You are on page 1of 9

Almanac

From Wikipedia, the free encyclopedia


Jump to: navigation, search
For other uses, see Almanac (disambiguation).

Calendarium cracoviense, an almanac for the year 1474

An almanac (also archaically spelled almanack and almanach) is an annual publication that
includes information such as weather forecasts, farmers' planting dates, tide tables, and
tabular information in a particular field or fields often arranged according to the calendar etc.
Astronomical data and various statistics are also found in almanacs, such as the times of the
rising and setting of the sun and moon, eclipses, hours of full tide, stated festivals of
churches, terms of courts, lists of all types, timelines, and more.

Etymology
One suggestion is that alamanac was originally an Arabic word, al-manākh, meaning the
climate. In the modern sense too an almanac, or almanakh, is the average weather forecast for
a certain period of time that is characterized by relatively stable weather conditions covering
a specific area. However, the earliest documented use of the word in any language is in Latin
in 1267 by Roger Bacon, where it meant a set of tables detailing movements of heavenly
bodies including the moon. One etymology report says: "The ultimate source of the word is
obscure. Its first syllable, al-, and its general relevance to medieval science and technology,
strongly suggest an Arabic origin, but no convincing candidate has been found."[1] Another
report similarly says of Almanac: "First seen in Roger Bacon. Apparently from Spanish
Arabic, al-manakh, but this is not an Arabic word [interpret: this is not a word found in
Arabic texts]....The word remains a puzzle."[2] The New English Dictionary on Historical
Principles similarly says "the word has no etymon in Arabic" but indirect circumstantial
evidence "points to a Spanish Arabic al-manākh".[3] The reason why the proposed Arabic
word is speculatively spelled al-manākh is that the spelling occurred as "almanach" as well as
almanac (and Roger Bacon used both spellings). The earliest use of the word was in the
context of astronomy calendars. The prestige of the Tables of Toledo and other medieval
Arabic astronomy works at the time of the word's emergence in the West, together with the
absence of the word in Arabic, suggest it may have been invented in the West, and is pseudo-
Arabic. At that time in the West, it would have been prestigious to attach an Arabic
appellation to a set of astronomical tables. Also around that time, prompted by that motive,
the Latin writer Pseudo-Geber wrote under an Arabic pseudonym. (The later alchemy word
alkahest is known to be pseudo-Arabic.)
Nota Kemahiran Maklumat  
[1.1 Pendahuluan][1.2 Apakah itu mengesan maklumat]
[1.3 Langkah-Langkah mengesan maklumat][1.4 Sumber Pengesanan Maklumat][1.5 Refleksi]
[2.1 Pengenalan (Menilai Maklumat)][2.2 Definisi Kemahiran Maklumat][2.3  Definisi Penilaian ]
[2.4 Kriteria Menilai Maklumat][2.5  Ciri-ciri Maklumat yang Baik][2.6  Refleksi Penilaian][Rujukan]

1.1. Pendahuluan [Atas][Bawah]


Masyarakat yang kemaskini ialah masyarakat yang menggunakan maklumat yang mutakhir.
Tanda-tanda sesuatu masyarakat pentingkan maklumat ialah seperti berikut: 1. Media
maklumat banyak digunakan seperti radio, televisyen, telefon dan lain-lain jenis alat
elekrtronik. 2. Bilangan suratkhabar dan pembaca akhbar ramai. 3. Maklumat senang dan
murah dihantar atau dipeerolehi. Maklumat juga cepat bergerak di antara satu tempat dengan
tempat lain. 4. Bilangan terbitan buku dan majalah baru juga banyak setiap hari. 5. Gemar
membaca.

1.2. Apakah itu mengesan maklumat ?   [Atas][Bawah]


    Mengesan maklumat bermaksud mencari maklumat yang dikehendaki dalam sebarang
sumber yang sesuai. Ini termasuk kemahiran perpustakaan seperti menggunakan katalog dan
sistem Dewey untuk mengesan buku dan bahan bukan buku yang dikehendaki dari rak buku
dengan cepat.

    Maklumat terdapat di dalam beberapa jenis dan daripada beberapa punca. Maklumat
terdapat di dalam bentuk cetakan seperti buku rujukan, ensiklopedia, laporan tahunan dan
sebagainya. Maklumat dari media cetakan yang selalu dirujuk untuk menyediakan laporan
atau tugasan ialah buku rujukan, ensiklopedia, laporan tahunan, abstrak, gazetteer dan
almanak.

