You are on page 1of 3
JABATAN KESIHATAN NEGERI JOHOR Bahagian Kesihatan Awam Jalan Persiaran Permai TEL 07-2356136 / 2269 / 2368879 FAKS — : 07-2356221 /07-2363305 81200 Johor Bahru hitp:ljknjohor moh.gov.my JOHOR DARUL TA'ZIM Ruj. Tuan Rj. Kami: ( 25 )JKNU(K)30(7)/1 kd. 12 Tarikh— : 06.05.2020 Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Johor Tuan, PELAKSANAAN PERKHIDMATAN KESIHATAN SEKOLAH SEPANJANG TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DAN PASCA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. 2. Memandangkan penularan wabak COVID-19 masih berlaku dan sesi persekolah terpaksa ditutup, perkhidmatan imunisasi di sekolah kepada murid juga turut terjejas. Perkara ini amat membimbangkan sekiranya berlaku penyakit cegahan vaksin dalam kalangan murid sekolah. Selain itu, stok vaksin sedia ada dalam simpanan di fasiliti kesihatan berkemungkinan akan luput tarikh dan berlakunya pembaziran. 3, Untuk makluman, imunisasi ke atas murid sekolah merupakan perkhidmatan yang boleh diteruskan semasa fasa late containment dan mitigation COVID-19. Memandangkan sesi Persekolahan masin belum bermula, perkhidmatan imunisasi kepada murid sekolah boleh dijalankan di Klinik kesihatan secara berperingkat. Murid yang terlibat adalah murid Tahun 1 untuk MR (measles, Rubella) dan DT (Difteria, Tetanus), murid perempuan Tingkatan 1 untuk HPV dan murid Tingkatan 3 untuk ATT (Tetanus Toxoid). Pihak klinik kesihatan juga akan ‘memastikan penjarakan sosial diamalkan semasa murid-murid berada di klinik kesihatan 4, Justeru itu, pihak tuan dimohon untuk memanjangkan perkara ini kepada Pejabat Pendidikan Daerah untuk memaklumkan kepada ibu bapa supaya membawa anak mereka ke Klinik kesihatan untuk imunisasi mengikut temujanji yang akan ditetapkan oleh pihak kesihatan. Bersama ini juga disertakan salinan surat dari pihak Kementerian Kesihatan Malaysia kepada Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, bertarikh 25 April (no ruj: KKM.600-30/8/1 JLD 6 (6) bertarikh 25 April 2020 5. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Dr. Siti Khatijah binti Abdul Rahim di talian 07-2362236. Kerjasama yang diberikan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih Sekian, terima kasih. ‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’ Saya yang menjalankan /gmanah, \l~ (DR.SHAHAROM NOR AZIAN BJNTi CHE MAT DIN) MMC ; 27472 (Pakar Perubatan Kegihatan Awan) Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam) npnce30 SO ca PPS ro wo wens PEJABAT TIMBALAN KETUA PENGARAH KESIHATAN (KESEHATAN AWAM) KEMENTERIAN KESITATAN MALAYSIA {OFFICE OF THE DEPUTY DIRECTOR-GENERAL OF HEALTH (PUBLIC HEALTH) ‘DEPARTMENT OF PUBLIC HEALTH MansTRY OF HTH Acai : 4 ARAS 8, BLOK E10, KOMPLEKS E_ aa USAT FENTADDIRAW KERAIAAN PERSEKUTUAN Sein G90 PUTRAIAVA, MALAYSIA NEP 8888 O86 uj. an . ‘Ryj. Kami y (M.600-30/8/1 JLD 6( 5 ) Tarik gx Peril 2020 AGIAN KESIHATAN AWAM { 79 APR duet L ta |S DITERIMA _| YBrs, Tuan Haji Adzman bin Talib Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Sektor Operasi Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia Tuan, PELAKSANAAN PERKHIDMATAN KESIHATAN SEKOLAH SEPANJANG TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DAN PASCA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas, Bahagian ini mengambil maklum sekolah masih tidak dibuka sehingga ke satu tempoh yang ditetapkan. Hal yang demikian menyebabkan Perkhidmatan Kesihatan Sekolah terutamanya aktivit imunisasi tidak dapat beroperasi seperti biasa, 2. Keadaan ini boleh menyebabkan risiko berlakunya penyakit cegahan vaksin dalam kalangan murid sekolah. Selain daripada itu, stok vaksin sedia ada dalam simpanan pejabat dan Klinik kesihatan juga berkemungkinan akan luput tarikh sebelum sesi persekolahan bermula dan menyebabkan pembaziran vaksin 3. Adalah dimaklumkan bahawa imunisasi ke atas murid sekolah merupakan perkhidmatan yang boleh diteruskan semasa fasa late containment dan mitigation COVID-19, Memandangkan sesi persekolahan masih belum bermula perkhidmatan imunisasi kepada murid sekolah boleh dijalankan di Klinik kesihatan, 4, Untuk itu, bagi memastikan. murid mendapat liputan imunisasi lengkap ibu bapa perlu membawa anak mereka ke Klinik kesihatan yang terdekat. Ini melibatkan murid Tahun 1 untuk MR (Measles, Rubella) dan DT (Difteria, Tetanus), murid perempuan Tingkatan 1 untuk HPV dan murid Tingkatan 3 untuk ATT (Tetanus Toxoid). (Gila eatatan eujukas surat iat apabla mene) (Please quate our reference numb ve roping) LAMPIRAN 1 JADUAL IMUNISAS! MURID SEKOLAH SEPANJANG TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DAN PASCA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN TAHUN PERSEKOLAHAN | JENIS SUNTIKAN TINDAKAN. MR TAHUN 1 a | TINGKATAN 1 Dilaksanakan di Klinik | (MURID PEREMPUAN HPV Kesihatan (Keutamaan | SAHAJA) kepada murid Tahun 4 terlebih dahulu) TINGKATAN 3 ATT |

You might also like