You are on page 1of 14

Thursday, June 6, 2013

Masalah Kashmir merupakan ‘duri dalam daging’ dalam hubungan India-Pakistan.


Jelaskan
1.0      Pengenalan
Kashmir merupakan sebuah wilayah kecil yang terletak di bahagian paling utara benua kecil
India. Kedudukannya juga strategik antara Asia Tengah (India-Pakistan), Asia Selatan
(Afganistan) dan Asia Timur (China).[i] Kashmir mempunyai kawasan seluas lebih kurang
222.236 kilometer persegi dan 84 000 kilometer persegi daripada keluasannya adalah
kawasan tanah lembah.[ii] India menguasai 100.569 kilometer persegi dari wilayah Kashmir
manakala Pakistan pula mempunyai keluasan 78.932 kilometer persegi dari wilayah Kashmir.
Berdasarkan data bancian penduduk pada tahun 2001, jumlah penduduk Kashmir seramai
10.069.917 orang di wilayah yang India manakala penduduk Kashmir di bawah wilayah
Pakistan ialah 3000.000 orang. Jumlah penduduk Kashmir secara keseluruhannya pada tahun
2001 seramai 13 069 917 orang.
                Ibu kota wilayah Jammu-Kashmir yang dikuasai India ialah Srinagar manakala
pusat pentadbiran wilayah Azad Kashmir yang dikuasai Pakistan ialah Muzaffarabad.
Lembah Kashmir meliputi lima wilayah penting iaitu Jammu, Srinagar, Ladakh, Baltistan dan
beberapa wilayah seperti Hunza, Nagar, Gilgit, Chilas, Astor, Yasin, Ishkuman dan
sebahagian Dardistan.[iii] Manakala China menguasai wilayah di bahagian timur laut iaitu
Aksai Chin dan Trans-Karakoram.[iv] Ini menunjukkan bahawa wilayah Kashmir di kuasai
oleh tiga negara namun India dan Pakistan tidak pernah mengiktiraf pemilikan antara satu
sama lain di wilayah Kashmir. India mendakwa bahawa kawasan dibawah kuasanya termasuk
kawasan yang diserahkan oleh Pakistan kepada China iaitu laluan Trans-Karakoram
merupakan sebahagian daripada wilayahnya manakala Pakistan menuntut seluruh kawasan
Kashmir kecuali Aksai Chin dan laluan Trans-Karakarom. Kashmir menjadi wilayah British
sehingga tahun 1947 sebelum termasuk dalam pemisahan India dan Pakistan. Selepas
pembentukan negara Pakistan, India dan Pakistan telah bersetuju supaya Kashmir diberi hak
untuk memilih menyertai Pakistan atau India. Kashmir berada di bawah negeri yang ditadbir
oleh Raja India.[v]
                Nama Kashmir merujuk kepada kawasan lembah yang terletak antara Himalaya
Besar dan banjaran gunung Pir Panjal di kawasan paling utara India. Lembah merupakan
kawasan lembah yang berair. Nama Kashmir merupakan cantuman perkataan ‘Ka’ yang
bermaksud air dan perkataan ‘Shimir’ bererti yang dikeringkan. Oleh yang demikian, nama
Kashmir membawa maksud lembah yang dikeringkan airnya.[vi] Terdapat teori yang
menyatakan lembah Kashmir berasal dari Tasik Satisar yang telah kering airnya.[vii]
                Pada tahun 1981, terdapat tiga agama utama yang menjadi anutan dan pegangan
masyarakat di wilayah Kashmir iaitu agama Islam, agama Hindu dan agama Buddha.
[viii] Setiap wilayah mempunyai pegangan mazhab yang berbeza. Misalnya, wilayah
Kashmir majoritinya mengamalkan mazhab Sunni dan wilyah Baltistan berpegang kepada
mazhab Syiah.[ix] Agama Islam majoriti menjadi pegangan penduduk di wilayah Gilgir,
Baltistan dan lembah Kashmir. Wilayah Jammu penduduknya pula menganut agama Hindu
dan Sikh serta Ladakh menganut agama Buddha. Berdasarkan statistic menunjukkan agama
Islam sebagai agama yang dianuti oleh majoriti penduduk di wilayah Kashmir mengikut
pecahan 74.16% penduduk memeluk agama Islam, 23.72% penduduk menganut agama
Hindu dan Sikh serta agama Buddha sebanyak 1.2% sahaja penganutnya. Islam disebarkan
wilayah tersebut apabila Kashmir ditakluk orang Islam pada akhir abad pertama hijrah
dibawah pimpinan Muhammad bin Qasim. Penyebaran Islam di wilayah Sind dan India pada 
94H  kemudian tersebar di sebahagian wilayah India yang lain pada zaman Abbasiyah,
Khalifah al-Muktasim sekitar 218H hingga 225H. Islam terus tersebar dibenua itu meliputi
negara India, Pakistan, Kashmir dan Bangladesh.[x] Mahatma Gandhi memberi jolokan
Kashmir sebagai Lembah Sinar Harapan dalam Kegelapan yang diterangi dengan keagamaan.
[xi]
                Kegiatan ekonomi utama penduduk Kashmir berasaskan pertanian. Tanaman utama
ialah padi kerana beras menjadi makanan ruji penduduk di Kashmir. Kashmir sejak zaman
silam terkenal sebagai pengeluar bulu kambing Cashmere untuk dieksport ke seluruh dunia.
Kashmir kaya dengan kesenian melalui penghasilan barangan kraftangan dan dijual kepada
masyarakat tempatan dan eksport keluar. Barangan kraf yang dihasilkan seperti selendang,
permaidani sutera, permaidani tebal dan tembikar. Wilayah Srinagar terkenal sebagai pusat
barangan perak, gam, ukiran kayu dan tenunan sutera. Selain menjana ekonomi dalam bidang
pertanian, pendapatan penduduk turut diperolehi daripada aktiviti pelancongan di Kashmir
yang berkembang pesat sekitar abad ke-19. Bentuk muka bumi Kashmir yang berhampiran
dengan banjaran telah menjadikan suhu yang sejuk dan menarik pelancong untuk datang ke
Kashmir.  Kashmir kaya dengan sumber alam yang menarik, tumbuhan hidup subur dan
dikelilingi pergunungan yang airnya mengalir dari lembah-lembah dan menjadi salah satu
tempat yang paling indah di dunia.[xii] Selain itu, kawasan utara Skardu popular sebagai
tapak untuk mendaki gunung di Karakoram. Bandar Rawalakot juga kawasan yang popular
untuk pelancongan di Kashmir selain Srinagar.
                Wilayah Kashmir sehingga hari ini sering bergolak sejak mendapat kemerdekaan
dari Inggeris pada tahun 1947. India dan Pakistan telah berperang disebabkan konflik
Kashmir ini selian India membantu Pakistan Timur melepaskan diri dari Islamabad. Wilayah
Kashmir menjadi rebutan antara India dan Pakistan kerana masing-masing beranggapan
Kashmir berada diwilayahnya. Pakistan beranggapan kerana penduduk Kashmir majoritinya
beragama Islam maka harus berada di bawah wilayahnya. Kashmir terdiri atas dua negeri
merdeka iaitu Jammu dan Kashmir. Selepas pemisahan India dan Pakistan, Kashmir tersepit
ditengah-tengah apabila diberi pilihan untuk masuk ke India atau Pakistan. Terdapat beberapa
faktor berlakunya konflik di Kashmir yang akan dijelaskan persoalannya tentang Kashmir
yang tidak selesai sehingga hari ini.