    Setelah sumber maklumat yang dikehendaki dapat dikesan, kemahiran yang seterusnya
ialah cara menggunakan bahagian-bahagian buku dan bahan seperti daftar isi kandungan dan
indeks untuk mengesan perkara yang berkenaan. Penggunaan bahan rujukan khusus yang lain
seperti ensiklopedia, atlas serta alat teknologi maklumat yang moden seperti sistem maklumat
berkomputer juga penting. Untuk bahan bukan buku, alat-alat teknologi yang lain seperti
perakam suara atau perakam video diperlukan untuk memainkan pita audio atau pita video
masing-masing.

    Kadang-kadang, kemahiran mendapatkan maklumat dari luar perpustakaan atau luar
sekolah juga diperlukan. Ini termasuk menjalankan tinjauan, temuduga atau kajian luar untuk
mendapatkan maklumat yang khusus.

1.3. Langkah-langkah mengesan maklumat. [Atas][Bawah]


    Langkah-langkah mengesan maklumat boleh dibuat dengan mengikut prosedur berikut: 
1. Mencari bahan di perpustakaan melalui proses melihat kad katalog untuk buku rujukan. 
2. Bagi bahan-bahan lain selalunya ia tersimpan di beberapa tempat tertentu di dalam
perpustakaan. 3. Kalau tugas kita menyediakan sesuatu laporan, mungkin kita perlu merujuk
beberapa buah buku    perangkaan yang memberi kita angka-angka yang diperlukan. 
4. Untuk mendapat maklumat dan perangkaan dari agensi kerajaan atau swasta, kita perlu
merujuk kepada Bahagian Jurnal atau Penerbitan Berkala. 
5. Semua bahan yang dirujuk perlu ada isi yang berkaitan dengan tajuk laporan yang sedang
disediakan. 
6. Perangkaan tidak memberikan maklumat di dalam bentuk ayat. Oleh itu, menggunakan
perangkaan, perlu ada struktur ayat dibina untuk mencantumkan eberapa perangkaan yang
tidak boleh berdiri dengan sendiri atau bermakna sendiri. Pusat Sumber boleh dikatakan juga
pusat maklmat. Di dalamnya terdapat berbagai-bagai jenis maklumat yang tercatat atau
tersimpan dalam berbagai-bagai jenis format.

Ada maklumat yang disimpan atau tercatat dalam buku, iaitu jenis cetakan, dan ada juga yang
direkodkan di dalam pita audio, video, filem atau slaid. Cara kita mengesan buku yang ada di
atas rak ialah dengan mengikut urutan aktiviti yang berikut : 
1. Tentukan apakah maklumat yang hendak dicari atau diperolehi. 
2. Apabila telah memilih pusat sumber sebagai salah satu tempat mendapatkan maklumat
tersebut, pergi ke rak atau kabinet kad katalog. 
3. Kalau anda tahu nama pengarang anda cari laci kad pengarang. Kalau anda tahu judul
buku, cari di laci kad judul. Salah satu punca boleh memberitahu anda sama ada buku yang
dicari ada atau tidak di perpusatakaan.
4. Catatkan maklumat buku yang ada di dalam kad katalog di atas cebisan kertas.
5. Tuju ke rak buku yang ada nombor penjelasan yang sama dengan nombor penjelasan di
dalam kad katalog.
6. Kalau buku tiada di rak, berjumpa dengan puatakawan atau pembantunya untuk menempah
buku yang dicari.
7. Kalau ada, buatkan pinjaman mengikut sistem pinjaman yang diamalkan.

Prosedur yang sama dijalankan untuk bahan bukan buku seperti pita audio, pita vieo, piring
hitam, filem dan sebagainya.

1.4. Sumber-sumber pengesanan maklumat  [Atas][Bawah]

Kamus Maklumat.
Di dalam kamus ialah makna sesuatu perkataan serta cara menggunakannya. Ada juga kamus
yang memberi maklumat tentang asal usul perkaaan serta sebutan atau bunyinya. Kamus
dwibahasa juga ada memberikan makna terjemahan seperti dari bahasa Melayu ke bahasa
Inggeris dan sebaliknya.

Ensiklopedia.
Maklumat yang terperinci dan kasar juga terdapat. Ada ensiklopedia mempunyai jilid
maklumat umum atau kasar, yang disebut makro. Jika terdapat jilid yang menerangkan secara
terperinci, ia disebut ensiklopedia mikro.

