You are on page 1of 10

LAPORAN

BULAN KEMERDEKAAN
2020

14 SEPTEMBER 2020
HINGGA
15 SEPTEMBER 2020

Anjuran Unit Kokurikulum


bersama
Panitia Sejarah
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
TRANSFOMASI SEKOLAH jukpF gs;sp:edprpwe;j khztu;fs;

Nama program : Sambutan Bulan Kemerdekaan

Tarikh : 14.09.2020 – 15.09.2020

Hari : Isnin dan Selasa

Masa : Waktu sekolah 10.40am – 12.40pm

Tempat : Bilik Darjah

Sasaran : Semua murid tahun 1 hingga 6

Perasmi :

Matlamat : Matlamat utama penganjuran Sambutan Hari Kebangsaan ke – 63


adalah bagi menanam dan meningkatkan semangat patriotisme
yang tinggi di kalangan murid. Sambutan ini juga diharap dapat
memperkukuhkan semangat muhibah di kalangan pelajar sekolah
ini melalui pelbagai aktiviti yang dijalankan dalam Waktu PKPP
(Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan mengikut SOP yang
ditetapkan.

Objektif : Objektif program ini diadakan bertujuan:


a.) Murid – murid dapat bersyukur atas nikmat keamanan dan
kemakmuran yang negara kita kecapi kini.
b.) Murid-murid dapat menghayati makna kemerdekaan dan
berusaha untuk mengekalkannya.
c.) Murid-murid mengetahui tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan
dan berterima kasih kepadanya.
d.) Murid-murid dapat mengamalkan hidup bersatu padu antara
kaum dan menghayati tema kemerdekaan sepenuhnya.
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
TRANSFOMASI SEKOLAH jukpF gs;sp:edprpwe;j khztu;fs;

Sambutan Bulan Kemerdekaan bagi tahun 2020 telah dirancang oleh unit Kokurikulum
dirasmikan _________________ pada 14 September 2020 hingga 15 September 2020 . Bagi
memastikan perancangan berjalan lancar, _____________ selaku PK Kokurikulum telah
memberi penerangan terperinci berkenaan aktiviti sambutan Bulan Kemerdekaan yang
berlangsung selama dua hari. Aktiviti ini dijalankan bagi mengingatkan murid-murid tentang
peristiwa kemerdekaan dan penubuhan Malaysia yang merupakan peristiwa penting bagi rakyat
Malaysia. Bagi menghayati semangat patriotik dalam kalangan murid-murid, pihak sekolah
mengambil inisiatif mengadakan Sambutan  Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia 2020
peringkat sekolah.  Program ini dapat memberi pendedahan tentang pengetahuan dan
penghayatan terhadap semangat kemerdekaan.  Secara tidak langsung, program ini berjaya
menerapkan semangat cinta dan sayang akan negara kita.

1.0 Aktiviti- aktiviti yang telah dijalankan :

1.1 PERTANDINGAN MEWARNA

TARIKH : 14 SEPTEMBER 2020


HARI         : Isnin
MASA : 10.40 pagi – 12.40 tengah hari
AJK :

Aktiviti mewarna telah diadakan khas untuk murid tahun 1 dan tahun 2. Guru
bertanggungjawab telah memberi penerangan aktiviti kepada murid sebelum pertandingan.
Murid-murid telah bersedia dengan penuh semangat. Setiap orang murid telah diedarkan dengan
poster yang bertema kemerdekaan. Pertandingan ini dilaksanakan bertujuan untuk murid
menerapkan nilai cinta akan negara.
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
TRANSFOMASI SEKOLAH jukpF gs;sp:edprpwe;j khztu;fs;

1.2 PERTANDINGAN MELUKIS POSTER


TARIKH : 14 SEPTEMBER 2020
HARI         : Isnin
MASA : 10.40 pagi – 12.40 tengah hari
AJK :

Pertandingan melukis poster merupakan pertandingan yang menguji kemahiran melukis dalam
kalangan murid. Pertandingan ini terbuka kepada semua murid tahun 3 . Bagi aktiviti ini, semua
murid digalakkan untuk mengambil bahagian. Aktiviti ini mendapat respons yang agak tinggi dan
murid menunjukkan minat untuk melukis poster bertemakan sambutan kemerdekaan.

1.3 PERTANDINGAN NYANYIAN LAGU PATRIOTIK


TARIKH : 14 SEPTEMBER 2020
HARI         : Isnin
MASA : 10.40 pagi – 12.40 tengah hari
AJK :

Pertandingan nyanyian lagu patriotik merupakan pertandingan yang menguji bakat murid dalam
nyanyian lagu patriotik yang terbaik mengikut skrip lagu yang diberi dan skrip lagu pilihan sendiri.
Pertandingan ini dibuka kepada murid tahun 4 . Bagi aktiviti ini, semua murid digalakkan
mengambil bahagian. Aktiviti ini dijalankan dalam waktu PdPc serta dikendalikan oleh guru
matapelajaran bagi kelas tersebut . Murid-murid juga menunjukkan bakat mereka dalam menyanyi
lagu . Pertandingan ini juga dapat menghasilakan kemenjadian murid.