2.0      Asas-asa Konflik di Kashmir


Faktor pertama yang menyebabkan berlakunya konflik di Kashmir ialah perbezaan agama.
Pada peringkat awal, Kashmir merupakan pusat penting bagi agama Hindu dan Buddha
sebelum munculnya ajaran Kashmir Shaivism pada abad kesembilan.[xiii] Selain agama
Hindu dan Buddha, penduduk Kashmir menerima agama Islam yang dibawa oleh
Muhammad bin Qasim pada 94H di Sind dan India kemudian tersebar meluas ke sebahagian
wilayah India lain pada 218-225H masa pemerintahan Abbasiyah. Shah Mirza merupakan
pemerintah Islam pertama di Kashmir dan memulakan susur galur pemerintahan Salatin-i-
Kashmir pada tahun 1349. Kashmir telah diperintah selama lima abad oleh kerajaan monarki
Islam termasuk pemerintahan Moghul sehingga tahun 1751 kemudian kerajaan Afghan
Durranis mengambil alih tampuk pemerintahan sehingga tahun 1820. Kashmir kemudian
ditawan Ranjit Singh yang beragama Hindu dari Punjab pada tahun 1819. Beliau tidak dapat
memerintah dengan baik dan Inggeris berjaya mengambil Kashmir. Melalui Perjanjian
Amritsar 1946, Inggeris telah menjual Kashmir dengan harga 7.5 juta Rupee kepada
Maharaja Galub Singh. Galub Singh ialah seorang tuan tanah keturunan Dogra dari Jammu
yang menabalkan dirinya sebagai raja.[xiv] Pemerintahan Dogra ini tamat pada tahun 1947,
apabila Kashmir menjadi wilayah bergolak dan ditadbir oleh tiga negara iaitu India, Pakistan
dan China. Bermula pada tahun 1349, agama Islam menajdi agama yang dominan di Kashmir
dan penduduknya hidup dalam keadaan yang harmoni kerana mereka berpegang kepada cara
hidup sufi di Kashmir yang mengamalkan cara hidup seperti dalam ajaran Islam. Kerajaan
sufi ini digantikan oleh Akhbar Khan pada 1588 dengan kerajaan monarki Islam.
                Sehingga awal abad ke-19, lembah Kashmir telah diperintah beberapa kerajaan
sehingga pemisahan India dan Pakistan. Kashmir telah diletakkan di bawah India tanpa
sempat membuat pilihan yang sewajarnya. Pemilihan Muhammad Ali Jinnah untuk keluar
dari India membentuk negara sendiri adalah tepat. Hal ini kerana pemerintahan India di
bawah Kongres Kebangsaan India telah mengabaikan hak dan kebajikan orang Islam. Orang
Hindu mendapat keistimewaan dalam majlis dan berhak mengundi.
Kashmir lambang identiti kepada India dan Pakistan. Pakistan telah menyatakan keraguan
mengenai penagmbilan Kashmir oleh India selepas pemisahan Pakistan dan India pada tahun
1947.[xv]  Islamabad turut menuduh New Delhi mengingkari resolusi PBB tentang
kebebasan untuk menentukan kehendak rakyat Kashmir. India beranggapan bahawa
pengambilan Kashmir berdasarkan undang-undang sehinggalah pada November 1956 satu
deklarasi Kashmir merupakan sebahagian daripada persekutuan India.[xvi] Keinginan
Pakistan untuk mengambil alih Kashmir tidak pernah luntur dari India kerana Pakistan yakin
dengan teori dua bangsa yang memperjuangkan Hindu dan Islam. Teori dua bangsa telah
memisahkan India dan Pakistan. Bagi Pakistan masuknya Kashmir dalam Pakistan kerana
majoriti penduduk di Kashmir penganut agama Islam. Ini menunjukkan bahawa teori dua
bangsa memberi reaksi negatif yang membentuk nasib Asia Selatan dalam pertengahan abad
ke-20.
                Faktor yang kedua berkait dengan isu bersempadanan. Pemisahan Pakistan dari
India bertujuan membentuk negara Muslim di Asia Selatan. Terdapat anggapan bahawa
Kashmir yang mmepunyai majoriti penduduk Musliam harus bergabung dengan Pakistan.
Misalnya, pada tahun 1950, 4.70 00 orang penduduk Jammu-Kashmir, 3.101 247 orang atau
77.1% adalah Muslim manakala Hindu hanya sekitar 20.1% dan agama Sikh 1.64% sahaja.
Fakta tersebut dipegang kuat oleh Pakistan untuk menyatakan wilayah ini wajar masuk ke
Pakistan. Selain itu, keadaan geografi Kashmir lebih berkait kepada Pakistan kerana
kesampaiannya lebih terbuka dari Pakistan. Sehingga kini cara mudah untuk sampai ke
Kashmir adalah melalui bahagian barat Pujat ke Sialkot dan Rawalpindi. Semasa pasca
perang tahun 1947, India membangunkan jalan melalui Pathanakot tetapi tidak sesuai kerana
keadaannya yang keras. Oleh yang demikian, wilayah Kashmir mempunyai ikatan yang lebih
erat kepada Pakistan sebagai jalan masuknya.
                Berdasarkan pembahagian yang dipersetujui akan mempunyai dua sempadan iaitu
wilayah Islam (Pakistan) dan wilayah Hindu (India) seperti yang pelan pembahagian di
bawah Indian Independence Act pada 3 Jun 1947. Penduduk yang beragama Islam akan
masuk ke Pakistan manakala penduduk yang agama Hindu akan tinggal di India.  Pada 8 Julai
1947, seorang peguam British, Sir Cyril Radcliffe datang ke India untuk membahagikan dua
bahagian iaitu di sebelah barat ada Punjab dan sebelah kawasan timur ada Bengal.[xvii]
                Selain itu, Liga Muslim telah berhasrat untuk memiliki Kashmir dalam membentuk
negara Pakistan supaya menjadi negara Islam yang baru.[xviii] Menurut Choudri Rahmat Ali
telah membentuk akronim PAKISTAN dan menyatakan bahawa huruf K dalam perkataan
PAK merujuk kepada Kashmir.[xix]
                India berpegang kepada Instrument of Acession yang Maharaja Hari Singh
tandatangan sebagai tanda sah dengan India kerana maharaja terancam dengan serbuan suku-
suku asing di perbatasan Pakistan. Suku Pashtun telah memberontak pada Oktober 1947
untuk menentang kekuasaan maharaja yang mendapat sokongan Inggeris bagi menekan
penduduk Kashmir. Pakistan turut menghantar pasukannya bagi menyokong pemberontakan
tersebut. Maharaja Hari Singh meminta pertolongan daripada Pandit Jawaharlal Nehru
dengan dikenakan beberapa syarat. Syarat pertama, maharaja mesti bergabung dengan India
dan Kashmir perlu dapat izin dari Sheikh Muhammad Abdullah untuk bergabung dengan
India. Tentera India dapat menguasai semula daerah-daerah yang dikuasai oleh pemberontak
dan tentera Pakistan. Masalah ini dibawa kepada Persatuan Bangsa-Bangsa(PBB) oleh Nehru.
Pakistan telah diberi amaran supaya tidak bertindak agresif melalui resolusi No.47 pada April
1948 kerana PBB akan mengadakan pertemuan dengan India dan rakyat Kashmir untuk
menentukan sama ada Kashmir perlu bergabung di bawah India atau Pakistan.[xx]
                Tentera India dikatakan masuk secara haram kerana Pakistan dan Kashmir
memperotes kedatangan tentera tersebut. Mereka ragu dengan dokumen yang ditandatangani
oleh Nehru dan maharaja. PBB dan Inggeris sendiri tidak mengakui kenyataan India
menduduki Kashmir hasil persetujuan perjanjian itu. Ini kerana Kashmir lebih layak berada di
bawah Pakistan dengan alasan sebahagian besar penduduk Kashmir beragama Islam dan
Kashmir lebih mengembangkan ekonominya ke Pakistan.[xxi]
                Satu perjanjian Karachi ditandatangani oleh India dan Pakistan pada Julai 1949 dan
perjanjian ini bertahan sehingga 1965 apabila India melanggar perjanjian tersebut.
[xxii] Kesannya, terbentuk garis genjatan sejata disepanjang daerah yang diduduki oleh India
dan Pakistan. Pada tahun 1972, garis ini menjadi garis kawalan (Line of Control, LOC) tetapi
penentuan penentuan garisan ini tidak dapat meredakan hubungan India-Pakistan kerana
kedua-duanya mempertahankan untuk menguasai wilayah Kashmir. Persempadanan
dibahagikan seperti berikut yang mana sepertiga wilayah Kashmir dikuasai oleh Pakistan
iaitu Azad Kashmir dengan pusat di Muzaffarabad manakala India berkuasa duapertiga ibu
kota Srinagar.[xxiii]  Ini menunjukkan wilayah Kashmir dimiliki oleh tiga negara. Pakistan
menguasai Azad Kashmir, India mengawal Jammu, Kashmir dan Ladakh manakala China
menguasai bahagian timur laut iaitu Aksai Chin dan Trans-Karakoram. India berkuasa ke atas