Atlas.
Maklumat di atlas asasnya ialah maklumat geografi. Kita akan memperolehi maklumat
tentang nama negeri nama bandar, nama laut, nama gunung, nama selat, nama kawasan dan
bentuk muka bumi yang lain. Daripada atlas juga terdapat maklumat tentang pertanian,
perlombongan, pengangkutan, taburan penduduk, kedudukan sesuatu tempat di garisan bujur
dan lintang dan sebagainya.
Buku Tahunan.
Buku Tahunan mengandungi maklumat tentang sesebuah negeri atau bidang di dalam sesuatu
tahun. Contohnya, buku Information Malaysia: 1986 Yearbook.

Almanak.
Almanak ialah buku yang mengandungi banyak maklumat yang berbagai-bagai dan
kemaskini. Ia mengandungi maklumat yang lebih kemaskini dari ensiklopedia. Ia juga
mengandungi perangkaan, carta, ringkasan dalam semua bidang. Maklumat di Almanak
disusun mengikut bentuk yang sama dengan Buku Tahunan.

Buku Panduan Telefon.


Maklumat daripada buku panduan telefon berkaitan dengan nombor telefon, nama pemilik,
nombor tersebut serta alamat rumah pemilik.

Graf.
Membaca graf garisan memerlukan pengetahuan tentang skala. Kita juga perlu tahu membaca
maklumat di paksi X dan paksi Y. Sukatan dan maklumat yang ada di paksi X dan paksi Y
tercatat di sebelah kedua-dua paksi. Membaca graf pai pula dijalankan dengan melihat sektor-
sektor yang ada di dalam grf pai. Di dalam sektor ini ada label dan nilai. Baca label dan nilai
untuk mengetahui sesuatu maklumat seperti jumlah dagangan, jumlah penduduk, peratus
golongan bandar dan luar bandar dan sebagainya.

Carta Maklumat.
Daripada carta boleh dikesan dengan membaca apa yang ada di dalam carta. Kadangkala ia
memberi meklumat tunggal. Banyak carta memberi maklumat yang berkaitan.

Peta.
Di dalam peta terdapat beberapa jenis maklumat. Apabila membaca peta seperti peta topo,
kita perlu mengetahui makna simbol atau lambang yang ada dalam peta. Kita juga perlu tahu
makna sesuatu warna dan saiz skalanya. Semua maklumat ini ada di dalam ruangan petunjuk.
Petunjuk dan skala terdapat di bahagian tepi bawah peta. Begitu juga arah angin. Kalau tiada
arah angin, peta itu mempunyai arah utara di sebelah atas dan barat di sebelah kiri pembaca.
Untuk mencari tempat seperti bandar gunakan garisan bujur atau lintang atau panduan grid
bagi peta topo jika soalan mencari tempat disediakan dengan bacaan grid.

Gambar.
Sekeping gambar mengandungi banyak maklumat. Maklumat di gambar boleh dikesan
dengan melihat bentuk, rupa atau warna yang ada di dalam gambar itu. Selepas dapat
mengesan bentuk atau rupa, barulah kita menceritakan tentang ciri sesuatu bentuk, rupa atau
warna sesuatu benda. Kita boleh buat lakaran di atas kertas berasaskan kepada rupa bentuk
dan kedudukan sesuatu benda yang ada di dalam gambar.

Majalah.
Ia bermula dengan mencari tempat dan nama majalah. Senarai makalah yang ada di
perpustakaan perlu dibaca dahulu untk mengetahui kehadiran sesuatu makalah atau majalah.
Mungkin ia disimpan secara terbuka di rak-rak majalah atau ia perlu diminta dari
pustakawan. Penuhkan borang khas untuk mendapatkan majalah dari simpanan tertutup. Baca
isi kandungan serta bilangan muka suratnya untuk mendapat muka surat di mana sesuatu
penulisan itu dicetak. Senarai kandungan ini boleh terdapat di halaman luar kulit depan atau
kulit belakang. Ia juga boleh terdapat di halaman judul majalah itu sendiri.
Indeks.
Indeks merupakan himpunan senarai bahan seperti buku, majalah, akhbar dan bahan-bahan
cetakan dan bahan cetakan yang lain. Ia memberikan pengguna mengesan dengan cepat
butiran berkenaan dengan satu jenis bahan. Di pusat sumber terdapat banyak jenis indeks.
Antaranya ialah indeks majalah seperti Popular Perriodical index.Dari indeks majalah
contohnya, kita boleh mengesan nama majalah, tarikh diterbitkan, iaitu tahun atau bulan.
Tahun, bulan dan juga nama majalah dan akhbar boleh jadi ditulis secara ringkasan sahaja.
Dari indeks anda boleh juga mendapat maklumat tentang nombor jilid. Indeks majalah
mengandungi juga nombor penjelasan. Ini terdapat di dalam indeks majalah Malaysia,
keluaran Perpustakaan Negara Malaysia. Ia dikelaskan mengikut bahagian atau seksi dan
perkara.