1.4 PERTANDINGAN TEKA SILANGKATA


TARIKH : 14 SEPTEMBER 2020
HARI         : Isnin
MASA : 10.40 pagi – 12.40 tengah hari
AJK :

Pertandingan teka silangkata dibuka kepada murid-murid tahun 5 . Penyertaan adalah amat
menggalakkan kerana dapat menyediakan soalan untuk teka silangkata ini. Aktiviti ini dijalankan di
kelas masing-masing serta dikendalikan oleh guru mata pelajaran. Pertandingan ini diadakan
dengan tujuan membantu murid-murid untuk memahami aspek kemerdekaan negara kita.
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
TRANSFOMASI SEKOLAH jukpF gs;sp:edprpwe;j khztu;fs;

1.5 PERTANDINGAN KUIZ


TARIKH : 14 SEPTEMBER 2020
HARI         : Isnin
MASA : 10.40 pagi – 12.40 tengah hari
AJK :

Pertandingan kuiz dibuka kepada murid-murid tahun 6 . Aktiviti ini bertujuan untuk menguji minda
dan pengetahuan mengenai kemerdekaan. Aktiviti ini dijalankan di kelas masing-masing serta
dikendalikan oleh guru mata pelajaran.

1.6 PENYAMPAIAN HADIAH


TARIKH : 15 SEPTEMBER 2020
HARI         : Selasa
MASA : 11.00 am – 12.40 pm
AJK : Semua Guru

Majlis penyampaian hadiah telah diadakan pada waktu PdPc . Hadiah telah disediakan untuk semua
pertandingan . Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh guru-guru matapelajaran
kelas masing-masing . Hadiah adalah berbentuk alat tulis.

2. Hasil :

2.1 Dapat dilaksanakan Ya ( √ ) Tidak ( )


2.2 Ulasan (Jika tidak dapat dilaksanakan)

..............................................................................................................................................................................
Tiada
..............................................................................................................................................................................

2.3 Cadangan untuk penambahbaikan :


Menambah bilangan aktiviti supaya boleh menambahkablebih banyak
penyertaan.

3. Lampiran :

i) Gambar sepanjang aktiviti berlangsung


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
TRANSFOMASI SEKOLAH jukpF gs;sp:edprpwe;j khztu;fs;

UN
LAPORAN GAMBAR SEPANJANG PROGRAM
NA TAH
AR
BULAN KEMERDEKAAN 2020
AN MEW
NDING 2
P ERT
A 1&

PER
TA NDIN
G
AN M
ELU
KIS
POS
TAH TER
UN 3

U
N LA G
YA NYIA
N
NGA N K
TAND I
T R IOTI
PE R PA
UN 4
TAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
TRANSFOMASI SEKOLAH jukpF gs;sp:edprpwe;j khztu;fs;

T A
N GKA Z
SIL A
AN KUI
N TE KA DI NG
GA TA N
NDI N PER
PER
TA UN 5 UN 6
TAH TAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
TRANSFOMASI SEKOLAH jukpF gs;sp:edprpwe;j khztu;fs;

PEN
YAM
P AIAN
HAD
IA H

Disediakan oleh:

_________________________

Disahkan oleh:

_________________________
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
TRANSFOMASI SEKOLAH jukpF gs;sp:edprpwe;j khztu;fs;

BORANG PENILAIAN AKTIVITI SEKOLAH


TAHUN 2020
Program Sambutan Bulan Kemerdekaan 2020
Tarikh program 14.09.2020 – 15.09.2020
Tempat program
Anjuran/ nama pengelola Unit Ko-kurikulum
Peringkat Sekolah
Guru penyelaras
Jumlah peserta 26 orang guru & 600 orang murid

Kejayaan yang dicapai Murid-murid dapat mengambil bahagian dalam semua aktiviti
yang dirancang.
Hadiah yang dimenangi: Tempat pertama , kedua , ketiga dan saguhati
Peruntukkan /Perbelanjaan
Kekuatan Program ini untuk murid menginbas kembali tentang peristiwa
kemerdekaan dan penubuhan Malaysia yang merupakan dua
peristiwa penting bagi rakyat Malaysia.
Program ini dapat memberi pendedahan tentang pengetahuan dan
penghayatan terhadap semangat kemerdekaan.  Secara tidak
langsung, program ini berjaya menerapkan semangat cinta dan
sayang akan negara kita.
Kelemahan Semasa menjalankan aktiviti , murid –murid lebih
berpandukan arahan dan mengharapkan bimbingan guru-
guru.
Fokus/ Objektif Pada  Mempelbagaikan aktiviti mingguan.
Pertandingan akan datang
Langkah-langkah untuk  Murid-murid perlu lebih berusaha untuk mendapatkan
mengatasi kelemahan agar maklumat tambahan melalui pelbagai sumber seperti
objektif tercapai Youtube, Google dan lain-lain.
 Murid-murid juga harus peka dan memahami dengan teliti
tugasan yang diberi.
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
TRANSFOMASI SEKOLAH jukpF gs;sp:edprpwe;j khztu;fs;

 Murid-murid dikehendaki bertindak secara berdikari


supaya lebih efektif.dan berkesan.

Disediakan oleh , Disahkan oleh,

_________________________ _________________________

You might also like