majoriti Glasier Siachen termasuk kawasan Ridge Saltoro Pas, manakala Pakistan menguasai
sebahagian barat daya Ridge Saltoro. India mengawal 101.338 kilometer persegi (39.127 batu
persegi) wilayah yang dipertikaikan, Pakistan 85.846 kilometer persegi  (33.145 batu persegi)
dan keluasan berbaki 37.555 kilometer persegi (14.500 batu persegi) di bawah kawalan
China.
Seterusnya, faktor kedudukan Kashmir yang strategik telah mendorong India dan Pakistan
berjuang dan bertahan untuk menguasai Kashmir. Kashmir mampu memberi sumbangan dari
aspek politik, ekonomi dan sosial kepada India dan Pakistan. Kepentingan Kashmir kepada
Pakistan antaranya bekalan atau sumber air yang berterusan dari Sungai Indus, Chenab dan
Jhelum mengalir melalui Kashmir untuk kegiatan pertanian di Pakistan. Ketiga-tiga sungai ini
mengalir ke Pakistan Barat dari Kashmir ditambah sungai Sutley dan Ravi yang berhulu di
India.  Jika Pakistan gagal mendapatkan Kashmir, Pakistan akan menghadapi ancaman
bahaya terhadap aktiviti pertanian seluas 19 juta ekar yang bergantung sepenuhnya kepada
ketiga-tiga sungai tersebut. Wilayah Kashmir yang strategik sangat penting kerana terletak di
dataran tinggi yang bergunung dan sesuai untuk dijadikan tempat pertahanan dan memantau
musuh yang hendak menyerang Kashmir.[xxiv]
Selain itu, Kashmir penting untuk membentuk majoriti Islam sejajar dengan hasrat
pembentukan Pakistan apabila dipisahkan dari India. Di Kashmir penganut agama Islam
paling ramai berbanding agama Hindu dan Sikh. Justeru, Pakistan cuba mempertahankan
Kashmir untuk dimasukkan dalam wilayah Pakistan. Selain itu, keindahan dan kemakmuran
Kashmir terkenal di seluruh dunia mampu menjana pendapatan ekonomi Pakistan melalui
aktiviti pelancongan dan perdagangan eksport barangan kraftangan dan pengeluar bulu
kambing Cashmere ke seluruh dunia.
                India mahu menguasai Kashmir untuk kepentingan negaranya. Antara kepentingan
Kashmir kepada India adalah keadaan bentuk muka bumi Jammu-Kashmir yang bergunung-
ganang sesuai untuk benteng pertahanan. Benteng pertahanan penting kerana kedudukan
Kashmir yang bersempadan dengan Tibet, China, Afghanistan dan Soviet Union kerana
Jammu-Kashmir menjadi laluan atau pintu utama kepada dunia luar. Selain itu, kepentingan
ekonomi kerana Kashmir mempunyai potensi untuk maju dengan aktiviti pertanian padi dan
sayur-sayuran di samping pemandangan indah untuk menarik pelancong ke Kashmir.
Kashmir juga penting untuk membentuk komuniti yang beragama Hindu.[xxv] Pakistan
mahu isu ini dibawa ke PBB tetapi India tetap perpegang kepada Perjanjian Simla yang
ditandatangani.
                Seterusnya, faktor ketenteraan usaha untuk menyatukan India pada abad ke-18 dan
19 apabila Barat turut menggunakan tentera untuk menguasai India.[xxvi] Tentera British
telah menunjukkan kekuatannya semasa dalam perang Panipat dan Plassey dalam usaha
menguasai Bengal seterusnya menguasai India. Semasa British berkuasa di India mereka
menguasai penuh India dan sebarang penentangan akan dibunuh. Misalnya, peristiwa
berdarah pada tahun 1919 di Jaliawalla yang mengorbankan lebih 300 orang tempatan yang
beragama Sikh. Penguasaan Bristish ini tamat apabila India dan Pakistan merdeka pada 1947
untuk membentuk negara Hindu dan Muslim.[xxvii]
                Selepas kemerdekaan Pakistan pada 14 Ogos 1947 dan India pada 15 Ogos
1947[xxviii], tentera India telah masuk ke Kashmir selepas Bristish memasukkan Kashmir di
bawah India tanpa persetujuan Kashmir. Walhal sebelum itu, Kashmir telah diberi pilihan
untuk memilih masuk ke India atau Pakistan. Terdapat tiga jenis pasukan keselamatan India
di Kashmir iaitu polis tempatan, angkatan tentera dan tentera biasa. Mereka diberi latihan,
organisasi, komposisi etnik dan pekerjaan harian bagi mengalahkan pemberontakan. Jumlah
tentera yang diletakkan di seluruh wilayah Kashmir seramai 6 000 000 orang. Pendudukan
tentera India tidak disenangi oleh penduduk  Kashmir. Tentera India pernah mendapat
pasukan senjata nuclear dari Soviet Union pada tahun 1984 dan keadaan pada ketika itu
seperti bazaar senjata.[xxix] Pakistan turut mendapat bantuan senjata dari luar iaitu Amerika
Syarikat supaya mampu bersaing dengan India. Wilayah India-Pakistan boleh mengancam
antara satu sama lain dengan bantuan senjata nuklear. India terkenal dengan kekuatan tentera
dan penduduk yang ramai serta berhampiran dengan Rusia. Ini menyebabkan masyarakat
antarabangsa tidak berani menghukumnya dan India semakin menindas. Kemuncak kepada
kehebatan tentera  India pada 27 Oktober 1947 apabila lebih daripada 300 000 orang
penduduk Kashmir telah terkorban dalam tempoh dua bulan tentera  India menakluk wilayah
Jammu dan Kashmir.[xxx]  Peristiwa ini memberi kesan hebat dan membawa titik hitam
dalam hidup penduduk di Kashmir. India telah mencabul Akta Kemerdekaan India dan
Rancangan Pemisahan tahun 1947 dengan menghantar tentera untuk wilayah tersebut.
Mengikut Akta Kemerdekaan India dan Rancangan Pemisahan yang diluluskan oleh Parlimen
Britain pada 18 Julai 1947, kerajaan Britain telah memutuskan bahawa India sebagai negara
jajahan perlu dibahagikan kepada dua hingga terbentuk India dan Pakistan. Ini berdasarkan
syarat yang mana kawasan berpenduduk majoriti Hindu akan membentuk negara India
manakala kawasan yang penduduk majoriti Islam di wilayah barat dan Bengal timur akan
menyertai negara baru Pakistan. India telah membawa masalah Kashmir ke PBB pada 1
Januari 1948 untuk mendapatkan bantuan. Majlis Keselamatan PBB telah meluluskan
resolusi bahawa penaklukan dan pendudukan India ke atas Kashmir adalah tidak sah.[xxxi]
                Selain itu, India membawa isu Kashmir ke PBB dan genjatan senjatan mula
dikuatkuasakan. Namun, India gagal mematuhi janji untuk memberi hak kepada Kashmir
memilih masa depan mereka untuk bersama India atau Pakistan. Penduduk Kashmir kecewa
lalu bertindak untuk memberontak secara besar-besaran pada 1989 bagi mendesak India
memulangkan hak mereka untuk menentukan masa depan mereka. Pemberontakan tersebut
disokong kuat oleh penduduk Kashmir. Keadaan semakin meruncing menyebabkan Perdana
Menteri India, Atal Bihari Vajpayee membuat rundingan dengan Presiden Pakistan, Jen (B)
Perves Musharraf pada 6 Januari 2004. Rundingan India-Pakistan masih berterusan sehingga
hari ini. Namun, tentera India menjadi penghalang kepada penyelesaian krisis Kashmir. India
bertindak mendiamkan diri terhadap tuntutan Kashmir untuk menjadi kawasan bebas tentera
dan melepaskan penduduk Kashmir membentuk kerajaan sendiri bagi menyelesaikan konflik
ini. Tentera India terus mencabul hak asasi penduduk Kashmir apabila beribu-ribu penduduk
Kashmir hilang dalam tahanan. Penemuan kubur yang tidak bernama membuktikan bahawa
mereka yang hilang telah mati dibunuh sejak konflik bersenjata di Jammu dan Kashmir pada
1989. [xxxii] Selain itu, India dan Pakistan mula menggunakan senjata nuclear untuk
menakut-nakutkan lawannya. Perdana Menteri, Atal Bihari Vajpayee telah melakukan
serangkai ujian nuklear pertama sebagai tanda meyakinkan keamanan India dan menyatakan
India akan membangunkan kekuatan nuklear yang besar lagi. Pakistan turut melakukan ujian
nuklear sejauh 1400 kilometer pada bulan Mei di daerah Chagai berhampiran perbatasan
Pakistan-Iran. Tindakan kedua-dua negara telah dikeji oleh pemerintah seluruh dunia kerana
melanggar perjanjian Comprehensive Test Ban Treaty yang ditandatangani bersama 149
negara pada tahun 1996 yang melarang sebarang ujian nuklear. Hal senjata nuklear ini telah
memburukkan lagi konflik Kashmir yang tidak dapat diselesaikan sehingga hari ini.