Bibliografi.
Maklumat yang ada di dalam bibliografi lengkap dengan nama pengarang, judul, penerbit,
tempat terbitan, tarikh terbitan, saiz buku, bilangan muka surat, harga dan juga jenis jilidan
(kulit tebal atau kulit nipis). Di dalam bibliografi am seperti bibliografi Negara Malaysia, ada
seksi yang memuatkan indeks pengarang, judul dan siri. Indeks pengarang disusun mengikut
abjad. Begitu juga perkara. Ini boleh dikatakan sebagai bibliografi ama tetapi disusun
mengikut nama pengarang dan perkara. Bagi bibliografi khas ia hanya menyediakan butiran
buku bagi sesuatu bidang sahaja sseperti bibliografi teknologi, bibliografi sejarah dan
sebagainya. Kalau kita hendak mengesan bidang tertentu kita boleh merujuk kepada
bibliografi khas ini.

1.5. Refleksi   [Atas][Bawah]


Mengesan maklumat bermaksud mencari maklumat yang dikehendaki dalam sebarang
sumber yang sesuai. Ini termasuklah kemahiran perpustakaan seperti menggunakan katalog
dan sistem Dewey untuk mengesan buku dan bahan bukan buku yang dikehendaki dari rak
buku dengan cepat.

Setelah sumber yang dikehendaki dapat dikesan, kemahiran yang seterusnya ialah cara
menggunakan bahagian-bahagian buku dan bahan-bahan seperti daftar isi kandungan dan
indeks untuk mengesan perkara yang berkenaan. Penggunaan bahan rujukan khusus yang lain
seperti ensaiklopedia, atlas serta alat teknologi maklumat yang moden seperti sistem
maklumat berkomputer juga penting. Untuk bahan bukan buku, alat-alat teknologi yang lain
seperti perakam suara atau perakam video diperlukan untuk memainkan pita audio atau pita
video masing-masing. Oleh itu, pelajar juga perlu diajar cara-cara menggunakan alat-alat
rujukan khusus dan alat- alat teknologi pendidikan tersebut. Kadang-kadang, kemahiran
mendapatkan maklumat dari luar perpustakaan atau luar sekolah juga diperlukan. Ini
termasuk menjalankan tinjauan, interbiu atau kajian luar untuk mendapatkan maklumat yang
khusus. Kajian-kajian telah menunjukkan bahawa pelajar dapat menguasai kemahiran
mengesan maklumat dengan berjaya, khususnya selepas mereka mendapati bahawa
kemahiran ini dapat membantu mereka dalam pelajaran mereka ( Wray, 1985 ).
2. KEMAHIRAN MENILAI MAKLUMAT

2.1. Pengenalan 

Pada umumnya, maklumat pada masa ini adalah terlampau banyak dan mudah diperolehi
terutamanya dengan adanya lebuhraya maklumat. Maklumat-maklumat ini perlu dipilih,
diproses dan dinilai sebelum ia dapat dimanfaatkan dengan sepenuhnya oleh pengguna.
Setiap hari berjuta-juta tranksaksi maklumat dilakukan dalam pelbagai urusan. Berjuta-juta
maklumat diproses dan dikeluarkan setiap minit di merata dunia. Hasil dari ledakan
maklumat ini, maka teknologi maklumat menjadi sangat penting bagi manusia. Teknologi
untuk mengumpul maklumat dengan tepat, memproses data dengan cekap dan teknologi
menghantar maklumat dengan cepat sangat diperlukan untuk membantu manusia
menguruskan jutaan maklumat masa kini. Oleh itu secara ringkasnya boleh dikatakan
sebelum sesuatu maklumat dapat digunakan atau dipersembahkan, maklumat berkenaan mesti
melalui beberapa peringkat proses seperti dianalisis, disintesis, ditaksir dan dinilai oleh
pengguna. Oleh itu boleh dikatakan bahawa maklumat itu sendiri tidak mempunyai sebarang
nilai. Nilai maklumat adalah bergantung kepada pengguna. Ini adalah kerana maklumat ini
mungkin berguna untuk pengguna A tetapi sebaliknya bagi pengguna B.

