taman Desa Jaya vs SKFUT 1-3 (menang)
3. SK Tanjung Langsat vs SKFUT 9-6 (kalah)
4. SK Masai (B) vs SKFUT 18-2 (kalah)
5. SKFUT vs SK Seri Kota Puteri 4 9-2 (menang)
6. SKFUT vs SK Taman Johor Jaya 2 12-1 (menang)

8. Penilaian Program :
8.1 Kekuatan Program :
8.1.1 Pemain memberikan mutu permainan yang sangat baik.
8.1.2 Pemain faham dan mengaplikasikan teknik yang dipelajari dalam
permainan.
8.1.3 Pemain menunjukkan rasa seronok dan bekerjasama sesama ahli
pasukan sepanjang permainan.

8.2 Kelemahan Program :


8.2.1 Arahan daripada beberapa pengadil pertandingan kurang jelas dan
dapat sukar difahami oleh pemain bawah 12 tahun.
8.2.2 Beberapa orang pengadil adalah pengadil kali pertama. Kesukaran
pengadil memahami peraturan padang merumitkan keadaan.

8.3 Cadangan Penambahbaikan :


8.3.1 Pemain perlu bersedia dari segi fizikal dan mental apabila
berhadapan dengan keadaan yang berbeza-beza semasa
perlawanan berlangsung. Elakkan sikap mudah mengalah dan
menyalahkan ahli pasukan mahupun pasukan lain.
8.3.2 Keadaan gelanggang yang bakal digunakan pada pertandingan
akan datang perlu dibaikpulih.
PK01 – Pengurusan Panitia

8.3.3 Pemain perlu didedahkan dengan arahan-arahan daripada para


pengadil apabila perlawanan dalam gelanggang berlangsung.

9. Dokumentasi Bergambar :

Disediakan oleh Disemak oleh


PK01 – Pengurusan Panitia

…………………………. ………………………………
(SITI NORNIZA BT ZAINUL IDRIS) (ROHANI BINTI OTHMAN)
Pengurus Pasukan Sekolah GPK Kokurikulum
SK Felda Ulu Tebrau SK Felda Ulu Tebrau

Disahkan oleh

…………………………..
(IDRIS BIN KASSIM)
Guru Besar
SK Felda Ulu Tebrau

You might also like