3.0      Cara Mengatasi Konflik Kashmir dalam Hubungan India-Pakistan


Konflik Kashmir ini perlu diselesaikan dengan segera kerana memberi kesan buruk yang
merangkumi aspek politik, ekonomi dan sosial. Hubungan yang tidak sihat telah mengkucar-
kacirkan pentadbiran kerana masing-masing mempertahankan Kashmir milik mereka.
Pergolakan dan pemberontakan yang berlaku telah memusnahkan harta benda dan
mengorbankan banyak nyawa. Masalah ini turut mengganggu aktiviti ekonomi kerana
penduduk Kashmir sibuk mempertahankan wilayahnya daripada kacau-bilau yang
ditimbulkan oleh India. Keadaan yang tidak aman menghalang kemasukan pelancong
sekaligus menyebabkan pendapatan ekonomi tidak dapat dicipta.
Masalah Kashmir melibatkan hubungan agama dan persempadanan.  Maka penyelesaiannya
melibatkan pihak antarabangsa seperti PBB. PBB perlu memainkan peranannya dan bersikap
tegas dalam mengadili bersempadanan dan agama ini. Setiap dokumen dan perjanjian
mengenai dakwaan Kashmir milik India perlu dikaji dan suara penduduk Kashmir perlu
didengar supaya tidak berlaku penindasan dikemudian hari. Pihak berkecuali boleh
membantu dalam mendapatkan suara rakyat Kashmir.[xxxiii] Pihak PBB perlu menentukan
semula garis sempadan yang jelas wilayah Kashmir dengan India dan Pakistan. Selain itu,
PBB memberi kemerdekaan kepada Kashmir seperti yang dikehendaki mereka untuk
membentuk sebuah negara yang bebas.

4.0      Kesimpulan
Hubungan India dan Pakistan telah berlarutan sejak tahun 1947 setelah pemisahan India dan
Pakistan sehingga kini masih tiada jalan penyelesaiannya. Keadaan berterusan ekoran
pergolakan dan pemberontakan apabila India dan Pakistan mempertahankan Kashmir adalah
milik mereka. Masalah ini akan kekal berterusan selagi tidak diselesaikan sama ada Kashmir
diberi kemerdekaan atau ditentukan hak milik sebenar dengan penentuan persempadanan
semula. Kashmir wajar diberi hak untuk membentuk negara yang bebas merdeka setelah
bertahun-tahun hidup dalam penderitaan.