2.2. Definisi Kemahiran Maklumat.

Kemahiran didefinisikan sebagai kebolehan, kecekapan atau kepandaian untuk melakukan


sesuatu perkara. Maklumat pula dapat didefinisikan sebagai keterangan atau butiran-butiran
yang berguna atau mempunyai maksud tertentu bagi seseorang yang memilikinya. Oleh itu
kemahiran maklumat dapatlah diberi maksud sebagai kebolehan atau kemampuan seseorang
memperolehi dan menggunakan maklumat. Kemahiran ini amat penting sekali kerana dalam
zaman teknologi moden ini, dunia kita terdedah kepada ledakan maklumat. Oleh itu
kemahiran ini dapat membantu seseorang itu mencari atau memperolehi maklumat dari
pelbagai sumber seperti alat elektronik, sumber primer, perpustakaan, agensi-agensi
persendirian atau kerajaan dan sebagainya. Kemudian maklumat ini dinilai dan digunakan
semula.

2.3. Definisi Penilaian. 

Penilaian boleh didefinisikan sebagai membuat pertimbangan mengenai nilai, idea- idea,
kerja, penyelesaian, kaedah, bahan dan sebagainya untuk beberapa tujuan tertentu. Penilaian
melibatkan penggunaan kriteria dan juga ‘ standard-standard ‘ untuk menilai sejauh mana
sesuatu perkara itu tepat, berkesan, ekonomi atau memuaskan.

2.4. Kriteria Menilai Maklumat. 

Secara umumnya terdapat lima kriteria yang boleh digunakan untuk menilai sesuatu
maklumat. Antara kriteria-kriteria ini ialah :
2.4.1. Autoriti ( Authority ) - Autoriti dapat dilihat daripada dua segi iaitu pihak yang
berkuasa atau bertanggung jawab dan pengarang ( author ). Hanya maklumat-maklumat yang
diperolehi daripada sumber yang beroutoriti sahaja dapat diterima mengenai kesahan dan
kebolehpercayaannya. Sebagai contohnya kalau Profesor Ungku Aziz menerbitkan sebuah
buku yang berkaitan dengan isu-isu ekonomi negara. Maka pendapat dan cadangannya akan
diterima oleh kebanyakan pihak kerana ini adalah bidang beliau.

Sebaliknya kalau beliau membincangkan perkembangan sukan, ini mungkin akan


menimbulkan keraguan banyak pihak. Disenaraikan beberapa panduan yang dapat
membantu, antaranya ialah : Siapa penulis dan dari manakah dia memperolehi sumber ?
Apakah isu yang dibincangkan dan adakah ini merupakan bidangnya ? Apakah sumber
rujukannya ? Adakah maklumat itu dituliskan oleh dia sendiri atau cedok daripada sumber
lain ?

2.4.2. Ketepatan Maklumat

Maklumat yang hendak disampaikan mesti tepat supaya dapat memberi maklumat yang
berguna dan memberi manfaat kepada pihak yang menggunakannya. Dengan lain perkataan,
maklumat yang tepat adalah maklumat yang bebas daripada sebarang kekurangan atau
kesilapan supaya dapat menolong dalam membuat keputusan. Sebagai contoh, perangkaan
atau statistik yang diperolehi daripada kajian atau penyelidikan dibuat hendaklah dapat
memberikan gambaran yang jelas mengenai tujuan penyelidikan yang dijalankan.

2.4.3. Saksama ( Impartiality )

Maklumat-maklumat hendak memenuhi objektif pengguna. Ini adalah penting untuk


memastikan bahawa maklumat itu dapat menolong pengguna menyelesaikan masalah
ataupun membuat keputusan. Maklumat yang dapat memenuhi obektif ialah maklumat yang
tidak mempunyai sifat ‘ bias ‘ kerana dengan adanya sifat ini maka seseorang atau pihak akan
mementingkan kepentingan diri.

