You are on page 1of 3
KETUA PENGARAH DIRECTOR GENERAL AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN NATIONAL ANTI-DRUGS AGENCY Kementerian Dalam Negeri Ministry of Home Affairs Jalan Maktab Perguruan Islam Tel : 603-8911 2221 43000 KAJANG. Faks (Fax) : 603-6926 2023 SELANGOR, MALAYSIA Laman Web (Web) : www.adk.gov.my No rujukan : AADK 100-1/5/2(__ ) Tarikh : \JpMac 2020 SEMUA PENGARAH BAHAGIAN DAN KETUA UNIT IBU PEJABAT SEMUA PENGARAH AADK NEGERI SEMUA PENGARAH PUSPEN PENGARAH PLAK YBrs.Dr. / Tuan / Puan, PEMATUHAN ARAHAN BEKERJA DARI RUMAH BERIKUTAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DAN PENUTUPAN PREMIS KERAJAAN Dengan segala hormainya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas dan juga surat arahan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, no. rujukan JPA.SARAAN(S) 256/6/31 JLD.6(2) yang bertarikh 17 Mac 2020 berhubung perkara sama adalah berkaitan 2. Sebagaimana YBrs. Dr. / Tuan / Puan sedia maklum, Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan kepada semua rakyat Malaysia bermula 18 Mac sehingga 31 Mac 2020. Perintah ini bertujuan untuk mengurangkan perhubungan individu secara bersemuka bagi mengelakkan penularan wabak Pandemik COVID-19 3. Walau bagaimanapun, Ketua Jabatan boleh menentukan perkhidmatan penting di Kementerian / Jabatan masing-masing dan mengarahkan pegawai yang terlibat untuk hadir bertugas di pejabat. Sehubungan itu, Pengurusan Tertinggi ADK telah bersetuju supaya perkhidmatan teras AADK diteruskan seperti biasa sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dan Penutupan Premis Kerajaan ini berkuatkuasa. 4. Justeru, sebagai langkah kawalan dalaman dan bagi memastikan kelangsungan perkhidmatan pengurusan AADK tidak terjejas, semua Ketua PTJ dimohon untuk mengambil langkah-langkah seperti berikut MEMBASMI DADAH ADALAH TANGGUNGJAWAB KITA BERSAMA. MARILAH BERTINDAK SEGERA Eradicating Drug Abuse Is Our Collective Responsibility. Lets Act Now. iii. vi. vii viii Semua pegawai termasuk kakitangan kontrak dibenarkan untuk bekerja dari rumah. Namun, semua Ketua PTJ ( Pejabat AADK Negeri dan Daerah sahaja ) harus memastikan sekurang-kurangnya satu pertiga (1/3) daripada kakitangan berada di Pejabat secara penggiliran dan operasi harian ADK berjalan seperti biasa; Pegawai yang bekerja dari rumah dianggap bertugas dan harus sentiasa dalam keadaan kesiap-siagaan sekiranya dipanggil serta boleh dihubungi dalam tempoh waktu bekerja; Semua Ketua PTJ perlu memastikan aspek keselamatan bangunan dan dokumen pejabat harus dijaga selaras dengan tatacara Arahan Keselamatan Ketua Keselamatan Kerajaan Malaysia. Pegawai Keselamatan PTJ harus sentiasa berada di pejabat bagi mengelakkan pencerobohan, kecurian dan sebagainya; Pegawai tertentu adalah dibenarkan untuk membawa pulang aset keperluan seperti laptop dan dokumen-dokumen yang bukan dikategorikan sebagai rahsia dan perlu direkodkan selaras dengan Pekeliling Perbendaharaan Am 2.1 (Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan) dan tatacara pengurusan dokumen rasmi (Arahan Keselamatan Ketua Keselamatan Kerajaan Malaysia); Semua pelaksanaan kursus yang telah dirancang hendaklah ditangguhkan sepanjang tempoh Perintah berkuatkuasa; Bayaran tuntutan pembekal dan warga yang telah dikemukakan sebelum ini dan telah lengkap invoisnya perlu dibuat pembayaran. Unit kewangan yang menguruskan pembayaran dibenarkan untuk ke pejabat menyelesaikan pembayaran dan pulang setelah selesai tugas; Semua projek-projek fizikal yang tidak kritikal juga perlu ditangguhkan sehingga perintah ini terbatal. Perancangan dan urusan perolehan baru juga ditangguhkan; Mesyuarat-mesyuarat yang tidak penting juga perlu ditangguhkan; ‘Semua urusan pembekalan dati pihak luar seperti makanan mesyuarat, surat khabar dan sebagainya dihentikan sementara; dan Mana-mana pegawai yang mengalami batuk, selsema, demam atau apa- apa tanda jangkitan virus COVID-19 adalah dilarang ke tempat kerja dan hendaklah mendapatkan rawatan dengan serta-merta di premis kesihatan yang berhampiran. 5. Sehubungan itu, saya berharap arahan ini dipatuhi dan diberikan perhatian serius oleh YBrs. Dr. / Tuan / Puan disamping pematuhan terhadap Pekeliling-Pekeling Kerajaan semasa yang berkuatkuasa. | Sebarang perubahan kepada arahan ini akan dimaklumkan dari masa ke semasa tertakluk kepada pemberitahuan pihak Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia. Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” “DADAH TERKAWAL 2025” nkan amanah, sk: 1. Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) 2. Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan)

You might also like