[i] Ita Mutiara Dewi. 2006. Dilema Masalah Kashmir Dalam Kerangka Hubungan India-
Pakistan. MOZAIK Vol.1. No.1. July 2006. ISSN 1907-6126.Hlm 1.
[ii] Victoria Schofield.1996. Kashmir Vale of Tears, Home of Tragedy.  London: I.B.Tauris
& Co Ltd. Hlm 5.
[iii] Ita Mutiara Dewi. 2006. Dilema Masalah Kashmir Dalam Kerangka Hubungan India-
Pakistan. MOZAIK Vol.1. No.1. July 2006. ISSN 1907-6126. Hlm 1.
[iv] Alastair Lamb.1966. Crisis in Kashmir  1947 to 1966. Londan Routledge & Kagen Paul
Ltd. Hlm 53.
[v] Abdullah Zakaria Ghazali et al. 2000. Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia
Timur 1800-1963. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Hlm. 424.
[vi]Mustafa Kamal Basri. 2008. Sejarah Lembah Kashmir. Diperoleh pada Mei 10, 2013
daripada http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2008&dt=1201&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_12.htm
[vii] Ibid.
[viii] Alastair Lamb. Crisis in Kashmir  1947 to 1966. Hlm 15.
[ix] Ita Mutiara Dewi. 2006. Dilema Masalah Kashmir Dalam Kerangka Hubungan India-
Pakistan. MOZAIK Vol.1. No.1. July 2006. ISSN 1907-6126. Hlm. 2.
[x] Dipetik daripada Ita Mutiara Dewi. 2006. Dilema Masalah Kashmir Dalam Kerangka
Hubungan India-Pakistan. MOZAIK Vol.1. No.1. July 2006. ISSN 1907-6126. Hlm 3 dalam
Hizb–ut- Tahrir. Qadlaya Siyasah. Ab. Abdul Halim. 2005. Negeri-negeri Muslim yang
Terjajah. Bogor: Pustaka Thariqul Izzah. Hlm. 52.
[xi] Ummul Hasanah. 2011. Spektrum Konflik Kashmir Antara India dan Pakistan. Diperoleh
pada Mei 13, 2013
daripadahttp://www.academia.edu/3082348/india_and_pakistan_of_kashmir_conflict
[xii] Ummul Hasanah. 2011. Spektrum Konflik Kashmir Antara India dan Pakistan.
Diperoleh pada Mei 13, 2013
daripadahttp://www.academia.edu/3082348/india_and_pakistan_of_kashmir_conflict
[xiii] Mustafa Kamal Basri. 2008. Sejarah Lembah Kashmir diambil Diperoleh pada Mei 10,
2013 daripada
http://www.mailarchive.com/sahabatinteraktif@yahoogroups.com/msg19845.html
[xiv] Ita Mutiara Dewi. 2006. Dilema Masalah Kashmir Dalam Kerangka Hubungan India-
Pakistan. MOZAIK Vol.1. No.1. July 2006. ISSN 1907-6126. Hlm. 2-3.
[xv] Diperoleh pada Mei 12, 2013
daripada http://arvinradcliffe.blogspot.com/2012/06/konflik-india-dan-pakistan-dalam.html
[xvi] Ibid.
[xvii] Victoria Schofield. 1996. Kashmir Vale of Tears, Home of Tragedy. London: I.B.
Tauris & Co Lt. Hlm 20.
[xviii] Ibid.
[xix] Alastair Lamb.1966. Crisis in Kashmir. 1947 to 1966. Londan: Routledge & Kagen
Paul Ltd Hlm 38.
[xx] Chairul Aftah. 1 Julai 2005. Studi Tentang Posisi Kashmir Dalam Hubungan India-
Pakistan. Vol 6. No 11. Diperoleh pada Mei 12, 2013
daripadahttp://portal.fisipunmul.ac.id/site/wpcontent/uploads/2013/03/jsp_vol6_no11_1jul05
_2chairul%20(03-14-13-02-53-38).pdf
[xxi] Ita Mutiara Dewi. 2006. Dilema Masalah Kashmir Dalam Kerangka Hubungan India-
Pakistan. MOZAIK Vol.1. No.1. July 2006. ISSN 1907-6126. Hlm. 10.
[xxii] Alastair Lamb.1966. Crisis in Kashmir 1947 to 1966. Londan: Routledge & Kagen
Paul Ltd. Hlm 54.
[xxiii] Chairul Aftah. 1 Julai 2005. Studi Tentang Posisi Kashmir Dalam Hubungan India-
Pakistan. Vol 6. No 11. Diperoleh pada Mei 12, 2013
daripadahttp://portal.fisipunmul.ac.id/site/wpcontent/uploads/2013/03/jsp_vol6_no11_1jul05
_2chairul%20(03-14-13-02-53-38).pdf
[xxiv] Chairul Aftah. 1 Julai 2005. Studi Tentang Posisi Kashmir Dalam Hubungan India-
Pakistan. Vol 6. No 11. Diperoleh pada Mei 12, 2013
daripada http://portal.fisipunmul.ac.id/site/wpcontent/uploads/2013/03/jsp_vol6_no11_1jul05
_2chairul%20(03-14-13-02-53-38).pdf
[xxv] Chairul Aftah. 1 Julai 2005. Studi Tentang Posisi Kashmir Dalam Hubungan India-
Pakistan. Vol 6. No 11. Diperoleh pada Mei 12, 2013
daripada http://portal.fisipunmul.ac.id/site/wpcontent/uploads/2013/03/jsp_vol6_no11_1jul05
_2chairul%20(03-14-13-02-53-38).pdf
[xxvi] Azharudin Mohd Dali. 2008.  Kashmir:Konflik Yang Tiada Penyelesaian. Dalam
Abdullah Zakaria Ghazali dan Zulkanain Abdul Rahman (ed.).Konflik Dunia Abad ke-20.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 264.

[xxvii] Azharudin Mohd Dali. Kashmir:Konflik Yang Tiada Penyelesaian. Dalam Abdullah


Zakaria Ghazali dan Zulkanain Abdul Rahman (ed.). Konflik Dunia Abad ke-20. Hlm. 265.
[xxviii] Azharudin Mohd Dali. 2004. Tamadun India. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka. Hlm. 316.
[xxix] Ita Mutiara Dewi. 2006. Dilema Masalah Kashmir Dalam Kerangka Hubungan India-
Pakistan. MOZAIK Vol.1. No.1. July 2006. ISSN 1907-6126. Hlm. 9.
[xxx] Mustafa Kamal Basri. 2008. Sejarah Lembah Kashmir diambil Diperoleh pada Mei 10,
2013 daripada
http://www.mailarchive.com/sahabatinteraktif@yahoogroups.com/msg19845.html

[xxxi] Mustafa Kamal Basri. 2008. Sejarah Lembah Kashmir diambil Diperoleh pada Mei 10,
2013 daripada
http://www.mailarchive.com/sahabatinteraktif@yahoogroups.com/msg19845.html

[xxxii] Mustafa Kamal Basri. 2008. Sejarah Lembah Kashmir diambil Diperoleh pada Mei


10, 2013 daripada
http://www.mailarchive.com/sahabatinteraktif@yahoogroups.com/msg19845.html

[xxxiii] Azharudin Mohd Dali. 2008.  Kashmir:Konflik yang tiada penyelesaian.  Dalam


Abdullah Zakaria Ghaali dan Zulkanain Abdul Rahman (ed.).Konflik Dunia Abad ke-
20. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 279.