2.4.4. Nilai Semasa ( Currency )

Maklumat- maklumat yang kemaskini ( up to date ) adalah amat penting sekali. Faktor masa
memainkan peranan yang penting dalam menentukan keberkesanan maklumat yang diterima.
Maklumat yang semakin lama ( dari tempoh perolehan ) , maka keesahan dan
kebolehpercayanya semakin rendah. Oleh itu antara perkara yang perlu diperhatikan ialah :
Tarikh terbitan ? Tarikh pengumpulan maklumat. Edisi yang ke berapa ?

2.4.5. Lengkap dan Jelas ( Coverage )

Maklumat-maklumat hendaklah memberi satu gambaran yang jelas dan lengkap mengenai
sesuatu perkara. Maklumat-maklumat ini mestilah meliputi semua bidang yang berkaitan. Ini
termasuklah mengenai maklumat-maklumat tambahan. Yang penting sekali ialah maklumat-
maklumat ini hendaklah sentiasa konsisten.
2.5. Ciri-ciri Maklumat Yang Baik  

2.5.1. Tepat ( Accurate ) Maklumat yang tepat dapat menolong pengguna membuat
keputusan atau menyelesaikan masalah. Ini adalah kerana dengan maklumat yang tepat,
pengguna tidak perlu lagi membuat perbandingan dengan maklumat dari sumber lain.
Semakin tepat maklumat yang diperolehi, maka semakin rendah risiko yang bakal dihadapi
oleh pengguna.

2.5.2. Cepat ( Timeless ) Maklumat mestilah mudah dicapai apabila diperlukan. Cepat atau
lambat memperolehi maklumat yang tepat akan menyebabkan pelbagai implikasi. Maklumat
yang dapat diperolehi dengan cepat dan tepat akan membolehkan pengguna memperolehi
keuntungan atau manfaat yang besar dan sebaliknya jika maklumat yang lambat diperolehi,
maka besar kemungkinan maklumat itu sudah lapuk dan tidak memberi makna lagi.

2.5.3. Lengkap ( Completeness ) Tidak berlaku keadaan yang bertaburan di merata tempat.
Maklumat yang lengkap dapat menjimatkan masa pengurusan maklumat. Maklumat yang
lengkap dan tersusun dapat membantu dan menjimatkan masa untuk pengguna mambuat
keputusan atau menyelesaikan masalah.

2.5.4. Ringkas ( Conciseness ) Maklumat hendaklah ringkas, penting untuk menjimatkan


masa. Pengguna tidak dapat membuat keputusan yang tepat dan bertepatan waktu tanpa
maklumat yang cukup. Walau bagaimanapun, maklumat yang dibekalkan hendaklah tepat
dan ringkas. Kuantiti maklumat yang terlampau banyak hanya akan membebankan pengguna.

2.5.5. Berkaitan ( Relevancy ) Maklumat itu hendaklah berasakan need-to-know. Maklumat


yang diterima oleh pengguna mesti mempunyai kaitannya dengan tanggung jawab dan tujuan
pengguna. Maklumat yang tidak releven hanya akan menyebabkan kelewatan memperoses
maklumat, oleh itu penilaian dan keputusan juga akan lambat tercapai.

2.6. Refleksi 

Kemahiran menilai maklumat sangat penting kerana ia merupakan proses menentukan sama
ada sesuatu maklumat yang diperolehi berguna atau tidak. Di bawah adalah satu contoh
mengenai langkah-langkah yang dicadangkan bagi menilai fakta atau pendapat dalam sesuatu
bacaan atau rujukan. Di antaranya ialah : lihat ayat-ayat yang menerangkan tentang sesuatu
perkara tanpa memberi pendapat. perhatikan perkataan atau ayat-ayat yang memberi
bayangan pendapat. sekiranya penulis memberi asas rujukan untuk menjelaskan penemuan
mereka, pastikan punca-punca sumbernya boleh dipercayai. pastikan fakta-fakta yang
diberikan mempunyai bukti kesahihannya.

Kemahiran manilai maklumat bukan sahaja digunakan untuk menilai teks pada masa kini.
Dengan ledakan maklumat yang berlaku sekarang, maka kemahiran menilai maklumat ini
amat penting diamalkan dari semua aspek atau sumber maklumat. Oleh itu dalam menilai
maklumat yang diperolehi benar-benar dapat menolong kita membuat keputusan ataupun
menyelesaikan masalah.

You might also like