Isu sempadan Kashmir


Pendahuluan.

Nama "Kashmir" berasal daripada bahasa Sanskrit iaitu “Ka = air” dan “shimeera
“mengering” . Maka Kashmir membawa maksud  “lembah yang dikeringkan airnya”.  Negeri
ini dikenal dengan sebutan “Syurga Dunia”, karena keindahan alam yang mempesona di
samping kesuburan tanah serta geografinya yang begitu strategik. Keindahan itu digambarkan
seperti berikut ;
Sejarah Kashmir yang ditulis oleh Kalhana pada abad ke-12, menyatakan bahawa
Lembah Kashmir adalah bekas tasik. Sehingga pertengahan abad ke-19, istilah Kashmir
merujuk kepada kawasan lembah antara Himalaya Besar dan banjaran gunung Pir Panjal.
Hari ini Kashmir ditadbir oleh tiga negara: India, Pakistan dan Republik Rakyat China. India
mentadbir Jammu dan Kashmir (Lembah Kashmir, Jammu dan Ladakh), Pakistan mentadbir
kawasan – kawasan utara dan wilayah Azad Kashmir manakala  kawasan yang ditadbir oleh
China adalah kawasan Aksai Chin dan laluan Trans-Karakoram. Walaupun kawasan-kawasan
tersebut dikuasai oleh ketiga-tiga negara terbabit, tetapi India mahupun Pakistan tidak pernah
mengiktiraf pemilikan antara satu sama lain ke atas kawasan – kawasan yang menjadi
pertikaian.  Sehingga kini isu perbalahan mengenai wilayah Kashmir di antara Pakistan dan
India telah berlarutan lebih enam dekad. Menurut pandangan sarjana isu ini boleh dianggap
sebagai antara konflik tanpa penyelesaian paling lama di dunia. Namun begitu menjadi
persoalan, apakah asas yang telah menjadi pencetusnya konflik yang tidak berpenghujung di
Kashmir.

Konflik-konflik di Kashmir
Perebutan untuk menguasai Kashmir telah mengheret India dan Pakistan terjebak
dalam  tiga siri peperangan yang dikategorikan sebagai konflik bersenjata iaitu Perang
pertama India-Pakistan 1947, Perang kedua India-Pakistan 1965 dan Perang India-Pakistan
pada 1971.
Perang pertama India-Pakistan 1947 tercetus akibat konflik di wilayah Kashmir dan
berlaku dari tahun 1947 sampai tahun 1948. Perang kedua India-Pakistan berlaku dari Ogos
hingga September 1965 apabila Pakistan melancarkan operasi Gibraltar untuk menyusup dan
menyerang Jammu dan Kashmir. Perang yang berlarutan selama lima minggu menyebabkan
beribu orang terkorban di kedua-dua belah pihak dan tamat apabila  Pertubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu (PBB) mengisytiharkan gencatan senjata. Perang India-Pakistan pada 1971
pula berkaitan Kemerdekaan Bangladesh.
Kashmir juga turut berhadapan dengan konflik senjata nuklear apabila Pakistan dan
India masing-masing berlumba-lumba untuk mencipta senjata nuklear. Pada tahun 1972,
Ghandi sebagai perdana menteri India telah membenarkan pembinaan peranti letupan
nuklear, dan buat pertama kalinya mencuba senjata nuklearnya pada tahun 1974. Walaupun
pada mulanya kedua-dua negara ini menafikan pemilikan senjata nuklear namun akhirnya
membuat pengakuan  bahawa mereka memiliki senjata tersebut seperti mana kenyataan
Gandhi ;
Empat bulan kemudiannya Ghandi mengeluarkan kenyataan :
                 Walaupun Majlis Keselamatan PBB tidak memberi kebenaran kepada India dan
Pakistan untuk memiliki senjata nuclear namun begitu negara-negara tersebut berkeras untuk
tidak tunduk dengan arahan Majlis Keselamatan PBB. India, Pakistan dan Israel termasuk di
antara negara yang enggan menandatangani perjanjian pengawalan senjata nuklear. Kesannya
penduduk Kashmir sentiasa dihantui perasaan takut kerana bila-bila masa sahaja bumi
tersebut akan dijadikan kawasan pertempuran senjata nuklear antara kedua negara tersebut.
            Selain daripada itu salah  konflik yang berlaku di Kashmir adalah berkaitan dengan
isu air. Kashmir merupakan punca utama kepada sungai-sungai di Asia selatan terutamanya
Sungai Indus. Sungai Indus memainkan peranan penting kepada kedua-dua negara India dan
Pakistan sama ada untuk tujuan pengairan sistem tanaman dan sistem hidro elektrik.
Menjelang awal kemerdekaan, terdapat kenyataan  mengatakan bahawa India menutup
Terusan Doab Bari ketika musim menyemai hingga menyebabkan kerosakan yang ketara
kepada tanaman Pakistan.

Kepentingan Kashmir kepada India dan Pakistan.

               Sebelum menelusuri lebih jauh mengenai asas yang menjadi punca kepada konflik
yang berlaku di Kashmir adalah baik kiranya kita kaji apakah faktor yang menyebabkan
Kashmir menjadi rebutan antara India dan Pakistan. Pakistan ingin menguasai Kashmir atas
dasar penduduk di Kashmir majoriti merupakan penganut beragama Islam. Pada masa yang
sama Pakistan ingin menguasai Kashmir untuk tujuan politik, ekonomi dan
ketenteraan.  Pakistan sangat bergantung pada sumber alam semula jadi di Kashmir antaranya
ialah tiga buah sungai besar yang menjadi punca air bagi Pakistan. Jika keseluruhan air
sungai tersebut dialirkan ke India, maka Pakistan akan menjadi padang tandus. Dari segi
ketenteraan pula, kedudukan geografi Kashmir yang strategik amat penting untuk
membangunkan kekuatan ketenteraan. Oleh karena itu, sesiapa yang berjaya menguasai
Kashmir akan dapat menguasai daerah di sekitarnya.
India pula ingin menguasai Kashmir atas dorongan agama dan politik. Sejak dulu India
ingin menjadi Tuan Di Asia Selatan. Bahkan dalam mitos Hindu, seperti dikatakan  oleh DR
Ayyub Toukar dalam sebuah wawancara dengan harianAsy Syarkul Ausat di London : India
adalah Tuhan, kepalanya Kashmir dan Tibet, tangan kirinya terbentang sampai ke Indonesia
dan tangan kanannya sampai ke kepulauan Maurycus, sementara kakinya di laut India,
samping Sri langka. Oleh karena itu, wilayah-wilayah tersebut merupakan wilayah-wilayah
suci bagi umat Hindu.
Sekiranya dilihat daripada hubungan dua hala antara Pakistan dan India, kedua-dua
negara ini sedang cuba berbaik-baik untuk memastikan hubungan mereka sama ada dalam
aspek ekonomi, politik mahupun sosial berjalan dengan baik.  Seperti mana yang dikatakan
oleh Mahatma Ghandi sewaktu mengadakan lawatan ke Pakistan “…Nothing is more
important to us than a good relations with our neighbor and especially, with Pakistan..” turut
dikatakan oleh P.V Narasimba Roa “ Indian commitment to friendship with Pakistan
incorporates its support for Pakistan’s well-being grow…I take this opportunity to state
unequivocally  that we are committed to respect Pakistan national unity, territorial integrity,
political independence and sovereign equality.”
Namun begitu tidak dapat dinafikan, Kepentingan terhadap Kashmir sering kali
membibitkan perasaan syak wasangka dan seterusnya menimbulkan ketegangan dan konflik
antara kedua pihak.
Asas konflik di Kashmir.
            Penulis buku “South Asia in World Politics” dalam penulisannya mengatakan bahawa
terdapat punca menyebabkan berlakunya konflik di Kashmir iaitu yang pertama, apabila India
pada tahun 1989 telah menyalahgunakan hak asasi manusia dan penafian hak demokrasi
sehingga menyebabkan pemberontakan di IAK. Punca kedua disebabkan tindakan Pakistan
secara haram telah menduduki dan membina pondok kawalan di sepanjang gunung yang
terletak di bawah kawalan Kashmir sehingga membawa kepada tercetusnya perang Kargil.
Sebab ketiga pula ialah disebabkan serangan pengganas yang bertindak menyerang Amerika
Syarikat pada Disember 2001, tetapi ini tidak dibincangkan dalam penulisan ini.
            Namun begitu, hasil bacaan daripada buku-buku dan artikel-artikel dapat saya
nyatakan pendapat saya bahawa terdapat dua asas utama yang menjadi punca konflik -
konflik di Kashmir. Iaitu Masalah Persempadanan Kashmir atau dalam erti kata lain masalah
pembahagian kawasan dan permasalahan agama antara penganut Islam dan Hindu di kedua-
dunia negara tersebut.

Masalah Persempadanan Kashmir.

Konflik yang melanda Kashmir sehingga kini, bermula sejak proses kemerdekaan
membabitkan India dan Pakistan pada tahun 1947. Persempadanan yang tidak jelas sewaktu
kemerdekaan antara India dan Pakistan pada Ogos 1947 itu telah menyebabkan kedua belah
pihak saling menuntut bahawa merekalah yang berhak menguasai wilayah. Pada tahun 1947,
pemerintahan British di India berakhir dengan terciptanya dua buah  negara baru iaitu
Kesatuan India dan Pakistan. Akta Kemerdekaan India 1947 menyatakan bahawa :
Daripada petikan tersebut menyatakan bahawa setiap negeri-negeri yang tinggal diberi
pilihan  sama ada untuk menyertai India atau Pakistan atau kekal bebas. Namun begitu
penyelesaian gagal diperoleh antara kedua-dua wilayah apabila India dan Pakistan masing-
masing menuntut wilayah Kashmir sebagai hak mereka.
Walaupun pada hakikatnya Resolusi 122 yang dikeluarkan pada 1947 telah
memberikan kebebasan kepada penduduk-penduduk Kashmir untuk menentukan hala tuju
politik mereka sendiri;
Menerusi Akta Kemerdekaan India dan Rancangan Pembahagian yang diluluskan
oleh Parlimen British pada ketika itu, negara India yang penduduknya terdiri daripada
penganut agama Hindu telah membentuk negara India. Manakala  Kawasan yang penduduk
majoritinya beragama Islam telah membentuk negara Pakistan.  Kashmir pula diberikan
kebebasan untuk memilih pemerintahan sendiri. Namun begitu pemerintah Pakistan dan India
masing-masing ingin menguasai Kashmir dan akhirnya membawa kepada konflik perebutan
Kashmir oleh Pakistan dan India.
Tanggal 27 Oktober 1947 merupakan titik tolak kepada bermulanya konflik di
Kashmir dan dianggap merupakan detik hitam dalam sejarah Wilayah Kashmir. Kerajaan
India telah mencabul Akta Kemerdekaan India dan Rancangan Pemisahan dengan
menghantar tenteranya untuk menduduki Kashmir yang pada ketika itu belum memutuskan
untuk menjadi India atau Pakistan. Dalam tempoh dua bulan sahaja lebih 300,00 penduduk
Islam menjadi korban setelah tentera India menakluki wilayah Jammu dan Kashmir.
Tindakan India ternyata bertentangan dengan kenyataan Mahatma Ghandi yang menyatakan
bahawa beliau menghormati hak penduduk Kashmir untuk memilih pemerintahan mereka
sendiri.
Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa akibat perasaan tidak puas hati antara India
dan Pakistan terhadap hak yang sepatutnya diperoleh Kashmir telah menyebabkan
tercetusnya konflik-konflik yang lain. Bagi menyelesaikan masalah konflik melibatkan dua
kumpulan agama jalan penyelesaian yang seharusnya diambil adalah dengan membahagikan
wilayah Kashmir mengikut jumlah majoriti yang menjadi penghuninya. Seharusnya
pemilihan tampuk pemerintahan oleh Negeri Jammu dan Kashmir perlu dibuat selaras dengan
kehendak rakyat melalui kaedah demokratik  yang bebas dan tidak berat sebelah serta
dijalankan di bawah naungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tanpa campur
tangan oleh pihak India dan Pakistan.

Permasalahan agama antara penganut Islam dan Hindu.

Sebelum bercerita lebih lanjut mengenai peranan agama sebagai asas yang
menyebabkan konflik di Kashmir adalah lebih baik untuk kita mengetahui perkembangan
agama yang mewarnai kehidupan penduduk di Kashmir. Sebelum perkembangan Islam
wilayah Kashmir menerima perkembangan agama Hinduisme abad pertama dan
kemudiannya Buddhism hingga ke abad kesembilan. Pemerintah Islam yang pertama di
Kashmir dikenali sebagai Shah Mirza sebagai permulaan susur-galur pemerintahan Salatin-i-
Kashmir atau Dinasti Swati pada tahun 1349. Perkembangan pemerintahan Islam sejak tahun
1349, menyebabkan Islam berkembang menjadi agama dominan di Kashmir. Pada masa
tersebut, penganut agama Islam dan Hindu di Kashmir hidup secara harmoni dan saling
melengkapi antara satu sama lain.
Kemudian Kashmir diperintah oleh kerajaan islam seperti Mughal (1526 -1751),
Empayar Durrani Afghanistan (1747 – 1820), dan Empayar Pashtun Durrani pada abad ke-
18.
Pada tahun 1819, Kashmir telah ditawan oleh Ranjit Singh Sikh. Perang Pertama Anglo-Sikh
pada 1845 dan 1846 menyebabkan perjanjian Lahore ditandatangani dan Kashmir jatuh di
tangan Syarikat Hindia Timur. Maharaja Amritsar Gulab Singh kemudiannya telah membeli
Kashmir daripada British di bawah perjanjian Amritsar, beliau telah menjadi wakil kepada
raja Britain.
Ada sejarawan mengatakan bahawa diteliti konflik di Kashmir adalah disebabkan
perbezaan ideologi dan semangat di antara dua agama iaitu agama Hindu dan agama Islam.
Bibit-bibit pertelingkahan antara kaum Muslim dan Hindu  telah lama berlaku, namun
menjadi semakin besar dan sukar dikawal menjelang tahun 1940an. Pertelingkahan itu secara
disedari atau tidak disedari telah membawa kepada  persaingan antara dua parti terbesar pada
masa itu, iaitu Indian National Congers (INC) dan Liga Muslim. Hal ini membawa kepada
Persidangan Meja Bulat yang telah diadakan sebanyak tiga kali. Persidangan kali pertama
pada penghujung tahun 1930  dihadiri oleh Raja-Raja India, orang Islam, Hindu, Kristian dan
Sikh bertujuan mencari penyelesaian berkaitan soal agama, namun gagal mencapai
penyelesaian. Persidangan kali kedua pada September 1931 untuk menyelesaikan masalah
perkauman masih menemui kegagalan. Persidangan Meja Bulat ketiga diadakan untuk
menyelesaikan masalah perlambangan.
Tuntutan Liga Muslim serta Ali Jinnah untuk memiliki sebuah “Negara Islam” telah
menyebabkan kekacauan dan pembunuhan yang luar biasa berlaku antara penganut Islam dan
Hindu. Sepanjang tiga hari rusuhan berlaku, seramai 4000 orang terbunuh dan 10000 orang
lagi cedera. Dalam masa enam bulan, di Bihar dan Benggala sahaja lebih dari sepuluh ribu
penduduk dibunuh dengan dahsyat. Walaupun penderitaan ini berakhir dengan kejayaan
pembentukan Pakistan sebagai negara Islam, namun begitu peristiwa rusuhan kaum yang
telah berlaku secara tidak langsung menyebabkan api dendam antara penganut Islam dan
Penganut Hindu semakin bercambah dan menjadi beban masa silam yang tidak dapat
dilupakan oleh kaum tersebut. Hal ini seperti mana yang dikatakan oleh Dr. B. R. Ambedkar ;
Sehinggalah pada tahun 1947 apabila Parlimen Britain meluluskan Rancangan
Pemisahan yang telah membawa kepada terbentuknya dua negara iaitu India dan Pakistan. 
Kawasan yang mempunyai penduduk majoriti Hindu akan membentuk negara India.
Manakala kawasan yang mempunyai penduduk majoriti Islam di wilayah barat dan Bengal
timur akan diletakkan di bawah negara baru Pakistan.
Manakala pemerintah  Kashmir pula diberi hak untuk memilih sama ada ingin
menyertai India atau Pakistan. Kashmir yang mempunyai majoriti penduduk Islam boleh
menyertai Pakistan, namun begitu atas perancangan pemimpin yang beragama Hindu  dan
Kongres Kebangsaan India menyebabkan impian penduduk Kashmir untuk menyertai
Pakistan berkecai. Statistik pada 1901 menunjukkan majoriti penduduknya beragama Islam,
kecuali di kawasan Jammu dan Ladakh
Walaupun Kashmir diberi hak untuk memilih pemerintahan sendiri namun
begitu  berikutan perebutan yang tidak henti-henti antara Pakistan dan India ke atas wilayah
Kashmir sejak tahun 1947 menyebabkan konflik di Kashmir tetap berterusan. Kedua-dua
negara juga tidak bersetuju untuk melepaskan wilayah itu menjadi  wilayah yang merdeka
seperti yang dikehendaki oleh majoriti penduduknya. Sebaliknya kedua-dua kuasa ini
mencari isu tertentu untuk campur tangan dalam pemerintahan di Kashmir. 
India mendakwa Pakistan membantu pejuang pemisah dan membekalkan senjata
kepada pemberontak. Kumpulan pemberontak dianggap sebagai  kumpulan pengganas Islam
yang digerakkan oleh Pakistan untuk menjadikan Kashmir dan Jammu sebahagian daripada
Pakistan. Sebaliknya Pakistan menafikan kenyataan India sambil menyifatkan
pemberontakan di Kashmir merupakan “perjuangan pembebasan Kashmir” . Pakistan tegas
mengatakan bahawa pemberontakan penduduk Kashmir adalah disebabkan rasa tidak puas
hati dengan kerajaan India, khususnya Tentera India, yang telah melakukan pelanggaran hak
asasi manusia terhadap penduduk Islam di Kashmir. Sehingga kini permasalahan itu masih
berlanjutan contohnya ketika berlaku bantahan musim panas 2008, pihak polis sewenang-
wenangnya telah melepaskan tembakan ke arah  penunjuk perasaan menyebabkan 40 orang 
Muslim terbunuh dan lebih daripada 100 orang cedera
Sebagai tindak balas daripada perbuatan dan penindasan tentera India, penduduk
Muslim Kashmir telah pun menggerakkan kumpulan mujahid yang akan melancarkan
gerakkan pemerintahan ataupun Intifadah
Ternyata jelas menunjukkan masalah perkauman dan perasaan fanatik keagamaan
didorong oleh dendam menyebabkan sebarang persetujuan gagal dicapai oleh semua pihak
yang terlibat sama ada India, Pakistan mahupun Kashmir. Sebaliknya setiap langkah
penyelesaian yang cuba diambil sering kali menemui jalan buntu dan akhirnya membawa
kepada tercetusnya konflik-konflik baru.

Penutup.

Kesimpulannya, konflik di Kashmir merupakan antara konflik yang terpanjang di


dunia sejak 1947, hingga saat ini belum ada penyelesaiannya menuju suatu perdamaian.
Ternyata permasalahan yang wujud akibat perbezaan antara agama dan kaum telah menjadi
asas kepada permasalahan lain termasuklah masalah pembahagian kawasan dan akhirnya
mencetus kepada konflik-konflik lain. Pada masa yang sama kesukaran untuk mendapatkan
penyelesaian ini tidak lain dan tidak bukan adalah disebabkan tindakan negara India dan
Pakistan yang mana masing-masing berdegil untuk menuntut hak penguasaan terhadap
Kashmir. Kesannya dapat dilihat apabila penduduk Kashmir menderita akibat peperangan
dan kekacauan yang sering berlaku.
Tindakan yang dilakukan oleh Pakistan dan India terhadap penduduk tempatan secara
tidak langsung menyebabkan rakyat bangun memberontak sehingga menyebabkan
kemunculan kumpulan-kumpulan gerakkan pemisah yang dianggap sebagai pengganas oleh
pihak India. Sehingga kini masih berlaku pertelagahan antara India, Pakistan dan China yang
menguasai sebahagian kecil wilayah-wilayah di Kashmir. Pada hari ini Kashmir telah
dibahagikan kepada dua wilayah utama yang berasingan serta ditadbir oleh dua pemerintah
yang berbeza iaitu India dan Pakistan.
M., Rajantheran and Hj. Awang, Md. Afandi (2004) NASIONALIS ATAU KOMUNALIS: SIR SYED
AHMAD KHAN DAN MAHATMA GANDHI DALAM SEJARAH MODEN INDIA. Journal of
Southeast Asian Studies, 9 (1).

You might also like